Thursday, December 18, 2008

TUN MAHATHIR RESPON KEPADA ARTIKEL GAP !

4 hari lepas gap telah membuat satu artikel berkenaan dengan imuniti dan kuasa raja. artikel yang panjang itu adalah satu respon balas terhadap kenyataan presiden PKR wan azizah dalam ucaptama kongres PKR di shah alam baru-baru ini untuk 'MENGEMBALIKAN IMUNITI RAJA-RAJA MELAYU'. sila rujuk disini http://anwaribrahimblog.com/2008/12/12/pkrs-plan-for-the-monarch/

dalam artikel tersebut gap menghuraikan kronologi punca krisis,tindakan yang telah diambil dan kesannya selepas 15 tahun isu tersebut berlaku.


anwar ibrahim adalah raja munafik.tinggi sedikit darjatnya daripada nuri al maliki di iraq.raja munafik ini menjanjikan kepada raja2 melayu untuk mengembalikan IMUNITI dan gap membalas hujah beliau bahawa dalam islam tiada manusia yang kebal dan kerana tuntutan islam.


hari ini tun dr mahathir bekas perdana menteri malaysia,bekas presiden persatuan batuk kering kedah,dan bekas ahli SABERKAS (sayang akan bangsa erti redha korban apa saja) telah memberikan respon yang cukup positif kepada artikel tulisan gap.


tun telah memberikan salinan ucapan anwar ibrahim yang dibuat pada 23 mac 1993 berkenaan dengan sokongan tidak berbelah bahagi beliau tentang pindaan 1993.

sila rujuk di laman blog tun di sini

http://test.chedet.com/che_det/2008/12/snippets-melayu-mudah-lupa-the.html


dan untuk memahami isu ini sila baca artikel gap bertajuk 'IMUNITI RAJA, ANWAR PASANG PERANGKAP ?'...


disini kita dapat membaca game politik licik anwar meraih kembali sokongan melayu yang semakin hilang dan yang lebih penting adalah gambaran betapa anwar merupakan manusia yang tidak pernah konsisten dalam hidupnya. 1993 beliau merupakan watak utama menghentam raja dan kini 2008 beliau menjilat balik ludahnya kembali.


gap telah menerima beberapa maklumat penting berkenaan anwar...akan gap olahkan dalam masa yang terdekat.mungkin selepas pendedahan ini nanti harapnya akan adalah melayu meniru aksi hero popular warga arab muntazer al-zaidi. baling kasut kepada anwar di pilihanraya kecil kuala trengganu nanti ! NAHH KAU !!!!!!!!!!!!!

kepada tun : terima kasih daripada gap dan bpn

10 comments:

Tai said...

Orang ni memang takdak akai. Sanggup dia mempermainkan raja-raja melayu. Dulu hentam raja, pasai apa la ni nak bodek?

QasehNuryz said...

Salam GAP,bongkarkan segera.Ramai yg tggu,kalau boleh sblm plihan raya KT.kasi dorg bukak mata sikit

Panglima Perang Cyber said...

Bravo Sahabatku GAP !!

Tidak mengapa tiada orang kenal siapa kita.

Asal Tuhan tahu apa yang kita lakukan untuk agama kita..

Lawan tetap lawan..

Syabas GAP..teruskan perjuangan.

LEKIR said...

Assalamualaikum,

Syabas kepada Gap

Anonymous said...

Video Nalakarupan ke GAP ? Dah lama aku tunggu. Takde pun.


Nalla dakwa ada 5 pita rakaman dedah Anwar

23-08-2008 08:20:10 PM
PERMATANG PAUH: Bekas rakan tenis Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk S. Nallakaruppan mendakwa mempunyai lima pita rakaman, yang kini disimpan di luar, yang jika didedahkan boleh menjejaskan kerjaya politik Ketua Umum Pakatan Rakyat itu.

