Wednesday, May 18, 2011

PERMINTAAN GAP KEPADA KERAJAAN . HAPUSKAN TOL LEBUHRAYA PERSEKUTUAN.

 semalam kerajaan telah menghapuskan kutipan tol metramac di cheras. aku ucapkan syabas kepada kerajaan kerana paham kehendak rakyat.

aku memohon agar pimpinan umno selangor dapat mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk menghapuskan pula kutipan tol sungai rasa dan batu tiga. tol ini terletak di lebuhraya persekutuan.

aku dapat tahu (maaf kalau silap) tol ni dah lama sangat beroperasi iaitu hampir 20 tahun.  sewajarnya tol ni dah patut dimansuhkan kerana ia terlalu membebankan ratusan ribu rakyat klang yang nak pergi kerja.

rakyat klang,pelabohan klang,banting,kapar,meru yang mahu pergi kerja di daerah luar terpaksa membayar tol pada kadar yang tinggi.

cuba kamu bayangkan. rakyat yang dimaksudkan di atas kalau nak pergi KL (melalui lebuhraya persekutuan) terpaksa bayar tol RM4.20 (pergi balik) . 

itu sehari,kalau kerja 5 hari bagaimana ? 
kalau sebulan berapa pulak kosnya ?

tol sungai rasah dan batu tiga dah tak sepatutnya beroperasi.

rakyat tertekan kerana bebanan kos tinggi yang terpaksa mereka lalui  setiap kali nak pergi KL.

alternatif jalan lain pun sama. 

lebuhraya NKVE dari tol klang ke jalan duta sehala kena bayar RM4.60. kalau pergi balik terpaksa bayar RM 9.20..mana boleh tahan.

kalau aku sebut tol kesas dari jalan kebun ke KL lagi sakit dibuatnya.

3 tol di atas terpaksa rakyat redah pasal takde alternatif lain untuk ke KL.

di antara 3 tol tersebut, tol di lebuhraya persekutuan nampak lebih murah. walaupun murah tapi bagi aku ia dah tak sesuai lagi untuk beroperasi. dah 20 tahun, cukuplah.

kepada umno selangor ini cadangan aku. tolonglah buat kajian dan usulkan lah perkara ini kepada kerajaan persekutuan.

rakyat di bandar walaupun bergaji RM2000 namun bagi aku ia tetap dalam lingkungan miskin bandar.

kos hidup di lembah klang cukup tinggi. 

sarapan,makan tengahari,makan minum keluarga, bil utiliti,sewa rumah,sewa kereta/motor, bagi mak bapak duit kat kampung,bayar pinjaman antara list yang wajib dibayar oleh hampir keseluruhan rakyat di bandar.

masanya dah tiba untuk kerajaan BN mendengar rintihan dan keluh kesah rakyat.

macamnilah biar aku bercakap jujur.

artikel ini bukan nak mengajar cuma aku nak sampaikan keluh kesah rakyat di bandar.moga ia mendapat perhatian yang sewajarnya dari kerajaan.

pernahkah kerajaan BN terperasan bahawasanya kebanyakan rakyat dibandar ni sedikit cemburu bilamana asyik-asyik golongan tertentu sahaja yang kerap mendapat perhatian istimewa kerajaan.

sebagai contoh peneroka felda,felcra dan kakitangan kerajaan. aku tak pertikaikan rezeki mereka tetapi sewajarnyalah kerajaan melihat keluh kesah rakyat dalam kerangka makro yang lebih besar.

golongan pertengahan di bandar banyak yang pening kepala.

kos hidup amatlah tinggi. jadi bilamana kerajaan asyik mengumumkan pelbagai insentif kepada beberapa golongan tertentu , kedapatan kedengaran timbul suara cemburu dikalangan rakyat.

cemburu boleh tahan lagi lah, bagaimana pulak yang memprotes ?

aku taknak meleret panjang. artikel aku ni mudah je.

kalau kerajaan dapat hapuskan kutipan tol di lebuhraya persekutuan maka insyaallah ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan kos dan bebanan hidup rakyat pertengahan di bandar.

aku yakin ide mengutamakan 'poket kapitalis' tidak perlu senantiasa dijadikan keutamaan kerajaan. kebajikan rakyat lebih penting. kos hidup rakyat wajib dikurangkan.

antara yang paling praktikal, menghapuskan kutipan tol di lebuhraya persekutuan. 

percayalah, kalau perkara ini dilakukan, rakyat makin sayang dan yakin kepada kredibiliti slogan ' rakyat didahulukan pencapaian diutamakan'.

