Tuesday, May 22, 2012

NAJIB MENGGUSARKAN PAKATAN.


Najib Pilihan Utama Rakyat

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz yang secara terbuka menyokong program transformasi Perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang disiarkan oleh kebanyakkan media massa nyata mengundang perasaan kurang selesa dari kem pakatan pembangkang.

Menurut Tunku Aziz, "apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri sekarang ini adalah betul dan tepat, kita perlu memberikan sokongan kepadanya". Satu kenyataan yang ringkas dan padat namun ianya pedas untuk diterima oleh pemimpin dan penyokong pembangkang.

Sebelum ini, Tunku Aziz juga pernah mencetuskan kemarahan ramai pemimpin pembangkang terutama dari DAP apabila mengecam perhimpunan Bersih 3.0 yang disifatkannya sebagai tindakan yang sengaja mahu mencabar undang-undang dan sukar untuk berlangsung dengan aman.

Tidak sedikit respon negatif diterima dari kalangan penyokong tegar pembangkang yang mengganyang kenyataan Tunku Aziz itu. Rata-ratanya menyifatkan Tunku Aziz sebagai pengkhianat dan tidak berpendirian teguh.

Pun begitu, respon negatif pembangkang tidak sukar dimengertikan kerana hampir kebanyakkan penyokong pembangkang memahami peranan sebagai pembangkang hanyalah dalam konteks sentiasa bangkang apa saja tanpa mengira baik atau buruk sesuatu perkara.

Namun telahan Tunku Aziz terbukti betul apabila di saat-saat akhir perhimpunan Bersih 3.0 telah berlaku perlanggaran undang-undang setelah peserta-peserta di barisan depan yang diketuai oleh Unit Amal PAS dan beberapa kelompok lain terlibat secara langsung menceroboh masuk ke Dataran Merdeka sehingga memaksa FRU bertindakbalas menyuraikan mereka.

Dalam hal sokongan Tunku Aziz menyanjung agenda transformasi yang diterajui oleh Najib sebenarnya menunjukkan kematangannya sebagai pembangkang yang rasional dan bukannya dari jenis bangkang dari longkang. 

Perbezaan nyata seorang yang rasional dan berakal berbanding dengan golongan bangkang dari longkang. Sokongan beliau adalah satu pengiktirafan atas usaha penat lelah PM menerajui kerajaan dan ia tentu saja memberi makna besar kepada kerajaan BN.

Dari satu sudut, kenyataan Tunku Aziz juga merupakan satu manifestasi betapa urus tadbir kerajaan BN sudah berada di landasan yang betul untuk memacu pembangunan dan kemajuan negara selain tanda aras penting yang membuktikan kemampuan Najib sebagai pemimpin negara.

Jika kita fahami secara tersirat kenyataan Tunku Aziz itu, mungkin bertepatan kalau kita tafsirkannya sebagai pengiktirafan rasmi dari beliau terhadap kemampuan Najib untuk terus memimpin negara selain menepati kriteria sebagai pilihan utama rakyat berbanding pemimpin politik berjiwa retorik seperti Anwar Ibrahim.

15 comments:

  1. .

    Marilah kita semua menjadi manusia yang bertanggungjawab , jujur dan amanah .

    .

    ReplyDelete
  2. depa sendiri bina tower depa sendiri yang runtuhkan tower berkenaan cuma kerana tower lawan tauke?

    kah kah kah

    ReplyDelete
  3. Mohd Yusof hari ini mewakil Anwar yang didakwa mengikut mengikut Seksyen 4(2) (c) Akta Perhimpunan Aman kerana didakwa mengambil bahagian dalam yang perhimpunan BERSIH 3.0.


    mereka membuat tipuhelah, & Allah membalas tipuhelah mereka. sesungguhnya Allah adalah sebaik2 pembalas bagi tipuhelah" al-Quran. Umno/bn buat la camne pun, yg jelas terpancar skrg, depa semakin hilang sokongan hari demi hari, semakin ditendang rakyat Malaysia. Inilah yg dikatakan kekuasaan Allah mengatasi sgala kekuasaan. Dgn kuasa Allah, semakin ramai yg sokong Pakatan, sehingga peguam2 dlm pejabat ag sendiri. apa yg saya boleh katakan, bersedialah wahai umno utk dikuburkan x lama lagi, x ada apa2 lagi yg dpt menghalangnya dari berlaku. Allah kata 'kun' (jadilah), maka terjadilah sesuatu itu. Allaaahuakbar!!...

