ppsmi.
foto kat atas adalah kumpulan yang mahu memperjuangkan semula ppsmi.
dakwa mereka, dalam bungkusan tu ada hampir 12 ribu tandatangan ibubapa yang mahu ppsmi dikaji semula.
malaysiakini yang main isu ini.
dorang cuba tonggang tebalik kan game.
kepada mereka yang kat atas, nasihat aku adalah lebih baik kau settle kan ketidakpuasan korang tu pada pakatan yang berdemo anti ppsmi tak lama dulu.
campakkan bungkusan tu pada muka pimpinan pakatan.
korang selaku wakil yang kononnya mewakili 12 ribu tandatangan ibu bapa wajar desak pakatan demo semula untuk kembalikan ppsmi.
Hahaha
ReplyDeletesemua dah selesai jangan mula balik :)
X payah layan...
ReplyDeleteNak menguasai ILMU kenalah menggunakan bahasa yg difahami & Bahasa melayu sepatutnya kena lagi flexible & perlu diperkayakan...
saya menyokong PPSMI, dan saya naik geram tengok gelagat mereka ni. Dulu bukan main mendesak. sekarang pula....geramnya.
ReplyDeletewaktu penyokong2 anti ppsmi buat hal, korang kat mana? skrg baru nak bising? bangang punya orang!
ReplyDeleteUtama kan Bahasa Malaysia, mau pandai English belajar English tambah masa pembelajaran, tambah Malay Lit (kisah kisah Malaya dalam bahasa Inggeris), kalau tak suka buka sekolah sendiri.
ReplyDelete12,000 bahagi 12 negeri = 1000 per negeri.
ReplyDelete1,000 per negeri bahagi dengan 50 kawasan Dun = 20 tanda tangan per Dun.
Mampukah kerajaan buat sekolah PPSMI khusus untuk 20 buah keluarga di setiap Dun?
fikir-fikirkan
kumpulan yang minta PPSMI untuk diri sendiri harus minta kebenaran dari Haji hadi, Anwar Ibrahim dan LKS (pembangkang) sebelum buat benda lain. itu pun kalau ada telor, bhai!!
ReplyDeletemana lebih berkesan:
ReplyDelete1. guru sains tempatan ajar bahasa inggeris
atau
2. guru peace corps yang ajar sastera inggeris dalam bahasa inggeris?
Sejadar Bertanya
Apa pandangan kaki sastera i.e. 'pak janggut/sandal' dalam bab ini? tak nak bangkang ke juak PPSMI nih?
ReplyDeletejgn layan aje habis cite....kalau di layan makin menjadi...dulu depa tentang sekarang sokong pulak...tak habis2 isu ni...sbb itu aku kata gomen kita ni tak tegas...kalau kat singapore dah lama kena simpan puak2 ni......kalau kat Indon seluar dalam pun tak jumpa.....yg menteri kdn pulak hishamuddin anak kepada Tun Hussin ON...banggang pulak tu....tak tau apa nak jadi dgn pemimpin umno ni......kadang2 memang patut kalah UMNO ni aku nak hishamuddin jadi pembangkang....jdi kedi le dia....
ReplyDeletepak samad tak mau demo pulak ka....
ReplyDeleteRamai ibu bapa sokong PPSMI tapi mereka ni bukan jenis pergi ke jalan raya.
ReplyDeleteMEREKA BUKAN NAK PPSMI. MEREKA NAK TANAM KEBENCIAN, MACAM KOMUNIS !
ReplyDeleteJanganlah terlalu fanatik sangat kerana dikalangan mereka ini ramai yang menyokong kerajaan. Kerajaan perlu sokongan dari semua pihak bukan beberapa ratus orang pengkomen dalam blog ni sahaja.
ReplyDeleteRamai yang tak perlu PPSMI kerana akhir kerjaya mereka tak perlu itu. Tetapi harus dingat terdapat ramai golongan pelajar memerlukan PPSMI apabila mereka pergi lebih tinggi. Kerajaan harus memikir hal ini. Takkan nak keluar bayaran untuk pergi tusyen pulak kot. Sedangkan boleh dapt free disekolah. Yang jelas bayaran utk pembelajaran spoken inglish sangat mahal. Mampukah siapa yang untung.
