Friday, April 25, 2014

NAJIB BERTEMU OBAMA : JANGAN CEPAT SETUJU DENGAN TPPA, DAIM ZAINUDIN !


KUALA LUMPUR 22 April - Kerajaan perlu menjalankan perincian yang mendalam tentang Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) supaya tidak menjejaskan polisi-polisi berhubung hak bumiputera, industri kecil dan sederhana (IKS) dan lain-lain, kata bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Beliau berkata, buat masa ini TPPA tersebut menampakkan masalah seperti yang berlaku kepada Jepun, Korea Selatan dan juga Australia berhubung beberapa sektor di negara tersebut yang perlu diliberalisasi atas nama perjanjian tersebut.

"TPPA ini kelihatan banyak mengundang masalah. Dengan Jepun juga timbul masalah, begitu juga di Korea Selatan. Di Australia pula. Yang paling teruk ialah kes Philip Morris, apabila syarikat itu menyaman kerajaan Australia atas pembentukan undang-undang ba­haru tentang pembungkusan rokok," kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Bicara Petang yang dianjurkan oleh Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA). Pada Bicara Petang kali ini, Daim membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Ekonomi Bandar Malaysia, Adakah Bandar Melayu' di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Azman Mahmud; Presiden Perdasama, Datuk Moehamad Izat Emir dan Pengerusi Biro SME Perdasama, Datuk Norizan Bakar.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang TPPA yang mungkin dibangkitkan pada kunjungan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama ke Malaysia pada 26 hingga 28 April ini.

Mengulas lanjut tentang TPPA, Daim berkata, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) pernah bertanya kepadanya tentang kesan perjanjian itu kepada IKS dan bumiputera dan beliau berpendapat kajian mendalam amat diperlukan dan pada masa yang sama polisi negara perlu dikekalkan.

Berhubung pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) oleh kerajaan, bekas Menteri Kewangan itu berkata, ia adalah satu bentuk cukai yang adil iaitu hanya dikenakan kepada mereka yang berbelanja.
"GST bukan perkara baharu. masa saya jadi Menteri Kewangan, kerajaan ada cadangan untuk melaksanakannya. Dan pada masa ini banyak negara telah melaksanakannya,'' kata beliau lagi.

Beliau menambah, dalam me­lak­sanakan GST ini biarlah rakyat mendapat penerangan sewajarnya dan bersetuju sebelum melaksanakannya.

Daim juga meminta kerajaan mengkaji peningkatan hutang isi rumah yang disifatkan pada tahap membimbangkan.

"Kerajaan kena kaji kenapa rak­yat Malaysia berhutang. Mesti ada sebab. Adalah mustahil rakyat suka berhutang," katanya lagi.



© Utusan Melayu (M) Bhd 

5 comments:

  1. Amerika pandai main wayang. Jadi nya PM Najib kena jadi pelakon yang hebat !

    1. TPPA - Tidak Perlu Patuh Amerika lah...Boleh bersetuju jika agenda nya jelas tanpa berselindung dan cara boleh beri manfaat kepada memperkasa ekonomi Melayu dan bumiputera. Boleh saja cara menang-menang. Jangan ikut cara Pemandu yang Melayu pun tak faham kelebihan nya. GST memang patut tetapi harga barang terlibat mesti di kawal sepenuh nya kerana peniaga dan pemborong bukan jenis beretika. Selalu rembat untung lebih. Kita rujuk semua organisasi koporat. Merengek sentiasa tetapi untung berbilion sehingga bonus boleh di agih mewah !

    2. MH 370, Obama hanya batuk di tangga sedangkan beliau tahu apa terjadi.. Siapa lah Malaysia boleh bersuara! Jika ikut pedoman Allah SWT, seekor nyamuk boleh membunuh mangsa sombong angkuh dengan mudah saja. Harta Qorun pun tenggelam !

    3. Hutang isi rumah meningkat :-

    a. Keperluan kepada kenderaan yang sudah menjadi keperlusn asas. Harga kereta mahal, bayaran bulanan terbeban. Kereta terpakai pun dengan harga yang bukan-bukan. Bank pun bukan mesra pelanggan...
    b. Keperluan pendidikan dan pembelajaran yang menjadi wajib dengan kos yang agak tinggi. Belum berkerja sudah di bebani hutang.
    c. Keperluan wajib makanan dan pakaian yang kos nya semakin menghimpit dari segi perbelanjaan harian / bulanan. Apa jadi jika anak ramai ? Keperluan anak-anak sudah berubah. Jika masih menyusu, bayangkan harga susu tepung yang begitu tinggi harga nya. Banyak lompang jika gaji di paras kemiskinan...
    d. Tekanan hidup yang menyebabkan penceraian. Lihat statistik yang membimbangkan sekarang. Punca nya ialah hutang yang sampai mati di hambat desakan hidup. Selain itu, jiwa manusia yang semakin kosong akibat persaingan kebendaan. Lumrah manusia bernafsu syaitan.

    Sedikit luahan. Memang perlu kepada kajian mendalam seperti saranan Tun Daim. Masaalah ini perlu di rombak dan di jadikan agenda nasional. Seperti nya rombakan kabinet yang desas desus nya akan di lakukan.