51 comments:

  1. saudara, kakitangan kerajaan pon sama je dgn private staff .. kami pon melalui tol yang sama dan bayaran pon sama. mmg kami pon mengharapkan kerajaan sentiasa memberikan yang terbaik utk rakyat jelata... moga kerajaan yg ada sekarang sentiasa mendahulukan rakyat... insyaAllah..

    ReplyDelete
  2. Tol terlampau banyak di Malaysia, sana sini tol. Dah tu berpuluh2 tahun kena bayar tol, tak nampak jalan akan dihentikan...kita di tol sampai kiamat. Bila kita komplen dia bagi 1 juta alasan. Semua alasan pukimak, utk sedapkan dia saja...

    Org Malaysia kena bayar macam2 setiap kali dia guna jalanraya: (1) Insurans kereta (2) Lesen kereta (3) bayaran tol..

    Aku tinggal di Amerika bertahun2 juga, aku criss cross USA kerap juga, tak ada tol pun di sana, kecuali di New Jersey Turnpike. Jalan cantik, lebih lebar dari lebuhraya Malaysia. Dah tu org Amerika tak payah bayar insurans kereta, insurans nyawa biasa pun dah cukup.

    Dan di Amerika apabila kos pembinaan lebuhraya dah diperolehi, tol dihentikan. Di Malaysia, Tambak Johor yg di bina British hampir 100 tahun dulu pun rakyat masih kena bayar tol..

    Ni semua salah kerajaan Malaysia, tak kisah masalah rakyat. Bila dtg pilihanraya, baru dia tutup satu tol di sana atau di sini, nak pancing undi..rakyat bukan bodo, rakyat nampak. Najib masih guna stail 1960an, stail sogok rakyat dgn gula2 bila dekat2 nak pilihanraya. Aku pun tak tau siapa penasihat dia. Awat dia tak bolehkan senang2kan rakyat 365 hari setahun setahun tanpa tunggu time undi?

    Kalau ikut hati aku mmg tak nak undi BN ni tp Pakatan Rakyat lagi haramjadah, dia nak jual bangsa Melayu dan agama Islam secara borng kpd Cina DAP..

    ReplyDelete
  3. tol LDP dan sprint patut hapus jugak.

    ReplyDelete
  4. aku memang rasa ini idea palingbernas!tol kesas,federal memang patut dimansuhkan.harap gap blh usahakan.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih...harap-harap kerajaan dengan seruan ikhlas anda.
    Moga-moga Allah memberi keberkatan dalam hidup anda.

    ReplyDelete
  6. bro GAP,aku sokong artikel ko ni. even sbgai penyokong UMNO pun aku ada gak pendapat cam artikel ni.aku pun berharap kita dpt bagi pendapat2 camni tanpa perlu dicop sbgai pembangkang hanya sebab kita bg pendapat yg contra ngn ape yg kerajaan buat.kerajaan perlu dengar n teliti keluh kesah rakyat.n aku nak mintak tolong gak ko kuarkan artikel pasal email 1msia yg kerajaan nak wat tu.mayb ko dah pernah kuarkan tp sebab aku kurang info psl benda ni so aku tak brape tau.kalu aku ada salah wat statement aku mintak maaf awal2.aku tergolong dlm kumpulan penyokong kerajaan yg rasa benda email ni xperlu.kakitangan kerajaan ni aku tgk nama je ada email cth .gov.my tu but bukan reti nak cek email tetiap hari.aku email tetiap pagi b4 kerja aku cek.but diorang ni harap org telefon je.susah sgt ke kalu dtg ofis pagi2 tu trus cek email?aku duk kat luar negara,bila berurus ngn org kerajaan kalu nak telefon mahal gila so aku guna je la email diorang kat website tp xreply2 sakit hati betul.ape guna wat sistem email baru kalu email yg sedia ade pun xreti2 nak buka.maaf agak menyimpang dari tajuk artikel.

