Monday, October 12, 2009

BAGAN PINANG : PENILAIAN PERIBADI AKU

aku dah mula nak demam. bukan pasal isa samad menang tetapi pasal dok berjemur tengah panas dari pagi sampai ke petang melihatkan gelagat sarkis penyokong pas di teluk kemang.

bagan pinang diantara beberapa pilihanraya kecil yang aku hadir. 7 hari solid molid. tidur berlantaikan lantai dan bantal berbantalkan kain pelikat. sungguh aku dapat memahami faktor kejayaan besar umno di bagan pinang.

antara faktor besar menangnya isa samad pasal keseluruhan pimpinan bahagian telok kemang menyokong pencalonan isa sebagai calon. ini faktor pemangkin, tidak seperti di lain-lain prk yang isu calonnya banyak 'membuangkan' masa petugas menepis isu.

kamu nak cakap apapun pasal isa, dia punyai track record. orangnya down to earth dan tiada masalah dengan rakyat.

kedua, faktor terkuat memenangkan isa samad kerana isa menyerang anwar,menyerang pas dan menyerang pakatan. umno pada 8 prk lepas masih berfikiran feudal, terlalu defensif dan tidak mengikut selera generasi x dan y. apa yang generasi muda mahu ? bukan jalan tar berturap tak semedan, sebaliknya kelantangan calon dan beberap pimpinan umno menyerang habis-habisan anwar pas dan pakatan.

inilah yang rakyat mahu dan di bagan pinanglah yang memulakan katastrophi serangan. tahniah pada isa samad,ts muhyidin, shafie apdal (menteri MARA yang belum luluskan lagi loan aku), khairy jamaludin,razali ibrahim...nama ini jelas punyai usaha menyerang anwar.

suara di atas dah macam terpengaruh dengan stail bloger antai anwar. mendengar ucapan shapie apdal (menteri MARA yang belum luluskan loan aku) membuatkan aku tabik hormat pada dia. sungguh walaupun dia belum luluskan loan MARA aku. itu perkiraan lain, perkiraan politik aku mesti bersikap profesional. shapie apdal pada petang dalam upacara meraikan kemasukan ahli pkr jelas membuktikan dia wajar menduduki kerusi naib presiden.

shapie apdal menyerang anwar begitu kukuh dengan fakta, hujah membidas nik ajis menampakkan shapie apdal membaca 'cara-cara' serangan sepertimana bloger menyerang pakatan.

menyebut serang ts muhyidin,kj,razali ...aku berani memberikan tepukan berdiri.

ketua militan pas, nasrudin tantawi sudah melakukan silap besar. dia wajar di ISA kan kerana menjadi dalang usaha melakukan jihad fisabilillah terhadap orang umno. pembawaannya sudah ke arah menyamakan prk bagan pinang seperti perang politik sunah dan syiah,seperti hamas dan fatah,seperti protestan dan katolik di ireland. sungguh gila dan begitu sampah otak ketua militan pas ini.

dek kerana usaha jihad inilah, ratusan anak muda penduduk asal teluk kemang mengamuk sakan.mana mungkin sikap kurang ajar ahli pas dari kelantan membelasah penduduk kampung dibiarkan sahaja.

aku pernah menghadirkan diri pada pilihanraya kecil ijok tahun 2006,perlawanan antara cikgu parthiban dan kalid lembu ibrahim. pada waktu itu pemuda umno cukup gah sehinggalah mereka tidur berdengkur selepas pilihanraya umum 2008. 8 pilihanraya kecil cukup membosankan buat aku kerana pemuda umno tidor berdengkor. hinggalah di bagan pinang, aku tabik spring kepada pemuda teluk kemang dan kawasan sekitarnya kerana telah berjaya untuk menjadi 'jantan' pilihanraya semula !