"(Saya) ada lima pita rakaman di luar negara... kalau saya mati hari ini (kerana telah menerima ugutan dibunuh) ia akan terbang (ke Malaysia)," kata beliau ketika berceramah untuk calon Barisan Nasional (BN) di kawasan Permatang Pasir malam tadi.

Dalam ceramahnya itu, Nallakaruppan berkata, beliau menerima ugutan mati jika berkempen untuk BN, tetapi bersedia untuk berkorban kerana negara.

Nallakaruppan pernah ditahan dalam penjara kira-kira setahun selepas Anwar dipecat daripada kerajaan dan parti 10 dekad yang lalu.

Beliau telah keluar PKR tahun lalu selepas tidak menerima tiket untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Ijok, Selangor.

Malah dalam ceramah itu kata Nallakaruppan, beliau pernah memberi wang kira-kira RM60 juta kepada Anwar.

"Beliau ada angkat (terima RM60 juta). Suruh dia datang ke sini (Permatang Pasir) dan bercakap.

"Dia ada angkat (ambil), saya beri dia... Kalau saya ada terima wang RM60 juta, saya tak perlu berada di sini," kata beliau.

Nallakaruppan ketika itu merupakan pengarah perhubungan awam Magnum Corporation Bhd.

Beliau berkata, pendedahan ini dibuat kerana rasa cintakan negara ini dan tidak mahu pemimpin yang tidak boleh dipercayai menerajui negara ini.

Nallakaruppan berkata, beliau tidak sedikit pun terkejut apabila timbul pelbagai tuduhan terhadap Anwar kerana beliau mengetahui siapa sebenarnya bekas Menteri Kewangan itu yang digauli 30 tahun.

"Selepas main tenis saya tahu mana dia pergi, sebab itu saya tidak terkejut," kata beliau.

Malah, menurut Nallakaruppan, beliau juga ada menerima ugutan supaya tidak berkempen dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Beliau telah menerima lebih daripada 10 khidmat pesanan ringkas (SMS) ugutan supaya meninggalkan Permatang Pauh.

Nallakaruppan berkata, ugutan-ugutan itu diterimanya sejak beliau menjejakkan kaki ke Permatang Pauh sejak seminggu lalu dan yang terbaru bilik gerakannya di Seberang Jaya didatangi beberapa lelaki India yang membawa bendera Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengancam dua petugasnya.

"Saya terima SMS hampir setiap hari dan hari ini pun ada. Saya telah membuat lima laporan polis setakat ini," kata beliau dipetik Bernama, yang juga Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) dan menambah, SMS itu mengancam nyawanya.

Anonymous said...

Anwar akan terBOGEL sebelum ada reformis bogel depan dia...!!!

Singh Is Kinng said...

Salam GAP,

Anwar dah tahu career politik dia dah nak habis, so dia jual kari yang ditaruk perasa MSG oleh DAP. Mula-mula ramai Melayu beli, tapi cepat rasa muak sebab MSG.

Sekarang hanyalah puak-puak hindraf yang membeli.

Visit mine for more story.

Wassalam.

Anonymous said...

GAP..harap dah sahkan..betul ke video liwat anwar diedarkan dikalangan pelajar malaysia di universiti Indonesia? Harap2 benar laa....sebab aku nak ajak Nik Aziz tengok sama2..hehehe

ڤنا مينڠ / PENA MINANG said...

Itulah Anwar Ibrahim, tak habis-habis buek janji kosong. Apo dio ingek dio tu TUHAN ko...ni kito nie merancang, tapi ALLAH yang monontu kan nyooo.

Baling Selipar kat Anwar Ibrahim waktu dio kek Terengganu??? Tak elok cam tu, baling dalam laut biar jerung tolan.

rezqeen hill said...

Salam,

Gempak la GAP!!

Kita akan tentang habis²an Anwar & kuncu²nya..

Walaupun tak dpt bersama bkempen di KT nnt, kita akan bjuang melalui blog²..