http://thekl-chronicle.blogspot.com/2015/01/dapmalaysia-cuba-menipu-rakyat.html?m=1
Friday, January 23, 2015
RAFIZI RAMLI PUNYA TEORI EKONOMI SETARAF JAMBAN PENUH..
Kata rafizi ikut teori ekonomi pala hotaknya
Kalau pakatan perintah
Minyak turun dan harga barang pun turun..
http://theflyingkick.blogspot.com/2015/01/rafizi-ramli-terus-tertelan-tahi.html
Thursday, January 22, 2015
BERSIH 2.0.. NGO PALING BANGANG DALAM SEJARAH TAMADUN MALAYSIA !
inilah NGO yang otaknya begitu sempit , low class dan boleh memalukan maruah sejarah penubuhan NGO di malaysia.
minggu lepas SPR ada mengeluarkan kenyataan merancang persempadanan semula kerusi dun di sarawak.
rancang.
belum dilaksanakan.
baru rancang, belum dilaksanakan.
maknanya proses penambahan kerusi dun di sarawak ini akan melalui beberapa proses demokrasi yang biasa sepertimana amalan persempadanan semula yang pernah dilakukan sebelum ini.
proses ini baru nak bermula.
belum masuk pun stage persetujuan dan perlaksanaan.
SPR dalam hal ini memberi tempoh kepada mana-mana pihak untuk buat bantahan.
sungguh terbuka dan takde apa nak di sorok pun.
tapi NGO bersih 2.0 belum apa-apa lagi dah jemput 20 wakil kedutaan dan mula layangkan cerita yang ini semua tak betul.
tak habis habis lah NGO bangang ni memperbodohkan rakyat.
KALAU SPR TU JAHAT, TAKKAN LAH PEMBANGKANG MAKIN BANYAK MENANG PARLIMEN DAN DUN KAT MALAYSIA !
Wednesday, January 21, 2015
ALLAHUAKBAR... MASIH ADA YANG FAHAM ! SEGALANYA DAH TAMAT UNTUK MEREKA..
Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Gereja Roman Katolik untuk menyemak keputusan mahkamah terdahulu yang tidak membenarkannya membuat rayuan berhubung larangan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan mingguan berbahasa Melayu, The Herald.
Panel lima hakim diketuai oleh Tan Sri Abdull Hamid Embong memutuskan demikian secara sebulat suara selepas berpuas hati tidak berlaku ketidakadilan prosedur ketika mahkamah terdahulu membuat keputusannya..
UTUSAN
ini bermakna mereka tiada lagi punya jalan nak rayu rayu lagi...
tamat.. habis.. kalah. end of the road..
tahniah kepada 5 panel hakim yang bersidang.
ini bermakna mereka tiada lagi punya jalan nak rayu rayu lagi...
tamat.. habis.. kalah. end of the road..
tahniah kepada 5 panel hakim yang bersidang.
Tuesday, January 20, 2015
PROPAGANDA HANTU RAYA SEBEGINI MAMPU MENGURANGKAN LAGI SOKONGAN TERHADAP NAJIB !
bukan setakat itu ia juga telah menggegarkan rakyat amarika.
iran kontra adalah skandal secret deal amarika dengan kumpulan pro revolusi iran yang bertujuan untuk membebaskan tebusan warga amarika.
gerakan ini dilakukan oleh penasihat reagen, yang mempercayai bahawa bekerjasama dengan musuh tidak mustahil untuk membebaskan rakyat yang ditawan oleh kumpulan musuh yang sama.
saat itu iran memerlukan senjata kerana embargo yang dikenakan oleh amarika.
barter trade nya, amarika secara senyap membekalkan senjata kepada iran tanpa mempedulikan embargo.
menutup cerita, ronald reagen akhirnya mengaku ada secret deal dan 5 pegawainya akhirnya diampun di zaman pentadbiran george bush.
iran kontra takde kaitan dengan tv3.
cuma ia sekadar memberitahu dalam politik segalanya mungkin.
politik adalah penting untuk parti.
parti bertanding kerana mahu kuasa politik.
saat ini kita berperang informasi dengan pembangkang.
