Monday, November 21, 2011

HASAN ALI TERJAH LAGI.


KENYATAAN AKHBAR MENGENAI MURTAD
OLEH DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Pagi tadi saya ada menjawab soalan daripada YB Sungai Burung mengenai murtad. Beliau menanyakan samada benar-benar wujud orang Islam yang dimurtadkan, teknik yang digunakan oleh pendakyah-pendakyah Kristian dan langkah-langkah yang diambil oleh JAIS untuk menangani masalah ini.
Saya menyatakan memang benar terdapat orang-orang Islam yang telah dimurtadkan. Daripada kajian yang dibuat oleh JAIS dan badan-badan yang lain memang terdapat gerakan terancang dan berstrategik oleh pihak-pihak yang berkenaan untuk memurtadkan masyarakat Islam terutama di kalangan orang Melayu dan mualaf-mualaf.
Unit Selamatkan Aqidah yang ditubuhkan dibawah Portfolio saya telah menerima 41 pengadu yang terjebak dalam perangkap pendakyah-pendakyah Kristian. Sebahagiannya telah menjalani upacara baptisme, meminum air suci, menyertai "last supper" dan mengikuti kursus-kursus Kristian yang biasanya diadakan secara mingguan.
Atas usaha Unit Selamatkan Aqidah, hampir kesemua mereka sekarang menerima bantuan Lembaga Zakat Selangor dalam jarak masa yang singkat. Bantuan yang diberi berbagai bentuk termasuk bantuan modal untuk berniaga.
Saya telah menerangkan cara-cara yang digunakan oleh pendakyah-pendakyah Kristian termasuklah menubuhkan berbagai pertubuhan kebajikan, menganjurkan kelas-kelas tuisyen dan bimbingan, usaha penerangan yang meluas, terjemahan Bible ke Bahasa Melayu, kalimah Allah dalam Bible, membekalkan "Solar Powered Handheld Talking Bible" dan sebagainya.
Saya memberitahu Dewan bahawa JAIS ada merangka dan melaksanakan pelbagai program untuk menangani gerakan Kristian ini. Ini termasuklah program penerangan bertumpu, menggerakan media dakwah, menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah 1995 dan Enakmen Ugama Bukan Islam 1988.
Saya ada menyentuh bagaimana negara-negara yang mempraktikkan Hukum Hudud telah berjaya menyekat kemaraan usaha memurtadkan Ummat Islam dinegara masing-masing.
Suka saya menambah bahawa sebagai seorang Muslim dan sebagai EXCO Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab terhadap Islam, adalah menjadi tanggungjawab saya dan saya mewajibkan diri saya menentukan orang-orang Islam di negeri ini terselamat dari segala ancaman dakyah Kristian ini. Saya menyeru kepada setiap Muslim di negeri ini supaya berperanan dalam kapasiti masing-masing untuk bertindak supaya murtad yang merupakan salah satu jenayah Syariah ini dapat ditangani.
Atas nama seorang Muslim dan atas nama orang yang diamanahkan untuk menjaga kepentingan Islam di negeri ini, saya akan cuba mencadangkan satu pelan bertindak kepada MAIS supaya dalam jarak masa tertentu mungkin dalam jarak masa satu dekad negeri ini dapat melaksanakan Hukum Hudud iaitu  Hukum Allah khusus untuk digunapakai oleh masyarakat Islam.
Hanya dengan kembali kepada peraturan Allah swt seperti yang terkandung dalam Al-Quran dan As-Sunnah barulah permasalahan seperti ini dapat dirungkaikan.

Pejabat Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu,
Infrastruktur Dan Kemudahan Awam

Tarikh: 17 November 2011.

9 comments:

Anonymous said...

YB sungai burung yg bertanya tu ada mata tak?? Macamnana soalan macam tu boleh keluar dr minda dan mulutnya?? Apa kerja dia sampai tak nampak islam sedang dimurtadkan sekarang ni??

Kasi hentam sama itu YB!!

Anonymous said...

DHA dah berambus jer dari PASundal, khalid samad marah ckp murtad sbb dia "terpaksa" sokong

Anonymous said...

Hassan Ali lebih layak menerima pujian sebagai pembela Islam berbanding dengan Pok Nik Ajis .

usin said...

masalahnya ialah kerajaan s'gor tidk sepakat utk membendung gejala murtad. atas kepentingan politik yg sempit, murtad sudah tidak menjadi soal utama. asal ada isu yg dibawa oleh pembangkang sgor, dlm konteks ini bn, akan dipintas, dipatahkan dan diputarbelitkan. kenapa benda benar tidak diterima sebagai kebenaran? ya, memang bn ada buat salah, tp bukan semua salah. yg benar tetap benar & salah tetap salah. tidak bolehkah adun2 di sgor bertindak atas kapasiti kebenaran dan bukan semata2 kapasiti parti? kenapa DHA tidak disokong oleh kerajaan sgor sendiri? sungguh memualkan politik sekarang!!!!

Anonymous said...

kepada hassan ali, melaksanakan hudud seperti yang datuk cadangkan itu sudah tentunya memakan masa yang amat lama. kenapa tidak mulai saat ini datuk mula meninggalkan parti pas dan bawa sekali keseluruhan ahli pas yang menyokong datuk keluar dari parti yang menghuruharakan umat islam itu

praha2 said...

eden sangat terujo lah gayo hasan ali ni. sungguh membori keselesaan bilo dio kato "bertanggung jawab atas Ugamo" itu botol membori kosan pado eden .mako selamat lah Islam dari dinodai. Allahuakbar

Anonymous said...

heran aku dgn umat islam negara ni cepat sangat terpengaruh dan murtad. Bukan ke lahir je dah di azan kan? lepas tu tiap malam g ngaji pula. Sehari 5 kali dgr azan yg berkumandang tp masi boleh di murtadkan. patutnya kerajaan fikirkan kenapa umat islam blh cpt terpengaruh. mesti ada dlm agama kristian yg menarik perhatian mereka lbh dari agama mereka sendiri. GAP dari ngutuk dan ngumpat tak tentu hal buat dosa, carilah sbb ngapa umat islam kita cpt terpesong. Jgn bg alasan agama lain guna dakyah tipu helah guna teknologi moden. Napa pula ulama kita tak guna cara yg sama. Ni tak kbnyakan org masuk islam sbb kawin islam je bukan kerana hidayah.

Anonymous said...

usin 1:27

Dalam menangani hal murtad jgn lihat pd negeri selangor saja. Mana2 negeri pun ada yg murtad. jgn sbb selangor di bawah PR awak menuduh sebarangan. klu negeri lain tak der murtad, alhamdulilah tp klu ada siapa patut di salahkan. pemikiran sempit mcm ko lah yg membuatkan umat islam benci agama sendiri

Anonymous said...

apa punca sebenar / root cause murtad..? Melayu jenis mana yg senang murtad?...

1) buta/ jahil agama,

2) budaya hedonisme,

3) ideologi politik sekularisme,


hassan ali ... salah fakta & salah sasaran... jika kerana bahan bacaan/ media bagaimana dgn pelajar2 m'sia diluar negara khususnya dinegara2 kristian yg terdedah kepada propaganda kristian?

alaihai hassan tindakan kau hanya dipuji oleh sekular umno.... faham2lah...