Thursday, September 11, 2014

PAS TERUS BERGOLAK : HUSAM DIGESA LETAK JAWATAN OLEH KUMPULAN PAS !



Pergolakan dalam PAS berkaitan krisis jawatan menteri besar Selangor berterusan apabila seorang ketua Pemuda PAS hari ini membidas Naib Presiden, Datuk Husam Musa yang didakwanya tidak sehaluan dengan pendirian Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 

Ketua Pemuda PAS Sekijang, Shazni Munir Ithnin  mendakwa bahawa umummengetahui bahawa Husam dan rakan-rakannya dalam Jawatankuasa Pusat PAS tidak bersetuju dengan keputusan Hadi untuk meletakkan lebih daripada satu nama sebagai calon menteri besar Selangor 

Oleh itu, beliau menggesa Husam agar tidak berkias-kias dalam membangkang keputusan presiden PAS itu. 

"Husam perlu menyatakan protes terhadap keputusan tersebut secara terbuka," kata Shazni yang juga eksekutif komunikas menteri besar Selangor dalam satu kenyataan hari ini. 

"Ahli-ahli sudah sedia maklum pendirian presiden, dan tidak kurang yang menyokong," katanya sambil mendakwa hanya Husam dan rakan-rakannya masih berlapik-lapik kononnya ingin menjaga survival politik. 

Menurut Shazni, budaya demikian tidak sihat kerana ia ibarat "anai-anai yang makan senyap-senyap". 

Katanya, jika Husam merasakan presiden sudah tidak layak memimpin parti, maka beliau seharusnya mengusulkan undi tidak percaya terhadap presiden parti. 

Tetapi jika Husam merasakan sokongannya tidak cukup, tegas Shazni LAGI, maka Husam dan rakan-rakannya perlu meletakkan jawatan sebagai isyarat menegakkan pendirian mereka yang dirasakan betul. 

Menurutnya, jika Husam masih tetap tidak bersetuju, beliau hanya ada dua pilihan - melakukan usul undi tidak percaya atau meletak jawatan. 

"Jika kedua-dua ini pun Husam dan rakan-rakan tidak lakukan, sebaliknya terus bersikap seperti anai-anai yang ‘makan senyap-senyap’, lebih baik beliau bersetuju sahaja dengan presiden parti," tegasnya lagi.

4 comments:

  1. Percaya sangat dengan CEKEKRAMA dia orang ni, semua pura2 berlakon je...

    ReplyDelete
  2. Tubuh parti baruParti Tidak Percaya Pemimpin Sedunia-

    ReplyDelete
  3. Aki bukan lah nk busuk hati tapi ini lah natijah nya, PAS sebelum hari hari2 dok fitnah UMNO dan BN nahhh sekarang kau terima lah hukum karma...PAS dan PKR tkkan kemana, mereka ni akan hancur dan yg semakin kuat DAP justeru untuk melemah kan DAP org malayoo kena lah bersatu baru cina kurang ajar ni ada takot sedikit

    ReplyDelete
  4. Umno harus berhati22 kerana PAS pandai main wayang, dulu mereka tidur sebantal tapi mimpinya lain2, takut2 sekarang mereka tidur berasingan bantal tetapi mimpinya sama.
    Awas PAS ada 3 lidah bukan 2 lidah.

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.