harus diakui, gerakan media massa penting dalam penyampaian propaganda dan maklumat .
audience perlu diberatkan dengan memahami tindakan dan ide kita betul.
mudah bicara, rakyat perlu diyakinkan akan kebenaran dari kita.
menanam keyakinan di kalangan rakyat akan mendatangkan undi.
dahulu, strategi politik lebih berkisar kepada one way street.
bagitau....mereka percaya....dan menang.
kini tidak lagi.
musuh boleh merencanakan sebarang propaganda tanpa terus menyerang oposisi. sebaliknya menggunakan bahan berita sarkastik dan low class.
projektori imej sebegini akhirnya boleh makan dalam. tanpa disedari tuan itu dilihat sungguh low class dan dilihat rendah kualiti psy warnya.
harus diakui pilihanraya 1999 merupakan pilihanraya paling getir untuk umno dalam mendepani perubahan pengundi melayu.
saat itu umno tiada siber war.
pembangkang mengoptimakan sepenuhnya siber war.
bukan setakat itu, pembangkang berceramah.
mereka turun berceramah.
tiap sabtu ceramah diseluruh negara boleh mencecah puluhan ribu.
namun begitu, di saat pertembungan heavyweight ... umno terus menang. bn terus menang. namun peralihan undi bandaran telah beralih.
di sini bermulanya peralihan undi hinggalah ke pru 13.
dulu perbandaran, kini kawasan semi urban umno pun boleh di cabar.
peng imejan jurucakap politik cukup penting pada pada propaganda politik.
dari segi poster, ungkapan politik malaysia telah berubah dan cuba menghampiri kaedah populariti pilihanraya presidensi amarika.
pada sepanjang kempen pru 13, tv3 kerap menonjolkan beberapa ikon pilihan yang perlu di cover dan di use untuk kempen pembantaian bn terhadap pembangkang.
di kala pengundi bandaran , pengundi muda memerlukan kualiti aliran pemimpin muda yang berketerampilan mewakili bn, tv3 mempopularkan rani kulop.
sekarang dia dah tak dipopularkan oleh tv3 lagi. kerja dah tamat dan 'mesej' media tv3 kepada pengundi dah sampai.
KERJA DOUBLE SWORD hantu raya berjaya.
propaganda sama tak boleh diulang tayang kali ke 2.
fasa baru perlu dimasukkan.
pru 14 dijangka berlaku pada 2018.
isunya bukan di sini.
isunya sejak 2 bulan ini mengapa tv3 obses mengunakan pkr untuk menyerang daim.
adakah ini ada kaitan dengan keputusan liwat kelak ?
atau adakah ini proses peneutralisasi imej anwar oleh tv3 ?
atau ini kerja halus diversi politik mengalih kehancuran pakatan kepada pencarian kambing hitam bernama daim ?
segala macam 'atau' boleh ditafsirkan mengikut arah pandangan yang kita datang.
propaganda direct dan indirect boleh membunuh. ini kerja perlukan penelitian amat kemas dan hantu raya success dalam bab ni.
pengurusan tv3 berjaya membawa 'peralihan undi yang besar di selangor' bila ramai ikon akedemi fantasia kelahiran mereka berjaya diwatakkan menjadi jurucakap bn.
malam tadi , propaganda nampaknya mahu dilihat direct tanpa selindung.
anwar digunakan tv3 untuk menghentam daim zainudin.
ANWAR SELAMA 15 TAHUN MENGGELARKAN TV3 SEBAGAI PERKAKAS UMNO DAN BN.
KINI TV3 DIJADIKAN PERKAKAS ANWAR UNTUK MENYERANG DAIM.
soalan besar dalam isu ini...
mengapa dibiarkan Hantu Raya membunuh imej BN ?
pada zaman dr mahathir, berita pembangkang hampir tiada dikeluarkan oleh para spinners mass media.
pelik, kini sudah terbalik.
tanpa najib sedari, imejenya sedang 'dibunuh' secara halus halusan....
tanpa najib sedari, imejenya sedang 'dibunuh' secara halus halusan....