ReplyDeleteMereka ni lebihnya bukan ikhlas sangat melihat keberkesanan PPSMI.
ReplyDeleteMentaliti mereka ialah tidak mahu terima hakikat bahawa Bahasa 'Melayu' juga hebat. Itu je...
DULU mereka bangkang PPSMI kerana taknak guna PPSMI. SRJK(C)&(T) tak melaksanakan PPSMI sejak mula dilaksanakan lagi, lebih selesa diajar & belajar menggunakan bahasa ibunda. Sebab mereka tahu bukan semua anak bangsa mereka fasih BI dan bersedia menerima ilmu sains & matematik dalam BI. Mereka juga tak mahu SRJK(C)&(T) diinggeriskan. Hanya SK sahaja melaksanakan sepenuhnya PPSMI dalam segala susahpayah termasuk mengorbankan mutu ilmu sains & matematik anak melayu sendiri.
ReplyDeleteSEKARANG mereka mahu PPSMI dikembalikan kerana mereka baru sedar rupanya PPSMI adalah dasar yang bakal meruntuhkan bangsa melayu terutama penguasaan ilmu sains & matematik kerana lebih 80% anak melayu yg memasuki alam persekolahan tidak fasih BI. PPSMI pula memaksa mereka diajarkan ilmu S&M dalam bahasa yg mereka tak faham.
Jgn keliru. PPSMI bukan bermaksud belajar BI, tetapi belajar S&M dlm BI. Tanpa PPSMI bukan bermaksud kita menafikan kepentingan BI. PPSMI IBARAT MEMUSNAHKAN SERUMPUN BULUH DGN MENCANTAS REBUNG-REBUNGNYA. Suatu hari takkan ada buluh lagi. Sepatutnya tak seorang pun melayu yg menyokong PPSMI.
Bahasa Melayu dituturkan dirumah dan dimana-mana sahaja. Tetapi kalau di kementerian Perdagangan antara bangsa, kementerian luar dan lain-lain kementerian yang perlu interaksi antarabangsa, syarikat-syarikat multinasional mahu kah kita tengok budak2 melayu hanya kerja dibelakang tabir pada masa akan datang walaupun hakikatnya mereka ini pandai.
ReplyDeletebagi kementerian yang perlukan pekerja yaqng fasih berbahasa inggeris, bukankah lebih ekonomikal kalau hantar mereka ambil kursus bahasa dan bukannya buka PPSMI untuk semua?
ReplyDeleteorang barat sibuk nak belajar bahasa tamil dan mandarin, orang timur sibuk nak belajar bahasa barat?
Bior Betoi?
dorong tu risau....bila ppsmi tamat...habis la elaun yg depa terima tiap2 bulan tu....!! nampak gayanye..kena tarik la kereta korang tu...!!
ReplyDeleteTuan,
ReplyDeleteDimana tok janggut tua, kenapa tak buat satu lagi demontrasi lawan puak ni yang mahukan ppsmi di kembalikan. Tok janggut tua jangan jadi barua politik lah. Gerakankan pasukan kamu dan lawan mereka. Jika ikhlas perjuangkan Bahasa Melayu.
Orang gila ada 1001 jenis
ReplyDeleteaku percaya makhluk2 hantu ni juga la antaranya yg demo anti ppsmi dulu..sekarang konon nakkan ppsmi balik..ni semua game politik celaka nak mampos PR...khakkkk tuiiiiii!!!!!!
ReplyDeleteCampakkan guni tu kat muka Hadi..Nuar brahi..sasterawan negara yang berjanggut putih tu sebab mereka ni yang maukan PPSMI tu dihapuskan..ngape salahkan kerejaan pulak..bukan ke mereka2 ni dulu yang berarak disepanjang jalan membantau perlaksanaan PPSMI
ReplyDeletediceritakan bahawa seekor anak babi sentiasa tunduk bila berjalan. rakan2 haiwan lain bertanya kpd anak babi itu perihal jalannya sentiasa tunduk. dgn suara tersekat2 anak babi itupun menjawab "sesungguhnya aku amat malu ibu bapaku adalah babi".
