Monday, December 1, 2014

BANGANG TAK MOLEK DIUCAPKAN OLEH PEMIMPIN.


bangang dah jadi trend perbualan di kalangan masyarakat.
bangang semakin trendy di kalangan mulut blogers.

bangang sepopular lagu ' awak kat mana' yang menjaid parodi kepada penjaga gol singapura.

perhimpunan agung umno dah melaboh tirai.

zaman aku dulu, tiap kali perhimpunan agung umno akan ada trend di kalangan masyarakat melayu untuk duduk depan tv mendengar kupasan pembahas.

melayu dulu begitu teruja dengan perhimpunan agung umno.

lebih lebih lagi bila ia berlegar di awal 1990 an.

ucapan presiden umno adalah yang paling dinanti.

dr mahathir tidak menjerit untuk mendesak audience bersahut.
cukup sekadar sinis, sudah boleh membikin dewan jadi gamat yang amat.

point demi point dr mahathir di perhalusi dan teruja untuk didengari. 

zaman itu bukan zaman edan. ia zaman kebangkitan ekonomi asia. jepun dan korea antara pemacu ekonomi asia.

malaysia tidak terlepas dari percikan limpahan kemakmuran ekonomi.

malaysia dan singapura pernah digelar harimau ekonomi asia tenggara. saat itu indonesia masih jauh terkebelakang, apatahlagi burma dan kampuchea.

ucapan perhimpunan agung oleh presiden memungkinkan banyak perkara menjadi dasar.

pada waktu itu tiada dan kurang tekanan daripada pembangkang.

maka ucapan dasar dan penutup banyak menjurus kepada kemaskini haluan islam ,melayu dan negara.

ucapan presiden pada waktu itu amat spesifik, yakni menjurus kepada beberapa point penting untuk dihalatujukan kepada sasaran kemajuan islam, melayu dan ekonomi.

penghinaan paling besar pernah berlaku di zaman dr mahathir. sebut sahaja apa, semua ada.

mahazalim, bini rambut palsu, menteri berzina ( lontaran fitnah) malah wajah ghafar baba pun pernah dijadikan watak katat gergasi dalam star wars.

umno pada waktu itu tidak melatah.

malah satu persatu hentaman dan henjutan pembangkang di patah kan satu persatu.

ini adalah kualiti umno di zaman itu.

mematahkan serangan dengan kemas menjurus ke arah kemenangan pilihanraya.

keputusan pilihanraya 1999 adalah kesan reformasi. 

trengganu tumbang di tangan pas.
kedah mati 2/3 kerusi dun.
selangor banyak kerusi dun tumbang.

malah najib ketika itu pun hanya menang sekadar 200-300 undi di kerusi parlimen pekan.

apa umno buat selepas itu ?

mereka memperbetulkan keadaan. kuasa di tangan digunakan sepenuhnya untuk memastikan kemenangan pada pru akan datang.

persempadanan semula dilakukan.

trengganu yang tewas mula menggerakkan jentera berkonsep rentas gelombang biru.

semuanya dibincangkan pada mulanya di platform perhimpunan agung umno.

dr mahathir tidak pernah membidas mereka yang pernah menghinanya dengan perkataaan kasar.

itulah kualiti dan benchmark yang dr mahathir telah tunjukkan sebagai pemimpin besar umno.

ini adalah cerminan. akhlak, ini adalah kepimpinan atas untuk mempengaruhi orang bawah supaya senantiasa ada penarafan dan bench mark dalam berparti.

umno adalah parti.
presiden umno adalah entiti besar dalam parti.

maka sewajarnya presiden tidak termakan dan terperosok dengan perkataan dan tingkah laku yang boleh menjejaskan kualiti.

melayu tolak pas kerana keceluparan nik ajis.
hari ini pas dalam dilema dan semakin menuju kepada perpecahan.

politik memungkinkan kita mengkritik, dikritik, dipuji dan ditegur.
itu biasa lebih lebih lagi apabila ia membabitkan parti umno.

umno pernah tidak bersetuju dengan pandangan onn jaafar untuk membuka keahlian kepada bukan bumiputra.

tatkala desakan presiden pertama itu ditolak umno, onn jaafar tidak melontar kata kata yang tak baik untuk dicontohi oleh ahli.

