Wednesday, February 26, 2014

MELAYU...ARTIKEL PEDAS ZAINI HASAN .


JIKA semua Melayu bersetuju, selepas ini tiada lagi tanda ‘bangsa’ atau ras dalam mana-mana borang rasmi di negara ini. Tiada lagi kotak tanda: Melayu, Cina, India dan Lain-Lain. Sebaliknya yang ada hanya Warganegara dan Bukan Warganegara. Puncanya kerana sekarang ini mahu sebut Melayu pun orang sudah takut dan fobia. Maka itu, perkataan itu perlu dipadam.

Cadangan itu disokong sendiri oleh seorang menteri Kabinet hasil desakan oleh badan-badan hak asasi manusia.

Jika dulu ada NGO yang diwujudkan untuk memansuhkan ISA (Abolish ISA), yang kemudiannya desakan mereka didengari kerajaan, tidak mustahil cadangan di atas pun akan diterima.

Lagi pun sudah ada suara-suara yang berani mempersoalkan asal-usul orang Melayu. Mereka dakwa Melayu pun kaum pendatang, mereka pun pendatang. Maka semua sama sahaja.

Betul juga, Melayu sekarang ini rata-rata nak cakap Melayu pun sudah malu. Nak baca dan kepit surat khabar Utusan Melayu pun malu. Apatah lagi anak-anak Melayu elit yang tak pernah belajar di sekolah rendah kebangsaan pun sudah ramai.

Jika Melayu bersetuju selepas ini maka kita kena akurlah juga dengan cadangan sebuah lagi NGO hak asasi manusia iaitu Comango.

Comango, Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process atau Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Malaysia ialah sebuah gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengemukakan laporan hak asasi manusia ke proses Semakan Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Difahamkan terdapat 13 usul akan dibentangkan oleh NGO Comango yang salah satunya ialah menuntut kebebasan LGBT di negara ini.

Berikut adalah di antara tuntutan Comango yang sudah pun diserahkan kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ‘United Nation Human Rights Council, (UNHRC) di Geneva:

* Menuntut supaya Malaysia menerima Hak SOGI (Sexual Orientation & Gender Identity). Maknanya menuntut supaya negara kita menghalalkan LGBT - iaitu amalan seks songsang!

* Mereka turut memberi tekanan untuk menghapuskan Seksyen 377A Kanun Keseksaan berhubung jenayah liwat. Di dalam tuntutan ini Comango turut tidak setuju pusat-pusat gay diserbu pihak berkuasa (maknanya mereka mahu gejala seperti itu berleluasa).

* Mempersoalkan Enakmen-enakmen Kesalahan Jenayah Syariah dan mereka mendesak pemansuhan atau pindaan terhadap kesalahan-kesalahan jenayah Syariah dan enakmen-enakmen yang didakwa sebagai "mengganggu hak peribadi".

* Membuat tuntutan yang mewujudkan kekeliruan-kekeliruan terhadap isu kebebasan beragama seperti membawa kes tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian yang masih belum diputuskan secara muktamad oleh mahkamah tertinggi di Malaysia - untuk dibicarakan di Geneva!

* Mereka juga mempersoalkan larangan terhadap penganut ajaran Syiah menyebarkan fahaman mereka di kalangan orang Islam. Dan juga isu hak seorang bapa beragama Islam untuk mengislamkan anak-anak di bawah umur (juga dijadikan isu hak asasi manusia).

Oleh itu, jika orang Melayu beragama Islam bersetuju dengan itu semua, maka negara kita akan menjadi negara Islam pertama bersetuju dengan cadangan-cadangan itu.

Lagi pun tiada kedengaran pun sebuah parti yang menggunakan nama Islam di negara ini membantah atau "sanggup berbaring di atas jalan" untuk menghalangnya. Yang bising hanyalah NGO-NGO totok Melayu yang rasis. Yang lain-lain senyap sahaja.

Jika dikaji, tuntutan demi tuntutan itu dibuat oleh pihak liberal yang banyak berhaluankan parti yang diberi nama "pakatan rakyat".

Jika rakyat semua sudah berpakat maka tidak susahlah untuk mempersetujuinya.

Selain di atas, orang Melayu juga mungkin akan bersetuju dengan satu kumpulan pendesak meminta penghapusan dasar perlindungan kepentingan bumiputera dan tanah rizab Melayu serta kelonggaran kepada orang Islam untuk murtad.