    ReplyDelete
  7. TOL ITU HANYA UTK RAKYAT TERTENTU SAHAJA. ITUPUN TIDAK SECARA MAKRO KERANA KAMI RAKYAT SABAH TIDAK DAPAT APA2 PUN KELEBIHAN JIKA TOL DIMANSUHKAN.
    UTK KEADILAN KEPADA SEMUA, SAYA CADANGKAN PENURUNAN INCOME TAX DAN REBAT PULA DITAMBAH. JADI SEMUA YG LAYAK DICUKAI DAPAT EXTRA INCOME. TERUTAMANYA GOLONGAN PERTENGAHAN. TAPI PENGURANGAN INI TIDAK MELIBATKAN GST. YANG ITU PERLU TURUN INCOME TAX LAGI JIKA DILAKSANAKAN.

    ReplyDelete
  8. terlampau byk sgt la tol kt malaysia nie..adoiii...mnyak naik, tol naik...kang insurans roadtax plak naik...ape buleh buat...bab kejelesan sedare GAP pasal tumpuan kerajaan kt golongan tertentu tu mmg mnarik...xmustahil, kot2 nnti 1 hr, ade plak caruman utk kos tol2 kt dlm gaji diorg....hihihii...doa2 kan le...yg parah nye, pekerje2 private lee...kesiankan kamiii...

    ReplyDelete
  9. kalau dah bayar cukai jalan, tol tak perlulah.... kalau tol tak ada, lori2 cargo pun boleh turunkan tambang dan barang2 akan turun harga sikit... bas2 express pun boleh turunkan tambang sikit sbb tak kene tol... org ramai akan rajin berjalan dan gunakan minyak lebih sikit dan kerejaan pun dpt hasil leboh sikit. tol ni yang dpt hasil kroni2 ajer... dah tu silap sikit sokong PR.... tengoklah yang dah kayaraya kerana BN/UMNO akhirnya masuk PKR/Kita dan sebagainya....

    ReplyDelete
  10. Aku sokong hang GAP !

    Kerajaan BN harus lebih pro-aktif dalam memenangi hati rakyat walaupun pahit harus ditelan.

    Kalau ada satu atau dua pendekatan drastik yang Kerajaan BN berani buat untuk mengurangkan bebanan rakyat, aku amat optimis : RAKYAT AMAT BERTERIMA KASIH dan tak semua akan mengatakan itu adalah umpan pilihanraya, aku yakin majoriti akan memberikan sokongan kepada tindakan baik kerajaan.

    tapi, mahukah kerajaan dengaq rintihan kita ?

    Klik SINI artikel aku merintih untuk Kerajaan Malaysia: AloQStaQBlog Klik la yer ! TQ !

    ReplyDelete
  11. jgnlah kedekut sangat, kalau dah banyak sumber utk Kerajaan dipotong bagaimana kita nak bersaing di pentas dunia. Dgn segala subsidi dan beberapa kemudahan yg ada apa kita masih tak cukup.Aku di sini cuma mencari rasional dan aku bimbang jika
    semua ini tiada hentinya pasti kita bakal mengundang padah.

    ReplyDelete
  12. Sdr Esperalzi

    Aku bangga ada ank Malysia pernah menetap di Amerika. Aku cuma nak tanya ,
    1. berapa lama dah Amerika Merdeka?
    2. Berapa banyak negara yang dijajah sambil merompak kekayaan buminya?
    3. Berapa banyak peperangan diwujudkan untuk melariskan penjualan senjatanya

    Sdr Esperalzi, aku rasa, kalau mahu diperbuat perbandingan, hanya negara Indonesia yang layak kita buat perbandingan , bukan Amerika

    Aku rasa tol itu masih perlu supaya tidak ramai rakyat Malaysia kena buang kerja gara gara tol di tutup.
    Pihak penyelenggara tol juga perlukan biaya untuk menyelenggara lebuh raya, dari mana kalau bukan sebahagiannya dari kutipan tol. Siapa berniaga tak nak untung. tunggulah nanti bilamana Malaysia mampu jadi negara kuasa dunia, jadi segala galanya boleh free, atau tunggu sahaja Pakatan Rakyat perintah kerana mereka dah janji???? untuk jaga kebajikan rakyat

    Aku rasa , dengan menurunkan kadar bayaran tol lebih daripada 50% lebih munasabah.Ke Dua dua pihak masih dapat manfaatnya.