Monday, January 19, 2015
BATU API : DAIM, SULTAN JOHOR, MB PAHANG, TS MUHYIDIN ANTARA YANG BERJAYA DIBURUKKAN IMEJNYA.
daim ditaji tv3 sudah masuk kali ke 5.
kali pertama, adalah di malam perasmian perhimpunan agung umno tahun ini.
kali ke tiga mereka menggunakan samsul iskandar by phone conversation , satu kaedah untuk memperkuatkan hujah tv3 yang daim ini dah bersalah.
semalam adalah kemuncak serangan tv3 pada daim, apabila menggunakan anwar sebagai senjata utama kononnya pembuktian memang daim bersalah.
kes nya apa ?
kes dakwaan kononnya mengapa daim punyai bank di zimbabwe.
potray nya, MENGAPA DAIM BEGITU KAYA RAYA.
isu ini dah dimainkan sejak kempen pru 1999.
dah basi.
ia dah masuk bpr 2 kali.
kenapa timbulkan semula.
jelas cuba potray najib dilihat untuk kenakan otai godfather umno.
jelas cuba potray najib dilihat untuk kenakan otai godfather umno.
isu potraying imej beberapa pemimpin bukan sahaja dilakukan dengan kemas oleh tv3.
isu penubuhan lembaga perumahan dan hartanah johor juga pernah menjadi isu serangan luar biasa utusan terhadap sultan johor.
tuanku sultan johor tidak diberikan coverage untuk memberikan penjelasan mengapa LPHJ perlu di enakmenkan ... sultan johor dikatakan diberi kuasa penuh mengenai enakmen ini.. sungguh tajam mereka potray imej tuan sultan johor.
yang mereka lakukan adalah potray imej. nasib baik pencerahan ramlah adam telah mematikan niat mereka memburukkan sultan johor.
kes menteri besar pahang yang menjadi bahan serangan utusan kerana kes banjir di cameron telah mengheret utusan ke kancah saman malu.
isu remeh pendidikan yang dijadikan modal jugak media utama.
hebat muhyidin, dia segera rectify the problem.
ini kerja sapa ?
siapa hantu raya yang merekayasakan potray imej negatif sebegini ?
ini kerja kemas double sword.
siapa kenakan siapa ?
siapa yang terkena ?
ini kes guna atas guna ke ?
ini kes guna atas guna ke ?
ini kerja luas melibatkan semua. meliputi semua isu.
mudah dibaca motifnya..
baca latar belakang entiti yang diserang, maka akan dapat kesimpulannya..
kepimpinan lama umno, sultan, kepimpinan totok melayu umno dijadikan bahan serangan.. nampak tak agenda ?
latar belakang pemain ini punyai motif jelas untuk melagakan pimpinan.
GAP : ARTIKEL SAMBUNG
Sunday, January 18, 2015
BATU API SUDAH GIAT LAGAKAN NAJIB DAN GODFATHER-GODFATHER UMNO !
batu api dah buat kerja.
kita dah tahu apa motif mereka.
kita dah tahu siapa kepalanya.
kita dah tahu siapa pencacainya.
hari ini batu api makin galak serang daim .
indirectly batu api cuba mewujudkan seolah-olah najib yang arahkan.
batu api media dan pencacai bangang seronok melihat umno bertelagah.
hakikatnya, jelas najib dan godfather umno takde masalah pun.
kalau setakat beza pendapat , itu biasa dalam politik.
namun bila kepala batu api makin tiup api kasi bakar , ini sudah masuk kategori boleh memecahbelahkan umno.
batu api..
kami nasihatkan hentikan propa melaga laga pemimpin ni.