ReplyDeletemoral cerita ini ialah anak babipun tau malu dilahirkan sebagai anak babi walaupun bukannya berdosa menjadi babi. bagaimana pulak dgn kumpulan yg tiba2 menyokong ppsmi sedangkan suatu ketika bersungguh2 minta ppsmi dihapuskan!! apakah nilainya kumpulan ini dibandingkan dgn anak babi tersebut?
* sekadar renungan awal pg...
KALAU AKU ADA KAT TEMPAT TU MMG AKU REMBAT JE PUKIMAK2 TOLOL NI, MANA DIA JUAK FUCKATAN YG BERIA2 DEMO DULU...
ReplyDeleteMANA SUNDAL A SAMAD SAID...
PUKIMAK KAU NUAR...
nak fasih berbahasa inggeris dgn cara mengajarkannya dlm math & science...????
ReplyDeleteaku rasa pelik ?????
mana satu negara dlm dunia buat mende mcm ni???
adakah subjek sains & math ada menerangkan aspek grammar (tatabahasa)????
penguasaan dlm grammar yg baik adalah penting utk seseorang tu bertutur dgn baik dlm sesuatu bahasa...
subjek maths & science adake semua tu????
pelik sungguh aku.....
tolong baca & sebarkan pandangan pakar matematik dalam isu ppsmi ini...
ReplyDeletehttp://shaharirbmz.blogspot.com/2008/06/bahasa-sendiri-lebih-baik.html
http://shaharirbmz.blogspot.com/2008/08/jawaban-kpd-dr-mahathir-tentang-bahasa.html
http://shaharirbmz.blogspot.com/2009/02/sangkalan-shaharir-kedua-kpd-ulasan.html
http://shaharirbmz.blogspot.com/2011/10/sains-dan-matematik-dalam-bahasa.html
sepatutnya mereka antar surat surat tu kat parti pembangkang, kerajaan dah laksanakan PPSMI tapi kena tarik balik sebab pembangkang dan kuncu kuncu mereka yang bantah.
ReplyDeleteinilah masalah kalau kerajaan tak kuat atau tak cukup sokongan, susah nak laksanakan sesuatu dasar walaupun pada awalnya nampak mcm menyusahkan dan tak popular.
Kita tengok zaman Mahathir, banyak dasar dasr beliau tak popular tapi dia balun je sebab masa tu dia dapat majoriti besar dalam piliharaya.
sepatutnya wakil wakil rakyat selalu berjumpa dengan rakyat, berjumpa bukan setakat dengar masalah rakyat tapi masa yang sama menerangkan dasar dasar kerajaan kepada rakyat, barulah rakyat faham.
saya sokong ppsmi, antara lain pelajar dapat menguasai BI. Guru dari aliran BM juga secara tak lansung dapat menguasai BI, banyak contoh guru yang dulunya takut guna BI, takut silap, lepas PPSMI berani berucap di perhimpunan guna BI. Bila dihapuskan saya sedih kerana kerajaan dah guna duit yang banyak untuk itu. kelas banyak tinggal kerana guru pi berkursus. sekarang ni apa kejadahnya depa nak balik ppsmi, masa nak tunjuk perasaan dulu guna otak dak? ka depa ni dah tak dak arah, kerja nak komen kerajaan saja.
ReplyDeleteKalau yang 12000 ribu nak buku teks lama sebelum dan selepas PPSMI ni aku ada. Belum nak dilupuskan lagi.
ReplyDeleteOtak diorang ni senget betullah. Jepun, Korea Selatan, Perancis yang maju tu semuanya tak gunakan pun BI. Paling hampir Filipina yang gunakan BI pun masih tak maju-maju. Asyik2 rasuah dan dilanda bencana.
Cuba-cubalah bawa melancong ke eropah. Baru tahu bahawa orang-orang eropah tak nak gunakan BI ni pun malah mencemuhnya.