3 hari terakhir aku berlegar di sekitar ceramah pakatan. harus kita paham, bahawa separuh daripada jumlah hadirin yang hadir pada ceramah anjuran mereka merupakan orang luar. tiada efektif.

anwar attaturk bukan lagi faktor kemenangan pakatan. nik ajis sudah reput menunggu tongkatnya rebah, hj hadi membosankan,kalid gereja samad selalu menjadi bodoh dimana-mana sahaja beliau pergi,husam terlalu kelantanese tidak sesuai untuk dibawa ke tengah, mahfuz yang punyai IQ 20 selalu tersenyum walapun keadaan tak menggelikan hati pun,ketua militan tantawi yang sembab muka dan dilihat terlalu ektremis dan pengganas...

ceramah mereka penuh retorikal politik, isu terlalu melayang seperti menuduh anggota tentera meminjam wang ah long kerana tak cukup gaji, pengisian ceramah lebih mirip kepada penggiliran bintang-bintang sarkis menunggu giliran untuk beraksi.

gajah,kuda,monyet,cimpanzi,zebra,harimau,anjing laut dll begitulah konsep aksi ceramah pakatan, mirip hiburan dan santai membodohkan. macam lawak kumpulan senario,cecupak dan aksi peserta raja lawak,lawak yang membodohkan dan merendahkan IQ pendengar.

aku dapati ada sebilangan hadirin ceramah pakatan lebih tampak radikal fikirannya. dalam sesi soal siasat aku dengan berbelas hadirin ceramah pakatan, mereka menungu jawapan balas daripada pimpinan pakatan terhadap persoalan isu dan dasar.

ada yang berkata pas tidak seperti dahulu,dek kerana ada DAP isu hudud dan negara islam sudah tiada kedengaran lagi di bagan pinang. kumpulan ini dari kelompok sarban dan ortodok pas.

manakala golongan muda yang baru menceburi politik melihat pas dan pakatan gagal dalam hujah memberikan penjelasan isu dasar politikal mereka. ada yang memberitahu aku, jika anwar attaturk menjadi PM dia dilihat terlalu liberal dalam isu murtad. adakah pas pada ketika itu akan bersetuju dengan isu liberalisasi murtad tajaan anwar ? aku tersenyum dan sekadar cakap pada dia, pakatan menghampiri stail pelacur politik jalanan, segala apa yang ada sanggup dijual.. janji sales ada..mamat bengong tu pun senyum.

semoga kemengan besar ini tidak melalaikan umno. kalau alpa, aku akan senantiasa sudi untuk membelasah umno. kepada ds najib 1 malaysia ada nampak kesan besarnya. ts muhyidin semakin berani untuk menjadi penyerang anwar. shapie apdal (tolonglah luluskan loan MARA aku).. aku salute dan tabik spring pada ucapan kau yang berapi tu..kepada isa samad welcome back..

lupa, harap pemimpin negeri-negeri yang kalah tu tolonglah alert pada pada new media.media baru..jangan jadi lesu dalam mengaplikasikan tekonolgi terbaru politik ni, blog dan sebagainya.kalau tak paham, tolon cari exco pemuda umno pusat yang bernama tun faisal. dia boleh bantu.

kepada saiful bukhari, masamu sudah tiba !

36 comments:

Ashley Ahmed said...

tahniah pada isa samad,ts muhyidin, shafie apdal (menteri MARA yang belum luluskan lagi loan GAP), khairy jamaludin,razali ibrahim juga.

paling penting padan muka anwar

Adha said...

Dalam Bebyk Isu Dan Topik Diketengahkan, Isu AWAK dgn ABG SHAPIE dan Loan je yg steal the show..hahahhaha

Anonymous said...

ahaha... paling menarik ialah mengenai shafiapdal pasal LOAN itu memang sinis bunyinya tetapi mendalam tahniah GAP kerana tidak kering keringat membantu kemenangan TanSriIsa bekas MB yang memang sopan sahaja sama seperti MOHAMMAD sekarang semoga Anwar sedar yang masanya sudah hampir untuk kembali ke mahligai kerinduan yang cukup bernilai di sungai buloh bagus GAP penulisan semakin mantap moga LOAN cepat diluluskan insyaAllah sekian

-Herr

YANG GAMBI said...

Rakyat tidak selamanya menerima cramah penipuan, fitnah dan caci maki PAS-pakatan....

Rakyat telah menguji mereka di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah, ternyata mereka hanya pandai berhujah fitnah, tetapi tidak mampu melaksanakan janji-janji merreka.

Itulah balasan kepada pendusta......

Anonymous said...

saya setuju!

Salam GAP,saya mohon masukkan blog saya dlm bloglist GAP.Sy budak baru belajar,mintak tunjuk ajar.Cuma sy nak berjuang sama2,walaupun jauh di perantauan.

pedutorres.wordpress.com

email:pedutorres@yahoo.com

selamat berjuang!