    SO KITA KEMPEN TURUNKAN HARGA TOL ...

    ReplyDelete
  13. pak jabit kg pisangMay 18, 2011 at 1:00 PM

    rumah pak jabit taman equinne ..kerja kat usj subang jaya...perlu lalu (wajib) 4 tol pegi dan balik ...jarak antara tol lebih kurang 5 atau 6km....tol RM1.60 ..kerja 6 hari seminggu bermakna aku perlu RM166.40 sebulan (kerja 26 hari)....drive camry (model lama benor nak jual takde rege)...kena bawak bekal pegi keje...konon cover tol n minyak....
    nilah luahan hati pak jabit....harap gomen lihat dan kaji tol LDP ni....beli rumah pinggir bandar pasal harga mampu...tp kos petrol n tol berganda....lepas PRU12 baru ade 20% discount....kadang2 tak faham kenapa dulu sampai bersilat samy vellu taknak bagi rebet...tp bila majoriti dah kurang...konon2 semua boleh....ade pulak insentif tu insentif ni...pelbagai....
    adakah ini isyarat supaya pastikan jgn bagi kemenangan majoriti pada Kerajaan (tak kira lah BN or FUCkatan)....aku faham lah kos semakin hari semakin meningkat...aku lah terpaksa sesuaikan dengan keadaan & kemampuan berbelanja....harap kali ni dato' ismail sabre tak suruh tanam sayur belakang rumah lagi....
    itu aje...pak jabit nak makan...

    ReplyDelete
  14. setuju semua tol kat malaysia dihapuskan

    ReplyDelete
  15. hei GAP,

    cepat daftar new blog - melayudahbersatu -

    ReplyDelete
  16. pak jabit kg pisangMay 18, 2011 at 1:25 PM

    pak jabit nak tambah sikit...kos maintainance nak jaga jalan raya memang naik...tp pak jabit rasa bonus + entertaiment lebih tinggi dari maintainace....

    ReplyDelete
  17. aku setuju 100% dgn Esperlzi 12.11pm. wahai kerajaan BN berikanlah kesenangan kpd rakyat 365 hari setahun bukannya masa nak pilihan raya. kalau dah susah mcm ni susah aku nak undi BN tapi nak ngundi fukatan rakyat haramjadah, jauh sekali...nanti tergadai negara kpd DAP kapir harbi...nauzubillah.

    ReplyDelete
  18. Salam my brother GAP. Saya tak setuju dengan cadangan ini.Kalau nak mansuhkan kena ada condition- Selangor return to BN.Bukan kita tak tahu, org cina nie bagi semua dia ambil, tapi tetap undi DAP. Buat apa nak buat baik lagi kat dia org? Hargai dulu kerajaan, bagi BN perintah Selangor balik, then baru patut hapuskan tol LR Persekutuan. Hapus tol pun hendak, undi tetap bagi DAP.DAH BANYAK KALI KENA KENCING!!

    ReplyDelete
  19. jgn haraplah nak turun....naik je boleh...hehe

    ReplyDelete
  20. kalau negara kita boleh jual dadah,senjata,betina,casino besar2an
    mungkin kita bila lalu saja tol org akan bagi duit.. hi2..

    ReplyDelete
  21. hapus,potong,mansuhkan,kurangkan dan apa2 aje yg sewaktu denganya asalkan jgn sampai Malaysia ni bankrap sudahlah.

    ReplyDelete
  22. woii... naik motor la kalau takde duit nak bayar tol..

    ReplyDelete
  23. ni pada pandangan aku yg x seberapa lah..kalau mansuh kan tol mana nak cekau duit utk maintenance jalan..duit letrik pasang lampu jalan lagi..pada aku la..tolong kurang kan jadi half ke or klau masih mampu jadi 1/3..tu ok lah..

    ReplyDelete
  24. gap.. aku ada email. tjk: gempar usul turki.. mintak kbjksanaan gap... apabenda ni

    ReplyDelete
  25. TAK mau bayar tol guna jalan lama. tak nak bayar income tax jgn minta gaji naik . FULL STOP . jangan kulukut sangat . nak masyukk jer . reti2 ler keluar sama abang !