Jika semua orang Melayu Islam bersetuju, maka Malaysia selepas ini akan dikenali sebagai negara yang paling liberal di muka bumi ini.

Tak apalah, lagipun orang Melayu di negara inilah yang sering dituduh paling rasis, paling perkauman. Orang lain tak begitu. Mereka baik. Mereka tidak pandang kaum.

Orang Melayu amat dibenci di negara ini, adakah kerana orang Melayulah yang paling banyak menguasai jawatan-jawatan penting di syarikat-syarikat milik bukan Melayu di negara ini? Atau juga kerana orang Melayulah yang menguasai kesemua gedung perniagaan di negara ini?

Adakah orang Melayu juga yang menguasai rantaian pengedaran barangan (supply chain) di negara ini? 

Adakah orang Melayu yang menguasai kartel dan monopoli perniagaan di negara ini? Kaum lain tak boleh masuk, kerana jika mereka masuk maka samseng-samseng akan digunakan untuk menghapuskan perniagaan mereka.

Pendek kata Melayulah yang menguasai kekayaan di negara ini. Maka itu, tidak timbul untuk mereka tidak bersetuju untuk menerima cadangan-cadangan di atas itu kerana mereka sudah senang dan mewah. Namun, adakah itu hakikatnya?

Jika bangsa Melayu masih menjadi bangsa yang asyik meminta-minta itu dan ini untuk hidup, apakah mereka sudah bersedia menerima kesemua tuntutan itu?

Yang pasti kekalutan kaum di negara ini semakin gawat. Sudah ramai orang sudah berani kurang ajar di negara ini. Yang hairannya mereka bebas bercakap apa sahaja.

Secara peribadi, saya cukup-cukup bimbang dengan perkembangan ini.

Atau mungkin orang Melayu sudah tidak peduli lagi, kerana bimbang akan dicap rasis?



© Utusan Melayu (M) Bhd 

20 comments:

  1. Ini adalah gerakan si PENGKHIANAT, disyaki DALANG PENYAMAQ, paling merbahaya, yg. malangnya termasuk dr. dlm BN sendiri (disyaki ejen Barat-Zionis/DAPBANGKAI), disyaki nak jatuhkan ISLAM serta Malaysia sbg. NEGARA ISLAM, dan hak umat BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA Islam lain, serta nak MENGHAPUSkan fakta sejarah PENJAJAHAN Barat-Zionis ke atas Tanah Melayu dan Sabah-S’wak - tetapi di Barat pun, bangsa Bumiputera pun dikenali identiti dan hak mereka sbg Native Americans/Aboriginal Australians/Canadian First Nation Peoples atau Bumputera Eropah yg. dikenali sbg. Native (Europeans) dlm. EU Heritage Laws! Cuba kalau PENDATANG galak nak suruh Native Americans dsbnya, hapuskan identiti bangsa mereka, tentu diHALAU dr. Amerika dsbnya! Bahkan yg tak Bumiputera pun dikenali dgn, identiti bangsa spt. African-Americans, Korean-Americans, Turkish-German, Morroccan-French dsbnya.

    Tapi SYUKUR ALHAMDULILLAH, PERKASA (dan juga Persatuan Pengguna Islam Malaysia - malangnya mana Pemuda UMNO?!) mencabar niat DAJAL tersebut (sedangkan si Melayu liberal terus hanyut dibuai "demokrasi-hak asasi" SAMPAH si KAPIR Barat-Zionis) di http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140223/dn_12/Cadangan-hapus-perkataan-bangsa-ditentang:

    Cadangan hapus perkataan bangsa ditentang

    KUALA LUMPUR 22 Feb. - Cadangan untuk menghapuskan perkataan bangsa dalam setiap borang rasmi merupakan satu tindakan melampau yang disifatkan sebagai mempunyai niat jahat terhadap orang Melayu.

    Perkara itu ditegaskan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali sebagai memberi maklum balas terhadap kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Joseph Kurup berhubung cadangan berkenaan.
    Menurut beliau, cadangan menghapuskan perkataan bangsa dalam apa jua borang, membawa maksud 'menghapus' Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, khususnya berkaitan hak istimewa orang Melayu.

    "Apa tujuan beliau (Joseph) buat cadangan itu? Mungkin alasan perpaduan. Apakah kertas boleh menghalang perpaduan? Kenapa beliau tidak cadang sekolah satu aliran untuk perpaduan?" soalnya dalam satu kenyataan kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

    Ibrahim berkata, pengenalan bangsa dalam setiap borang amat penting selagi orang Melayu masih ketinggalan dalam banyak perkara.

