Akta Hasutan 1948 wajar dikekalkan bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang membuat sebarang kenyataan yang menggores perasaan masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berpendapat, adalah penting undang-undang yang mencegah perbuatan menghasut seperti Akta Hasutan dikekalkan dan sedikit pindaan perlu dibuat berikutan beberapa perkembangan mutakhir yang berlaku wajar ditangani segera.
Menurutnya, sejak akhir-akhir ini ada pihak cuba menghasut rakyat sehingga menimbulkan suasana tegang dalam hubungan kaum di negara ini termasuk yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan menyentuh sensitiviti kaum dan agama.
“Kita tidak boleh membiarkan sikap melampau segelintir pihak boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan yang kita kecapi selama ini, apatah lagi jika mereka semakin berani mempersoalkan perkara-perkara yang termaktub di dalam Perlembagaan.
“Antara yang disentuh adalah hak keistimewaan Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak, hak-hak sah bagi kaum bukan Melayu, kedudukan agama Islam dan kedudukan Raja-Raja Melayu.
“Bagi kerajaan tindakan sebegini tidak boleh kita kompromi walau sedikit pun dan pada hemat saya adalah penting Akta Hasutan dikekalkan sebagai satu bentuk kawalan yang membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap mereka,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/akta-hasutan-wajar-dikekalkan-8211-tpm-1.17662#sthash.ObVCOPrm.dpuf
KEKALKAN AKTA HASUTAN, AKU SOKONG MUHYIDDIN SAHAJA.
ReplyDeleteKEKALKAN AKTA HASUTAN DAN KEMBALIKAN " ISA" AKU SOKONG MUHYIDDIN DAN NAJIB.
KALAU KEMBALIKAN PERJUANGAN ASAL UNTUK UGAMA BANGSA DAN NEGARA AKU SOKONG UMNO.
KALAU ADAKAN SATU ALIRAN SEKOLAH SAHAJA, BAHASA KEBANGSAAN, AKU SOKONG BARISAN NASIONAL.
WOWWWWWW
ReplyDeleteTAN SRI MUHYIDDIN YASSIN LEBIH CERDIK KAN. !!!!
DENGAR KELUHAN RAKYAT.
INILAH PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT !
Yg sibuk nk mansuhkan sekor tu je. Bile le dia nk berenti...
ReplyDeleteAssalam gap. Nak minta tolong siasat. Apa dah jadi dengan selangor ni. Beberapa hari lepas ada pergi ke intekma resort di shah alam. Terkejut beruk saya sebab di pintu lif untuk naik ke bilik di blog 10 ada terpampang majlis halloween. Sebesar pintu lif. Masuk dalam lif pun ada lagi promotion berkenaan halloween disekeliling lif. Sedihnya. Apa dah jadi dengan selangor? Tolong sangat pergi siasat. Bukanke Intekma resort tu mara punya? Sedih2.
ReplyDeleteAh jib nak buang, Muhyiddin nak kekalkan. Pakat buang ah jib goer je la camni.
ReplyDeleteBerdoa agar dengan segera Timbalan Presiden dapat mengambil alih tempat Presiden BN supaya kekalutan yang sedang dihadapi diseluruh negara sekarang dapat diatasi dan memberi keyakinan kepada rakyat terutama sekali orang2 Melayu untuk memmilih BN pada PRU akan datang. Orang2 Melayu dah makin banyak menyampah dengan Najib, jadi demi menyelamatkan BN, Najib kena letak jawatan.
ReplyDeleteNAK TANYA TPM MAHYUDDIN..
ReplyDeleteDAH PERGI ZUMBA KER ?
JANGAN TAN SRI, NANTI AHLI UMNO TINGGALKAN PARTI.
INILAH JATI DIRI ANAK KAMPUNG DARI PAGOH MUAR.
ReplyDeleteTAK MUDAH LUPA DIRI, DAN SEDAR AKAN ASAL USUL.
PERTAHAN UGAMA BANGSA DAN NEGARA.
AKTA PENTING UNTUK NEGARA PERLU DIKEKALKAN. INILAH TANAH MELAYU YANG ADA UNTUK MELAYU.
KITA KASIHAN NASIB ORANG PALESTIN, TAPI JANGAN PULA KITA CARI FASAL NAK JADIKAN TANAH MELAYU INI SEPERTI PALESTIN !
TAN SRI DAH BERSUARA....... ALHAMDULILLAH.
Terima kasih TS Muhyiddin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
ReplyDeleteSebagai seorang rakyat berbangsa Melayu dan beragama Islam, inilah yang sangat dinanti-nantikan, TS.
Semoga TS dilanjutkan usia, dimurahkan rezeki dan terus istiqamah dalam perjuangan demi agama dan bangsa.