Tuesday, July 1, 2014

MKPN : BEKAS KETUA HAKIM NEGARA SAHKAN IANYA AMAT BERBAHAYA KEPADA ISLAM,MELAYU DAN BUMIPUTRA.



Jika ada satu keputusan yang saya buat dalam beberapa bulan lepas yang semakin terbukti bahawa ia adalah betul, ianya adalah keputusan saya untuk menolak tawaran untuk menjadi Pengerusi Majlis Konsultansi Perpaduan Negara (MKPN) atau lebih dikenali dalam Bahasa Inggerisnya sebagai National Unity Consultative Council (NUCC). 
Saya menolak tawaran itu kerana saya khuatir saya akan menjadi alat untuk memanjangkan tuntutan-tuntutan pihak-pihak tertentu yang senentiasa mencari peluang untuk menguatkan kedudukan mereka dengan menghakiskan hak-hak orang Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak dan kedudukkan agama Islam, sambil mengekalkan hak-hak mereka. Saya takut kiranya saya akan menjadi “pengkhianat” kepada bangsa Melayu dan agama Islam. Saya berbuat demikian sebelum saya mengetahui komposisi dan nama ahli-ahli MKPN.


Apabila saya melihat komposisi dan nama ahli-ahli saya lebih yakin bahawa keputusan saya itu adalah betul. Besar kemungkinan MKPN akan menjadi saluran untuk pihak-pihak yang mendokong program parti-parti pembangkang, terutama sekali DAP dan PKR (manakala PAS, seperti biasa akan menurut sahaja) dan ahli-ahli Melayu/Islam tidak akan dapat mempertahankan kedudukan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, malah ada yang tidak akan mempertahankannya kerana fahaman mereka yang “liberal” itu. 
Ahli-ahli yang terdiri daripada anak-anak negeri Sabah dan Sarawak, terutama sekali yang beragama Kristian, yang kurang senang denagn orang Melayu/Islam di Semenanjung kerana isu kalimah Allah, juga akan bersekongkol tanpa menyedari bahawa hak-hak mereka juga akan terhakis. 


Siapakah Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang dan Polisi MKPN? 

Pengerusinya ialah YB Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen PAS Parit Buntar dan Timbalan Pengerusinya ialah Encik Lim Chee Wee (LCW), bekas Presiden Majlis Peguam. Dato’ Dr. Mujahid adalah seorang pemimpin PAS dan LCW adalah mantan Pengerusi Majlis Peguam. Saya katakan bahawa Kerajaan melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), secara sengaja atau tidak, sedar atau tidak, telah menyerahkan tugas menetapkan dasar (polisi) dan menyediakan draf rang-rang undang-undang berikut kepada pembangkang:

1. Racial and Religious Hate Crime Billl;
2. National Harmony and Reconciliation Bill; and
3. National Harmony and Reconciliation Commission Bill.
Mengapa saya kaitkan Majlis Peguam dengan pembangkang? Semua orang tahu pendirian Majlis Peguam mengenai politik tanahair. 
Terus terang saya katakan bahawa Majlis Peguam menyebelahi dan menyokong Pakatan Rakyat, terutama sekali DAP dan Keadilan. Tidak perlu saya menghabiskan ruang untuk menurunkan fakta-fakta untuk menyokong kenyataan ini. 
Walau bagaimana pun saya akan cerita satu peristiwa yang berlaku semasa saya menjadi Ketua Hakim Negara.
Selepas PRU12, Majlis Peguam mengadakan Majlis Makan Malam Tahunannya. Untuk menjaga hubungan baik di antara Badan Kehakiman dan Majlis Peguam, saya hadir. Majlis itu tak ubah seperti majlis menyambut kemenangan parti-parti pembangkang.
Antara lain, Dato Ambiga, Presiden Majlis Peguam berkata, “Akhirnya pengundi-pengundi telah matang….” (Soalan saya: Adakah pengundi hanya matang apabila mereka mengundi pembangkang, khususnya DAP dan Keadilan?) Encik Cecil Rajendra, peguam-penyair dari Pulau Pinang itu, menulis sebuah puisi memuji peguam-peguam yang memenangi pilihanraya atas tiket DAP dan Keadilan. 
Sebelum membaca puisinya, beliau memanggil mereka naik ke pentas dan mengisytiharkan mereka sebagai “Our heroes”. Itulah majlis rasmi Majlis Peguam yang menjemput Ketua Hakim Negara sebaga dif kehormat! Saya berfikir sama ada hendak meninggalkan majlis itu atau tidak, tetapi kerana tidak mahu membuat heboh, saya sabar juga. (Mungkin itu salah satu kelemahan orang Melayu: Orang Melayu terlalu sensitive terhadap perasaan orang lain sehingga orang lain tidak perlu sensitive terhadap perasaan mereka.)

