Monday, June 9, 2014

KENYATAAN RASMI MB JOHOR...TANAH/RUMAH MELAYU MAKIN BANYAK ! INILAH BERITA BAIK UNTUK MELAYU PASCA PRU 13 !


GAP...BACA TULISAN MERAH. KERJASAMA EKSEKUTIF DAN SULTAN JOHOR MAKIN MENGUKUHKAN PENGUASAAN 'KITA' DI SANA...ALLAHUAKBAR !  GAP SARANKAN AGAR KERAJAAN NEGERI DAN KESULTANAN NEGERI LAIN MENCONTOHI JOHOR DALAM 'MENGUKUHKAN KEDUDUKAN KITA' DI MALAYSIA..

......................................................................................................
Kenyataan YAB Dato' Seri Mohd Khalid Nordin
Menteri Besar Johor.

Kerajaan Negeri sedar akan kebimbangan rakyat terhadap peningkatan kemasukan pelabur-pelabur asing di negeri ini terutamanya dalam sektor hartanah. 

Sungguhpun kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mengimbangi pasaran hartanah dan mengawal pemilikan asing, Kerajaan Negeri tidak mempunyai kuasa menghalang mana-mana urusniaga hartanah milik persendirian, termasuk penjualan tanah oleh orang Melayu sendiri kepada warga asing.



Dalam menyedari kerancakkan pembangunan hartanah dan pembelian oleh warga asing di negeri Johor, percayalah semakin rancak juga usaha-usaha yang dilakukan kerajaan dalam sektor ini. 

Seperti yang telah saya tekankan sebelum ini, Kerajaan Negeri telah menetapkan sasaran pembinaan 28,000 unit rumah mampu milik dalam masa lima tahun di negeri Johor pada hari ini.

Tidak cukup dengan itu, kita kenakan caj dan menyenaraikan hitamkan mana-mana pemaju yang gagal membina rumah mampu milik selepas dua tahun mendapat Kebenaran Merancang.

 Secara otomatik juga segala projek pembangunan pemaju yang telah disenarai hitamkan tersebut akan dibekukan serta merta. Bagi pemaju yang mendapat pelepasan kuota Bumiputera, mereka terpaksa pula membayar 7.5% dari harga yang dinyatakan dalam Perjanjian Jual Beli.

Kerajaan Negeri sedang merangka mewujudkan Zon Antarabangsa di kawasan Iskandar dimana dengan adanya zon ini kerajaan akan mengawal dan mengehadkan peratusan warga asing di luar zon tersebut. 

Ini supaya mereka tidak bersaing untuk membeli rumah dengan orang tempatan. Kita juga telah menerima pakai keputusan Kerajaan Persekutuan dalam menetapkan RM 1 Juta seunit bagi pemilikan hartanah warga asing bermula 1 Mei yang lalu.

Bagi memastikan golongan berpendapatan rendah daripada pelbagai kaum memiliki perumahan di kawasan bandar, Kerajaan negeri secara adil dan saksama telah memutuskan kuota pemilikan mengikut kaum Melayu, Cina mahupun India dengan masing-masing diperuntukkan 6.5;2.5;1.

Selain itu, setiap kawasan yang ditambak memberi peluang kepada kerajaan negeri untuk menambah kawasan rezab melayu dan kerajaan juga sedang merangka untuk mewujudkan kawasan lingkaran melayu dalam Bandar, semuanya untuk memastikan melayu tidak berpindah dari Bandar kesan pembangunan yang pesat !

Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor untuk melindungi hak dan kepentingan rakyat.

Tidak cukup dengan itu, Kerajaan Negeri juga akan memperkenalkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor bagi memantap dan menentukan keberkesanan matlamat untuk memperbanyakkan rumah mampu milik di negeri Johor.

Malangnya, enakmen ini telah dipolitik dan di salahertikan kononnya ia bertentangan dengan Perlembagaan serta melanggar prinsip Raja Berpelembagaan yang diamalkan sejak sekian lama di negara kita.

Negeri johor merupakan Negeri pelopor kepada amalan sistem raja berperlembagaan di malaysia. Sebelum negeri-negeri lain di malaysia, malah sebelum kerajaan Persekutuan menggunapakai konsep raja berlembagaan, negeri johor Seawal tahun 1895 telahpun menggunapakai dan mengiktiraf amalan Sistem raja berperlembagaan ini.