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    ReplyDelete
  2. KALAU MALAYSIA NI YANG DUDUK CUMA MEREKA DAN MA BAPAK MEREKA TAKPE LA. KALAU BUMI NI DITELANGKUP MACAM BUMI KAUM SODOM...LANTAK PI LA...
    KALAU NAK BEBAS SANGAT MENGAMALKAN SEK BEBAS PERGI SAJE KENEGARA BARAT ATAU NEGARA JIRAN. JANGAN MENYUSAHKAN ORANG LAIN DENGAN PERLAKUAN YANG HAIWAN PUN TAK BUAT. BERMAKNA GOLONGAN INI LEBIH TERUK DARI HAIWAN. KALAU MEREKA NI JADI HAIWAN SEKALIPUN...HAIWAN2 TAK MENERIMA PERLAKUAN MEREKA.

    ReplyDelete
  3. Keretapi tanah? Rejimen Askar? Apa yang tinggal? Adakah kita malu dengan bangsa sendiri? Sekiranya begitu, wujudkan dasar kebangsaan, tiada lagi sekolah yang berdasarkan kaum, berani kita ke arah itu?

    ReplyDelete
  4. Kesian Melayu!! Kenapalah kau bodoh dan lemah??

    ReplyDelete
  5. Bagaimana pula dengan nama seseorang ituy yang masih menggambarkan identiti bangsa perlu juga ditukar...contoh..awang Bin Hussin adalah melambangkan bangsaa Melayu..Khoo Ching Tanah menggambarkan kaum Cina...manakala Rajagopal Al REajakapor melambangkan Kaum India...kalaulah bangsa nak dihapuskan..nama yang mewakli bangsa juga perlu dihapuskan...kita kenalah cari alternatif bagi supaya nama WN Malaysia tidak menggambarkan sesuatu kaum....Bagaimana...

    ReplyDelete
  6. hapuskan en. najib dari arena politik. Jadikan dia rakyat biasa-biasa saja. Kerana dialah pewaris kepada pak lah yang menjahanamkan bangsa melayu. Dizaman en. najiblah melayu paling kuat dihina, dikeji, tapi apa en. najib buat????? TIDO!!!!
    Jangan bagi jawatan en. najib pada en. din (muhyidin) beliau juga pro cina lahabau!. PR dah jadi kaduk naik jungjung. Ada melayu celaka dalam PR.
    Jangan Tanya aku siapa patut digantikan dgn en. najib. aku bukan orang politik. Aku rakyat biasa yang perlukan pemimpin yang boleh mendaulatkan BANGSA MELAYU, bukan MENJILAT JUBUR PAKATAN!!
    Tolonglah sahabatku, sedaraku, umat melayuku...Bersama kita tukarkan en. Najib sementara kita ada peluang, melayu masih bernafas.
    Aku rindukan pemimpin seperti Tun M. tidak adakah lagi orang sepertinya di Tanah Melayu ini???

    ReplyDelete
  7. anti-sotong-kominis-pengkhianatFebruary 26, 2014 at 10:05 AM

    Sorry Beb, aku tak setuju penghapusan tanda 'bangsa' dalam borang apa2 pun. Tak ada salahnya kita mengaku bangsa kita - apa yang nak dimalukan. Yang patut nya malu ialah babi-babi yang memperjuangkan amalan songsang barat yang menghalalkan maksiat berleluasa di bumi Melayu yang bertuah ini. Pada mereka yang memperjuangkan amalan songsang luar tabii peradaban manusia, mereka adalah pengkhianat bukan saja kepada negara tetapi kepada umat maanusia keseluruhan nya. Hukuman kepada penglhianat ni semua sepatutnya PANCUNG SAMPAI MAMPOS!!!!!

    ReplyDelete
  8. Apa gunanya kta ada perlembagaan negara. Kenapa tidak dirujuk kpd perlembagaan. Dlm perlembagaan disebut melayu dan lain2 bangsa. Begitu juga dgn ugama disebut islam dan lain2 ugama. Cuba fahami perlembagaan itu. Semangat dan sejarah pembentukanya. Jgn melontarkan pendapat menggunakan lutut. Kalau tak sekolah pegi sekolah balek. Baca perlembagaan itu. Ada ke baca?

    ReplyDelete
  9. MasyaAllah. Harapkan pagar, pagar yang menimpa Melayu. Sebelum terlambat, sebelum semuanya habis dikaut dan dimusnahkan, beristighafarlah banyak-banyak wahai pak menteri kabinet bangsa Melayu.