Saturday, January 17, 2015
SPR DAH BAGITAU DUN SARAWAK TAMBAH KERUSI : JANGAN BISING KATA TAK DIBERITAHU PULAK..
dalam politik malaysia, yang terdekat akan mendepani pilihanraya adalah negeri sarawak.
pilihanraya negeri sarawak dijangka akan tamat matang tempoh kerajaan negerinya pada 2016.
beberapa hari lepas, PR dah umum kepada public... ulang.. SPR dah umum pada public bahawa akan ada penambahan kerusi DUN di sarawak.
kerusi DUN ini bertambah 11 kerusi dan nama DUN tersebut adalah N13 batu kitang, N17 stakan, N23 triboh, N26 gedong, N40 kabung, N57 tellian, N63 selirik,N66 murum, N70 samalaju dan N78 long lama.
jika semuanya berjalan lancar, maka kerusi DUN di sarawak akan berjumlah 82 kerusi keseluruhannya.
ha...kepada pemekak pemekak demokrasi tolong dengar ni.
haritu bersih desak pengerusi SPR agar segera mempercepatkan syor persempadanan semula dun sarawak.
ha sekarang dah umum.
korang boleh check balik.. tolong profesional sikit. benda dah umum.. belum maktub lagi. korang ada masa buat bantahan .
Thursday, January 15, 2015
Wednesday, January 14, 2015
RADIO ERA DIMOHON HENTIKAN PROMOSI IKLAN K POP .
saban hari aku dengar promosi dj radio ERA tentang keterujaan mengenai kehadiran penyanyi k pop pada 7 feb nanti.
radio ERA memang aku puji beberapa segmen dan keletah dj nya...
johan dan gang pagi di ERA memang bikin pecah perut .
semasa suzuki cup, radio ERA cukup positif menaikkan semangat penyokong..
cuma buat masa ini, public dan umat islam sedang protes mengenai k pop.
gap harap....
RADIO ERA HENTIKAN SELINGAN SELINGAN PROMOSI PENYANYI K POP YANG NAK DATANG MALAYSIA NANTI.
kaedah promosi dan iklannya terlalu melangit, unsur hedonisme dan nampak agak taksub promosinya..
harap teguran dan pandangan ini diterima radio ERA.
harap teguran dan pandangan ini diterima radio ERA.
bab lain.. radio ERA ok..
gap; teringat masa raya dulu dulu.. asik asik hindustan siang malam.
gap; teringat masa raya dulu dulu.. asik asik hindustan siang malam.
ISU MYEG PENGKALAN DATA PEKERJA ASING MASUK FASA BARU.. SAMSENG BUAT KACAU !
selama 3 hari blogers mainkan ketidapuasan hati pimpinan dap terhadap pemusatan data pekerja asing yang dilakukan oleh MYEG.
hari ni ketidakpuasan hati mereka dah masuk fasa baru.
staf MYEG pulak diugut mengenai perkara ini..
Tuesday, January 13, 2015
ISU JUDI PAUL PHUA : NAJIB, TSMY,ZAHID DAN SELURUH KABINET WAJIB BINCANG DALAM MESYUARAT KABINET ESOK .
semalam ts muhyidin yasin kata KABINET TIDAK DIBERITAHU MENGENAI surat KDN kepada FBI mengenai isu paul phua yang ditahan penguasa amarika.
isu ini makin hot bila pengakuan ts muhyidin yang secara telus memberitahu kabinet malaysia tidak diberi briefing mengenai surat KDN kepada FBI.
seluruh kabinet tidak tahu.
tpm tak tahu.
jadi jalan terbaik untuk tahu siapa culprit 'surat' ini maka rakyat malaysia menggesa mesyuarat kabinet esok membincangkan perihal ini.
najib mesti ada.
ts muhyidin mesti ada.
zahid mesti ada.
seluruh kabinet mesti ada.
public nak tanya....
tanya tak salah kan ...
tanya je.....
benarkah ada draf asal surat itu ?
benarkah / kenapakah zahid tak layan surat itu selama 2 bulan ?
siapa draf surat itu ?
mesyuarat kabinet wajib bincang perkara ini..
harap takde kambing hitam dalam kes ini..
harap nye lah...
KENAPA MYEG DIHALANG DAP UNTUK MENJADI PENGKALAN DATA PEKERJA ASING ?
ada benda nak sorok ke dap ?
ada benda nak simpan ke dap ?
kenapa benda baik taknak di sokong ?
takut ada benda terbocor ke dap ?
tanya je..