Saya difahamkan bahawa LCW dan Andrew Khoo (Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam dan seorang aktivis COMANGO) terlibat dalam menyediakan draf ketiga-tiga rang undang-undang itu. Malah saya percaya bahawa firma guaman merekalah yang membuatnya. Naskah awal yang saya terima melalui email tertera kata-kata “Prepared by Bar Council”. Saya juga membandingkan kedua-dua set rang-rang undang-undang itu. Banyak peruntukan kedua-dua set itu serupa, seksyen demi seksyen.
Apa salahnya jika pembangkang dilantik menjadi Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa itu? Ia bererti, paling kurang, bahawa setelah BN berhempas pulas untuk memenangi PRU 13, ia mengketepikan pengundi-pengundinya untuk mengambil hati pembangkang. Jika demikian untuk apa penyokong-penyokong BN terutama sekali UMNO berkerja keras untuk memberi kemenangan kepada UMNO dan BN? Pembangkang pula tidak perlu berkerja keras untuk menang, sebab jika ia kalah sekalipun ia akan dapat menyerapkan rancangannya untuk dilaksanakan juga.
Apa salahnya jika Majlis Peguam yang menggubal draf awal? Saya katakan, apabila diberi peluang Majlis Peguam semestinya akan menggubal seperti yang dikehendakinya, sesuai dengan kehendak parti-parti yang disokongnya ia itu DAP dan Keadilan.
Hal seperi ini pernah berlaku semasa saya menjadi Ketua Hakim Negara. Majlis Peguam telah menggubal Rang Udang-Undang Pelantikan Hakim-Hakim. Draf itu dibawa kepada Perdana Menteri (pada masa itu) oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (pada masa tu), Dato Zaid Ibrahim. Kerana ia melibatkan Badan Kehakiman, saya diberi satu salinan. Ringkasnya, mengikut draf itu Suruhanjaya itu akan menentukan siapa yang akan dilantik menjadi Hakim dan siapa yang akan naik pangkat sehingga menjadi Ketua Hakim Negara. Dalam draf Majlis Peguam itu, majoriti ahli-ahli Suruhanjaya itu adalah peguam-peguam. Ertinya penguam-peguamlah yang akan menentukannya. Saya membantahnya. Antara lain, saya berkata: “Jika Rang Undang-Undang ini diluluskan, Hakim-Hakim akan melutut kepada peguam-peguam.” Akhirnya, rang undang-undang itu dipinda dan peruntukan mengenai ahli-ahli yang terdiri daripada peguam-peguam dikeluarkan.
Tidakkah kita belajar dari kesilapan itu? Atau, dalam hal ini, adakah ia disengajakan, cuai, atau kerana tidak atau tidak dapat berfikir?
Saya difahamkan bahawa LCW, bersama-sama Christopher Leong (Presiden Majlis Peguam ) dan Andrew Khoo telah pun turun padang untuk mempromosikan agenda mereka.
Seperti yang ditegaskan oleh MKPN, rang-rang udang-undang itu berada di peringkat rundingan. Walaupun ia masih di peringkat rundingan, soalan saya ialah mengapa pembangkang, termasuk Majlis Peguam dan COMANGO diminta, dibenarkan, dibiarkan untuk menetapkan dasar dan menggubalnya, sedangkan mereka mempunyai agenda sendiri?
Mengikut amalan biasa, apabila Kerajaan hendak membuat sesuatu undang-undang, Kerajaan (Kementerian atau Jabatan) akan terlebih dahulu membuat keputusan-keputusan dasar. Selapas itu Kementerian/Jabatan akan mengarahkan Jabatan Peguam Negara (melalui pegawai-pegawainya di Kementerian atau Jabatan itu.) Tugas Peguam Negara adalah untuk menggubal seperti yang dikehendaki oleh sesuatu Kementerian atau Jabatan. Mengapa amalan itu tidak diikuti?
Dalam hal ini, adalah amat menghairankan mengapa jawatankuasa itu bukan sahaja diberi tugas untuk mendraf rang-rang undang-undang, tetapi juga untuk menetapkan dasar mengenainya. Peguam Negara pun tidak tidak diberi tugas seperti itu.
Perlu ditegaskan bahawa saya tidak menentang pihak pembangkang dirunding mengenai rang-rang udang-undang itu. Tetapi, janganlah sampai menyerahkan penentuan dasar dan penggubalan kpada mereka. Mereka tentu sekali akan menetapkan dasar akan menggubal mengikut kehendak mereka. Ini kita dapat lihat daripada kandungan draf rang-rang undang-undang terebut.