Eh! mati sok kena guna B.Arab. Tak nak pulak pi belajar. Asyik pikir nak idup jer, mati tak kan tak nak pikir.
aku sokong Anon 8:55
ReplyDeleteUTAMAKAN BAHASA MALAYSIA
aku sekolah Melayu tak ada masaalah in English. Usaha lah lebih sikit kalau nak pandai. Aku dulu tak mampu nk pegi tuition cuma baca surat khabar lama NST yg aku pungut dari tong sampah uncle Muniandy disebelah rumah lepas baca aku rujuk dictionary yg abah aku hadiah sbb dapat no. 1 di kelas. Bila dah keja bila dah mampu ikut kursus BI yg disediakan jabatan.Sekarang aku kerja diluar negara ...tak ada masaalah pun tentang BI...bila sembang dgn kekawan dia tanya dulu aku belajar oversea kat mana? selamba je aku jwb aku belajar disekolah kebangsaan je dlm negeri..hahaha..mampos diorang tak caya,kecik punya hal apa mau kecoh!
eden kato tak salah kalo nak belajor banyak mano pun bahaso tapi kono pado tompet nyolah. Kalo korajaan dah buet keputusan janganlah nak dipertikaikan.
ReplyDeleteEden punyo 6 cucu duo dah bersekolah dan mereko bersekolah diSRJ(C) Alhamdulilah keduo pandai berbahaso Inggeris dan Mandarin termasuk bahaso ibundo BM. dirumah keduo bertutur dalam BI dan Mandarin sesekali BM ini dikao kan kemajuan. BI dipelajari dari kocil bermulo dio pandai bercakap dan satu satu nyo cara ialah eden dan isteri mengalakan nyo selain menonton TV dalam BI. Bilo masuk tadika dio dah pun bolih bercakap dan membaca dalam BI BM selain ambil Mandarin sbagai satu lagi aliran.
Mengapo susah nakber demo hantar surat kal kito sondiri tak berusaha? udah cukup PPSMI dah tutp tamat. kito buet yang baik untu maso dopan nak cucu kito.
Zaman kami dulu tak adapun PPSMI tapi jadi orang juga malah lebih menjadi dari yang menentang tu tak caya cuba tengok perangai mereka macam tak ada otak dulu bukan main tentang bila kerajaan dah ubah sibuk pulak nak PPSMI balik kalau dah otak kurang memang macam nilah jadinya. Penguasaan Inggeris bukan semestinya melalui PPSMI.Kerajaan jangan padulikan mereka ni berjuta lagi yang menyokong kerajaan berbanding beberapa kerat je yang tak siuman ni.
ReplyDeletehahahah ...!!!!!
ReplyDeleteakhirnmya mengaku jugak ...
Tun Mahathir punya perjuangan ... teori ... gagasan ... dan wawasan jugak yang betul ....
bodoh laaa orang yang berjuang habis habisan kata ppsmi tu habrak punya program ....
ini program mencari ilmu ... bukan ilmu dalam bahasa melayu jugak kita perlu cari ... selain dan lain dari itu ... kita kene teroka ...
malah kerajaan bagi lagi duit elaun pada cikgu cikgu yang terlibat dengan ppsmi ni ....
tapi ...
tak setuju saja ..tak betol ...!!
ngajo pon ntah apa apa ...
mengarut kasi elaun kat dorang ni ...!!!
tapi dorang tak sedo ..
puak puak dorang juga yang serang habis habisan kata program ni .. program haprak ...
last last ... bila dah terhapus program ni ...
kalau ada TM jadi PM .. memamng dia nak sangat program menjadi seperti yang di matlamat kan ...
antar cikgu merata kursus nak kasi jadi pandai ajor ..
bila dia letak jawatan.. puak puak tu .. bukan main tepok tangan...!!!
kata TM buat program macam orang nyanyuk ...
SEKARANG ....!!!!
nak mengamuk pulak ...
apa tak nyeeerrr ....
tak dapat laaa elaun ppsmi tu lagiii ....
haha haha hahah ...
padan mukee ...
panggil barua giler ni ... p tunjuk perasaaannn laaa konon ...kata kerajaan salah ..!!! tak betolll..!!!
sebab kanselkan program ppsmi ...???
nak tanya laaa....???????
sapa yang berjuang menentang program ni kalau bukan puak puak tuuuu ....????
kerajaan terpaksa kansel laa
dah dorang tak mau ....!!!!
sekarang mau pulak ...???!!!
huh ..!!!! mulut kalau cakap memantat mantat memang jadi macam ni laaaa ....
padan muke ...!!!!
anon 317...