    ReplyDelete
  26. Tol untuk kenderaan cc besar la, yang setakat pakai proton tu kira sedekah (free) aje lah ataupun separuh harga..yalah nanti budak budak tol dan sepasukannye nak kerja ape kalau dah bertahun tahun jaga lebuhraya..

    ReplyDelete
  27. I like SueC4, tol kita gunapakai konsep Ron95, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

    ReplyDelete
  28. saudara GAP... saya sokong cadangan utk hapuskan tol di lebuhraya persekutuan... saya baru balik bercuti dari Dubai.... disana lebuhrayanye mmg cantik dan lebar sampai 7 lane satu arah dan yg paling best highway ke Abu Dhabi mmg cantik dan tak ada tol pun yg dikenakan.... begitu juga lebuhraya2 menuju ke bandar Dubai.. tak ada tol langsung x mcm di kl nih... mana2 jalan pun kena tol... mmg memeritkan bg golongan yg kurang berkemampuan tinggal di bandar spt kl yg mana jalanraya2 nya dikelilingi dgn tol...!

    saya berharap kerajaan akan mendengar segala rintihan rakyat jelata sepertimana slogan rakyat didahulukan....

    ReplyDelete
  29. kepada komentar yang tak paham maksud, aku hanya cadangkan agar tol di lebuhraya persekutuan sahaja yang perlu dihapuskan. bukan semua.

    rasionalnya kerana tol ni dah 20 tahun beroperasi. dah cukup tempoh matang.

    kesian kat puluhan ribu orang klang.

    ReplyDelete
  30. drp hapus tol baik lagi hapuskan cukai jalan krn ia lebih membabitkan semua rakyat..insurance pula mesti di trnkan 50%..

    ReplyDelete
  31. pak jabit kg pisangMay 18, 2011 at 2:46 PM

    saudara GAP.... bukan tak faham isu yg saudara utarakan....cuma luahan perasaan rakyat terhadap tol.....tekanan bro....

    ReplyDelete
  32. pak jabit, kita sama.

    kita desak mana isu yang rasional dulu je.. pemansuhan tol ni nampak praktikal.

    biar kita jadi suara kepada keluhan rakyat

    ReplyDelete
  33. salam gap.. pemansuhan tol di semenanjung adalah tidak adil bagi rakyat di sarawak dan sabah kerana ia hanya menguntungkan pengguna-pengguna tol tersebut sahaja. kami di borneo dapat apa? kalau boleh harga pertol diturunkan. barulah semua rakyat di seluruh negara merasai kesannya..

    ReplyDelete
  34. Encik GAP,

    Rasanya bukan setakat Federal Highway saja, lain2 plaza tol pun kita kena kaji jugak.

    Banyak cadangan yang logik boleh kita dapati. Mcm kami kat Penang ni, masalah tol jambatan Pulau Pinang pun apa kurangnya. Standard kalau kereta, RM 7.00, kalau guna Touch N Go yg register kat Penang Bridge Sdn Bhd, dapatla RM 5.40. Tu kereta, motor pulak biasa RM 1.40, kalau guna Touch N Go pulak RM 1.28. Seminggu 5 hari keja (aku keja gomen). Darab tengokla, tu tol jambatan, minyak tak kira lagi. Naik motor pulak, dibuatnya ada pulak kutu mana pi tabur paku, busuk2 RM 20 terbang tukar tiub tayar dalam.

    Cadangan GAP tadi mansuhkan tol kat L/Raya Persekutuan tadi memang bagus. Tapi aku mintakla dikaji jugak kat plaza tol lain. Nak hapus terus tu agak sukarla, memadai diberi potongan 50 hingga 75%. Boleh kot?

    ReplyDelete
  35. Aku bangga jadi orang Perak...

    Tak ada tol..tak ada trafik jem....

    Terima kasih kepada kerajaan UMNO/BN
    kerana membina bandar-bandar baru untuk orang melayu...

