Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyuarakan rasa puas hati dengan hasil Mesyuarat Dewan Diraja Selangor yang diadakan pagi tadi bagi membincangkan kedudukan beliau sebagai menteri besar.
Abdul Khalid bagaimanapun enggan mendedahkan hasil mesyuarat tersebut, sebaliknya beliau akan membuat sidang akhbar di Pejabat Setiusaha Kerajaan Negeri pada pukul 2 petang ini.
"Saya sangat berpuas hati, saya masih boleh tersenyum lagi.
"Saya akan buat sidang akhbar pukul 2 petang ini untuk memudahkan semua media," katanya ketika ditemui selepas meninggalkan Istana Alam Shah di sini tengah hari ini.
No comments:
Post a Comment
KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.
APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.
JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.