Tidak berapa lama dulu, PAS pernah dikenali sebagai parti alim ulama berikutan ramainya para ulama pondok dan ilmuan agama lulusan dari Timur Tengah yang lebih selesa berjuang dari dalam PAS berbanding bersama dengan UMNO.
Bagaimanapun beberapa tahun kebelakangan ini, trend sedemikian seperti sudah berubah arah apabila para ulama dan tok guru pondok kini kelihatan semakin menjauhi PAS dimasa yang sama dilihat semakin mesra pula dengan UMNO.
Sikap PAS yang semakin angkuh dan bongkak dalam mengejar kuasa termasuk sanggup menggadai prinsip dan dasar perjuangan Islam termasuk kerap tunduk pada tekanan rakan sepakatan dari pembangkang turut menyumbang ke arah perubahan trend tersebut.
Di Kelantan umpamanya, sebahagian besar tok guru pondok sudah tidak lagi sanggup bersekongkol dengan PAS yang dilihat melebih-lebihkan dunia hingga lupa matlamat sebenar untuk mendaulatkan Islam dan hukum hakamnya.
Jika dulu pandangan dan nasihat tok guru pondok sering menjadi rujukan pemimpin PAS dalam sesatu isu, kini peranan tok guru pondok tidak lebih sekadar sebagai tukang baca doa dan adakalanya menjadi tok imam untuk program politik yang berselindung disebalik majlis 'solat hajat perdana'.
Tambahan pula semenjak sebahagian besar pimpinannya dikuasai oleh puak liberal yang dikenali sebagai Anwarinas ataupun Erdogan, rentak hala tuju PAS juga kian liberal manakala suara-suara golongan ulama parti pula semakin tenggelam.
Pandangan Timbalan Mursyidul Am PAS dalam isu kalimah Allah s.w.t misalnya, sengaja dibakul sampahkan sahaja hanya semata-mata hati dan perasaan pemimpin DAP dan pengundi kristian pro DAP dilihat lebih utama untuk kepentingan mengejar kuasa duniawi.
Malah, apabila ramai pimpinan utamanya yang berlatar belakangkan agama sengaja dipinggirkan dalam perebutan jawatan parti, ia mengesahkan lagi yang PAS kini sudah melalui zaman perubahan total yang meletakkan para ulama dalam PAS kini hanyalah umpama kain buruk sahaja.
PAS lebih selesa dengan rentak baru haluannya yang lebih bebas tanpa kawalan dan teguran dari ulama dalam parti, meletakkannya kini seakan sama seperti PKR dan DAP walaupun tarafnya masih bersifat balaci.
Tika PAS berubah sikap secara drastik membuang satu demi satu pemimpin berlatarbelakang agama dan mula meminggirkan suara ulama-ulamanya, UMNO pula mengorak langkah memperkukuhkan suara alim ulama supaya lebih memainkan peranan dalam parti dan kerajaan.
Bagi PAS, para ulama dan tok guru pondok seakan sudah tiada nilai untuk dimanfaatkan sebaliknya kemunculan beberapa artis perempuan yang suatu ketika dulu meliuk-liuk tubuhnya bergaya seksi di depan kamera kini dilihat lebih berharga untuk memancing undi muda mudi.
Elok sangat la tuh...sbb yg tinggal dalam PAS skrg nih majoritinya hanya ULARMAK dan FOOLAMAK saje...
ReplyDeletemeliuk-liuk satu ketika dulu?
ReplyDeletehaikk, ingatkan baru 2-3 hari dulu.
parti dahi licin dan kenin kosmetik...siapa?
ReplyDeletemasin sungguh ungkapan mulut tok guru: "pas akan bubar kalu..."
ReplyDelete...TIBA MASA UMNO PULA TUBUHKAN SAYAP ULAMA YANG LEBIH BERPENGARUH BERBANDING ILMUAN MUDA UMNO (ILMU)...bergabung bersama UFB demi kekuatan ummah & melayu seluruhnya. Dato Presiden sila ambil perhatian!
ReplyDelete-nik ajis mahafiraun-
Lepas bubar guna ulamak DAP...
