Thursday, July 15, 2010

FOTO ROMPAKAN PASIR HULU SELANGOR!





Pendedahan demi pendedahan. Jika sebelum ini, pendedahan dibuat mengenai aktiviti perlombongan pasir yang tidak terkawal di Bukit Changgang atau lebih tepat di Kampung Olak Lempit, Dengkil, hari ini sekumpulan wartawan dibawa pula ke satu lagi kawasan perlombongan pasir di Changkat Rasah, Kuala Kubu Bharu.

Situasi sama berlaku ketika kami ke Olak Lempit, tiada sebarang aktiviti kerja-kerja perlombongan dilakukan sebaliknya sepi malah yang lebih mengejutkan, ada jentera pengorek disorokkan di sebalik pokok, seolah-olah cuba disembunyikan dari penglihatan kami.

Sehubungan dengan itu, ADUN Kuala Kubu Bharu, Wong Koon Mon meminta penjelasan dari Kerajaan Negeri, apakah aktivitivi perlombongan di situ dibenarkan atau lebih mudah, aktiviti ini telah mendapat permit dari kerajaan untuk sebarang aktiviti perlombongan pasir.

“Ada `informer’ mereka tahu kita nak turun tinjau kawasan ini, dia takut. Kalau kata ada permit kenapa sorok jentera dalam hutan, kenapa henti kerja. Kalau betul ada permit, jalanlah terus kerja, janganlah sorok jentera dalam hutan. Itu tak logik,” ujarnya YB Wong ketika mengulas mengenai tiada sebarang aktiviti kerja dilakukan di situ.

Sehubungan dengan itu, Wong berharap agar pihak-pihak berkuasa untuk memantau sebarang aktiviti perlombongan pasir di kawasan tersebut. artikel dari sahabat gunung dan foto dari gap.


15 comments:

  1. Tak lama lagi mampus le PR Selangor di tumbus pasir.

    ReplyDelete
  2. GaP? u actully been there?
    hmmm u patut jadi wartawan
    dari wartawan itu sendiri.

    tahniah.

    ReplyDelete
  3. Bukan cucigali lagi ni. Tapi CURIgali.

    ReplyDelete
  4. yang kau org sibuk pegi kat Olak Lempit buat pe??? bodohnya kauorg ni...itu kawasan yang dh di lesenkan dan ada permit sejak zaman khir toyol lagi..pengusaha tu pun suku sakat khir toyol...pegi la cr kaw yang di lesenkan oleh PR..baru betul dgn niat busuk ko org..bodohnya kau GAP!!!!takde kojo cr kojo...dapat upah bnyk ke????

    kasimselamat

    ReplyDelete
  5. bro, kalau boleh ambik sekali gambar jentolak yang disorok tu.. Tengok apa kerajaan negeri nak jawab.

    ReplyDelete
  6. che pearl

    suka buat kerja lama balik. nak jatuhkan semula pkr !

    ReplyDelete
  7. kpd ant-pkr,

    dulu PAS kata melayu umno kafir sebab ambil Islam separuh dan tinggalkan/abaikan separuh.

    sekarang mari kita tanya PAS, melayu PKR dan melayu DAP kafir ke tak?

    tq.

    ReplyDelete
  8. dah tak payah citer pasal isu pasir lagi bro GAP..rakyat semua sekarang mengeluh harga minyak naik.isu selangor dah tak relevan bagi rakyat.BN dah kalah juarai rakyat.habis laaaaaa...

    ReplyDelete
  9. tahniah dan syabas pemuda BN Selangor.....biar terburai taik2 kat Selangor tuuu

    ReplyDelete
  10. bodoh juga org2x PR ni...yee teramatlah bodohnye...kekeke...kalau khir toyol tu dah keluarkan lesen...zaman ni lah PR tarik balik lesen..tu pon nak di ajarke..memang patutlah DSAI di beri gaji RM 1 sebab bodoh tak leh diajar pandai tak leh diikut..keke
    tulah kerja PR dulu tergila2 kan kuasa dah beri kuasa bodoh tak bertempat..kekeke...org bawahnye semua yes bos jee...org atas makan taik org bwh ikut makan taik...hehee

    ReplyDelete
  11. BN merompak lagi

    berita harian
    Peniaga diberi amaran tidak naik harga barang, makanan

    2010/07/16

    KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberi amaran keras kepada semua peniaga makanan, barangan dan perkhidmatan supaya tidak menaikkan harga berikutan keputusan kerajaan menyelaraskan harga empat barangan keperluan, semalam.

    Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDNKK, Roslan Mahayuddin, berkata pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap peniaga yang ditangkap berbuat demikian.

    "peniaga tak pela rugi sikit2, biarla duit negara banyak. Kan gaji peniaga ni besar2, hehe"

    sepatutnya rompak la semua gaji orang atasan dulu. ni alih2 peniaga jugak jadi mangsa. akhirnya pengguna jugak la. ni tak kat selangor je nih. semua satu malaysia. Takpela raye nanti, kita tak payah la pegi lawat melawati ni. kuih dah mahal. pergi rumah org besar2 je. mereka kan boleh beli.

    ReplyDelete
  12. ha...ha..hebat 200 datang berdemo...sekarang ni umno pon suka berdemo...

    brahim kata ahli perkasa ribuan...

    ReplyDelete
  13. Tips sabotaj daripada aku.

    Lain kali, kalau pi melawat site projek haram spt perlombongan haram, pembalakan haram ataupun pencerobohan tanah kerajaan, pastikan para peserta mengambil segenggam pasir dan masukkan ke bahagian minyak enjin. Ini bagi memastikan jentera berat tersebut lingkup terus dan tak mampu digunakan lagi.

    Kalau tidak, selepas hangpa semua balik, depa akan mula balik operasi haram tu.

    ReplyDelete
  14. Mana pergi ketua dan pemuda UMNO Hulu Selangor tak nak buat demostrasi pulak ke?...tak kan senyap jerr....

    ReplyDelete
  15. Padan muka muka rakyat selangor.. Pandai pilih pandai tanggung ler...aku gelak jerrr

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.