onn jaafar keluar parti umno dan tubuhkan IMP..

begitu juga dengan tunku abdul rahman. 13 mei memungkinkan tunku dikritik luar dan dalam parti yang akhirnya menjurus kepada perletakan jawatan.

tunku tidak menjawap kritikan dan semuanya dengan perkataan rendah kualiti.


aziz ishak merupakan pengerusi perhubungan umno selangor yang pertama. dia pernah menjadi menteri pertanian kerajaan pusat.

dia pernah bertegang pandangan dengan tunku mengenai pemusatan dan monopoli ekonomi syarikat british di negeri sembilan yang boleh membunuh ekonomi melayu.

stand presiden tetap bersama syarikat british.

KLIMAKS PERTEMBUNGAN PANDANGAN INI BERLAKU PADA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 1962.

aziz ditendang keluar umno.

zaman dulu punya politik, kualiti gentleman senantiasa didahulukan.
ragbi yang kasar itu pun ada gentlemen kualitinya.

saidina abu bakar as sidiq r.a pun minta dikritik.

saad abi waqqas dan umar al katab pernah tidak sependapat, namun ia tidaklah sampai ke tahap mengeluarkan kata merendahkan orang lain.


pimpinan yang dicontohi tak perlu mengeluarkan perkataan kasar  untuk menyampaikan maksud.

luahan dan bidasan sewajarnya lebih melayu kerana kias melayu itu lebih tajam menusuk menjalar masuk ke sum sum tulang belulang.

sayang perhimpunan kali ini sekali lagi gagal mencorakkan azam nak menang parlimen 2/3 dan merampas kembali selangor.

yang kedengaran dan popular hanyalah bangang.

bukan nak menyebelahi dap, tapi perhimpunan dap di johor 2 bulan lepas merencanakan perlunya peralihan undi 10-15% sudah cukup untuk dap merampas johor.

ini adalah parti. itulah sepatutnya kualiti yang perlu diperbahaskan oleh umno lebih lebih lagi presiden umno.

kajian dan perencanaan kemas.

bukan memikir untuk pusat akur akan pemilihan calon pilihanraya sepertimana yang selangor bahaskan.

perkataan bangang tu tak sesuai diucapkan oleh presiden sebuah parti melayu.  nampak tak molek.


terimalah kritikan dengan jiwa besar.
terimalah pujian dengan jiwa merendah diri.
beza pandangan itu biasa .

jawaplah isu yang banyak melingkar dan menjadi persoalan . itu lebih kemas daripada melontar kata yang boleh memberi cerminan kualiti tidak baik di bawah.

melayu kan kaya dengan kias ?

ENAK LAUK DIKUNYAH KUNYAH..
ENAK KATA DIULANG ULANG.

25 comments:

  1. It takes a BANGANG to call another a BANGANG !

    ReplyDelete
  2. Satu pihak boleh dibangangkan berbakul2, satu pihak yang membangangkan sibangang tidak boleh pulak digelar bangang. Adil betulkan dunia politik bangang ni.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di malaysia ni...
      pembangkang je boleh sebut bangang haram jadah bodoh nak mampos dan segala macam makian..
      umno jangan cuba2 nak melebihi
      kebanggangan pembangkang...

      Delete
  3. Selain dari itu saya juga tidak begitu setuju dengan 'jokes' yang cuba dibawa seperti 'lanun' dan 'malam jumaat'. Jelas kasar dan tidak kena pada tempat dan suasana.

    ReplyDelete
  4. Nasib kaulah Presiden tak panggil "Celaka"

    Bangang tu kan lebih elok.

    ReplyDelete
  5. GAP lama tak keluar artikel best best. busy ke

    ReplyDelete
  6. Aku lebih menyanjungi blogger pro umno yang konsisten menyerang pembangkang tetapi dalam masa yang sama sesekali menembak kelemahan dan kesilapan pemimpin umno/BN.

    Barulah dikatakan blogger yang bertanggungjawab dan menyumbang kepada kekukuhan umno/BN itu sendiri.
    Cuma gaya mengkritik itu jangan ternampak macam nak menjatuhkan.

    " Datuk seri, sebagai pemimpin utama negara dan presiden parti kalau menegur pun janganlah gelar blogger pro umno bangang,,...BANGANG !!! "

    ReplyDelete
  7. Aku lebih menyanjungi blogger pro umno yang konsisten menyerang pembangkang tetapi dalam masa yang sama sesekali menembak kelemahan dan kesilapan pemimpin umno/BN.