ReplyDeletekalau nak fasih kene masuk kelas bahasa inggeris laa....
segala tatabahasa atau hukum bahasa dalam bahasa inggeris akan diajar dalam kelas BI ...
penggunaan bahasa inggeris dalam math dan sains bukan bertujuan untuk mahir berbahasa inggeris sahaja .. tetapi untuk menambah segala kosa kata yang berkaitan dengan ilmu sains dan matematik ...terutamanya sebagai persediaan menghadapi bidang itu dalam konteks yang lebih berat lagi ..
ditambah lagi bahasa inggeris diiktiraf dunia sebagai bahasa pengantar dikebanyakkan universiti dalam dunia ...
malah kalau ngkorang belajo bidang sains atau matematik kat luar negara pon ..pensyarah sana bukan amik pot sangat tentang grammar dalam kerja kursus ngkorang tuu ... yang penting pemahaman ...
tapi kalau nak tau segala ilmu tatabahasa BI kene amik bidang yg betul betul belajo bidang tu ... contohnya TESOL atau TESL ...
anon 1pm
ReplyDeletesoalnya sekarang nak bagi bebudak tu mahir berbahasa inggeris ke atau mahir dlm sains& maths???
kalau nak mahir dlm dua subjek tu, cari jalan lain ler...
kalau nak mahir BI ....kena la mahirkan dulu aspek grammar...
ape ke bodoh nya blajar nak fasih Berbahasa Inggeris, tapi di ajar dlm subjek science & maths???
ngko dulu blajar maths & science pakai bahasa apa??
jepun maju dlm sains & teknologi x pakai BI pun...
PPSMI membantu mengukuhkan penguasaan bahasa Inggeris. Bermakna murid2 tak kekok berbahasa Inggeris. Kalau bahasa malaysia tiada masalah hari boleh bercakap. Berbeza dgn kaum lain mereka mempunyai bahasa kedua mandarin & English. Takkah kita mahu lihat anak bangsa kita dpt menguasai kedua2 bahasa dengan baik. Dgn mereka mempunyai kerjaya yang lebih luas di sektor swasta dan kerajaan. Mereka hanya minta di beri pilihan. Mereka tidak paksa semua ambil PPSMI. Semasa PPSMI dihapus kerajaan tidak minta pandangan ibu bapa malah tidak boleh dibincang dalam mesy. PIBG. Kerajaan hanya ambil kira beberapa ribu yg berarak djalan raya. Meraka pun tak sampai 12000. Kita tak boleh kira Pak Samad sebab dia pun lambat laun akan masuk kuboq.Para ibubapa yg menyokong PPSMI juga pengundi jgn sampai mereka merajuk. Kita jgn kira pembangkang princip sentiasa berubah. Hari ni mereka kata wajib dihapuskan besok kalau mereka menang mereka kata boleh beri pilihan. Kalau dah kalah baru nak berlembut nasi sudah jadi bubur. Mereka bukan ada semangat nasional. Eloklah kerajaan lihat balik supaya kedua2 belah pihak puas hati. Golongan menyokong PPSMI juga ramai cuma tak turun dijalan raya. Kalau tidak kenapa begitu banyak memo dihantar kepada kerajaan.
ReplyDeletepergi ke singapork la ada ppsmi,tanda tangan tipu punya
ReplyDeletecara pengajaran BI di Malaysia yang kena ubah.. kalau nak fasih bertutur BI kenalah ada subjek speech communication... dari 5 waktu BI, 2 waktu patut diperuntukkan untuk kemahiran bertutur, berkomunikasi & mendengar BI. waktu selebihnya barulah tumpu kepada bahagian yang membosankan macam karangan, grammar, comprehension etc..
ReplyDeleteapa2 pun saya tak sokong ppsmi... saya takda masalah pun di matrik & uni belajar dalam BI, WALAUPUN tanpa ppsmi... percayalah.. kalau asas pemahaman kita dah kukuh, kita takkan ada masalah dalam S&M.. member2 saya tanpa ppsmi boleh je belajar S&M dalam jepun, jerman, russia...
boleh baca penerangan lanjut dalam link yang saya dah bagi...