Sebagaimana yang kita semua sedia maklum juga, undang-undang tubuh kerajaan 1895 telah wujud dizaman pemerintahan almarhum sultan abu bakar dan menjadi perlembagaan negeri yang pertama di malaysia. jika dilihat secara keseluruhannya peruntukan-peruntukan yang ada didalam undang-undang tubuh ini, secara komprehensifnya ia telah menggariskan satu sistem perundangan yang jelas berkaitan kuasa raja dalam sistem pentadbiran negeri johor.

Perkara ini jelas berdasarkan bahagian pertama undang-undang tubuh.Ini yang memberikan tafsiran kepada perkataan “raja” iaitu:

“ YANG MAHA MULIA TUANKU”, “RAJA”, “RAJA YANG DIPERTUAN”, “SULTAN YANG DIPERTUAN”, DAN “SULTAN” MAKNANYA SULTAN YANG DIPERTUAN BAGI KERAJAAN DAN JAJAHAN JOHOR DAN SEGALA DAERAH TAKLUKNYA;

Berdasarkan peruntukan ini raja diberi kuasa untuk menjalankan fungsi dan tanggungjawabnya sebagai sultan bagi negeri johor.

Namun persoalan yang menjadi isu adalah, sejauh mana kuasa yang di Peruntukkan kepada raja dalam menjalankan kuasanya? Adakah raja Mempunyai kuasa eksekutif?

Bagi membincangkan isu ini, rujukan haruslah dibuat kepada bahagian dua Undang-undang tubuh kerajaan 1895. Fasal 7(1) memperuntukkan bahawa:-

7(1) RAJA HENDAKLAH MENGIKUT NASIHAT

“PADA MENJALANKAN KEWAJIPANNYA MENURUT UNDANG-UNDANG TUBUH INI ATAU SEBARANG UNDANG-UNDANG ATAU SEBAGAI SEORANG AHLI MAJLIS RAJA-RAJA MAKA RAJA HENDAKLAH MENGIKUT NASIHAT MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN ATAU NASIHAT SESEORANG AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN YANG MENJALANKAN KEWAJIPANNYA MENURUT KUASA AM MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN DIKECUALIKAN JIKA ADA LAIN-LAIN SYARAT DIUNTUKKAN OLEH PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN ATAU OLEH UNDANG-UNDANG TUBUH INI; TETAPI ADALAH IA BERHAK BOLEH MEMINTA APA JUA KETERANGAN YANG ADA PADA MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN BERKENAAN DENGAN PEMERINTAHAN NEGERI INI”

Perkara berkaitan ini juga adalah selaras dengan perlembagaan Persekutuan dibawah artikel 40 yang mana memperuntukkan bahawa yang Dipertuan agong hendaklah bertindak atas nasihat.

Selanjutnya, dibawah fasal 7(2) undang-undang tubuh kerajaan 1895 Menjelaskan bahawa raja hanya mempunyai kuasa budi bicaranya sendiri Dalam 7 perkara sahaja iaitu:

1. Melantik menteri besar

2. Menangguhkan persetujuan terhadap permintaan meminta dimansuhkan Dewan negeri

3. Meminta diadakan mesyuarat majlis raja-raja yang semata-mata berkenaan Dengan perkara-perkara kebebasan-kebebasan, taraf kedudukan, kehormatan Dan kebesaran duli-duli yang maha mulia atau berkenaan dengan perkara-Perkara, upacara-upacara atau istiadat agama

4. Apa-apa jua kewajipan sebagai ketua agama islam atau berkenaan dengan adat Istiadat orang melayu

5. Melantik ganti atau ganti-gantinya, permaisuri, pemangku raja atau jumaah Pangkuan raja

6. Melantik orang menjadi orang besar-besar negeri dan dato’-dato’ dan Menetapkan kewajipannya

7. Membuat peraturan berkenaan dengan majlis-majlis diraja dan istana

Berdasarkan peruntukan undang-undang yang telah disebutkan Sebentar tadi, jelas bahawa konsep raja berperlembagaan di johor tidak SAMA SEKALI MEMBERI KUASA EKSEKUTIF KEPADA RAJA

Mungkin hujah yg saya kemukakan ini hanya bersifat akademik memandangkan bahawa terdapat pelbagai tohmahan dan kekeliruan yang timbul bagi enakmen ini.

 Dan bagi maksud untuk memperkukuh dan memelihara sistem raja berpelembagaan di negeri johor ini maka saya maklumkan kepaga dewan yang mulia ini kita akan lakukan pindaan. Pindaan akan dibuat melalui enakmen yang akan dibentangkan pada hari esok. 

