Thursday, December 30, 2010

500 RIBU AHLI KESATUAN PEKERJA (MTUC) TOLAK ORANG PKR !

 Dua orang kuat PKR tewas dalam pertandingan dan pemilihan Kongres Kesatuan Pekerja Malaysia (MTUC) apabila ditolak 500,000 anggotanya semalam ...
Presiden selama dua penggal yang juga ahli PKR, Syed Shahir Syed Mahmoud gagal mempertahankan jawatannya apabila tewas kepada Mohd Khalid Atan dari Kesatuan Pekerja Perkayuan.
Rakan pertandingan Syed Shahir untuk jawatan Setiausaha Agung, Abdullah Sani Abdul Halim, yang juga Anggota Parlimen Kuala Langat daripada PKR juga tewas kepada rakan pertandingan Khalid, Abdul Halim Mansor dari Kesatuan Industri Petroluem dan Kimia.
Sumber-sumber MTUC berkata pasukan Khalid-Abdul Halim agak menggerunkan dan inklusif dan akan membantu untuk menyatukan pergerakan itu dan meletakkan kongres itu di tempat asalnya sebagai “juara pekerja sebenar di negara ini,” kata Khalid. 
Katanya tugas pertamanya adalah untuk menyatupadukan pertubuhan dan bekerja ke arah mencapai manfaat untuk pekerja.
Beliau merasakan bahawa pertubuhan itu sekian lama dilihat sebagai anti-kerajaan dan berazam untuk mengubah perspektif dan bekerja untuk kebaikan pekerja dan negara. Ini adalah kali pertama dalam masa hampir 30 tahun, ahli politik ditolak oleh anggota MTUC.
Sejumlah 475 perwakilan dari 116 kesatuan mengundi pada persidangan kongres itu yang berakhir di sini hari ini. 
sumber bloger sahabat gunung.

1 comment:

Anonymous said...

Tahniah Sdr Khalid Presiden MTUC dan Sdr Halim S/Usaha Agung MTUC yang baru. Akhirnya pemimpin dan delegasi gabungan MTUC telah celik dan terjaga dari tidur mereka yang dibuai oleh pemimpin MTUC yang berbulu ahli politik anti-kerajaan yg mementingkan perjuangan kepartian mereka daripada membela nasih pekerja swasta di negara ini.