    Barulah dikatakan blogger yang bertanggungjawab dan menyumbang kepada kekukuhan umno/BN itu sendiri.
    Cuma gaya mengkritik itu jangan ternampak macam nak menjatuhkan.

    " Datuk seri, sebagai pemimpin utama negara dan presiden parti kalau menegur pun janganlah gelar blogger pro umno bangang,,...BANGANG !!! "

    ReplyDelete
  8. Rindunya zaman kegemilangan dulu..undurlah najib..dah terlipat dlm sejarah kau adalah pm kami yg ke 6 dan yg menjahanamkan umno dan org melayu amnya..sebelum kau terjunam kan kami anak melayu islam semuanya tidak akan redha dan tidak akan maafkan kau selamanya..sumpah keramat kami bersama keringat rezeki kami di tanah air sendiri akan kami pahat ke generasi2 kami supaya belajar dari kealpaan kau dan paklah..sila letak jawatan najib dgn terhormat

    Anak Wawasan

    ReplyDelete
  9. Kenapa Najib tak sebut BANGANG pada Cina yang khianati dan hina beliau?
    Kenapa Najib tak cakap BANGANG pada puak2 yang menghina Islam..??

    Sbrnya yg MAHA BANGANG ialah NAJIB LAKI ROSMAH!

    Please step downlah Najib.. kau tu bangang no 1

    ReplyDelete
  10. sangat berbeza mendengar ucapan Tun Mahathir dan Najib.

    Mendengar ucapan Tun Mahathir satu hari pun boleh dengar, menarik walaupun tak berdegar2, sinisnya menikam.

    Mendengar ucapan Najib, setengah jam dah rasa lama sangat.

    ReplyDelete
  11. bangang jadi bengong

    ReplyDelete
  12. `sangat berbeza mendengar ucapan Tun Mahathir dan Najib.'

    December 2, 2014 at 12:28 AM

    Itu duluuuu dan yang terbaru

    Dan sangat berbeza mendengar ucapan Tan Sri Muhyiddin dan Dato Najib....

    ReplyDelete

  13. kesian pulak nengok si najib nih...serba tak kena apa yg dibuat dan diucap beliau..berhenti la najib oi..takde apa pun yg boleh diharap oleh melayu drpd kau...kau terlalu bergantung dgn cina..kau dah hilang arah..masaalah melayu miskin motong getah/kelapa sawit lansong kau tak sebut..1mdb lagi kau kunci mulut..rumah gulongan marhein mana?..pergi mampos la kau najib..

    ReplyDelete
  14. Blogger yang terasa jangan jadi bangang ya..

    ReplyDelete
  15. Perkataan 'bangang' tak boleh di gunakan utk para bloger,mereka orang terhurmat,tapi perkataan kepada seorang PM bloger boleh kata apa saja dan guankana apa saja perkataan.Itulah tarafnya pemikiran para bloger yg sangak mereka cukup pandai dan berjasa.

    ReplyDelete
  16. salam,
    maka terselahlah watak ah jib gor yang selama ini disembunyi. jika selama ini, playsafe, tetapi terlepas satu perkataan juga. tapi macam biasa la, berduyun-duyun blogger bangang yang berlifestyle selama ini datang membela presiden dan mengaku layak digelar bangang. mereka dapat duit, kemudian suruh orang yang tak dapat duit terima bangang untuk mereka. kemudian nak mengulas kononnya presiden ah jib gor betul kerana blogger pro umno memang bangang. masuk akal ke? saya tak tahu la kalu saya pun jadi macam marina mahathir, bila dibodohkan, kata terima dari baka. mungkin ok bagi yang terima bayaran, tetapi yang tak terima bayaran mungkin tak terima. mereka mengkritik kerana perhubungan dengan pihak lain yang menyuarakan pandangan. kalu yang dibayar memang patut dok memuji dan mengampu kerana tugas mereka. kalu tak buat, memang bangang la. ni menyalahkan blogger otai yang sememangnya mempunyai hubungan baik dengan pihak luar. kalu terlepas cakap, minta maaf la. tak hilang bisa ular yang menyusur di bawah akar. usah la mempertahankan presiden tu, memang kasar dan tak sepatutnya keluar daripada mulut pm. jadi perbezaan antara pemimpin umno, pas, pkr dan dap dah nampak sama standard jer.

