Monday, November 1, 2010

KENAPA JKR TUNDUK KEPADA PEMBANGKANG ? PART 1



Sejak kebelakangan ini banyak projek-projek yang dilaksanakan oleh kontraktor bumiputra sering ditamatkan dan diberhentikan oleh JKR yang diketuai oleh Dato Seri Judin Abdul Karim. 

Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa mana-mana projek yang dilaksanakan oleh kontraktor bumiputra tidak mendapat pembelaan sewajarnya. 
 Projek terkini yang ditamatkan kontrak adalah Hospital Shah Alam yang bernilai RM489 juta yang dijalankan oleh Sunshine Fleet yang dimiliki oleh adinda Sultan Selangor. 

 Malah, Ketua Pengarah JKR tersebut ghairah untuk menamatkan projek-projek kontraktor Melayu bagi memuaskan hati pihak pembangkang.

Tony Pua ‘bangsat’ baru-baru ini mempersoalkan kenapa JKR tidak mengambil tindakan untuk menamatkan kontrak Sunshine Fleet yang dikatakan lewat jadual. 

JKR selang sebulan selepas teguran itu segera menamatkan kontrak Sunshine Fleet yang amat mengaibkan keluarga diraja Selangor tersebut walaupun Shaziman selaku Menteri Kerja Raya mengakui kelewatan tersebut hanya lebih kurang 10% atau 60 hari dan jadual siap sepatutnya adalah Jun 2011 walaupun Kementerian Kewangan mendefinasikan projek ‘sakit’ yang kelewatannya 20%, itupun disebabkan diera Judin/Pak Lah banyak projek sakit(sebelum ini projek diklasifikasikan ‘sakit’ ialah 30%). 

kini setelah 2 bulan kontrak tersebut ditamatkan belum ada kontraktor baru dilantik dan projek tersebut terus terbengkalai dan bayangkan jikalau diteruskan bersama kontraktor asal berapa banyak kerja yang dapat disiapkan dalam masa 2 bulan tersebut. 

Malah beberapa projek berprofil tinggi yang dilaksanakan oleh kontraktor Melayu yang bukan ‘kroninya’ walaupun melibatkan kepentingan Melayu, Islam dan Institusi Raja-Raja dalam radar beliau untuk disabotaj dan ditamatkan kontrak. 

Sayugia, mengikut maklumat dalaman JKR, ramai pegawai-pegawai atasan JKR amat meluat dengan beliau atas sikap beliau yang angkuh ,bodoh sombong dan enggan mendengar pandangan pegawai pegawai kanan JKR dan dibawah pentadbiran beliau JKR seperti mengikut telunjuk pembangkang. 

Tidak hairanlah ada diantara pegawai JKR yang tanpa segansilu mempamerkan gambar pemimpin-pemimpin pembangkang seperti Nik Aziz didalam ruang pejabat. Juga terdapat insiden dimana kakitangan JKR dibiarkan meninggalkan pejabat dalam waktu pejabat untuk meraikan Nik Aziz yang singgah sebentar di surau JKR suatu masa dulu. 

Mengikut sumber dalaman juga beliau mengamalkan sikap pilih kasih dengan tidak mengambil tindakan terhadap projek kroni Pak Lah tetapi bertegas dengan kontraktor yang pro-Najib dan Tun Mahathir demi membalas budi pemimpin ‘kesayangannya’.

 Mengikut sumber dalaman peringkat tertinggi JKR juga lebih dari 30 projek ‘kroni’ Pak Lah yang sakit tidak dipedulikan diantaranya projek jalan di Maran oleh Seroja Engineering Sdn Bhd namun projek yang berteraskan Islam, Melayu dan Raja-Raja ditekan diantaranya seperti projek Mahkamah Syariah, Persimpangan Bertingkat Istana Negara dan Istana Negara yang baru yang kesemuanya di Jalan Duta diserang habis-habisan.

esok jam 12 tengahari : siapa dato seri judin ?

21 comments:

  1. Dia ni Orang Kelantan (OK) ke? Kalau OK, okaylah.

    ReplyDelete
  2. Ayooyooo...ini macam punya orang pun ada ka? Ada ke lagi pemimpin UMNO yang berani? Si 'Pahlawan-pahlawan Hebat' yang menghunus keris tu leh wat pe ek dlm isu ni?
    Mmmmm... takde telo la tuu...

    ReplyDelete
  3. Tunggu bapak apa lagi kalau dah terang lagi bersuluh barua ni pro pembangkang, maka lantik orang lain yang tidak memihak mana mana puak memegang jawatan ini.Ini nama nya manusia bangkai hidup. Tak tahu nak bezakan akan yg betul atau sebaliknya. Ataupun dia dah ada rancangan nak kasi projek ini kat suku sakat penyamnun yg sedang menunggu dgn penuh rakus. Tak kiralah penyamun dari pembangkang atau dari pemerintah yg sewaktu dengannya.

