IPOH 19 Nov. - Golongan perokok disifatkan sebagai berada dalam kalangan kelompok pesakit mental yang perlu diberikan rawatan.
Dekan Fakulti Farmasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) cawangan Kuantan, Pahang, Prof. Dr. Mohamad Haniki Nik Mohamed berkata, hal itu kerana golongan perokok mempunyai masalah ketagihan yang sangat tinggi.
Beliau juga menyifatkan bahawa perokok mengalami penyakit ketagihan berpanjangan yang berulang.
“Dari segi mental, perokok mempunyai masalah kerana mereka tidak boleh jika tidak menghisap rokok. Ketagihannya berada pada kadar yang tinggi walaupun sedar bahawa rokok itu membahayakan kesihatan.
"Berdasarkan kajian, golongan perokok juga adalah yang paling ramai mendapatkan khidmat kesihatan, sama ada di hospital kerajaan atau pun swasta,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi panel pada sesi bertajuk 'Rokok Pemusnah Ummah' dalam Seminar Pendidikan Fatwa Kesihatan 2014 di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng dekat sini semalam.
Menurut Mohamad Haniki, kajian terbaru menunjukkan terdapat kira-kira 7,000 bahan kimia berbahaya terkandung dalam rokok yang 70 daripadanya merupakan bahan penyebab kanser.
Katanya, enam daripada lapan penyakit berbahaya seperti sakit jantung, kanser dan strok boleh disebabkan oleh tabiat merokok.
“Selain itu, sebagai seorang Islam, kita juga perlu sedar bahawa hasil kajian pada 2010 menunjukkan penggunaan darah babi dalam penghasilan rokok,” jelas beliau.
Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Institut Penyelidikan dan Pengurusan Fatwa Sedunia, Dr. Ahmad Wifaq Mokhtar pula menjelaskan bahawa terdapat beberapa sebab kukuh mengapa rokok difatwakan haram.
“Rokok bukan sahaja memudaratkan diri sendiri tetapi orang sekeliling termasuk keluarga kita dan Islam mencegah kita melakukan kemudaratan.
“Menghisap rokok juga merupakan pembaziran kerana duit yang kita gunakan bukanlah untuk kebaikan, tetapi kemudaratan. Rokok juga membawa kemudaratan kepada Islam kerana membantu menguatkan musuh kita iaitu Israel,” kata beliau. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/perokok-ada-masalah-mental-prof-mohamad-haniki-1.26243#sthash.XpSj3n6O.dpuf
NASIB GAP BUKAN PEROKOK !
Memang betul punnn....dah tahu merokok tu membawak mudarat tapi hisap jugak, nyonyot semacam. Tak sakit mental ke tu ?
ReplyDeletecuba cuba la berhenti nmerokok....
Ni baru real Prof kang kong.. boleh jadi Dekan pulak... yeeeehaaaa
ReplyDeletePerokok bayar cukai yg tinggi setiap hari.. Mereka menyumbang kpd negara. Professor hanya menghabiskan duit cukai.
ReplyDeleteGAP, perokok boleh hidup lama macam orang tua tu???
ReplyDeletemaka terdapat berjuta2 perokok sedunia sakit mental.Mereka dah ada pasport utk membalas dendam terhadap profesor tu.
ReplyDeleteagaknya profesor tak ada kerja lain yg lebih berfaedah.
cerita pasal mudarat yg menyebabkan merokok difatwakan haram (rokok zatnya bukan haram atau najis), banyak lg benda2 lain yang dimasukkan dalam badan membawa mudarat. contohnya, masakan berlemak berasaskan kelapa (lemak tepu tu) akan menyebabkan gemuk, kolesterol tinggi dan mengundang sakit jantung. mudarat tu. minum manis sampai akhirnya kena kencing manis, mudarat jugak tu. jadi untuk lebih adil (aku tak pernah bantah fatwa merokok itu haram) keluarkan juga fatwa bahawa makan secara berlebihan makanan yang membawa mudarat kepada kesihatan juga haram. mudarat merokok lebih kurang juga dengan makan makanan berlebihan lemak atau juga berlebihan manis. amacam, mesti ada yang tak setuju punya tu. apapun, fatwa haram merokok tu sebenarnya adalah perkara2 haram yang membawa dosa kecil. dalam hidup seharian, lebih banyak dosa2 besar yang dilakukan. contohnya mendedahkan aurat, mengumpat, mengeji orang, makan rasuah, menipu dan berbohong dan berbagai lagi. jadi pesan aku, cuba2 berhenti merokok secara berperingkat dan jauhi juga perkara2 yang membawa dosa lain. jangan berhenti merokok serta merta, takut kena kejutan dan terus mati pulak...hehe
ReplyDeleteMemang apa untungnya merokok? Say No To Smoke
ReplyDeletekereta penyebab kematian yg tinggi dikalagan penduduk malaysia..seperti kemalangan,racun karbon monoksida,minyak bertoksid,habuk abestos yang dilepas oleh sisytem brake dan clutch plate.,rompakan menguna kereta dll..hehehehehehe perokok adalah peyumbang hasil kepada kerajaan kerana rokok adalah bahan bercukai tinggi..
ReplyDeleteSiapa sebnrnya yg mental?
ReplyDeleteperokok sakit mental,yg luluskan lesen jual rokok tu sakit barah dah.tinggal nak mampus..
ReplyDelete