Fadzli

FARAHIN said...

remang bulu roma bila baca.. apa pun tahniah buat ts isa dan petugas UMNO kerana kemenangan besar ini... ds shafie afdal, jgn lupa tengok2 kan loan MARA kwn kita ni.. salam 1 MALAYSIA

FARAHIN said...

TAHNIAH SEMUA

FARAHIN said...

tahniah semua,

M.Saad said...

Tuan GAP..
Duit MARA dah habis daaa.
Apaun tahniah diatas usaha semua.

Anonymous said...

Tahniah TS Isa Samad!!
dan tidak lupa pada GAP yg sanggup turun padang & tidur beralaskan lantai..

saya kagum bro..

Harap YB Shapie Afdal tolong sama bro GAP!!..

NUAR BERAHI BEKAS BANDUAN said...

HARAPAN SELEPAS INI BN JANGAN LEKA.PEMIMPIN2 BAHAGIAN KENA JUMPA TSI UNTUK SEKOLAH BALIK HEEE SEBABNYA PUAK ALJUBURI TENGAH BUAT PERANCANGAN UNTUK KORBANKAN AHLI PARLIMEN ATAU ADUN DIKAWASAN KUBU KUAT MEREKA UNTUK NAIKKAN MORAL PENCACAI PR.SELEPAS TERSEMBAM DI BP SAHAM MAKIN MENURUN ALJUBURI TAKKAN BERDIAM DIRI SO UMNO KENA BERSEDIA.ALJUBURI TENGAH BANYAK MODAL HASIL DARI JUALAN KY DAN DANA DARI AL-GORE( HASIL DARAH RAKYAT IRAQ) JADI DIA TAKDE MASALAH NAK HULUR AP ATAU ADUN DIA UNTUK LETAK JAWATAN.
TAHNIAH KEPADA TAN SRI ISA DAN TAHNIAH KEPADA PENGUNDI BAGAN PINANG YANG MENYOKONG TSI

antianwaribrahimdotcom said...

selepas di bagan pinang, anwar bersilat pula dalam kandang tertuduh di mahkamah berseorangan tidak lama lagi.

masa tu nak jerit, jeritlah sekuatnya!

masa tu nak menyalak mcm anjing gila, dipersilakan!

rakyat tidak akan rasa terganggung lagi kehidupan mereka seharian kerana anwar boleh menonggeng buntutnya dalam mahkamah semahunya!

tahniah bn!!!

Anak Lenggong said...

Tahniah kepada diatas kemenangan tapi jangan cepat nak berasa tinggi diri..sebab ini baru lah permulaan..terus kan usaha untuk menyedarkan bangsa melayu akan kebenaran nya..kepada para pemimpin yang menang ingat lah bahawa jangan terlalu merasa selesa dan bangga dengan kemenangan ini...disebabkan pengundi sekrang sudah boleh menilai prestasi orang yang dipilih mereka sekira nya para pemintin ini masih leka dengan kemenangan tanpa sebarang usaha untuk menguruskan dan membela pengundi dikawasan mereka...jangan lah merasa kecewa pabila kalian akan disepak keluar di pilihanraya akan datang..so harus berusaha untuk memanjukan dan mendengar rintihan daripada pengundi yang memilih kalian..

Apa2 aku memang setiap malam berulang alik daripada somban ke pd tu..dan apa yang aku lihat..disini para perayu undi membuat kerja secara bersungguh-sungguh tak seperti pilihanraya kecil di kawasan sebelum ini tahniah kepada yang bekerja dan jangan mudah leka banyak lagi kajian dan kerja yang harus dilakukan..apa yang nyata sekarang ini jentera kita dah mula menyerang balik apa yang dikatakan oleh pembangkang tetapi didalam kita menyerang semula kita kena akur dengan tatasusila kita sebagai orang melayu dan berugama islam jangan seperti para pengikut taliban belaan pak lobai nyanyuk dan nuar brahi tu...

Anonymous said...

Tahniah semua, Tuan GAP dan blogger yang lainnya berkerja kuat setiap masa membelasah dan input yang sangat berharga. Tentang pinjam mara ni GAP naik terus ler jumpa Menteri Mara tu minta tolong, rasanya dah lama sangat citer ni.GAP pun jangan tertinggal ingatkan orang selangor jangan tidur, teman dah tak tahan mendengar ceramah politik di surau/masjid tak kira masa , subuh, magrib, Isya' penceramah dari kelantan.