    Dalam hal ini masakan Menteri Kerja Raya tak ada mata dan telinga untuk menandatangani isu ini. Atau ada mata di butakan dan ada telinga di pekakkan.Kalau gitu PM wajib membuat pertukaran akan menteri menteri nya yg berkelakuan sedemikian. Apa tahap KPI yg telah di capai oleh mereka. Tak kira kementerian mana sekali pun.Kalau nak kira banyak menteri yg tidur dlm zaman Najib ni. KPI mereka pun tak sampai ketahap minimun.Kalau nak list out memang banyak menteri yg tidur dlm era ini. Mungkin 1/4 jumlahnya.

    Buat PM, dah KPI depa tak memuaskan, tunggu apa lagi,turunkan mereka tak kiralah kalau menteri itu ada pertalian suadarasekali pun. Lantik mereka yg mahu berkerja untuk agama dan bangsa. Ingatlah PRU13 dah hampir. Tetapi jgn pula depa ini diturunkan mahu pulak ada cadangan menaikan Ketua Pemuda UMNO yg bahlol tu pulak.Lagi hancok adalah. Banyak lagi MP yg berkeliber dan mempunyai idea yg boleh membantu rakyat kalau diberikan amanah kepada mereka.

    Apa pun semuanya terpulang kat PM dan TPM. Pilihlah calun yg sesuai dengan kehendak rakyat. Bukan kehendak parti.

    ReplyDelete
  4. menteri kerjaraya wat apa? kalau dia x taupun xde sapa nk bgtau ke? pelik bin ajaib tul la...

    ReplyDelete
  5. syabas.at least ada yang berani menegur si Judin lembu pembangkang ni..sebagai staff jkr aku amat berharap cepat2lah DS Najib tukar bodoh ni ke tempat lain..dia sbnrnya xlayak langsung jadi bos aku di JKR...selamatkanlah JKR dgn secepat mungkin sblm hancus..Menteri buat apa? takkan nak tunggu smp hancus...

    ReplyDelete
  6. barua ni memang bos yang haprak diJKR...ramai meluat kecuali kumpulan yang duk cium buntut dia terutama bos aku dulu yang dah naik jadi TKP3..xlayak langsung..salary eater..siap buat farewell party konon2 nak pencen..rupa2nya nak pencen dan gaji kontrak...lebih tinggi dr bos dia yg gila angin Kus2 tu...baru ni si Judin barua ni siap bangga crita TKP3 ni dapat double promotion dari jusa C ke A dan B serentak..pergi polish bontot KSN tiap2 hari dapat la habuan ikut jejak kawan baik dia seorang lagi Datuk giler pangkat,Dr Amer..pun kaki bodek KSN...KSN pun amalkan budaya yg sama .....jilat bontot

    ReplyDelete
  7. Tuan,
    Kakitangan yang bersekongkol dengan pembangkang ini adalah pengkhianat. Sedarkah meraka PAS hanyalah memperalatkan Isdlam untuk kepentingan politik. Mereka-mereka yang bersubahat dengannya tunggulah azabnya nanti. Telah ramai orang kuat PAS yang sakit dan tidak sedar diri hingga meninggal dunia. Bertaubatlah, kalau bekerja dan menerima amanah kerajaan. Tunaikanlah amanah tersebut dengan baik.

    ReplyDelete
  8. tunggu apa lagi semua staff JKR..ini lah masanya kita perlu bersuara...suara kita xpernah diambil peduli oleh si Judin keparat ni..lembu paklah dan khairy...dia ni mmg xlayak jadi ketua di JKR...bodoh dan langsung x berpengalaman...dia ni sering burukkan dasar kerajaan dalam mesyuarat resmi jkr..aku dah menyampah bila setiap kali dia kondem kerajaan...

