Monday, September 15, 2014

PAS KONTANG IDE.

TUMPAT - Pas dilihat semakin ketandusan ideologi dengan memainkan isu ketokohan agama calon sebagai modal berpolitik pada PRK Pengkalan Kubor, kali ini.

Exco Pemuda Umno, Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata, tindakan tersebut juga dilihat sebagai memperlekehkan gelaran ustaz kepada calon BN, Mat Razi Mat Ail.

"Ini bukan satu isu pun, apa yang penting calon BN sendiri tidak pernah mendakwa mendakwa dirinya ustaz, beliau (Mat Razi) buka madrasah dan sebab itu dipanggil masyarakat sekeliling sebagai ustaz.

"Artis-artis yang masuk Pas juga digelar ustaz dan ustazah, tidak ada siapa pun nak mempertikaikannya,maka ia bukan isu pun sebenarnya," katanya kepada media di sini, hari ini.

Beliau mengulas isu Pas mempertikaikan gelaran 'ustaz' yang dipanggil kepada Mat Razi walaupun calon BN itu memiliki pondok agama sendiri sebelum ini.

Menurutnya, panggilan ustaz yang merujuk kepada maksud guru,tuan,ketua ataupun profesor di negara-negara Arab itu tidak sepatutnya dipolemikkan pembangkang.

Beliau berkata, pembangkang kini dilihat lebih beremosi dan ketandusan ideologi sehingga menimbulkan isu-isu yang tidak sepatutnya membelenggu pemikiran masyarakat.

"Ini semata-mata mahu membunuh karektor calon BN, cara Islam yang sepatutnya ialah bersaing secara sihat dan bukannya mengkritik gelaran itu," katanya.

Fathul berkata, kenyataan itu agak memalukan apabila ia didakwa dari Pas sedangkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob sebelum ini menyebut syarat menjadi menteri besar tidak semestinya seorang ulama.

"Kalau  dari parti selain Pas, saya tidak kisah, tetapi apabila dari sahabat-sahabat kalangan Pas,  ia sangat memalukan," katanya.

Sumber: http://goo.gl/RAZohZ

2 comments:

  1. Inilah akibatnya bila memperalatkan Islam untuk kepentingan politik PAS. Mereka menganggap bahawa Islam itu PAS dan PAS itu Islam sehingga jika ada pihak lain yang mengguna gelaran ustaz dipertikai, mereka menganggap ustaz hanya khas untuk PAS. Dosa PAS adalah memperalatkan Islam untuk kepentingan politik PAS. Adakah Allah hanya merelakan Islam digunakan untuk parti PAS. Cerdik pandai dalam Islam kena buka mata, jangan terpedaya dengan retorik parti PAS. Bolehkah Islam tertegak jika hanya dengan niat parti PAS. Cerdik pandai Islam dalam PAS jangan diperbodohkan oleh sebuah parti yang hanya menggunakan nama Islam, tetapi perlaksanaannya sangat jauh menyimpang. Allah beri akal untuk berfikir. Al-Quran dan Hadith sebagai panduan. Allah melarang Islam berpecah dan Allah suruh berhati-hati dan jangan terlalu baik dengan kafir. Tetapi itulah yang dilakukan oleh PAS. Mereka telah melanggar hukum Allah. PAS sanggup membiarkan UMNO/melayu/Islam yang sama beragama Islam dihina oleh kafir dan kadang-kadang memberi ruang pula kepada kafir untuk mengutuk dan menghina UMNO/melayu/Islam dengan tidak merasa bersalah. Inikah contoh Islam yang dikehendaki yang dibawa oleh PAS.

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.