Anon 4:19PM
ReplyDeleteyou r wrong..!! PPSMI tk akan kuatkan behasa inggeris kita...nk belajar english then kena ada proper english lessons...bukan belajar sains & maths dlm bahasa inggeris..
Kepada Anon 8.05 am dan Anon 4.19,
ReplyDeleteSaya amat setuju dengan anda.
Saya guru fizik dan matematik sejak 1981 lagi. Sejak masa itu semasa mengajar saya telah selitkan BI dalam p&p saya. Ini memudahkan pelajar membuat rujukan semasa mereka di pusat pengajian tinggi.
Memangla kata tak belajar dlm BI pun boleh survive, tapi pelajar akan mengambil masa untuk mendapatkan maklumat.
Pelajar yang melalui PPSMI tiada masalah membuat rujukan dari buku2 atau internet.
Saya orang yang paling gembira apabila mendengar berita tv Dr M mencadangkan p@p bagi matapelajaran maths & sains dibuat dlm BI. Jika boleh diteruskan, tiada ELAUN pun tak mengapa.
Saya banyak download dari youtube bahan2 untuk p&p dan kaedah menjalankan sesuatu eksperimen, pelajar saya enjoy sambil belajar, saya tidak perlu menterjemahkannya dlm BM, pelajar boleh faham.
Kebanyakan org2 yang menentang PPSMI ini adalah orang yang bukan dari background sains. Dr M tahu apa yang beliau cakapkan, saya faham apa yang beliau maksudkan. Ini bukan politik.
"PPSMI dikatakan tak berjaya, kesian budak2 kampung" inilah ayat yang saya sangat2 tidak setuju. Pelajar2 luar bandar adalah di antara pelajar2 yang pintar. Guru2 yang mengajar adalah guru2 terlatih tetapi ada segelintir daripada mereka ini tidak ada inisiatif untuk belajar BI walaupun diberi elaun. Mereka ini mengajar dan memberi nota dlm BM dari ting 1 lagi! Inilah punca pelajar tidak dapat menguasai BI. Elaun, mereka mahu.
Ada banyak lagi yang saya nak sampaikan.
Apa yang boleh saya katakan di sini, saya teramatlah kecewa dengan pembatalan PPSMI.
ELAUN (BISP) tidak penting bagi saya.
Saya menyokong BN dulu kini dan selamanya.
ReplyDeleteAkan tetapi, memansuhkan PPSMI ini saya tidak sokong sama sekali.
Muhyiddin telah menyatakan beliau dah duduk bincang kat round table dan sebulat suara bersetuju memansuhkan PPSMI. Siapakah org2 yang di round table tu?
All I can say is those who sat at the round table are/were a bunch of idiots.
siapa yg beriya-iya dulu sokong puak2 yg nak mansuhkan ppsmi tuh?
ReplyDeletebukan kamu2 yg tukang bawa guni2 tu, ka?
kamu sokong penentang2 ppsmi dari belakang, dlm diam2 sponsor mrk habis2an krn nak burukkan kerajaan, sekarang kamu pura2 nakkan semula ppsmi & ambil peluang berada di belakang ibubapa yg ikhlas sayang pelajaran anak2 mrk?
ptuh!! hipokrit!!
anon 143 ...
ReplyDeletekalau nak fasih grammar mulut kene selalu menggunakan bahasa inggeris bila berkata kata di samping penggunaan bahasa tulisan yang betul ....
penggunaan bahasa inggeris dalam subjek sains dan math merupakan satu langkah kepada pelajar menggunakan bahasa inggeris dalam pelajaran ... iaitu secara tidak langsung dapat menyuburkan bahasa inggeris dalam diri setiap murid ...
ini di panggil bahasa merentas kurikulum ...
macam ngko laaa....
kalau kau keje dalam kilang jepon ..
kalau ngko guna bahasa jepon bercakap dgn puak jepon dalam kilang tu ... kalau kau sebagai kuli pon ... sedikit sebanyak ngko akan mahir bahasa dia walau pun tidak mengikut hukum bahasa yang betul ...
begitu juga bahasa inggeris yang di jadikan bahasa pengantar dalam subjek sains dan math ....
