KENYATAAN MEDIA
PARTI KEADILAN RAKYAT
PARTI TINDAKAN DEMOKRATIK
PERLANTIKAN DATO’ MENTERI BESAR
KEADILAN DAN DAP MENJUNJUNG TITAH DYMM TUANKU SULTAN SELANGOR
KEADILAN dan DAP merafak sembah menjunjung kasih dan rasa syukur dengan titah DYMM Tuanku Sultan Selangor mengenai pelantikan Dato’ Menteri Besar yang baru seperti kenyataan rasmi Pejabat DYMM Tuanku Sultan Selangor yang ditandatangani Dato’ Mohamad Munir bin Bani hari ini.
Titah DYMM Tuanku Sultan Selangor itu adalah sejajar dengan konvensi (convention) yang telah diamalkan secara berterusan dalam pelantikan Dato’ Menteri Besar sebelum ini.
DYMM Tuanku Sultan Selangor turut menitahkan parti-parti Pakatan Rakyat mencalonkan lebih dari satu nama dalam melantik Dato’ Menteri Besar dalam tahun 2013. Titah DYMM Tuanku Sultan Selangor itu disampaikan kepada KEADILAN, PAS dan DAP melalui satu surat bertarikh 7 Mei 2013 (yang disertakan bersama) yang melambangkan konvensi yang diamalkan DYMM Tuanku Sultan Selangor sebelum ini.
Susulan itu, mengambil kira titah DYMM Tuanku Sultan Selangor dan konvensi yang diamalkan sebelum ini dalam pelantikan Dato’ Menteri Besar, parti-parti Pakatan Rakyat telah mencalonkan satu nama iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim untuk dipertimbangkan DYMM Tuanku Sultan Selangor dalam tahun 2013. Pencalonan ini diperkenankan dan diterimapakai oleh DYMM Tuanku Sultan Selangor.
Oleh yang demikian, KEADILAN dan DAP menjunjung titah DYMM Tuanku Sultan Selangor itu dan akan mempersembahkan pencalonan YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dipertimbangkan DYMM Tuanku Sultan Selangor sejajar dengan konvensi yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat dalam tahun 2013 memandangkan YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sudah mendapat sokongan majoriti sekurang-kurangnya 30 orang Ahli Dewan Negeri (termasuk YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sendiri).
KEADILAN dan DAP merakamkan doa dan menjunjung kasih atas budi bicara ke bawah DYMM Tuanku Sultan Selangor.
DATO’ SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Setiausaha Agong KEADILAN
TONY PUA
Setiausaha Publisiti DAP
Ni memang puak bodoh sombong.
ReplyDeleteWoi, nampaknya PKR mempertikaikan kenapa pulak satu nama je tak boleh sedangkan dulu boleh pulak..... ITU DULU, BELUM ADA LANGKAH KAJANG BODOH.
ReplyDeleteMB tu cuma kesinambungan MB dari penggal sebelumnya (penyandaang jawatan, yg taak perlu diperhalusi lg spt tapisan sprm, polis etc).. Cuma sekadar endorsemen yg menyetujui konvensi penggal sebelumnya...
ReplyDeleteKalau PAS-piss-pussy cerdik dan calon kan nama yang sesuai, ada chance kerajaan PAS kat Selangor ni tapi depa kan Keldai PR dengan cogan kata parti yang baru - constntly inconsistant - memang lambat lagi lah Selangor dapat MB baru.....
ReplyDeleteApa yang susah sangat bagi je lah nama-nama lain tu. Kenapa nak sepat kering jugak. Apa punya banganglah pemimpin pkr ni sama jugak macam penyokongnye hahahahahah
ReplyDeleteMakcik tu jangankan jadi Menteri Besar, jadi Guru Besar pun ntah boleh ntah tidak.
ReplyDeleteTakada tokoh langsung nak jadi ORANG BESAR. Teman takur terkencing aje dalam pejabar nanti kerana tensyen.
Bukan senang makcik oiii.
By;Pak Mat kampung hulu