    Setiap kita tidak lama (secara relatifnya) hidup di dunia ini. Tetapi fikir-fikirkanlah nasib anak, cucu, cicit dan piut kita. Legasi anda sekelian akan menjadi pertaruhan. Wallahualam.

    Alifmimyaro.

    ReplyDelete
  10. 3 orang melayu tersenarai 10 terkaya di malaysia......mereka adalah tan sri syed mokhtar,datuk seri mokhzani dan tam sri azman hashim.....

    sekarang 3 lawan 7.....

    harap-harap tahun depan 2 lagi masuk rank....

    baru 5 lawan 5 baru adil.....

    ReplyDelete
  11. Pas berdiam diri je ke? Ish ish BACUL betul. Tapi kalau buat fitnah dan fatwa haram mereka ni termasuk Hadi boroi tu bukan main lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAS mmg bacul...sial dn juga gampang!!! Celaka ko PAS dh la bersekongkol ngan DAPigs dn PKR lebih teruk lagi gadai maruah agama dn juga harga diri.!!!

      Delete
  12. MELAYU YANG SETUJU BUANG MELAYU NI SEMUA NYA TANGGANG.
    LUPA DIRI.
    TAKBUR.
    SOMBONG.
    DULU MEREKA SUSAH.
    SELEPAS SENANG ATAS BANTUAN UMNO, UMITED ALAYS NASIONALORGANISATION, MEREKA
    UPA SEPERTI ANJING TERSEPIT.
    ITU LAH MELAYU, KACANG LUPAKAN KULIT.
    YANG BHAYADATU SAHJA, KEMANAKAH DIRECTION ANAK CUCU CICIT KITA KEMUDIAN HARI.
    BANGSA DI LUPA DAN SEHARUSNYA NYAUGAMA ISLAM PUN AKAN DI LUPAKAN.
    TINK, THINK ANGTHINK WAHAI MELAYU.....

    ReplyDelete
  13. KALAU NAJIB SETUJU...........AKU ANGGAP NAJIB SEBAGAI SEORANG YANG BAHLOL.
    KASIH BANGSA DAN KASIH AGAMA..
    ISLAM IS A WAY OF LIFE.....

    ReplyDelete
  14. Orang2 Melayu tolong diam2 ye...kita perlu bertolarensi....Negara kita sedang menuju ke Negara Maju menjelang 2020...so janganlah sampai ada gaduh2 pulak...nanti agenda kita tak jaya pulak.....
    Kepada sesiapa Melayu yang nak berkeras juga nampak kenalah buat kelompok masing2....kelompok Minang ke...kelompok Jawa ke...kelompok Banjar ke....kelompok Aceh ke.. sebab mike semua pun pendatang kan.....kemudian berjuanglah dgn puak2 sepet ke..atau puak2 gula hangus tu....kalau menang bolehlah buat Negeri masing2 dalam kawasan Parlimen masing2...bermula dari kawasan DUN lah ye.....
    Kartun betul lah weh.....

    ReplyDelete
  15. Segala tuduhan menyalahkan orang Melayu memang sudah lama di khabarkan dalam media bertalu-talu.

    1. Aku setuju dengan penulisan artikel Zaini Hasan.
    Kerana terlalu sering orang Melayu menerima hakikat dari kritik oleh kaum bukan Melayu.

    Mudahnya penyebar baral pemimpin politik berkata:
    “Kita mesti bersikap positif, kita mesti bersikap liberal, kita mesti bertolak ansur dengan kaum lain, kita mesti bersikap pro-active,”

    yang selalu dilafazkan oleh pemimpin kencingkan rakyat dan parti ajaran sesat kata dalam ceramah mereka.

    2. Kalau orang melayu masih bodoh menelan sahaja bulat-bulat ajaran pemimpin politik gila babi ini masuk lubang dalam lah, tak boleh keluar jadi orang melayu lagi, jadi 'Melayang' abuk ke lubuk lumpur tanpa tanah, yang sudah tergadai akibat akal penipu pemimpin bangsat dan pembelut Negara.

    Jangan jadi macam Melayu Singapura. Hancai bocai. Semua ekonomi di bolot oleh orang bukan melayu.