Kerajaan BN, terutama sekali UMNO dan juga PAS akan bertanggungjawab jika undang-undang itu diluluskan dan ia akan menghakis hak-hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam. Pemimpin-pemimpin anak negeri Sabah dan Sarawak juga tidak akan terlepas daipada tanggungjawab itu.

Bahagian Kedua akan membincang peruntukan-peruntukan rang-rang undang-undang itu)

KLIK SINI

20 comments:

  1. Relex laa tu cuma draf sajaa...

    Tun hamid org yg berprinsip.... yg tu mmg baguih.... x moo jd pengerusi itu hak tun dan ia perlu dihormati...

    Draf tu pula akan melalui beberapa saringan .... lpas ni diberi pula pd pesatuan leguan muslim....dll...

    Semua org akan merasa draf tu.....

    Apabila dibandingkan kelak kita akan npk warna majlis.peguan...

    Bukti bertulis tu cukup penting pd negara....

    Jgn risau.... akhirnya kita akan dpt the final bill yg akan mendukung pelembagaan dan org melayu....

    Najib tu bijakk....jgn risoo

    ReplyDelete
  2. Terima kasih GAP dan terima kasih Tun distas coretan itu. Saya amat risau setelah membaca coretan tersebut. Mengapakah pemimpin pemimpin Melayu yang berada didalam jawatankuasa itu tidak melihat akan hal ini?. Mengapakah dasar kerajaan kita sekarang dilihat terlalu liberal?. Adakah untuk mendapat sokongan bangsa Cina?. Mengapa PM tidak sedar akan keadaan ini?. Tidakkah kerajaan sedar akan keputusan keputusan PRU dan PRK yang telah diadakan selama ini. Kemenangan kepihak pembangkang amat mengusarkan walaupun berbagai bagai bantuan telah ditaburkan. Apakah DS Najib tidak nampak ini semua?. Semoga ruang anda ini dapat sampai dan dibaca oleh pemimpin pemimpin kita supaya mereka sedar dan membetulkan apa yang salah. Sekali lagi terima kasih GAP dan Tun. Wassalam......

    ReplyDelete
  3. senang je jawapannya kerana Najib terlupa sapa menangkan dia.....

    ReplyDelete
  4. Bila tiba saja ramadhon...bila terawikh si selangkan dgn tazkirah maka mula lah ustaz2 yg Pro pembangkang memainkan semula isu hudud...di berikan nya tajuk pembaziran maka di kaitkan nya dgn Pelajaran IPTA IPTS dan ceramahnya berbau politik....maka ramailah yg stat motor stat kereta dan balik...tidak kah ustaz2 jemputan ini tahu menghormati jemaah.

    ReplyDelete
  5. Bila tiba saja ramadhon...bila terawikh si selangkan dgn tazkirah maka mula lah ustaz2 yg Pro pembangkang memainkan semula isu hudud...di berikan nya tajuk pembaziran maka di kaitkan nya dgn Pelajaran IPTA IPTS dan ceramahnya berbau politik....maka ramailah yg stat motor stat kereta dan balik...tidak kah ustaz2 jemputan ini tahu menghormati jemaah.

    ReplyDelete
  6. Mujurlah Bekas Ketua Hakim Negara Benar2 Bijak dan tak tergolong manusia laknatullah seperti group di seperti group loser dibawah..