    ReplyDelete
  17. Bro GAP,

    Keikhlasan Najib hanya Allah yang maha mengetahui.

    Tapi tanggapan aku setelah mendapat jalan mudah ISA, Najib berjanji berkali kali Akta Hasutan tetap akan di hapuskan, itu janji kepada Cinabeng dan atas mahu terusan menjadi champion kepada suku kaum bangsat tuh!

    Selain didesak atas kelemahan meneraju kerajaan, desakan lebih kuat mengekal Akta Hasutan, terakhir dengan tiada pilihan Najib buat 'kejutan'!

    Dah dibuai 'Tahniah' selepas buat kejutan, Najib terus meluah kan 'frustration' dengan friendly blogger menjadi sasaran!

    Maka kata kata Zahid terpakai boleh untuk blogger tanpa talian hayat kerajaan UMNO yakni UMNO friendly firing bloggers that has inclination defending UMNO is not FRIENDLY after all!

    It has given you as a blogger legitimate right to train your guns and keep firing at issues that justified scrutiny regardless dia tu menteri ataupun PM.

    Pada aku, Tun M is a rare breed tu sebab I will defend him without him ever asking me to di luar negara.

    OM

    ReplyDelete
  18. ADA PEMIMPIN PARTI PR GUNA PERKATAAN "BARUA" "BAHALOL" TAK DA SIAPA YANG HEBOH PUN.... YANG KENA BARUA PUN SENYAP JE....APA BEZA MAKNA "KURANG CERDIK" "BODOH" "BANGANG" Maksudnyua sama je....Tak ada isu nak buat isu. PERKATAAN BANGANG TAKLAH SETERUK BARUA YANG BERERTI "TALI BARUT, PENGKHIANAT, MUSUH DALAM SELIMUT, GUNTING DALAM LIPATAN, DILUAR PEPAT DIDALAM RUNCING"...

    ReplyDelete
  19. Najib ni bangang nya bertingkat tingkat mengalahkan pak lah.aku dah lama tak mahu dengar najib berucap.....boring sangat....bila bercakap kesat mulut itu tandanya mulut cakap lain...hati cakap lain...sebab itu ucapanya perlu terpekik pekik...aku tukar ch kalau nampak najib bercakap.

    ReplyDelete
  20. percayalah.. kami rakyat biasa sudah merasakan Najib package dgn punahsihatnya serta bininya adalah liabiliti dlm UMNO dan BN.

    pemimpin UMNO di sekeliling Najib hanya mengampu. kalau sayangkan kuasa melayu najib perlu berundur. tak layak !!!

    ReplyDelete
  21. Aku teringat kata2 Kong Fu Cius<" kalau kita tidak mahu orang lain buat sesuatun yang tak elok pada kita, maka kita janganlah buat sesuatu yang tak elok pada orang,"
    Jadi bagaimana? kepada DS Najib juga kepada Isterinya apa orang tak kata, malaham kata2 melangkau daripada bangang, perlu diingat beliau DS Najib juga manusia yang ada perasaan.
    Rasanya adalah lebeh baik kita semua jangan bersikap Sedap mulut mengata orang tetapi melenting apabila orang mengata kita!
    Tun Mahadzir juga pernah meluahkan kata2 HAPRAK dan Melayu Cepat Lupa dalam PAU.
    Bagi aku adalah tersangat patut bagin seorang Pemimpin sekali sekala bercakap kasar agar memberi kesedaran kepada orang lain bahawa adalah tidak baik waima kepada sesiapa pun bercakap kasar!
    Oleh yang demikian marilah kita sama2 samada pemimpin dan yang kena pimpin sama2 menyayangi MULUT kita daripada Kecelaan.
    Ingatlah bahawanya kita semua adalah pemimpin, maka sama2lah kita menjaga orang yang dipimpin.

    ReplyDelete
  22. Ha...ah yg ada,sekor pariah parlimen panggil umno celaka boleh pulak. Menikus pm kita nih. Dah panggil pulak blogger umno bangang. Apa,ke,menda la pm kita nih.

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.