    ReplyDelete
  9. Mana-mana jabatan jkr, jkr negeri, jkr daerah, unit jkr, KKR telah dipengaruhi pembangkang sebenarnya. bukan sahaja JKR lain-lain jabatan juga begitu. Sebab itu lebih banyak pegawai kerajaan ini tidak minat dengan umno sebab umno tidak mampu membantu apa-apa pun contoh dari segi kenaikkan pangkat. Kenaikkan pangkat ini diuruskan secara dalaman, habis jahanam. Untuk makluman, jika ada kakitangan kerajaan kumpulan sokongan (c atau d)mereka hanya diperlekeh seolah-olah hinanya mereka kerana menyokong umno. Semasa Persidangan umno tahun lepas, Najib kata parti menguasai kerajaan... entah ke mana perginya slogan itu. Sebagai contoh, sepatutnya pemimpin umno/bn diberi peluang untuk masuk ke dalam jabatan kerajaan dibawah agensi pusat sebagai pemantau dan bukan menteri sahaja. Teruskan GAP, gua amat bersetuju. Sebenarnya, kakitangan kerajaan masih ramai yang menyokong kerajaan tetapi rosaknya mereka bila ketua mereka pengarah, jurutera daerah, ketua bahagian sendiri bercakap kerajaan tidak betul.

    ReplyDelete
  10. ak sokong 155% ap yg santauangin ckp tuh..
    kadang2,pemimpin parti kurang nampak kelemahan2 kelebihan2 seseorang calon itu sndiri..
    yang boleh nampaknye adalah rakyat..sbb rakyat yang sentiasa memerhatikan sape yang dduk kat atas nih..
    bkn mksud saya pemimpin2 skrg lemah..tp adala satu due yang tk bleh arap..bkn sume manusia perfectkn..tp lau dr awal kita cegah penyakit2 nih..sblm merebak..sblm rosakkan kita(disebabkan nila stitik,rosak susu se belanga)
    arap kerajaan pandang serius isu cmni..yang melibatkan Ketuanan Melayu..
    Hidup islam!Hidup Umno!hidup BN!

    ReplyDelete
  11. Masalah ini memang berlaku di mana-mana sahaja jabatan kerajaan. Jika yang menjadi ketua jabatan dalam jabatan tersebut pembangkang memang apa sahaja peluang hanya orang dia sahaja yang dapat. Mereka sebenarnya adalah pengkhianat. Makan duit gaji haram kerana memburuk dan cuba menjatuhkan kerajaan yang memberi rezeki dari Allah kepada mereka.

    ReplyDelete
  12. syabas GAP..berita mcm ni lah patut didedahkan segera..menteri kerjaraya bukannya tak tahu ketua pengarah JKR ini hampeh..dia ni langsung xder pengalaman sbg leader..xpernah jd pengarah jkr negeri pun dan sblm dilantik xpernah jadi mana2 S.O jkr projek..tup2 paklah si pening lalat tu proposed mamat ni sbg KPKR..agen pembangkang utk jatuhkan kerajaan BN....harap PM xtutup mata isu ni..dengar crita dari pjbt menteri..dah berbuih mulut menteri yg sentiasa berbuih tu suruh KSN tukar si Judin agen 007 pembangkang ke kementerian lain..yg pasti KSN langsung Xendah..pelik kan.??? siapa KSN ni pulak..aku cadangkan GAP cari dan siasat KSN ni pulak..ntah2 dia ni lagi bapak punya agen to pembangkang....yang menjadi mangsa adalah kerajaan yg sentiasa prihatin thdp pembangunan utk rakyat....Judin kamu jangan la nak berpura2 lagi...kamu gagal sbnrnya sbg KPKR...serah diri jer lah....ikhlas lah pada diri sendiri...bagilah peluang pada abang2 long yang lebih layak diJKR tu....xder la org menyampah dgn kamu lagi...berundur lebih baik dari diterajang keluar...

    ReplyDelete
  13. judin
    tak baik buat macam ni tau..
    judin
    engko pun ada kroni ke
    jangan le macam tu
    judin
    engko politician ke
    habis kalau bukan, tak boleh le menyebelahi mana mana pihak
    judin
    engko dah ada keluarga kan
    apa perasaan engko jika anak2 engko biadap terhadap ayahnya
    judin
    engko kenal ke dr mahathir dengan dato' najib
    tak kenal ? bagus engko, ada integriti...sebab jujur mengaku tidak kenal
    seorang bekas perdana menteri, seorang lagi perdana menteri sekarang
    judin,
    najib bukan kecik kecik anak
    judin,
    engko bersara awal le.. dapat pencen tau
    judin,
    sekarang nama engko dah popular tau...kalah selebriti
    judin,
    BE.e.e CAREFULL

    ReplyDelete
  14. Little Napoleon Maharaja Lim..

    ReplyDelete
  15. JKR dah lama kalut...

    Jangan Kerja Rajin...
    Jengok2, Kerja sikit2,ada ruang Rembat...
    Jalan2, ada lubang Kambus, orang bagi duit kopi, Rembat...

    Patut di swastakan je JKR ni...

    ReplyDelete
  16. JKR dah lama kalut...

    Jangan Kerja Rajin...
    Jengok2, Kerja sikit2,ada ruang Rembat...
    Jalan2, ada lubang Kambus, orang bagi duit kopi, Rembat...