    Syukur Alhamdulillah..Allah Maha Besar Maha Mengetahui...ramai cerdik pandai bersama PR yang akan menegakkan keadilan untuk rakyat..amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. pandailah ko... saiful kini brhak dpt fresh pembelaan semula apa???


      mampus la anua

      Delete
  4. jangan hairan kalau selepas ini gelaran khaliph yang depa sendiri berikan akan menerima nasib seperti tower tadi.

    jangan berbangga sangat Ah Beng oi!!

    ReplyDelete
  5. Syukur Alhamdulillah..Allah Maha Besar Maha Mengetahui...ramai cerdik pandai bersama PR yang akan menegakkan keadilan untuk rakyat..amin

    May 22, 2012 9:57 PM

    Komen:

    terbuktilah semua anjing-anjing itu adalah anjing pembangkang tetapi berbulu biri-biri.

    ReplyDelete
  6. ANON 10:01

    Allah Maha Mengetahui..berhati2..jgn terlalu suka memaki sesama manusia dgn perkataan anjing..tak takut dosa ker..jgn sampai kamu nanti di laknat Allah lebih hina dari anjing..cukup2 lah mencaci maki..hidup didunia ini hanya sementara..tambahkan amalan di bulan rejab yg mulia ini.

    ReplyDelete
  7. Jangan sokong peliwat... Jangan sokong pemecah belah umat dgn patwa mengarut... Jangan ambik setan menjadi kawan atau penolong kamu... Hidup hanya sementara... Ingat yeee

    ReplyDelete
  8. BUKAN SAJA ORANG ISLAM MALAH ORANG BUKAN ISLAM AKHIRNYA AKAN BERPIJAK ATAS BUMI YANG NYATA

    MALAH TIDAK SALAH KALAU DIKATAKAN BUKANISLAM LEBIH MEMERLUKAN PENTADBIR YANG SEDIA MENGOTAKAN JANJI DAN DENGAN ITU MENOLAK POLITIKAWAN RETORIK

    ReplyDelete
  9. Oo kalo sokong anuwar saja,kononnya Allah tolong la...?

    Bila nak solat hajat beramai-ramai lagi?x berani dah ke.dulu solat hajat terkantoi klip cinadoll.lepas tu kantoi lagi tgh letak nandek lepas beronggeng.jomla solat hajat beramai-ramai.ajak niki ajih pn xpe.

    Bila dia nak saman nalla,umi hafilda n eskay.lawan tetap lawan la.pas lak bila nak saman mb terengganu ngn rahim noor.terbukti parti ajaran sesat ke

    ReplyDelete
  10. Jadinya nmpk sgt anuwar bole tangguh kes liwat dulu sbb hakim bias.Allah nak tunjuk yg anwar mmg penipu dgn hakim tu jd pembela skrg.sepol dah sumpah.anuwar dah ke blum.....

    ReplyDelete
  11. sikap terpuji juak pembangkang ialah mereka saja boleh gunakan istilah babi anjing kafir dan bla bla

    kalau orang lain gunakan istilah yang sama maka keluarlah doser dan buah pala

    agaknya anak buah pok nik ini telan berdoser doser air panawar dan makan terlalu banyak buah pala kot?

    ReplyDelete
  12. hanya pakar transparensi dapat memberikan sijil ISO TRANSPARENSI kepada pihak yang layak

    dan dengan keluarnya pakar transparensi dari rumah pembangkang dapatlah disimpulkan rumah pembangkang tidak berhak mendapat sijil TRANSPARENSI

    NAMUN KETAKSUBAN MEMBUATKAN PARA JUAK DAN BALACI AKAN TETAP MENDAKWA BAHAWA RUMAH PEMBANGKANG ADALAH TELUS CAHAYA GITU

    lantak ko labu!

    ReplyDelete
  13. test market kot!......dulu mjadi pendakwa anwar...kalah.....'skrg jadi pembela pulak......tunggulah kputusan......klu kalah jugak maknanya dia taklah hebat kemuka bukti......dan hakim sahaja kputusan muktamat!

    ReplyDelete
  14. hnayo oran yang berpedirian yang waras tau apo yang baik dan bukan. Ini lah oran yang diagung agungkan bilo dio masuk dapigs ,tapi bilo dio tak sehaluan dongan dapigs, lalu dicacilah.
    eden nak tanyo lge, apo dio tu CAT? tapi kou cubo boli Tunku Aziz dongan RM50,000? tak ko ini rasuah?
    cakap tak serupo bikin lah.

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.