Anonymous said...

eden org Bagan Pinang nak ucapkn Timo Kasih kek Bloggor2 sumo di ateh komonangan ni, tanpo u ol sume mmg kitorg kek cni bojuang tanpo 'sonjato' lh umpamo nyo. timo kasih yo. kek lu brother GAP eden doakn copek dapek duit MARA 2 t buleh yo blanjo den hehe...bkn xluluih cumo lambek luluih jo duit 2, saba yo bro. Thanx 2 u ol Blogger

Aku Darah Anak Melayu said...

salam..
tahniah atas kejayaan ini..
tapi kita perlu terus usaha kita untuk rampas balik semua negeri yang terlepas..
jangan kita lalai..

satu benda nak share..
malam tadi ondaway balik ke penang bertembung dengan ramai pencacai pas..
muka masing2 macam kalah judi jer..heheh =p

GAP KEMBALI said...

pedutorres aka fazli
salam .aku dah linkkan blog kau dalam ruangan artikel menarik 24 jam .

teruskan serangan.

junah
betul padan muka anwar attaturk. 3 nov lagi padan muka.

shahrul
hmm..aku saje kias, harap menteri MARA paham..

herr
mahligai rindu sungai buloh ? anwar dah bau la sel tu..hahaha..tk doakan aku.amin

yang gambi
rakyat dah alert kesilapan mereka undi pakatan di selangor,kedah,penang dll...teruskan usaha hentakan, kita sedarkan rakyat.

farahin
teruskan melawan. mohon update blog,kita bangkit kita lawan mereka !

m saad
harap bajet bulan 10 ni ada kabar gembira untuk ratusan peniaga yang nak pinjam MARA..

anon
tido alasakn lantai sampai demam aku dibuatnya. tk doa anda..amin

nuar berahi bekas banduan
ada kebenaran fakta anda.

antipkr sarawak
3 nov anwar makin pening..bau sungai buloh makin kuat menusuk idungnya..

anak lenggong
setuju pendapat anda.umno tidak harus lalai !

antianwaribrahimdotcom said...

salam gap!

aku dh cadangkan kepada blogger bernama kumbang mengenai kempen menggunakan istilah tetap iaitu PAKATAN PEMBANGKANG bagi menggantikan istilah PAKATAN RAKYAT (PR).

kerana istilah PR tidak sah dari segi gabungan pembangkang secara rasmi dalam undang2 SPR.

maka dengan ini, gap atau rakan2 yg lain boleh mencipta reka logo atau lambang khas untuk kita kempen secara besar-besaran dalam hal ini melalui blog masing2.

walaupun perkara ini sudah ditimbulkan oleh beberapa org blogger anti pembangkang, kali ini kita mesti lakukan secara rasmi dan lebih teratur.

kita jgn termakan dan terikut2 dengan istilah PR yg hanya wujud selepas pru-12, bukannya sebelum itu lg.

saya mohon mencadangkan dan dipohon ada sesiapa yg menyokong???

antianwaribrahimdotcom said...

salam gap!

di bawah ini adalah cadangan drpd kumbang kepada aku. kepada sesiapa yg mempunyai cadangan nama lain, sila kemukakan yer...

aku setuju dengan cadangan kumbang, mereka bukan pakatan tp hanya berkomplot!

cadangan kumbang:

"Anti PKR Sarawak,
Kita gelarkan mereka yang bersubahat dengan Anwar, dengan nama 'Komplot Pembangkang'. Sebab mereka bukan berpakat tapi hanya berkomplot" - October 12, 2009 4:27PM

Anonymous said...

SLM BRO...WA CILOK GAMBAR NI JAP..NK MODIPAID SKET HEHEHE

orangtuo said...

sedapp betul penyokong umno kutuk pemimpin kita orang.. tak apaaa..ada ubi ada batas. baiknya pemimpin pas ialah mereka tak terlibat dgn politik wang, rasuah, jaga aurat, jaga solat, cita-cita untuk tegakkan agama Allah, lebih banyak hulur duit untuk perjuangan dan bukan spt depa yang byk songlap wang rakyat dan tak boleh kerja tanpa wang.. tak percaya tanya Rais Yatim yg pernah cuba duduk diluar umno.. kok jahat sangat Anwar pada pandangan bebudak umno.. perlu ingat, dia tu dulu ahli umno/pemimpin umno jugak, macam jugak Najib dgn kes rasuah dan betina, Rahim tambi chik, Ali Rustam, Isa Pendek Rasuah, JJ kaki raba, Kak Fidah, KJ dan Azalina ( lesbian). Itulah std dan pemimpin yang pernah dilahirkan oleh rumah tangga umno.. menjahanamkan bangsa dan memalukan orang Islam. Sebagai orang melayu-Islam, saya cukup malu dgn perilaku kamu semua.. sepatutnya kamu bantu kami yg ingin perjuangankan Islam, bangsa kamu jugak tetapi kamu perhina kami. Kalau kami pelari anak dara atau bini orang( mcm MB johor), makan rasuah, beri rasuah, kaki buntut atau lesbian, bunuh orang maka bolehlah diperhina. Malulah bangsaku!!!