Khususnya yang melibatkan peruntukan yang menyentuh peranan raja. Ada yang akan dipinda dengan menyatakan secara khusus peranan peranan raja adalah atas nasihat menteri besar, khususnya dari segi perlantikan. dan yang paling penting lain lain fasal semuanya ditiadakan hanya itu saja yang menyentuh pada raja iaitu raja melantik dengan nasihat menteri besar lain lain semua digantikan dengan pihak berkuasa negeri.

 Apa sebab kita lakukan ini? Semua ini adalah untuk menunjukan bahawa kerajaan berniat ikhlas dan tidak berniat memberi kuasa eksekutif kepada raja dan mengganggu gugat sistem raja berpelembagaan walaupun kandungan enakmen ini serupa dengan enakmen yang terdapat yang kita luluskan dahulu yang serupa dengan beberapa peruntukan yang memang terdapat dalam akta akta peringkat persekutuan. Apatah lagi tidak timbul apa apa masalah bagi kita menyokong enakmen ini dan 


Kerana ia adalah untuk rakyat Demi rakyat bagi rakyat!

21 comments:

  1. Allahuakbar syukur Alhamdulillah.

    Bro gap, ada beberapa point penting dalam kenyataan MB Johor nih.

    Pertama, tanah tambak bakal dijadikan rezab melayu.

    Kedua, kawasan lingkaran penempatan melayu akan melingkar di banyak bandar di johor.

    Sistem kuota ni menguntungkan melayu.

    Kuantiti rumah mampu milik makin banyak dan kuotanya menguntungkan melayu.

    Patutlah kau mati-matian pertahankan kerajaan melayu ni.

    Syabas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Utusan telah tersalah langkah namun untuk mengakuinya amat sukar. Awang Selamat sudah rasa tak selamat mempertahankan melayu. Jd liberal spt sesetengah pemimpin umno. Gap, boleh buat homework sikit saham siapa makin besar kt utusan? Jgn org rombau sudah la...

      Delete
  2. REHDA cinabeng hangin satu badan :)

    ReplyDelete
  3. (Bernama) – The Johor Malay NGOs Coordinating Council (Gabung) is in full support of the new enactment for the formation of the Johore Housing and Property Board (LBHJ) allowing the involvement of the Sultan in the board.

    Its treasurer, Zaini Atan said it was important to balance real estate development and housing development in the state.

    “The Sultan should be given room to ensure that Johor develops in a balanced manner because the current development is deemed to have sidelined the Malays from living in the urban areas,” he said at a press conference in Johor Baru today.

    Low-income people could not afford to buy high-priced homes that were more widely available in the state, he said.

    “People should recall that it was the Sultan who consented the construction of the Stulang People’s Housing Project (PPR) so that people who are less fortunate in the city can also own own homes,” he said.

    Gabung urged leaders from outside Johor not to be too emotional and be influenced by the opposition propaganda that criticised the Bill to enact the formation of the Johor Housing and Property Board.

    At the state assembly sitting today, Johor Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin said the Bill to be tabled tomorrow, would have amendments to the provisions pertaining to the role of the Sultan in the board.

    ReplyDelete
  4. Hai banyak juga lubang jalan nak kena kambus sebelum pru14. Lantaklah..

    ReplyDelete
  5. Pastikan kualiti rumah utk rakyat diutamakan.Ada lagi tak rumah 2 tingkat macam khemah kat jb tu? Buat le besar sikit. Takkan nak berkira dgn rakyat?

    ReplyDelete
  6. Bah. Pertama:

    Sebenaqnya sistem Raja Berpelembagaan (Constitutional Monarchy) dibahagi dua iaitu “Executive Monarchy” (Raja mempunyai kuasa sosial-politik) dan “Ceremonial Monarchy” (Raja hanya sbg. SIMBOL Adat) – dan di TANAH MELAYU ni, Kesultanan Melayu bukan hanya sbg. “Ceremonial Monarchy”(maka ini palsu di Wikipedia) tetapi juga mempunyai kuasa “Executive Monarchy” , mengikut Perlembagaan Persekutuan Perkara 153, Fasal 1 Perkara 3 [3(1)] dan Fasal 1 Perkara 37 [37 (1)]; berlansungan dari sebelum PENJAJAHAN British-ZIONIS laknat lagi!