    ReplyDelete
  2. Obama buat lawatan ke Malaysia . Najib bertemu Obama . Tetapi walau macam mana pun yang terbaik tetap P Ramlee .

    .

    ReplyDelete
  3. Janganlah kita biarkan diri kita diPERBODOHkan berterusan drama DAJAL si DAPBANGKAI/PKRSODOM/PENGGANAS Red Bean/Geng Kongsi Gelap (yg. sebenaqnya adalah ejen-ejen Mossad-Israel/ZIONIS-CIA/US-MI6-NATO)! Sebenaqnya dgn. berpura bergaduh antara mereka, mereka mahu UMNO dan Islam/umatnya menyokong kedatangan Obama-si DALANG-DUA-MUKA-PEMBUNUH umat Islam, kat NEGARA ISLAM ini!

    Dan Obama tu sebenaqnya adalah si GAYZIONIS (lihat http://www.thetruthseeker.co.uk/?p=40983, Repost: Obama’s Sodomite Past Comes Back To Haunt Him, By Wayne Madsen on January 8, 2012 - kalau berita ini tak benar, tentu Obama dan gengnya, dah SAMAN)!

    Dan sebenaqnya, pembunuhan beramai(GENOCIDE) ke atas umat Islam yg. makin meningkat sejak Obama menjadi Presiden, samada melalui PENJAJAHAN terus, penggunaan Drone/bom kimia, atau menggunakan pengganas al-Qaeda atau mana-mana “pengganas Islam” yg. sebenarnya dicipta Barat-ZIONIS sendiri - adalah bertujuan utk. MENJATUHKAN Islam/umatnya dan untuk melaksanakan PENJAJAHAN Barat-Israel, ke atas Dunia Islam/Dunia Ketiga, yg. kaya minyak-gas-mineral, yg. bermula dr. Palestin, hingga ke Afghanistan, Iraq, Libya (Obama yg. menyamaq sbg. org. Islam, bersorak apabila Allahyarham Pres. Ghaddafi disula oleh ejen Mossad!), Syria, Mali, Somalia, Yemen, Pakistan, Mali, Nigeria, Republik Africa Tengah dsbnya (lihat di http://www.globalresearch.ca/fighting-al-qaeda-by-supporting-al-qaeda-in-syria-the-obama-administration-is-a state-sponsor-of-terrorism/5339728, Fighting Al Qaeda by Supporting Al Qaeda in Syria: The Obama Administration is a “State Sponsor of Terrorism”, By Prof Michel Chossudovsky, Global Research, June 19, 2013)!

    Jadi sepatutnya, perjanjian TPPA ini tak patut disertai Dunia Islam spt. Brunei dan Malaysia kita (TPPA didominasi ZIONIS-Israel sebenaqnya, kerana mereka telah menguasai rejim Barat serta Singapura dan Mexico)– tolonglah dengaq cakap YAB Ayahanda Tun kita dan sepatutnya buatlah perjanjian perdagangan global spt. ini antara Dunia Islam dlm. OIC, termasuk bidang pelancongan, pendidikan ISLAM, perdagangan dan KETENTERAAN!

    Dan agaknya dgn. "perdagangan tanpa sempadan" TPPA ini, yg. didominasi si KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS, kalau diluluskan, maka "PORNO tanpa sempadan" pun mungkin akan dipaksa atas kita secara terangan - bukan lagi hanya di Internet!

    Tengoklah keangkuhan puak SYAITAN Barat-ZIONIS mengagungkan "PORNO tanpa sempadan" ini dgn. tertubuhnya "Eropah tanpa sempadan" iaitu, EU - di http://www.nst.com.my/latest/eu-is-also-porn-without-borders-1.568648:

    EU is also 'porn without borders'

    15 April 2014

    STRASBOURG, France: Improved access to porn movies across Europe’s many borders is one of the merits of the European Union, conservative party chief Joseph Daul said Tuesday.

    Asked by a local French newspaper how he convinced young voters to go to the polls in May’s European Parliament elections, Daul offered freer movement across borders as one convincing argument.

    “I tell them that at their age, when I was 18, when I wanted to go to Kehl (across the border in Germany) to see porno movies that were banned in France, you had to wait two-and-a-half hours to get through custom….

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Kesultanan Melayu/PERKASA/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    ReplyDelete
  4. Gaji Penjawat awam peringkat bawahan dari gred 29 kebawah tak dapat beli rumah sebab pinjaman tak cukup rata rata rumah teres meningkat hampir 200K. Kerajaan perlu buat sesuatu, tak kan biar mereka hendak sewa dan tinggal quarters sampai pencen.

    ReplyDelete
  5. jangan setuju.
    Tapi najib baru dapat selfie baru dapat naik keta The Beast dah CAYERRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR

    tak faham kenapa pemimpi melayu zaman terkini ni mudah sangat percaya mudah cayer.

    p/s: melayu bukan sahaja mudah lupa, mudah cayer, mudah tertipu, muda percaya.....segalanya mudah!

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.