    Patut di swastakan je JKR ni...

    ReplyDelete
  17. KAPAK mengesyorkan supaya UMNO yang menjadi naungan Umat Melayu ini menubuhkan satu kumpulan risikan untuk memantau dan menyiasat segala aduan berkaitan Jabatan2 Kerajaan yang gagal melaksanakan arahan2 Kerajaan dan mempunyai pencapaian yg rendah terhadap KPI mereka.

    Mmg terdapat banyak Jabatan Kerajaan yang sekarang ini di kuasai oleh pembangkang kerana mereka mirip kepada pembangkang. Jika ini berterusan maka segala maklumat sulit dan juga rahsia kerajaan sudah tidak menjadi ranhsia kerana mereka inilah yg membocorkan maklumat.

    Biar ada badan bebas seperti NGO/Kumpulan perisik untuk UMNO dan lapuran ini boleh dimaklumkan terus kepada MB/Ketua Menteri/Perdana menteri mengikiut kessesuaian barang kes.

    Senarai Jabatan Kerajaan yang ramai pembangkang bergerak aktif adalah seperti berikut:-

    i. Kementerian kerja raya
    2. Kementerian Pelajaran & Sekolah2[guru]
    3. Kementerian Kesihatan
    4. Jabatan Agama Islam Negeri2.
    5. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
    6. Kementerian Pertanian
    7. Kementerian Pengajian Tinggi - Universiti2 Tempatan - UIA, UM, USK, UKM, Uitm, UPM dll.

    Kementeria2 penting ini jika telah menjadi lubuk pembangkang adalah amat payah utk dibersihkan, cuma satu jalan sahaj pemantau dari badan bebas dan bukti2 nyata akan membantutkan kegiatan mereka.

    Tindakan ini perlu disegerakan dan penubuhan Badan Risikan & Pemantau ini wajar juga disegerakan.

    ReplyDelete
  18. JKR = Jabatan Kelantan Raya
    mu kecek klate..dpt keje ng JKR

    Buang la sume ore2 klate lam jkr tu..
    puak2 die je y buleh keje ngan JKR..

    Ore Klate bankrap kan negara je..

    ReplyDelete
  19. Jangan lupa banyak lagi yang mengambil barua pembangkang. Depa pun dah kata bukan aku nak kerja kerajaan tapi kerajaan yang terhegeh-hegeh nak ambil aku.

    ReplyDelete
  20. PM sebelum ini ialah Pak Lah LEMBAP dan LEMBIK ada slogan TELUS. Kerana telus le apa sudah jadi dengam Malaysia sekarang. Bagi aku Pak Lah adalah seorang PM yang perosak/virus.

    Kini giliran DS Najib untuk membaiki segala kerosakan yang disebarkan oleh virus Pak Lah. Entah berjaya atau tidak sama-sama kita tengok dan lihat kemudian hari. Sebagai rakyat kita semua perlu bantu terutama Kakitangan Kerajaan Persekutuan, lebih-lebih lagi orang UMNO. Jangan hanya pandai mengampu aja. Dalam UMNO orang yang paling kuat mengampu ialah Ketua Bahagian tidak dapat dinafikan walaupun bukan semua begitu.

    Sekiranya benar Ketua Pengarah JKR tu berperangai seperti digambarkan..DS Najib sepatutnya kena cepat bertindak menyiasat kebenarannya. Jika betul apa yang digambarkan, apa perlu disimpan barang yang busuk? Takut bertambah busuk le! nanti.

    Rakyat Malaysia dah bijak menentukan Pucuk Pemerintahan Negara. Hukuman sewajarnya PRU-13

    ReplyDelete
  21. erm, kalo pasal kes hospital ni, aku rase bukan pro pembangkang atau ape, masalah main con sendiri, xreti nak manage projek skala besar, diorg first time dapat projek ni, main con sunshine fleet, isyoda sub con, sub con dah tanggung rugi hampir 40juta sebab sunshine fleet ni minta lebih2,

    actually dulu aku penah wat join buat projek ni, pastu kena terminate, bukan sebab ape, sunshine ni minta macam-macam pada perunding, hari-hari pun meeting, main con garang nak mampus, skop kerja pun xtau, suh perunding buat macam-macam, padan muka monsun drain pecah kat sebelah tu, perunding kata tambak satu lori setiap satu minggu, dia pegi tambak 2 lori setiap hari, mane xpecah kat tepi tu
    kitaorg pun xnak keje dgn sunshine fleet, haram jadah xreti buat keje. sekang padan muka dah kena terminate.

    what goes around comes around beb!

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.