    ReplyDelete
  16. Keparat nyonya Carolyn (bo) Hong kepala wartawan biro Straits Times Singapura di KL menunjuk jari telunjuk kepada mantan PM Dr Mahathir Mohamad. Terbayang muka betina ini tunjuk mulut dia macam makan asam keeping.

    Dalam laporan nyonya pembohong ini pada hari Isnin lepas, 24/02/2014, menyalahkan mantan PM Dr Mahathir ; nyonyiok pembohong ini menyebelahkan teresial koka, memuji wan saiful wan jerong, menyebelah peguam Azhar Harun dalam online media.

    1. Kata nyonyiok pembohong dia bersetuju dengan Azhar Harun menjenamakan Dr Mahathir seorang ultra konservatif.
    2. Apa kesalahan yang di lakukan oleh Dr Mahathir?

    3. Nyonyiok pembohong takut bahwa;
    Kebebasan bersuara tentang kesucian Islam di cacatkan dengan perkara haram patut di tuntut oleh mantan PM Dr Mahathir sebagai seorang negarawan Melayu. Itu adalah tugas hak asasi Dr Mahathir.

    4. Adalah tidak salah bagi Dr Mahathir mengistiharkan bahwa Islam akan hilang kekuasaan di tanah air Melayu jika orang Melayu hilang kuasa kepada bangsa asing. Kenapa si Azharuk ni nak menyalahkan Dr Mahathir? Macam dia ni pintar sangat. Nak cari publisiti.

    5. Bongok peguam azhar harun mahu menakut-nakutkan pembaca bahwa mereka yang menuntut kesucian Islam mahu mempengaruhi pehak masyarakat ramai.

    6. Si nyonyiok pembohong ini menyalahkan Perkasa sahaja. Kenapa nyonyiok ini tidak mendedahkan rasuah Teresa Kok yang di hebahkan oleh orang dia sendiri ? dari DAP?

    7. Nyonyiok pembohong tidak satu ayat pun mendedahkan perbuatan busuk yang di lakukan t koka. Penyokong pembelut dari Ideas think tank wan saiful wan jerong pun menudung jari kapada Isma. Kata wan saiful wan jerong pandai bercakap tempelak bangsa bukan melayu sahaja tetapi tidak berasas.

    Nyonyiok pembohong, azhar harun dan wan saiful wan jerong boleh masuk dalam longkang minum arak todi dalam kereta myvi di telan jalanraya gelap.


    ReplyDelete
  17. Aku heran kenapa zaman Tun Mahathir jadi PM hal-hal menghina Islam, caci orang Melayu, persoal hak-hak orang Melayu, isu kalimah Allah, robohkan rumah dan gerai orang Melayu ni tak terjadi ketika itu?

    Di zaman Tun Mahathir tak ada orang yang berani mempersoalkan semua yang di atas. Kenapa sekarang ianya berlaku sewenang-wenangnya? Di manakah kelemahan kita?

    Melayu sendiri menggadaikan maruah Melayunya. Tergamak menjadi balaci dan pengkhianat bangsa dan agamanya. Tidakkah mereka ini terfikir bahawa anak keturunannya jugalah yang akan merana menganggung keburukan yang dicipatakannya?? Memang saja dicari penyakit agar anak keturunannya nanti MEREMPAT MENGEMIS DI BUMI SENDIRI. Inilah penginggalan pengkhianat bangsa kepada anak keturunannya sendiri....nauzubillahiminzalik.

    ReplyDelete
  18. Hapuskanlah lagi ISA. Ada lagi undang2 yg nak dihapuskan ?

    ReplyDelete
  19. Aku seorang Melayu beragama Islam.
    Tidak sekali-kali redha dengan usaha jahat seperti yang dipaparkan.

    Aku tahu siapa yang tuduh Melayu
    juga pendatang seperti mereka. Malah aku masih ingat kalau tak kerana Melayu membantu dengan membenar mereka menumpang di pinggir-pinggir kampung kepunyaan Melayu untuk kais pagi makan pagi mereka itu dah lama pupus.
    Cuma mereka ini pandai menanti peluang dan mengambil kesempatan atas murah hati orang Melayu. Macam-macam, cara dan helah mereka sanggup lakukan.

    Dan amat menyedihkan lagi ada Melayu yang sanggup membantu mereka itu untuk menghancurkan bangsa sendiri hanya cuma kerana mahukan kuasa yang "sekejap"

    Bangsa Melayu mampu menjadi satu
    kuasa besar dan kuat kalau sanggup berkorban untuk bersatu.

    Bersatulah demi Islam dan Melayu.

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.