Friday, February 11, 2011

KUMPULAN PRO MAHASISWA BERPECAH 2 !

 Pro-Mahasiswa kini menghadapi krisis dalaman di antara aktivis senior dan aktivis junior akibat daripada salah faham dan berbeza ideologi. Perkara ini dimaklumkan oleh beberapa pelajar Tahun Satu dan Tahun Dua.

Majoriti aktivis muda Pro-Mahasiswa tidak bersetuju dengan beberapa ideologi yang dibawa oleh aktivis-aktivis senior. Mereka juga mendakwa Pro-Mahasiswa terlalu bersifat membangkang dan terikut-ikut dengan fahaman parti politik luar PAS dan PKR.
Ada juga mahasiswa tidak bersetuju dengan Pengerusi Pro-Mahasiswa, Saudara Farid Jalpah, kerana kebanyakan keputusan dan kenyataan beliau memburukkan Pro-Mahasiswa itu sendiri. Majoriti mereka lebih bersetuju jika Saudara Izzuddin Hilmi memegang tampuk pemerintahan Pro-Mahasiswa.

Siswi muda terutamanya pelajar Tahun Satu sering kali dipaksa dan dikerah untuk 'berjuang' kerana Pro-Mahasiswa percaya siswi adalah kekuatan bagi mereka. Majoriti siswi Pro-Mahasiswa tidak ingin perkara seperti tahun lepas berlaku lagi kerana ia memburukkan siswi dan nama Universiti Malaya. (insiden tahun lepas)

Kini hanya tinggal aktivis-aktivis senior yang masih setia dengan gerakan Pro-Mahasiswa. Krisis ini berlarutan sehingga kini dan masih tiada solusi untuk memperbaiki ikatan silaturrahim antara mereka. Krisis ini menyebabkan pergerakan Pro-Mahasiswa menjadi perlahan dan pasif, tidak seperti tahun-tahun lepas.

DIKIRIM MELALUI EMAIL

5 comments:

  1. Celaka btol korang
    aku bagai nk mampus nk masuk UM
    last2 tk dapat gak
    korang dapat msuk um
    pastu sibuk main politik
    pastu fail
    pastu ken tendang
    memang celaka

    ReplyDelete
  2. lebih baik mereka ni tak aktif lagi..tau nak buat kecoh universiti je..kat tempat syah ni mcm2 karenah..

    http://myqurratuaini.blogspot.com/2011/01/hak-disalah-ertikan.html

    ReplyDelete
  3. masuk u belajar saja la..xyah nak buat kerja2 bodoh macam tu..
    suka sangat berdemo n berpolitik..
    belajar belum habis dah berlagak macam pandai..

    ReplyDelete
  4. Belajar saja lah, join je persatuan akademik yang boleh menambah pengalaman dan persatuan mahasiswa negeri untuk berbakti dengan prgram2 akademik kepada anak-anak desa. Tak usahlah duk sibuk dengan parti-parti politik Itu bukan tugas anda. Bawalah pulang dan sembahkanlah Ijazah yang Bermutu kepada kedua orang tua anda.Itulah balasan kepada mereka...

    ReplyDelete
  5. CGPA berape nih...? Kalau nak politik tak pass balik kampung tanam janggung...

    Kalau pengetahuan yang asas (pelajaran) pun tak boleh nak buat jadi macam mana nak pimpin orang lain... Kalau jadi burung kakak tua buat apa?...

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.