Isu pendatang sengaja dibangkitkan oleh perwakilan Gerakan dalam perhimpunan parti itu baru-baru ini.
Meskipun dia sudah digantung oleh partinya, namun luka dalam hati orang Melayu masih berdarah. Masakan tidak, sensitiviti disentuh seolah-olah tiada masalah jika ia diganggu gugat.
Cukuplah selama ini satu demi satu perkara yang melibatkan sensitiviti Melayu dan Islam diusik, hak keistimewaan Melayu yang dijamin perlembagaan mahu dihapuskan, hukum hudud dipermainkan, kedaulatan Islam dipertikai, kini asal usul orang Melayu pula mahu diseleweng?
Ingatlah hakikat sejarah kedatangan nenek moyang orang Cina dan India ke Tanah Melayu satu ketika dahulu. Mereka datang berhijrah ke Tanah Melayu dari tanah asal mereka. Mereka bukan penduduk asal negara ini.
Kedatangan kaum India ke Tanah Melayu
Pada 1971, tokoh sejarawan negara Khoo Kay Kim menulis bahawa kedatangan orang India ke sini berlaku secara berperingkat. Pada peringkat paling awal, ‘mungkin’ telah berlaku hubungan antara Kedah dan India pada awal-awal tahun Masihi. Kebanyakan orang India yang datang pada masa itu di kalangan pedagang dan tukang yang beragama Hindu dan Jain. Pelabuhan-pelabuhan di mana mereka bertapak ialah Sungai Bujang, Sungai Merbok dan Kuala Muda.
Pada abad ke-13 dan ke-14, dengan beransur-ansur kegiatan-kegiatan pedagang India yang awal itu telah merosot dan peranan mereka telah diambil alih oleh pedagang-pedagang yang beragama Islam dari Bengal, Golconda, Coromandel dan Gujerat. Proses itu berlaku semasa agama Islam tersebar dengan kadar yang pesat di Nusantara. Tidak kecil bilangan mereka yang menduduki tempat yang tinggi di dalam kerajaan Melaka.
Asimilasi dengan anak bumiputera turut berlaku. Perniagaan orang India itu tidak terhad kepada pelabuhan Melaka sahaja, mereka juga sentiasa singgah di Kedah, Ujong Salang dan Perak untuk membeli gajah, timah dan lada. Di Melaka sendiri telah didirikan sebuah kampung yang diberi nama Kampung Kling.
Mulai abad yang ke-19, muncul satu lagi peringkat dalam proses imigran orang India ke Tanah Melayu. Pada 1820an, ramai tawanan berbangsa India telah dipindah ke Negeri-negeri Selat setelah perjanjian Inggeris-Belanda ditandatangani. Selepas itu, lebih ramai orang India dibawa masuk untuk dijadikan pekerja di ladang-ladang termasuk ladang tebu dan getah.
Kalau di antara tahun 1880 dengan 1900 bilangan orang India yang datang pada setiap tahun berjumlah lebih kurang 20 ribu orang, di antara tahun 1910 dan 1921 bilangan buruh yang direkrut pada setiap tahun berjumlah kira-kira 100 ribu orang.
Kedatangan kaum Cina ke Tanah Melayu
Kaum Cina mula datang ke Tanah Melayu bermula pada zaman Kesultanan Melaka. Bilangan mereka tidak ramai dan mereka datang sebagai pedagang.
Pada abad ke-18, pelombong-pelombong Cina telah dibawa masuk oleh kuasa Belanda untuk mengerjakan lombong di negeri-negeri Melayu barat. Akan tetapi pelombong-pelombong itu tidak bermastautin lama di Tanah Melayu.
Peringkat seterusnya berlaku pada pertengahan abad ke-19 semasa pembukaan lombong-lombong di kawasan Larut, Klang dan Sungai Ujung. Pembukaan Pulau Pinang dan Singapura sebagai pelabuhan antarabangsa juga menarik minat kedatangan orang Cina.
Selepas pentadbiran British diperkenalkan, kadar kemasukan orang Cina bertambah pesat.
Mulai tahun 1911, hampir setiap tahun lebih daripada satu juta orang Cina datang ke negara ini, di samping beratus-ratus ribu yang kembali ke China.
Hakikat yang tidak boleh diubah
Demikian fakta sejarah yang dikemukakan oleh Khoo Kay Kim sejak tahun 1971 lagi.
Sebarang usaha mengubah fakta sejarah ini merupakan satu pengkhianatan.
Mohd Firdaus Salleh Hudin
Pengarang ISMAweb.net
Pengarang ISMAweb.net
Rujukan: Latar Belakang Sejarah Masharakat India dan China di Tanah Melayu, Khoo Kay Kim, 1971.
OTAK MELAYU SEKARANG...
ReplyDeleteMENANG SORAK, KAMPUNG TERGADAI.
KURANG CERDIK ATAU TAK CERDIK ?
MUNGKIN INDOCTRINASI PERLU BAGI ANAK ANAK MELAYU SKRNG INI. MEREKA TERIKUT DENGAN LIBERLISME DAN ZUMBA ZUMBA...... YANG AKAN BAHAYAKAN MASA DEPAN ANAK MELAYU SENDIRI !
Or TANAH MELAYU SEKALIPUN.
AKU BENCI SIKAP POPULIS, DAN YANG TERBAIK ADALAH SIKAP NASIONALIS, SAYANGKAN UGAMA, BANGSA DAN TANAH AIR....
agaknya zaman melaka dulu bangsa mana yang peritah ye........dah nama pun kepulauan MELAYU.....tak paham gak....nama pun tanah melayu......tak pahm gak.....nama SULTAN pun MELAYU.....tak pham jugak..dulu semua kerajaan dari kedah pusing sampai kepulauan indonesia masuk kepulauan filipine raja dia semua melayu....tak pham gak .....hang li po datang ketanah melayu....maknanya hang li po pendatangkan....tu pssal lah belajar sejarah melayu tapi kena pandai cakap melayulah baru paham
ReplyDeleteSejarah ada lah fakta yg kukuh berbanding fakta akal dan nafsu ... anda telah memalukan diri anda sekira bercerita hikayat dongeng kerana anda gologan tidak membaca ..
ReplyDeleteTerus terang saya katakan bahawa rata rata orang melayu ni pemalas . Kerajaan sudah terlalu lama manjakan orang melayu dengan memberi bermacam macam subsidi yang tak masuk akal .
ReplyDelete