baiduri.z said...

salam gap,

tahniah! tahniah! :-) saya berterima kasih kepada GAP dan rakan2 blogger yang sentiasa memberikan ulasan tentang perkembangan di Bgn Pinang kpd kami yg tak dpt ke sana. saya memang mengikuti berita2 beberapa prk melalui dunia cyber ni dan kali ini memang saya dapat rasakan serangan yg dilakukan oleh rakan2 blogger sprt gap, pisau etc amat bernas dan berjaya mempengaruhi pembaca, terutamanya pengundi di atas pagar. saya yakin jentera ini akan lebih mantap di masa yg akan datang, khususnya dlm menghadapi pru13.

teruskan perjuangan agar lebih ramai yang akan sedar akan keburukan pakatan haram...

mengenai loan mara tu, saya hanya mampu berdoa kepada ilahi agar urusan tersebut dipermudahkan & kelulusannya dipercepatkan...Amin

Unknown said...

semoga BN terus berusaha ..hidup BN

Lesung Opah said...

Kemenangan ini mencetus semangat perhimpunan esok hari....jom kita ke PWTC plak...Hidup UMNO...

Lesung Opah said...

Tahniah atas kemenangan ini...mari kita ke PWTC untuk teruskan perjuangan....Hidup UMNO!!!!

Anonymous said...

Tahniah atas kemenangan ini...mari kita ke PWTC untuk teruskan perjuangan....Hidup UMNO!!!!

Anonymous said...

gap..

aku takut shafie apdal...

aku belum bayar loan mara..

hahahaha

Anonymous said...

Saya hairan ada juga rakan saya kata tak perlu lihat kepada politik.saya dia kata berfikiran global.melayu apa dia melayu katanya, apa saya dapat sebagai orang melayu?Tapi dia tak faham kalau bukan kerana melayu malaysia dia tak akan dapat penggajian tinggi sampai ke U.Cakap melayu saja..orang kata perkauman.Tapi DAP cakap masalah bangsa cina dan india tidak perkauman.semua orang tolong bangsa dia dulu.Demekian juga DAP,MCA,MIC semua mau tolong kaum2 mereka.sebab itu kongsi pemerintahan seperti BN adalah yang terbaik di malaysia.sokonglah kerajaan BN,kerana semua kaum ada suara.bukan hanya suara Lim kit siang dan anak2.Anwar ibrahim dan anak2,Karpal Singh dan anak2 didengar.

Anonymous said...

tahniah kepada BN kerana berjaya mengekalkan kerusi Bagan Pinang diatas uasaha seluruh jentera BN dan pengundi Bagan Pinang dan juga kepada penulis-penulis Blog yang memainkan peranan dalam mengekalkan Kerusi BN.

Anonymous said...

Wahai BN janganlah anda lalai diatas kemenangan yang amat besar jumlahnya,apa yang harus anda lakukan dan tunaikanlah janji-janji yang telah dijanjikan dan jangan lupa tugas kepada rakyat sebilangan masa.Dengan cara inilah BN dapat mengembalikan kuasa yang telah kecundang kepada pakatan PR.InsyaALLAH.Kuatkan semangat DULU,KINI DAN SELAMA-LAMANYA.

Mikhail271 said...

salam ...alhamdulillah kerana kita berjaya menang dalam prk kali ini dengan Izinnya...dah lama aku tertunggu2 nak lihat umno menyerang.selama ini umno hanya defensive,hanya bertahan..antara factor kekalahan bn jugakla sebelum ni..Ak harap,kerajaan ISA kan si tantawi taliban Al syiah 2..ketua pemuda paling Bodoh penah aku tengok..kepada vro..dedahkanlah banyak lg keburukkan anwar 2..