    Terbaru Prof Redzuan
    "Orang2 yang Syok Sendiri mcm ni satu group dgn Mujahid Rawa, Dr Maza, Badrul Amin, Wardina, Shamdol Petronas, Saifudin Abdullah, Yummy Diana..ialah species yg Selesa Menjadi VIP dgn mengadai & bekorban maruah kaum sendiri demi Penyangak..Mereka untuk mengekalkan VIP (kerana digaji)- sanggup membiarkan anak bangsa terkontang kanting..menyelamatkan maruah

    ReplyDelete
  7. T/kasih tuan GAP membentangkan ulasan ini...aku juga rasa begitu kecewa....kita org melayu yg sedar terus pertahankan umno pada piliharaya lepas....kehendak Allah umno terus dapat bertahan walau sekutu dlm barisan banyak kecundang...malangnya apa yg boleh difahami dlm ulasan ini ialah bn/umno masih memerintah malaysia tapi dasarnya dibuat oleh pihak pembangkang...pihak pembangkang sudah terang lagi bersuluh mempunyai agenda mereka....adakah pemimpin bn/umno secara tersirat mempercepatkan malaysia jatuh ke tangan pembangkang (di masa ini)....ingat singapura sudah hilang....pulau pinang sudah hanyut....melayu/Islam jadi melukut di tepi gantang...dicerca...dihina sesuka hati....nasib melayu/islam akan datang seperti yg diungkap org terdahulu...balik pulau...bayan lepas...sana terpelau....sini terlepas....

    ReplyDelete
  8. Sedih..kenapa pemimpin UMNO tak nampak perkara ni atau buat buat buta..

    ReplyDelete
  9. Pimpinan UMNO sedang masuk dalam perangkap tapi masih tidak sedar!!

    ReplyDelete
  10. Najib patut letak jawatan,pemimpin umno berjiwa pembangkang.

    ReplyDelete
  11. sekiranya ds najib bin tun abdul razak terlalu ingin mengambil hati pembangkang, tak perlulah minta mereka menentukan dasar2 negara sedangkan mereka masih disisi pembangkang. elok jemput terus jadi kerajaan. tubuhkan kerajaan campuran. itu baru betul!! semakin liberal nampaknya corak pemerintahan yang dilaksanakan oleh pm kita ini. kalaulah tun abdul razak masih hidup dan menilai bagaimana anakandanya memerintah malaysia, mungkin beliau akan menangis air mata darah kesal kerana anakandanya merosakkan apa yang telah dibina oleh pm2 sebelumnya.

    ReplyDelete
  12. PAS akan sentiasa jadi pak sanggup selagi tdk melepaskan tengkuk dr tali halimunan perhambaan minda Pakatan Rentung.

    ReplyDelete
  13. Di mana suara pemimpin umno....di mana suara ketua pemuda dan ketua puteri..... dan anak2 buah mereka??? Nampaknya semua telah diserang penyakit 'bisu'.......nampaknya tiada apa yg boleh diharapkan dari mereka ini......Totok MELAYU Islam seolah2 telah pupus di bumi Malaysia ini!!! Tapi usah bimbang....bak kata pendekar Hang Tuah....takkan Melayu hilang di dunia....InsyALLAH Melayu takkan hilang....tapi yg tinggal hanyalah Melayu yg telah mati semangat juang mereka untuk mempertahankan Agama dan Bangsanya......aduhai Melayuuuuu........

    ReplyDelete
  14. pada pendapat saya, semua ini terjadi disebabkan kebodohon dan kedunguan Najib.

    ikan itu busuk dari kepalanya. apabila busuk kepalanya, busuklah seluruh ikan tersebut.

    "ada 2 perkara yang tidak terbatas dalam dunia ini, 1. alam semesta, 2. kebodohon manusia" - Einstein.

    ReplyDelete
  15. Usop rawa korang x moo entam ka....

    Maza.... maza... entamm la... maza

    Yg lelain korang memalu babi nak entam...

    Piirahh....

    ReplyDelete
  16. Melayu diperangkap. Tetapi yang tolong memerangkap itu jugak Melayu.

    ReplyDelete
  17. Saifudin yang jadi wakil UMNO...memang bodoh UMNO...

    ReplyDelete
  18. Usop Rawa , Saifuddin ini semuanya satu kepala.Sudah hilang semangat Melayu dan yang tiggal hanya idea liberalisma dalam pemikiran mereka.Negara yang telah utuh selama 56 tahun kemerdekaan akan jadi musnah dek kerana musibat2 seperti mereka ini.Kita tak mahu menjadi nasib rakyaat Palestine, Melayu Singapok,Islam Turkey dan banyak negara Timor Tengah yang asalnya kuat telah hancur akibat keruntuhan akidah,semangat kesatuan dan cintakan bangsa dan agama.

    ReplyDelete
  19. siapa yg kena main...group pembangkang tu ke..atau najib....sama2 kita tunggu grand finale nanti....

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.