Wednesday, November 5, 2014

TERKINI :TUN M SERU PIMPINAN UMNO SELANGOR DIBUBAR DAN DISUSUN SEMULA...

Sesungguhnya perubahan yang diperlukan oleh UMNO Selangor ialah pembubaran dan penyusunan semula. Pemimpin-pemimpin UMNO Selangor perlu terima hakikat bahawa mereka kalah dalam PRU 12 dan 13. Mereka perlu undur.

2. Hari ini untuk mendapat calon Menteri Besar di kalangan pemimpin UMNO pun tidak ada. Ini boleh diadakan dengan ramai jika UMNO Selangor sedia menerima ahli baru. Pemimpin UMNO biasanya tidak suka menerima ahli baru yang berbakat kerana takut mereka dicabar dan hilang jawatan atau tidak dapat jadi calon pilihanraya. Oleh itu usaha mereka bukanlah memperkuatkan UMNO tetapi memperkuatkan kedudukan mereka.

3. Penerimaan ahli baru dengan ramai termasuk yang berbakat adalah perubahan yang utama yang perlu dilakukan oleh UMNO Selangor.

4. Ahli baru perlu juga ditapis oleh badan yang terdiri dari veteran UMNO termasuk dan Bahagian lain. Tapisan diperlukan kerana ada makhluk perosak yang ingin peralat UMNO untuk agenda peribadi mereka.

5. Yang kedua ialah tumpuan kepada Gen-Y. Pada PRU 14, 2.5 juta pengundi muda akan mengundi.

6. Gen-Y tidak berminat dengan UMNO. Mereka, terutama yang terpelajar di Barat sudah menerap budaya dan nilai-nilai hidup Barat. Bagi ramai dari mereka penghargaan terhadap parti dan pemerintah yang memberi peluang kepada mereka mendapat pelajaran dan berjaya dalam kehidupan mereka tidak ada.

7. Jika disebut akan jasa parti UMNO kepada mereka, mereka menolak peringatan ini sebagai mengungkit. Lagi pun mereka berpendapat parti mana pun yang menjadi Kerajaan akan membuat perkara yang sama.

8. Pandangan cetek ini disebabkan mereka tidak membuat bandingan antara Kerajaan Malaysia pimpinan UMNO dengan Kerajaan-Kerajaan negara-negara lain. Jika bandingan dibuat oleh mereka, sudah tentu mereka akan lihat bahawa negara-negara yang mencapai kemerdekaan bersama kita tidak pun dapat dimajukan, jauh sekali daripada memberi pelajaran, biasiswa dan bantuan lain supaya rakyat mereka dapat menikmati taraf hidup seperti rakyat Malaysia.

9. UMNO Selangor perlu berusaha menarik pemuda Melayu menyertai UMNO dengan mendekatkan diri dengan mereka yang bukan ahli bahkan yang menentang UMNO. Untuk ini kepimpinan UMNO harus tahu sejarah UMNO dengan mendalam. Pemimpin yang mampu menjelas kedudukan orang Melayu dahulu dan sekarang tidak ramai. Mereka juga perlu diberi kursus.

10. Ketiga, kikis imej UMNO sebagai parti rasuah. Cara hidup pemimpin UMNO perlu lebih sederhana. Mereka perlu rapat dengan rakyat dan bukan sahaja dengan ahli UMNO. Jangan sekali-kali guna kereta mewah bila ke kampung.

11. Sesungguhnya banyak lagi perubahan yang perlu dibuat oleh UMNO Selangor. Tetapi jika yang tiga ini dibuat sokongan rakyat akan lebih kuat.

11 comments:

  1. Setuju beno2. Syabas Tun. Tun lah tempat kami bergantung. Yg lain semua buat tak tau je.

    ReplyDelete
  2. Sasaran Tun M masih tidak terlewat.

    Pembuburan dan penyununan semula sepatutnya dibuat sebelum PRU 13.

    Rekod lampau PRU 12 dan PRU 13 menjadi bukti mengapa ianya perlu sebelum PRU 14.

    Tindakan segera amat diperlukan.

    ReplyDelete
  3. statement 4 dan 10 ..tu sangat mendalam .. tu yang harus diperangi habis habisan ..

    ReplyDelete
  4. sebagai ahli UMNO Gen. X kami dah lama nampak perkara ini. Kami sayang UMNO tapi kami benci pemimpin yang macam tokong dan tukun yang dah tak boleh pakai tapi bodoh sombong dengan jawatan memasing. Percayalah ramai yang memangkah PR pada PRU12 dan 13 bukan kerana suka sangat pada PR tapi nak ajor UMNO !!!!!!

    ReplyDelete
  5. Umno nak jaga hati Noh Omar atau nak menang PRU14?

    masa nak bersopan santun untuk beritahu kepimpinan umno selangor bahawa mereka gagal sudah lama berlalu..

    Bertindak sekarang !!

    gen2felda

    ReplyDelete
  6. Salam Bro,WAJIBKAN matapelajaran sejarah dari sekolah rendah lagi.Sebaiknya dari tahun 4 .Biar anak-anak kita tahu sejarah negara.Sekarang ni ramai dikalangan pelajar atau orang muda yang BUTA sejarah !

    ReplyDelete
  7. Aku hantar borang permohonan menjadi ahli UMNO di DUN Kajang 3 bulan lepas dan sampai hari ni tak de sebarang berita. Macamana UMNO Selangor yang makin layu nak menarik undi baru.

    ReplyDelete
  8. Bab ni aku sokong mantan PM kita tu. Pemimpin UMNO yang ada le ni kat Selangor dah irrelevant macam Bang Non Al-Juburi tu. Depa semua nafsu besor...rumah nak besor, kereta nak besor, bini nak besor...ooops...banyak, etc,etc,etc. P'Gay'R tengah tenat ni pun depa tak boleh nak balun. DSN sound pun depa buat dono saja...

    ReplyDelete
  9. kadang pendekatan noh omar semacam ada sifat yang tak bersesuaian bagi mendekati golongan muda atau golongan atas pagar...
    love u YBhg Tun... semoga dipanjangkan umur, sihat selalu n dapat terus mencurah idea2 bernas buat negara...

    ReplyDelete
  10. Umno Kelantan pun kena Bubar & Susun semula juga mcm Umno S'gor..

    ReplyDelete
  11. Salam Bro, Setuju 70% pemimpin UMNO Selangor perlu diganti. Pemimpin yang masih bersikap ego, bodoh, sombong dan mementingkan diri patut disingkirkan. Gantikan yang baru yang ingin berkerja untuk rakyat

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.