    KEBENARAN ini sebenaqnya mahu diSEMBUNYIkan oleh loyar-loyar-LONGKANG si KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM –seolah Perlembagaan Persekutuan hanya berasaskan undg-undg si KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS terutamanya Parlimen British-ZIONIS (Westminster system)!

    Lihat di - http://zanas.wordpress.com/kembalikan-kekuatan-orang-melayu-62-tahun-yang-lalu/artikel-153-perlembagaan-malaysia/,
    Artikel 153 Perlembagaan Malaysia:

    Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada sosial kontrak, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu — kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah penduduk asal Malaysia.
    Berikut adalah penyataan penuh Artikel 153 Perlembagaan Malaysia…….

    Dan lihat artikel yg. sungguh BERNAS ini yg. membuktikan begitu jelasnya kuasa EKSEKUTIF Raja/Sultan Melayu, bukan sekadar ‘hiasan’ – sepatutnya PENASIHAT-PENASIHAT mcm Haji Mahamad Naser bin Disa, Peguam Kanan Persekutuan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Dewan Amal Islami (DAMAI) di dlm MT UMNO dan JPM (keduanya yg. disyaki sudah dikuasai si LIBERAL-plg-merbahaya – di:
    https://akarimomar.wordpress.com/tag/perlembagaan-persekutuan/ ,

    Hijrah Minda: Agenda Transformasi Islam

    Haji Mahamad Naser bin Disa[1]

    7 April, 2012

    Islam Agama Negara: Undang-undang Tertinggi Negara

    Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi di Negara ini memartabatkan Islam sebagai Agama Negara – Fasal 1 Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan – “Islam adalah agama bagi Persekutuan;” atau dalam teks asalnya “Islam is the religion of the Federation;”[2] Jika diterjemahkan ke bahasa Arab ia bermaksud – “Al Islam deen alDawlah”. Bersandar kepada ketinggian kedudukan Islam sebagai Agama Negara ini, Fasal 1 Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan mewajibkan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong untuk membuat satu komitmen atas nama suci Allah dengan melafazkan sumpah – wallahi; wabillahi; watallahi untuk memelihara agama Islam pada semua masa. Lafaz sumpah ini dilakarkan secara khusus di dalam Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan.

    Atas sifat dan kedudukan Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara (The Supreme Head of Federation), semua pihak yang ada hubung kait dengan pemerintahan Negara ini juga terikat untuk melaksanakan sumpah berkenaan kerana segala urusan pemerintahan dalam Negara ini bersumberkan kepada kuasa eksekutif Baginda sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan. Justeru, berpaksikan kepada kedudukan Islam sebagai Agama Negara dan komitmen Ketua Utama Negara, segala agenda Negara sama ada dalam bentuk dasar mahupun perundangan semestinya berpaksikan kepada prinsip Islam dan tidak boleh sama sekali menyanggahi atau menjejaskan ketinggian dan kedaulatan Agama Negara…..

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  7. Allahhuakbar....

    Daulat Tuanku...

    Semoga dilaksanakan diseluruh negeri-negeri di Tanah Melayuku ini...dan semoga Tuanku SPB YDA mengambil kembali negeri PP dari bangsa laknat...

    Aku Anak Perak

    ReplyDelete
  8. Bertuah rakyat Johor tanah yang di tambak jadi Rezab Melayu

    ReplyDelete
  9. nak banykkan rumah bg org emalayu? dah terlambat dan amat kelakar? siapa yg banyak jual tanah johor dekat cina?

    ReplyDelete
  10. PEMUDA UMNO LIBERAL BERKEPENTINGAN POLITIK BOLIH BUNGKUS.
    BELAJAR DARI HRH SULTAN JOHOR UNTUK MENOLONG RAKYAT.
    SLOGAN " RAKYAT DIDAHULUKAN " SAHAJA TIDAK CUKUP.
    Walk the talk.
    Apa UNTUNG jadi LIBERAL ?
    AKU PERCAYA PADA NASIONALIS....SHIT TO LIBERALIS.

    ReplyDelete
  11. nak banykkan rumah bg org emalayu? dah terlambat dan amat kelakar? siapa yg banyak jual tanah johor dekat cina?

    June 9, 2014 at 10:55 AM

    LEBIH BAIK DARIPADA CAKAP TAPI TAK BUAT MACAM PAS.

    apa jadi di selangor ?

    mana pergi rumah mampu milik ?

    berapa nilai rumah 20x70 di shah alam ?