tujuan menggunakan bahasa ingeris bukan nak suruh fasih berbahasa inggeris ....tapi sekurang kurangnya dapat menguasai kosa kata dan penggunaan bahasa yang betul dalam kelas sains dan math ...
penggunaan bahasa yang betul akan pelajar pelajari kemudiannya dalam kelas bahasa ingeris pula ...
jangan laa jadi bodoh ...
atau menafikan apa yang cikgu cikgu dah buat pada anak anda ...(kalau anak anda belajar di sekolah kerajaan laaa...)
tapi kalau anda tidak berpuas hati dengan program ini ... anda bole pindahkan anak anda ke sekolah swasta ...
sekarang di malaysia banyak sekolah swasta terbina ... macam cendawan ... anda pon boleh jadi tuan punya sekolah swasta juga .... bina lah dan bikin lah kurikulum sendiri yang anda rasa mungkin dapat membawa pembangunan kepada anak anda ... atau pon mungkin kepada orang lain ....
anon 143
ReplyDeletememang kat jepon depa belajar pakai bahasa jepon ..
tapi bukubuku rujukan yang digunakan adalah kebanyakkan dialih bahasa kebahasa jepon ...
ini sedikit sebanyak menggunakan kos ... terutama kos penterjemahan ...
bidang ilmu secara basicnya muncul dari seluruh dunia .. tanah arab ... asia ... eropah ...
dan bermula dari sini lah negara jepon menjalankan pengalihan bahasa secara besar besaran bagi membawa kemudahan kepada para studentnya ...
disamping jepon amat memuliakan bahasanya ...
tetapi jepon juga amat memuliakan bahasa negara lain kerana penggunaan bahasa yang mahir dapat membantu mereka dalam pelbagai bidang ...
sebab itulah jepon menjadi salah satu negara maju dalam dunia .. disamping negara negara lain ...
makan tidak hairan universiti universiti di jepon mempunyai banyak fakulti bahasa antarabangsa ...termasuk fakulti bahasa melayu ..
PPSMI adalah satu dasar pendidikan yang palig silap dlm sejarah negara.
ReplyDeleteApa sebenarnya tujuan PPSMI?.
Tidak lain dari hendak merenggangkan antara murid yg fasih BI dgn yg tidak. Apabila membincangkan PPSMI, kita perlu menjiwai perasan, pemikiran dan ilmu anak yg baru melangkan kealam persekolahan, bukan diri kita sebagai orang dewasa. Bahasa inggeris itu penting, kata kita tetapi bagi murid darjah 1, sains & matematik itu lebih penting. Apa faedahnya mereka kesekolah jika hanya mendengar guru bercakap inggeris tetapi mereka tak mendapat ilmu S&M itu kerana tak faham BI.
Bilakah mereka akan mendapat ilmu S&M yg penting itu?.
Tentulah setelah mereka fasih BI barulah mereka mendapat sepenuhnya ilmu S&M.
Berapa tahun?.
Setelah 9 tahun, berapa ramai murid tkt 3 yg fasih BI kerana di'PPSMI'kan. Selama itulah mereka keciciran, sedangkan segelintir murid yag sudah sedia fasih terus menimba ilmu S&M sejak darjah 1 lagi. Adakah dasar ini adil kepada semua murid sedangkan kita ada bahasa kebangsaan yg difahami (sepatutnya) oleh semua pelajar. Malah telah digunakan lebih 40 tahun mengajar S&M tanpa masalah.
Statistik menunjukkan setelah PPSMI hanya sedikit peningkatan dlm BI tetapi mutu ilmu S&M jatuh merudum, ada pula segelintir yg mahu PPSMI dihidupkan semuala.
Apa motif mereka?.
Mereka ini ada agenda. Mereka ini dari golongan elit yg anak mereka tiada masalah BI sejak mula kenal matahari dan mereka yg mahu generasi melayu/bumiputra lumpuh ilmu S&M disebabkan halangan bahasa, dan mereka yg mahukan BM itu bukan lagi bahasa penting diMsia ini.
Ajarlah anak kita ilmu dalam bahasa yg anak kita faham, barulah ilmu itu sampai kpd mereka.
Syukurlah PPSMI telah dimansuhkan.