Thursday, November 13, 2014

JOM TOLONG ANAK BANGSA KITA YANG MISKIN DAN SUSAH...


1 comment:

  1. MULIA sunngguh program mcm. ni, bawah YBK ini! Semoga SETIAP anak-anak miskin/yatim terutamanya yg. BUMIPUTERA, terbela! Harapnya juga nak Siti Nur Fatihah bersama dua adiknya yg. sungguh malang, yg. baru menjadi anak Yatim akibat keamlangan yg. sungguh MENYAYAT hati ini, akan diBANTU UMNO/YBK/Jabtn. Kebajikan Masyarakat dgn. segera - lihat di http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/meninggal-selepas-bantu-jiran-1.24408 , Meninggal selepas bantu jiran:Dipercayai akibat sesak nafas terhidu asap tebal, AZELI ALI | 14 November 2014:

    NIBONG TEBAL 13 Nov. - Niat murni seorang lelaki untuk membantu memadamkan kebakaran kecil di dapur rumah jirannya berakhir tragedi apabila dia meninggal dunia akibat sesak nafas.

    Dalam kejadian pukul 1.55 petang semalam, Hasan Sani Laksimana, 43, yang menghidap asma meninggal dunia di hadapan pintu rumahnya di Flat Taman Seruling Emas dekat Sungai Bakap di sini dipercayai akibat lemas terhidu asap.
    Kejadian itu mengakibatkan tiga anaknya yang berusia antara empat hingga 14 tahun kini hilang tempat bergantung selepas ibu mereka menghilangkan diri sejak dua tahun lalu.

    Menurut seorang jiran yang ha¬nya ingin dikenali sebagai Jamil, 50-an, Hasan yang berasal dari Kudat, Sabah merupakan seorang yang ‘ringan tulang’ serta amat disenangi penduduk flat itu kerana suka menolong jiran-jiran.
    Katanya, Hasan tinggal bersama tiga anaknya di rumah itu sejak tiga tahun lalu dan hanya menyara kehidupan dengan bekerja secara sambilan akibat masalah kesihatan yang dialaminya.

    “Kami semua terkejut dengan kejadian tersebut kerana sebelum itu Hasan membantu memadamkan kebakaran kecil di dapur rumah jiran berhadapan rumahnya sebelum tiba-tiba rebah dipercayai akibat sesak nafas kerana terhidu asap.
    “Beberapa jiran cuba membantunya namun disahkan telah meninggal dunia oleh pasukan per¬ubatan yang tiba tidak lama kemudian,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sungai Bakap di sini hari ini.

    Sementara itu, anak sulung mang¬sa, Siti Nur Fatihah, 14, berkata, dia amat terkejut apabila dimaklumkan oleh jiran yang bapanya telah meninggal dunia.

    Jelasnya, selepas ibunya Nor Zabedah Yusof, 40, meninggalkan mereka tiga beradik dua tahun lalu, dia dan dua adiknya, Siti Nur Dayang Fakirah, 8, dan Muhammad Hakim Daniel, 4, tinggal bersama bapa mereka di flat itu.

    “Saya amat sedih dengan kehilangan ayah kerana dia pergi secara tiba-tiba menyebabkan kami tiga beradik hilang tempat bergantung......

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.