KLIK SINI
HEBAT BLOGER,FB DAN PEMAIN MEDIA SOSIAL PRO BN.
kit siang nampaknya menjadikan alasan agresifnes pemain media sosial pro BN sebagai punca lahabau ah beng perasan jerman kena tahan.
malah ah beng perasan jerman pun dakwa penahanannya berpunca daripada serangan bertali arus pemain media sosial pro BN yang mensensasikan kenyataannya.
dia meneruskan tipikal pemprosesan pembenakan otak di kalangan penyokongnya.
asas cerita dan punca tidak dicerita, sebaliknya orang lain yang dipersalahkan.
tahniah PDRM !
KELUAR AKAUN 2 KWSP BOLEH RINGANKAN BEBAN MANGSA BANJIR YANG ROSAK RUMAHNYA.
mungkin cadangan pengeluaran akaun 2 KWSP untuk mangsa banjir yang rosak rumahnya boleh difikirkan kesesuaiannya.
Monday, January 12, 2015
AH SO KOK HANGIN PASAL MYEG APASAL ?
gap pelik kepada matlamat sebilangan pimpinan DAP yang kerap mempersoalkan pengurusan data yang pada hakikatnya takde masalah.
MYEG dah terbukti punyai kapabiliti untuk menjadi syarikat onliners yang kemas dan mantap pengurusannya.
sistem pengurusan collection MYEG adalah telus dan terus dibayar kepada akauntan negara pada hari yang sama untuk kesemua transaksi.
jadi tiada masalah dan tiada persepsi mengenai aktiviti MYEG membuat keuntungan di atas dana yang diserahkan kepadanya.
semalam nyonya kok bising pasal MYEG diberi tugas untuk menyusun dan mengemaskini pengkalan data mengenai pekerja asing yang sah dan tidak sah.
bayaran RM38 yang dikenakan oleh MYEG itu adalah untuk kos operasi pengurusan dan perkhidmatan yang diberikan.
sistem pengkalan data ini akan menjadi lebih kemas dan cukup penting untuk kerajaan dalam menguruskan kaedah pendaftaran pekerja asing yang lebih sistematik.
takde sorok sorok.
kerajaan tahu pekerja asing yang sah berapa.
kerajaan tahu pekerja asing yang tak sah berapa.
berapa pekerja asing untuk setiap majikan.
malah lebih dari itu, kerajaan dapat tahu mengenai sektor utama yang banyak menggunakan pekerja asing.
ini semua kaedah database kemas, bukan untuk sementara waku malah penting untuk jangka masa panjang.
sebenarnya untuk kes pekerja asing ini, tindakan kerajaan menjadikan perkhidmatan MYEG sebagai pusat pengkalan data amatlah penting kerana ia melibatkan lambakan pekerja luar yang perlu didokumentasikan rekod nya.
ia selaras dengan perjalanan konsep dokumentasi 6P yang sebelum ini kerajaan lakukan.
bab lain dan isu lain masyarakat punyai pilihan.
sebagai contoh, kalau nak renew roadtax pengguna ada pilihan nak buat sendiri atau pakai pekhidmatan MYEG.
ini contoh kepenggunaan melibatkan individu yang dikira tak berapa melibatkan public teramai.
mohon nyonya kok tak terlalu analog sangatlah.
kadang kadang isu disensasi tak kena tempat.
baca kupasan mantap blog CTS
PASAR TANI SEDIA HARGA LEBIH MURAH.. KASI VIRAL SATU MALAYA !
good job MOA.
ini kaedah kasi kurangkan resah rakyat mengenai spekulasi dan kegiatan segelintir peniaga cekik darah yang naikkan harga barang kepenggunaan.
jadi tugas kita kasi viral satu malaya.
Sunday, January 11, 2015
Saturday, January 10, 2015
ARTIKEL TUN M : SYUKUR BHG 1
1. Saya bersyukur kerana kesedaran yang ditunjuk oleh orang Melayu terhadap nasib mereka. Terdapat tanda-tanda yang Melayu UMNO sudah sedar akan perlunya UMNO di perbaharui. UMNO sudah nyatakan kesanggupan untuk menerima ahli baru walaupun ini akan mengancam kedudukan ahli lama. Tanpa ahli baru, terutama yang lebih muda UMNO akan susut jumlah keahlian kerana yang tua tetap menjadi lemah dan akhirnya kembali ke Rahmatullah.
