Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, masyarakat Melayu perlu rasa yakin diri dan menyedari bahawa mereka memiliki keupayaan dalam memimpin dunia Islam.
Pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Persidangan Kuala Lumpur (KL Summit 2014) adalah salah satu bukti kemampuan orang Melayu menjadi harapan dunia Islam dalam memimpin hala tuju perjuangan umat Islam.
Ustaz Abdullah yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Persahabatan Malaysia-Turki (MTF Foundation) berkata, umat Melayu tidak perlu rasa 'inferior' dengan diri sendiri dan terus terpengaruh dengan perangkap minda dan momokan orang lain yang meletakkan bangsa Melayu dalam keadaan serba tidak mampu dan berada di kedudukan bawah berbanding kaum lain.
"Pelantikan Tun Mahathir sebagai pengerusi (KL Summit) adalah satu petanda orang Melayu memiliki kekuatan, idea dan kesungguhan yang menyebabkan umat Islam di peringkat antarabangsa memandang tinggi orang Melayu di Malaysia.
"Orang Melayu mesti berbangga atas pelantikan ini," kata beliau kepada ISMAweb selepas majlis perasmian KL Summit 2014 di Hotel Seri Pacific di sini tengahari tadi.
Persidangan anjuran ISMA, MTF Foundation dan Pusat Diplomatik Arab-Turki (TAIM) berlangsung selama tiga hari bermula hari ini.
Ia membincangkan tajuk 'Negara sivil menurut pandangan Islam'.
Lebih 20 orang pemikir Islam, pemimpin agama dan ahli politik dari lebih 10 buah negara akan membentangkan kertas kerja mereka berkaitan tajuk tersebut.
KL Summit bertujuan mengumpulkan pemikir Islam bagi membincangkan penyelesaian bagi permasalahan umat Islam hari ini.
Pada hari Khamis ini, resolusi KL Summit akan disusun dan dijadikan rujukan bagi negara-negara Islam dalam isu-isu berkaitan untuk pelaksanaan.
Assalammualaikum wmt,
ReplyDeleteKisah kehebatan pemimpin Melayu dah berlalu. Cerita pasal Melayu tak ada umph pada pemimpin kini.
Sekarang negara ini memerlukan pemimpin yg pandai cari duit, pandai buat duit dan pandai pula hulurkan duit kpd rakyat.
Soal bangsa Melayu dan 'tanah milik Melayu' tak penting. Yg penting negara ada banyak duit dan pelabur berduyun-duyun datang melabur. Macam berduyun-duyunnya pendatang yg melanggar undang-undang.
Kita kini dah ada banyak pelaburan hartanah di luar negara. Kalau tanah rizab Melayu terhapus, orang Melayu boleh berhijrah ke tempat-tempat dimana kerajaan kita melabur.
Cerah masa depannnnnnn?
Hoi mamat kau sedar ke tak ni nakbbangga macam pada melayu yang sebut2 ni edola kau ni kan mamak, entah2 kau pun sama sepesis dengan efola kau ni
ReplyDelete