    Sila lihat perkembangan yang ada di MANJUNG dan SERI ISKANDAR

    ReplyDelete
  36. sepatutnya tol tak perlu,rakyat dah bayar mcm2 cukai.yg heran kerajaan malaysia saja yg ada tol.pakat2 undi PR tol akan hapus.selagi BN pegang rakyat dibebani mcm2 cukai,apa nak takut tukar kerajaan,negara2 maju suka2 tukar kerajaan.rakyat malysia je yg takut sgt dgn ugutan BN.BN dah terlampau lama dah berkarat.insyaALLAH BN tumbang pilihanraya ke13

    ReplyDelete
  37. mana2 lebuhraya esp area klang valley yg tak berfungsi spt yg sepatutnye perlu dimansuhkan toll nye.

    lebuhraya yg tak berfungsi spt sepatutnye mempunyai characteristic2 yg begini:

    (i) sesak forever -- ape guna byr toll kalu still sesak di waktu puncak..
    (ii) sesak nak byr toll -- jalan dah cantik, tak jem, tp time nak bayar toll, queue dia mak aih..patut perjalanan jd cepat jd lambat sbb nak mengutip punye pasal
    (iii) lebih dari 2 toll dalm lingkungan 30 km perjalanan..perghh, belum je abih sumpah seranah byr tol, lepas 100meter ade toll lagi? kena queue lagi? :LDP

    tq

    ReplyDelete
  38. Anon 5.15 pm...

    Orang luar negara kalau tukar kerajaan tak apa macam biasa aje...

    Tapi di Malaysia ni...tengoklah tukar kerajaan negeri ke kerajaan Fuckatan apa jadi...

    Orang melayu yang kena tindas lagi...

    Tanah dirampas, gerai di roboh saje Fuckatan ni nak tengok melayu merempat di Tanah Air sendiri..

    ReplyDelete
  39. kalau lebuhraya persekutuan kira ok lagi , kalau hapus terus sape nak maintainance, aku lagi prefer kurangkan tol kat highway kesas, sebab lagi cekik darah

    ReplyDelete
  40. Ini lah mentaliti sebenar rakyat Malaysia terutama nya orang melayu . Minyak nak murah, gaji nak tinggi tapi kerja malas, income tax nak rendah, highway nak free ... semua nya nak subsidi ... mana-mana negara pun boleh lingkup dan jadi muflis kalau rakyat nya macam nii ...


    .

    ReplyDelete
  41. ada pro dn kontranya kalu plaza tol ditutup....
    pronya....mengurangkan beban rakyat yang banyak habis duit p balik lalu plaza tol...
    kontranya.....
    1)sebanyak lebih kurang 3000 orang akan kehilangan kerja "kalu" semua plaza tol ditutup.......Nak serap masuk kerajaan dan swasta berapa ramai yang boleh....
    2)tiadanya maintanance jalan dilebuhraya menyebabkan jalan jadi rosak (belubang sana sini) jika plaza tol ditutup..
    3)tiada peronda lebuhraya yang akan tolong anda jika kenderaan anda rosak dileburaya...yang ada geng2 truk tunda yang akan kaut keuntungan
    ni ja yng aku leh bagi tahu...mungkin ramai yg tak setuju ngan aku....pa yang aku leh cadangkan...kerajaan x perlu hapus plaza2 tol yang penting spt PLUS, Lebuhraya Pantai Timur dan lain2 cuma perlu kurangkan kadar tol sahaja.... sekian salam...

    ReplyDelete
  42. Lebih baik kalau buat hapus tol lebuh raya persekutuan dalam manipesto BN dalam PRU 13. Tidak guna hapus sekarang kerana pencaci/pengundi PR yang dapat keuntungan. Klang, Shah Alam dan yang berdekatan dia orang telah undi calon mana ketika PRU 12.

    ReplyDelete
  43. kalau tak nak bayar tol naik le bas ke, teksi ke, atau motosikal.

    sorry gurau jeee..

    ReplyDelete
  44. dulu masa kempen pru ke 12 pembangkang tlh berjaya mengeksploitasikan isu kenaikan harga tol sehingga rakyat/pengundi terpengaruh..pembangkang juga berjanji jika dapat tawan selangor tol akan diturun tp hampeh.. minta kerajaan kaji semula dan turunkan kadar tol LDP terutama di kawasan Puchong kerana sangat membebankan rakyat terutama yg berpendapatan rendah..1 malaysia rakyat didahulukan..