2. Tetapi bukan sahaja yang muda yang diperlukan, yang berbakat, berkebolehan juga diperlukan walaupun tidak lagi muda.
3. Namun tapisan perlu juga dibuat supaya yang masuk bukan yang anggap UMNO sebagai batu loncatan seperti yang terdahulu, atau yang nampak peluang bagi diri sendiri. Yang masuk mestilah mereka yang ikhlas dan faham akan perjuangan UMNO, dan ingin menerus dan menjayakannya.
4. Apa dianya perjuangan UMNO? Setelah 400 tahun dijajah hanya apabila berhadapan dengan cadangan penjajah untuk negeri-negeri Melayu semuanya dicantum menjadi tanah jajahan British secara langsung melalui projek Malayan Union, maka baharulah timbul kesedaran di kalangan rakyat Raja-Raja Melayu bahawa tanpa sokongan mereka maka Raja-Raja akan dipaksa menyerah negeri-negeri kerdil mereka kepada British. Jika enggan ada ramai ahli keluarga diRaja yang sanggup menandatangani perjanjian dan dilantik jadi Raja yang diiktiraf British.
5. Ini sudah pun berlaku dengan penyerahan Singapura kepada British. Dan sesungguhnya inilah cara ugutan Mac Michael kepada Raja-Raja Melayu.
6. Tetapi buat kali pertama, rakyat yang dilarang berpolitik, bangun bersatu tanpa mengira mereka rakyat Raja mana dan negeri mana.
7. Kearah penyatuan inilah yang persatuan-persatuan Melayu seluruh negeri-negeri berkumpul di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.
8. Perjuangan mereka bukan untuk sesiapa. Tetapi tanpa pemimpin dan jurucakap perpaduan mereka tidak akan menjadi nyata. Maka dilantiklah Dato Onn Jaafar sebagai kepala perjuangan keMelayuan.
9. Yang diutamakan pada masa itu ialah menggagalkan rancangan Malayan Union British.
10. Yang kedua oleh kerana Raja-Raja Melayu lemah apabila berhadapan dengan penjajah, maka kuasa mutlak Raja-Raja hendaklah dihadkan supaya suara rakyat akan menentukan nasib mereka dan negari-negeri Melayu.
11. Kerana pendirian rakyat yang tegas maka Raja-Raja bersetuju larangan terhadap rakyat berpolitik diketepikan.
12. Pendirian Raja-Raja dan rakyat Melayu merekalah yang menjadi asas politik Melayu dokongan UMNO.
13. Hasilnya ialah pembentukan perlembagaan yang meletakkan Raja-Raja sebagai kepala negeri dan negara tetapi pemerintahan dikuasai oleh rakyat melalui sistem demokrasi berparlimen.
14. UMNO sendiri menerima sistem demokrasi, terutama dalam menentukan kepimpinannya. Yang utama dalam UMNO ialah dasar perjuangannya. Dan dasar ini menekankan kemajuan bagi semua orang Melayu dan semua negeri melalui cara-cara yang akan ditentukan.
15. Pemimpin tidak boleh membelakangkan dasar perjuangan UMNO. Apabila Presiden UMNO yang pertama, Dato Onn Jaafar dianggap membelakangkan dasar perjuangan UMNO, parti tidak teragak-agak menolak pendiriannya. Dan Dato Onn pula menyedari akan amalan demokrasi, menganggap penolakan pendiriannya sebagai “undi tidak percaya” dengan senang hati melepaskan jawatannya.
16. Perkara yang sama berlaku kepada YTM Tunku Abdul Rahman Putra, walaupun tidak ada undi tidak percaya. Tunku berundur.
17. Inilah kelebihan sistem demokrasi. Di sesetengah negara percubaan dibuat untuk mengekalkan jawatan kerapkali melalui keganasan. Tetapi dalam demokrasi yang matang, peralihan kepimpinan licin tanpa merosakkan negara.
**Bahagian ke-2 akan menyusul esok