Buletin sengal
Inilah wajah adik Noor Azhar bin Saad mangsa buli di asrama anak yatim jejawi Perlis. Yang comel di sebelah beliau adalah adiknya. Semoga adik ini dapat meneruskan kehidupan normal seperti biasa, dimurahkan rezeki dan berjaya dunia dan akhirat, Insya-Allah. (SUMBER)
Lima pelajar mengaku bersalah di Mahkamah Juvana Kangar pada Khamis atas tuduhan merusuh sehingga menyebabkan seorang rakan mereka tercedera.
Seorang lagi tertuduh, tidak hadir pada prosiding itu.
Kesemua tertuduh yang berumur 13 hingga 15 tahun itu didakwa dalam satu kumpulan mendatangkan kecederaan kepada Noor Azhar Saad, 11 tahun, antara 1 tengah hari pada 31 Mei dan 2 petang, 1 Jun di asrama anak yatim, Kompleks Penyayang Tun Dr Siti Hasmah, Jejawi, dekat sini.
Kesemua remaja itu didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Bercakap kepada pemberita Timbalan Pendakwa Raya Syazwani Mohamad Sabri berkata Majistret Norhayati Ibrahim menetapkan masing-masing diikat jamin RM500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Disember untuk menjatuhkan hukuman.
Syazwani berkata seorang lagi tertuduh yang tidak hadir akan didakwa kemudian.
Kesemua remaja itu tidak diwakili peguam manakala peguam Razairul Hafiz Md Razib bertindak sebagai peguam pemerhati.
Kejadian buli terhadap Noor Azhar dirakam dan dimuat naik dalam Facebook serta media sosial baru-baru ini sehingga mendapat simpati orang ramai terhadap mangsa. (SUMBER)
Assalamualaikum wr wb,
ReplyDeleteSaya amat berharap ade penyelesaian yang lebih berhemah supaya tidak menjejaskan masa depan anak-anak yang baru naik Menengah dan mungkin perlukan bimbingna lebih dari hukuman (penjara).
Mangsa (dan adiknya) boleh dipindahkan atau diusahakan supaya mendapat keluarga angkat (seperti berlaku dinegara Barat) kerana faktor umur mereka terlalu muda.
Mungkin saudara boleh utarakan. Saya akan ikhtiarkan pihak berwajib membantu kalau mereka bukan duduk di pusat anak Yatim dan dibela oleh Keluarga Sempurna.
Terima Kasih. Wassalam
SHAKIRINalIKRAM
Elok menteri sukan kg yg dok depend at lit doping dadah. Depend budak ni...Jgn sombong bod oh....naiik pun menantu Nya Hal...org lain keje Teruk pun jd bangsat.......camna leh jd menteri
ReplyDeleteApa laa manusia Mcm ko ni... kalau Ikut lojik ko ni.... Semua perempuan kalau dtg bulan, menteri kesihatan mesti tahu. Baghal takleh di ajar
Delete10.51 ni komen apa? Aku tak faham.... Berfikirlah dahulu sebelum buat komen.
DeletePuak bangang PR tak kata viedo tu palsu ke? Mungkin orang lain mirip adik tu kot? Saksi besi? Cepat juga ya tindakan diambil. Yg 99.9% mirip haram jaddah tu apa citer?
ReplyDeleteAssalam...syukur pembuli telah mengaku kesalahan. Semoga Allah memberi mereka petunjuk dan insaf..jangan menganiaya orang. Dah lah anak yatim...mungkin kurang didikan agama. Cuma warden tu ambil tau sikit kejadian di asrama. Jangan makan gaji buta je.
ReplyDeleteTolong usahakan supaya para pembaca dapat menghulurkan derma kepada anak yatim ini...bentukkan satu cara supaya wang dapat disalurkan kepada anak itu sebagai tanda kasih sayang kami kepada mereka..ada sesiapa yg boleh mengambil inisiatif ini??
ReplyDeleteOk...mana gang2 peguam hak asasi manusia yg nak sgt jaga penjenayah dan pembuli ni...?? kenapa tak ada? sbb budak2 tu berbangsa melayu dan beragama Islam ka??? Jika budak sesama melayu dan beragama Islam, depa akan biaq kan. Betoi tak? Jika pembuli tu berbangsa bukan Melayu yg buat kepada mangsa berbangsa melayu, dah tentu segerombolan peguam yg akan bantu sedaya upaya utk melepaskan mereka dari dakwaan sebagai pembuli. Nmpk tak celaka2 yg anutan DAP Racists, PAS dan PKR...tak dtg membantu pun. Knp Dyana x pi tolong pun? Mana la tau mereka ni boleh jd balaci tegar suatu hari nanti, sbb dh termakan budi bukan BODY ahhahh... Mereka akan suka MELAYU ISLAM bercakaran sesama sendiri agar AGENDA mereka akan menyusup dlm MASYARAKAT MELAYU ISLAM... dan akhirnya mereka akan berjaya membuat Tuan Tanah Melayu menjadi Hamba di Tanah Sendiri...
ReplyDeleteanak2 yatim tak sepatutnya diperlakukan sedemikian.. moga dia sabar & beroleh kejayaan di dunia & akhirat!
ReplyDeletepakcik terharu..!
tok harap anak jadi baik....jangan tiru perangai depa yg buli anak...bila anak besar jadilah pelindung kepada yg lebih muda dan kecil...jangan sekali2 biar ada org yg akan diseksa...perbuatan kebinatangan seperti itu mesti dicegah sama sekali....
ReplyDelete