    ReplyDelete
  45. jangan jadikan lebuhraya yg dibina
    sebagai bisnes mana-mana syarikat konsensi...

    siap bina, tol dikenakan rendah
    kerajaan pegang 100% lebuhraya..

    kutipan tol utk menampong kos bina dan kos senggara/pentadbiran..

    kos bina datang dari pinjaman mudah
    dan bunga rendah...

    lebuhraya yg bertol yg ada kini,setelah pihak konsesi dapat balik modal..terus ambil alih kerajaan,tol turunkan...


    tapi kos nak beli balik pemegang saham tu...?..ahhh buntu!!!
    (bab nie saya tak retilah..camner)
    kos billion kot...

    ReplyDelete
  46. JANGAN MIMPILAH KERAJAAN PUSAT DIAMBIL ALIH..AKAN JADI LEBIH
    BAIK SPT RAKYAT IMPIKAN......

    CONTOH DAH ADA...TENGUK KERAJAAN NEGERI BAWAH PR...HAMPEHHHH...

    MAKE-UP JER LEBIH....

    RAKYAT DIBODOH-BODOHKAN JERRR..

    KEKALKAN JER KERAJAAN YG ADA...
    SEBUAH NEGARA IKUT PASARAN SEMASA GAK..MACAM PASARAN SAHAM ADA TURUN DAN NAIK...

    ReplyDelete
  47. KITA CARI GALI DULU MANA TAHU ADA MINYAK SEPANJANG SELAT MELAKA,LAUT CHINA SELATAN...BARU HAPUS TOL MACAM DUBAI UAE..HEHEHEHE

    ReplyDelete
  48. CANGGIHKAN SISTEM SMART TAG/T & GO DULU..SAPE PAKAI KERETA BESAR/MAHAL BAYAR TOL MAHAL,
    SAPE PAKAI KERETA KECIL/MURAH BAYAR TOL MURAH....

    LOGIK IDEA NIE KOT...

    NIE SUPAYA MERINGAN BEBAN RAKYAT PENDAPATAN RENDAH YG
    GUNA L/RAYA...

    ReplyDelete
  49. Kepada seluruh rakyat Malaysia, tidak kira berlainan bangsa & agama, marilah kita berdoa kepada Tuhan agar Dato Seri Najib serta kabinetnya dapat berlapang dada menghapuskan tol seperti cadangan si GAP ini...

    Klu berhasil ingatlah budi parti UMNO/BN...

    ReplyDelete
  50. Alhamdulillah... syukur pd Allah. Perbanyakkan lagi usaha2 meringankan beban rakyat.

    ReplyDelete
  51. (1) Ramai yg pro-tol menggunakan alasan 3000 org akan hilang pekerjaan jika tol lebuhraya dihapuskan.

    (2)Dalam sistem demokrasi, suara majoriti mesti mengatasi suara minoriti. Ada 30 juta rakyat Malaysia berbanding 3000 pekerja lebuhraya tol. Lebih besar beban yg ditanggung 30 juta gara2 tol berbanding beban yg ditanggung 3000 org.

    (3)Malaysia masih banyak pekerjaan, sehinggakan beratus ribu org Bangladesh, Nepal, Vietnam, dll datang bekerja di KILANg-KILANG kita. Mereka naik basikal cabok pergi kerja di kilang2. Apa org2 kita tak boleh diserap ke pekerjaan kilang ini? Apa kerja di kilang terlalu hina atau low standard buat rakyat kita?

    (4) Ini belum lg dikira berjuta org Indonesia yg bekerja sebagai BURUH KASAR. Ya, aku tau rakyat kita tak tahan kerja buruh kasar krn kulit mereka yg cantik dan licin akan rosak nanti.. tp rezeki itu di mana2 di Malaysia ini kalau dah terdesak.

    (5)Di sekitar taman perumahan aku, berdozen2 Minah Indon jual goreng pisang, goreng sukun, goreng keledek, dll..aku dengar citer, "stesen2 goreng pisang" ni sebenranya milik seorang tauke INDON yg sama..dia buka banyak kiosk goreng pisang di seluruh taman dan upah warga se negara dia tolong jual goreng pisang. Sambil dia untung, dia beri pekerjaan kpd geng2 Indon dia..

    (6) Apa Malaysia masih kurang pekerjaan utk serap 3000 pekerja tol ini? Kita dah serap JUTAAN WARGA ASING DLM SEKTOR PEKERJAAN KITA. Teringat aku pepatah moyang kita: Hendak 1K Daya, Tak Hendak 1K Dalih...

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.