    ReplyDelete
  12. UMNO dan PEMUDA UMNO sepatutnya jadi think tank yang berharga untuk orang Melayu.
    Fikir cara banyakkan rumah Melayu.
    Ini tidak, bergaya sahaja yang lebih.
    Pandai laung kan liberal sahaja, MALANG tak pandai jaga kepentingan rakyat.
    KALAU betul agenda nya PEMUDA UMNO wajar ikut teladan Johor.

    Jawatan KETUA PEMUDA UMNO seharusnya dipegang
    Orang Johor.

    ReplyDelete
  13. Utusan dh dikuasai golongan liberal UMNO. Lepas kena hantam teruk dgn DAP dan RBA Utusan mengalah dan berubah wajah dan hati perut... celaka UTUSAN.. ingt boleh diharap.. ingtkan wira.. rupanya talibarut jugak..

    Kami rakyat luar Johor menyokong penuh usaha Kerajaan Johor dan Tuanku Sultan. Arahan merayu untuk Pulau Batu Putih jugak menunjukkan Sultan Johor ambil berat tentan maruah kedaulatan bangsa.

    Abaikan suara2 celaka dr UMNO Liberal.. CinaBeng semakin terancam.. REDHA celaka ini yg tukang atur hartanah.. naikkan harga utk cekik org Melayu supaya 'lari ke hutan'..


    Teruskan yang terbaik Dato MB Johor.DAULAT TUANKU!!

    ReplyDelete
  14. gunalah kuasa selagi ada kuasa. bila kuasa dah lepas pd 'musuh' melayu dan islam maka jdlah seperti di selangor ini. pemaju2 di selangor ini seakan berpakat dan seperti ada agenda tersendiri hanya membina rumah mewah yg tak mampu dimiliki rakyat biasa. Rumah mewah utk dijual kpd warga asing yg kaya raya. apa akan jd slps PR berada di Putrajaya. Penjajahan secara sistematik.

    ReplyDelete
  15. Apakah ini semua tak dapat di laksanakan kalau tidak di buat enakmen baru ?.Dimana letaknya kekuatan politik Melayu yg masih mempunyai mejoriti 2/3.Tak usah temberang lah Khalid oi semuanya ini menampakan kelemahan Melayu.

    ReplyDelete
  16. MEREKA YANG MEMBUAT KRITIKAN NEGATIF, KERANA MEREKA TIDAK MEMAHAMI ISU DAN JUGA TIDAK MEMAHAMI KEADAAN SEBENAR YANG BERLAKU DI JOHOR. SEBAB ITU PEMBANGKANG DENGAN CEPAT MENGGUNAKAN ISU INI UNTUK LEBIH MENGELIRUKAN ORANG RAMAI. PEMBANGKANG MEMPUNYAI AGENDA YANG LEBIH JAHAT BAGI MEMASTIKAN TUJUAN DAN LANGKAH MENYELAMATKAN BANGSA MELAYU DAN AGAMA ISLAM DIHALANG DAN MENGGUNAKAN KEKELIRUAAN INI UNTUK MENGHALANGNYA. OLEH ITU PLEASE UNDERSTAND THE ISSUE.

    ReplyDelete
  17. pelik kenapa ada ayat kerajaan tak boleh halang pemilikan tanah dari warga asing?..warga asing boleh beli tanah suka2 je ke kat johor?..warga asing yg berminat kat johor ni plak rasanya ramainya dari singapura..kalaulah betul mmg parah, dan masih tak faham bagaimana boleh berlaku?..adakah kita terlalu terbuka hanya untuk tujuan pembangunan dan pelaburan hingga sebarang sekatan dibukakan?..jangan akhirnya yang dikejar tak dapat, yang digendong berciciran..jangan seperti anak yg mahu hidup mewah harta pusaka dijual, akhirnya hidup merempat tanpa tempat tinggal..

    ReplyDelete
  18. ya allah apakah dugaan yang engkau berikan ini

    ReplyDelete
  19. Alah kalau rumah dah banyak berbondol2, apa gunanya...nanti banyak yang terbengkalai tak terjual....orang Melayu bukan boleh beli semua rumahnya wpn rendah daripada harga pasaran....tak payah lah...Sekarang pun dah banyak kawasan perumahan orang Melayu di Johor Bahru...semuanya kurang membangun....keadaannya suram....kedainya kecil2 belaka...

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.