Mikhail271 said...

salam ...alhamdulillah kerana kita berjaya menang dalam prk kali ini dengan Izinnya...dah lama aku tertunggu2 nak lihat umno menyerang.selama ini umno hanya defensive,hanya bertahan..antara factor kekalahan bn jugakla sebelum ni..Ak harap,kerajaan ISA kan si tantawi taliban Al syiah 2..ketua pemuda paling Bodoh penah aku tengok..kepada vro..dedahkanlah banyak lg keburukkan anwar 2..

Mikhail271 said...

Masih ramai lagi anak muda yang Sokong bn..mcm aku..cuma sedarkan mereka dari mimpi yang x selama2nya bn memerintah kalau mereka masih dibuai mimpi2 indah....aku penah wat silap dulu..kerana anggap bn still akan memerintah lagi dulu..aku ngan kawan2 aku yang pro umno x turun mengundi..menyesal xsudah..negeri aku dapat kat dap,nizar barua 2....

DPR said...

ds shafie kalau ucapan kementerian lemah lembut..tapi di pentas politik memang solid ucapan berapinya!...lenggok bahasa sabah tu yang buat enak lagi ucapanya...kecil2 cili api!

melayulupalagi said...

orangtua,

BOLE AKU TANYE SAPE DLM PIMPINAN UMNO YG XSOKONG ISLAM...

yg PEMIMPIN, PENYOKONG, AHLI UMNO X SOKONG ADALAH :

- MEMAINKAN AYAT2 SUCI AL-QURAN UTK KEPENTINGAN POLITIK

- MEMBENARKAN ORG BKN ISLAM "MENDENDANGKAN" SURAH2 DLM AL-QURAN

- "BERDENDANG LAGU ISLAM" TP HAKIKINYA HANYA UTK POLITIK

- "BERMAIN" IRAMA ISLAM TP UTK KEPENTINGAN UNDI

- "BERLENGGONG KESOPANAN ISLAM" TP IKUT CITARASA SENDIRI

MENGHALALKAN CARA UTK KEPENTINGAN POLITIK..

MCM2 LG LA BRO...

SBB 2 LA AKU ANTARA BERJUTA UMAT ISLAM DI MALAYSIA NIE X SOKONG PAS...

MENGGUNAKAN "PERKATAAN ISLAM" UTK UNDI, UNDI, UNDI, UNDI, UNDI DAN KUASA...

Anna Montana said...

KESIAN Anna tgk bang GAP terkial2 dgn isu LOAN MARAnya.Bwh ni disertakan komen Brobro yg simpati dgn nasib abang GAP &pemohon2 yg sewaktu dgn nya:-
#'Topik Diketengahkan, Isu AWAK dgn ABG SHAPIE dan Loan je yg steal the show..hahahhaha'::shahrul
#"pasal LOAN itu memang sinis bunyinya tetapi mendalam":Anon
#"Tuan GAP..Duit MARA dah habis daaa.":M.Saad
#"mengenai loan mara tu, saya hanya mampu berdoa kepada ilahi agar urusan tersebut dipermudahkan & kelulusannya dipercepatkan..."
:Baiduri.Z
HAKIKAT nya,APABILA KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DI-BUBARKAN BARU2 INI,BYK PROBLEM YG TIMBUL KPD USAHAWAN2 KECIL MCM bang GAP & lain2.TENGOK BANG GAP,YG BERSUSAH PAYAH.TIDOR ATAS LANTAI SMPAI DEMAM
DEMAM,SAPA YG PERDULI..???APA TOP GUN UMNO,mcm shapei apdal,kj,ISA,
MAHYUDDIN,MAT ASAN dsb BUET..???
DONGAR SAJO koh..?KESIAN sajo koh?
PATUT nya DEPA2 INI PATUT PEKA kpd PERJUANGAN dan PENGORBANAN org2 UMNO kecil mcm KITA2 NI...
INI YG ANNA KATA DULU"Apabila MIM ADA KUASO,TOLONG MIM yg MERANGKAK
DI-BAWAH TU,JGN JADI KADOK NAIK JUNJUNG,Lupo org bawahan.....
BESOK NANTI KALAU"org2 kecil bawahan"NI DAH FED-UP,SIAP,"TIADA MAAP BAGI-MU,UMNO......"INGATLAH SEBELUM TERLAMBAT,Sesal DULU ....'Sesal KEMUDIAN..?????