Wednesday, May 14, 2014

KIT SIANG LAHABAU CINA MULA JUAL PRODUK BARU.. TAPI MOTIF TERSELINDUNGNYA SAMA !


Apakah yang dimaksudkan dengan New Malaysia oleh Lim Kit Siang dalam satu ucapan umumnya baru-baru ini. Penerangan mudah ialah Malaysia perlu diperintah oleh ‘order’ baru secara keseluruhan. 

Kalau ‘order’ baru bermakna Malaysia perlu diperintah oleh satu pakatan baru atau pimpinan baru yang semestinya ada misi dan visinya tersendiri. Tidak semestinya Pakatan Rakyat. Atau mungkin juga Pakatan Rakyat untuk sementara waktu sebagai batu loncatan bersama dengan Parti Pas dan MP Melayu dalam Pas serta PKR.

Biasanya bila disebut New atau baru bermakna pemerintahan ‘order’ baru dengan misi dan visi baru dan buang mana-mana ‘order’ lama yang tidak bersesuaian dengan ‘order’ baru.

Antara perkara-perkara yang selalu disebut ialah Malaysia mesti bersih dari rasuah. Bila kita membincangkan masalah rasuah perkara yang selalu ditonjolkan ialah penerima rasuah. 

Sepatutnya Kit Siang perlu juga membongkar bukan sahaja penerima tetapi perlu juga siapa pemberinya.Siapa penerima rasuah terbesar di Malaysia dan siapa pemberi rasuah terbesar di Malaysia.

Tidaklah terlalu payah untuk mengetahui siapa pemberi apabila sudah ada penerima. Sabit salah penerima rasuah bermakna wujud pemberi walaupun mereka tidak disabitkan kesalahan kerana mereka yang buat laporan kepada pihak berkuasa setelah mereka memperolehi apa yang mereka hajati atau pemberi merasakan bahawa penerima sudah tidak ada manfaat lagi.

Malaysia adalah negara Islam walaupun tidak sempurna sebagaimana yang sepatutnya, tetapi ini adalah ‘order’ lama. 

Lagipun Kit Siang tidak akan menjadikan Malaysia sebuah negara Islam walaupun setengah pimpinan Melayu amat mengharapkan Islam akan dilaksanakan dengan persepakatan politik yang dibentuk.

Apakan mahu membentuk sebuah negara Islam, untuk melaksanakan hudud hanya satu bahagian dari ciri-ciri negara Islam pun mereka menolak. Dan amat malang lagi hudud hanya untuk orang Islam sahaja pun DAP dan MCA cuba menghalang. Rasanya impian pimpinan Melayu dari parti Islam untuk melaksanakan Islam bersama DAP satu tindakan yang susah untuk ditadbir, itulah perumpamaannya.

Malaysia adalah negara bangsa Melayu dan dihuni bersama dengan bangsa lain secara aman. Apakah New Malaysia yang dikehendaki oleh Kit Siang?. 

Secara mudah bermakna Malaysia bukan lagi negara bangsa Melayu. Bangsa Melayu tidak akan mendapat tempat yang sepatutnya dalam negara Malaysia. Simpulan mudah dengan apa yang ada sekarang ialah DAP membentuk PR bersama PAS dan PKR. 

New Malaysia bermakna pemerintahan Malaysia akan ikut persefahaman dalam PR. Adakah Melayu dan Islam mendapat tempat yang sebaiknya dalam PR?. 

Mungkin untuk sementara waktu masih ada ruang untuk pimpinan bangsa Melayu dalam PR mengemukakan hak-hak Melayu dan Islam tetapi tidak ada jaminan untuk seterusnya kerana tidak ada dasar yang tetap dalam PR.

Dasar dibentuk semasa perbincangan antara pimpinan tertinggi PR. Berdasarkan apa yang telah berlaku tidak disebut secara jelas bahawa Islam akan dilaksanakan di Malaysia. Pimpinan Melayu terutamanya PAS bukan dominan dalam PR. Lain keputusan Majlis Ulama lain pula kenyataan Presiden setelah alahan dengan pimpinan lain dalam PR.

 Untuk mengharapkan PKR terlalu amat jauh untuk mempertahankan Islam. Belum menang lagi dah memberi tawaran Timbalan PM kepada pimpinan DAP. Bahkan sudah ditawarkan Ketua Menteri kepada pimpinan Kristian di salah sebuah negeri di Malaysia.

 Parti pimpinannya tidak sebut pun untuk melaksanakan Islam di Malaysia. Lebih-lebih lagi parti yang tidak mempunyai dasar yang tetap. Pimpinan tertinggi boleh bertukar tangan pada bila-bila masa. Tapi apa yang penting ianya tidak membela bangsa Melayu dan Islam.

Jalan penyelesaian yang terbaik ialah bangsa Melayu perlu bina kekuatan sendiri. Kekuatan yang paling utama ialah kembali kepada Islam. Hidup mati bersama Islam kerana Islam yang telah menguatkan mereka. 

Bangsa Melayu perlu kepada persepakatan untuk membela hak bangsa Melayu dan Islam. Kekuatan bangsa Melayu tidak akan dapat dibina kecuali dengan Islam dan pemuafakatan antara bangsa Melayu. Tetapi perlu diingat pemuafakatan ini bukan menzalimi bangsa lain bahkan mereka akan dapat munafaat yang banyak dari pemuafakatan Melayu di Malaysia.

MELAYU SEPAKAT ISLAM BERDAULAT

Ustaz Sharipudin bin Ab Kadir
Ydp ISMA Pasir Puteh
merangkap
Ydp Majlis Syura ISMA Malaysia.

2 comments:

  1. aku harap lim kit siang akan jadi spt karpal yg mati sebelum agenda sulitnya tercapai. lagipun jika ikut lumrah, makhluk setua kit siang tak akan hidup 15 tahun lagi. jika masih hidup pun tentunya otak sudah mereng dan nyanyuk.

    ReplyDelete
  2. kebanyakan yang rasuah adalah kakitangan kerajaan yg menentang kerajaan......patut mereka2 dicantas

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.