Apakah yang dimaksudkan dengan Dre1m Fund? Dre1m Fund atau Dana Sukarelawan 1Malaysia (DRE1M) membekalkan bantuan kewangan untuk belia menjalankan aktiviti-aktiviti sukarelawan dengan matlamat untuk membantu komuniti dan kumpulan sosial yang disasarkan.
Bantuan kewangan yang diberikan merangkumi aktiviti-aktiviti seperti pembangunan belia, kesejahteraan komuniti, sukan, budaya, dan perusahaan sosial.
Langkah-langkah untuk memohon Dre1m Fund:
1. Memohon melalui laman sesawang www.im4u.com.my < Dre1m Fund < Apply for funding.
2. Daftar/log masuk dengan Facebook dan lengkapkan borang-borang yang diberi.
3. Sebaik-baik sahaja borang-borang dilengkapkan, semua maklumat akan die-melkan ke pasukan 1M4U DRE1M secara automatik.
4. Permohonan akan dicetak dan dihantar ke jawatankuasa 1M4U untuk diteliti dan disenarai pendek. Kebiasaannya proses ini akan mengambil masa lebih kurang seminggu.
5. Bagi pemohon-pemohon yang memenuhi kriteria, pemberitahuan akan dihantar melalui e-mel untuk meminta cadangan rasmi, latar belakang, dan bajet yang diperlukan untuk menjalankan projek.
6. Berikut merupakan contoh tindak balas dari pemohon yang telah disenarai pendek dengan maklumat yang berkaitan.
7. Setelah lengkap semua formal, bajet, cadangan, dan latarbelakang, jawatankuasa iM4U akan mengadakan kajian terakhir dan meluluskan cadangan tersebut. Cek akan dikeluarkan sebaik sahaja kelulusan diterima. Keseluruhan proses mengambil masa sekurang-kurangnya 1-1.5 bulan.
8. Semua permohonan yang berjaya perlu menyiapkan projek-projek dan menyediakan laporan mengenai projek tersebut berserta dengan bil, gambar, video dan bahan-bahan lain yang diperlukan.
KELAYAKAN PERMOHONAN
· Mestilah berwarganegara Malaysia
· Individu yang berumur 18-40 tahun atau badan organisasi
· Badan organisasi yang tidak berorientasikan keuntungan
· Entiti undang-undang Malaysia yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan atau Pendaftar Belia
· Lokasi projek di Malaysia
· Permohonan maksimum adalah sebanyak 2 kali secara kolektif bagi setiap individu
SOROTAN UTAMA Dre1m Fund
1. Stop The Hunger – Kesejahteraan Komuniti/Sukan. Aktiviti ini dijalankan untuk menghasilkan kesedaran kepada para belia terhadap kepentingan melakukan amal dan kerja-kerja sosial.
2. G.R.O.W (Go Recycle Organis Waste)- Perusahaan Sosial. Para belia mengitar semula sisa organik untuk menghasilkan baja bio-organik.
3. Mengelakkan kegiatan keganasan dan samseng di sekolah-sekolah Tamil – Kesejahteraan Komuniti. Sukarelawan yang menjadi ‘Abang Besar atau Kakak Besar’ bertindak sebagai model peranan dan membantu dalam memudahkan sesi-sesi dan aktiviti-aktiviti sukan.
4. Kem Inovasi Sosial – Pembangunan Belia. Tujuannya adalah untuk menggalakkan para belia untuk menjadi lebih berani dalam menginovasikan teknologi baru untuk masa depan.
5. Play It Forward – Budaya/ Seni. Persembahan Play It Forward muzik dan amal seni telah mengumpulkan penyanyi-penyanyi tempatan, artis-artis dan penari-penari untuk mengekspresikan seni mereka dan mengumpul dana untuk komuniti, khususnya memberi keuntungan kepada Mercy Malaysia dan projek keusahawanan sosial.
6. 72 Hours Swimming For Miracles – Kesejahteraan komuniti/Sukan. Ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran diri terhadap kepentingan menolong orang yang memerlukan.
7. iM4U Health Walk 2013. Program ini dijalankan untuk meningkatkan semangat kesukarelawan di kalangan belia di Perlis dengan kolaborasi Jabatan Kesihatan Perlis.
8. “Are you in the PINK of Health” Karnival Kesedaran Barah Payudara – Kesejahteraan Komuniti. Menjalankan pemeriksaan kesihatan dan meningkatkan kesedaran terhadap barah payudara.
9. SPARTFEST! – Pembangunan Belia. Tujuannya adalah untuk menggalakkan para belia untuk lebih berani dalam mengekspresikan kreativiti dan mempamerkan bakat-bakat mereka.
10. Holi 2013 – Budaya. Mempromosikan warisan masyarakat India Utara di Malaysia yang berwarna-warni.
HANYA PERLU KLIK PADA IKLAN 1M4U YANG TERLETAK DI RUANG SEBELAH POSTING BLOG INI. ATAU ANDA BOLEH KLIK DI SINI
Tak payah la nak mohon. Seperti dana atau bantuan lain(kecuali BR1M sebab nak undi)kita akan melalui karenah birokrasi yang menyakitkan hati dan akhirnya buang masa.Tak payah pergi jauh.Kita tengok pusat zakat yang dah berzaman tapi tak semua orang miskin dapat bantuan.
ReplyDeletekalau saya dilahirkan sbg org melayu saya akan kongkek diri sendiri dan bunuh diri sendiri selepas itu
ReplyDelete