ReplyDeletehttp://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/11886-bersih-tidak-haram-pm-didesak-pohon-maaf
ReplyDelete---------------------------------------
BERSIH tak haram amendanya? Ada berdaftar dengan pendaftar pertubuhan ke? Tapi Menteri Amaran pun silap juga, apahal beri kebenaran BERSHIT 3.0 berhimpun, inilah, lain kali bila nak buat keputusan tu, tengok semua segi, bukan main hentam saja, akhirnya di mahkamah kerajaan dimalukan sebegini rupa kerana kelembapan Menteri Amaran yang tak reti menilai.
Meskipun begitu, pimpinan PAS dan pimpinan PKR dan DAP perlu memohon maaf kepada semua orang ramai yang menjadi mangsa terhadap rusuhan yang berlaku pada 28 April 2012 itu, ramai peniaga kecil kerugian berjuta ringgit, pemandu teksi kerugian beribu ringgit kerana keseaskan lalu lintas dan orang ramai tidak menggunakan perkhidmatan teksi, kemudian orang ramai yang tidak dapat membeli belah dan beriadah dengan aman, tak cukup dengan itu petugas keselamatan yang dirempuh dan dikasai oleh Unit Amal PAS dan penyokong buta tuli Penipu Rakyat serta kerosakkan harta awam dan harta persendirian milik orang ramai yang tidak berdosa, ada sanggup Harakah minta pimpinan Penipu Rakyat minta maaf atas segala keganasan yang keji tersebut? Jangan sibuk salahkan orang lain saja, jangan sibuk suruh Perdana Menteri mintaa maaf saja kerana Perdana Menteri tak suruh pun orang ramai bergaduhan semasa demontrasi itu, malahan Perdana Menteri tak pukul sesiapa pun, yang menjadi dalang batu api adalah pimpinan Penipu Rakyat yang tidak sudah-sudah menghasut orang ramai supaya berkelakuan liar dan menjadi perosak keamanan, ini ke maruah pimpinan Penipu Rakyat, lebih keji dari longkang. Blah la, Penipu Rakyat perosak masyarakat dan pemusnah negara, Barisan Nasional pembela rakyat dan pembangun negara, PRU 13 undilah Barisan Nasional demi kesejahteraan negara untuk agama, bangsa dan tanah air. Takbir! Allahuakbar.
Anonymous said...
ReplyDelete...TIBA MASA UMNO PULA TUBUHKAN SAYAP ULAMA YANG LEBIH BERPENGARUH BERBANDING ILMUAN MUDA UMNO (ILMU)...bergabung bersama UFB demi kekuatan ummah & melayu seluruhnya. Dato Presiden sila ambil perhatian!
-nik ajis mahafiraun-
July 24, 2012 12:55 PM
--------------------------------------
Adalah lebih sesuai ILMU dalam bentuk seketariat yang menjadi badan pemikir dan memberikan nasihat dan garis panduan supaya perjalanan UMNO sebagai parti politik adalah berlandaskan Islam demi kesejahtaraan agama, bangsa dan tanah air tercinta ini.
SKETSA TINGGI HARI
ReplyDeletePembisnes: "masala!, masala!"
Pemberita: "apanya, pasai pas nak bubar ke?"
Pembisnes: "bukan, bukan, bukan"
Pemberita: "habih, masala apa...cer..cercita tengok?"
Pembisnes: "ni hah Bersih dah halal"
Pemberita: "kot ya halal apa pulak masalahnya...cer khabo kat teme ni hah?"
Pembisnes: "masalah...kalau Bersih dah halal nanti ramai pulak akan hantar surat saman kat Depa (bersih 3 1/4)"
Pemberita: "ate...apa kene mengena dengan mike?"
Pembisnes: "teman ingat teman sorang aje saman Depa ni..tapi kalu dah ramei yang anto surat saman...berape sangat ler buleh kat teman"
Pemberita:" pase duit saman kurang je ke...aku ingat masalah negare ke tadi, hmmm"
PELANGI SORE
maka mudahlah pihak peniaga utk menyaman penganjur BERSIH tu kerana Gabungan praya bersih.....entiti sah dan berpemilik!!
ReplyDeleteapa lagi pemimpin BERSIH nak putarbelit lepas ini?.....
Dewan Ulama PAS akan dibubar dan Dewan Komunis DAP akan mengambil alih kedudukan Dewan Ulam PAS. Puaslah hati PAS menghancurkan kekuatan politik umat Islam demi kuasa, sibuk sangat bertelagah, akhirnya bangsa sendiri menjadi korban, lihat di Nigeria, orang Islam sibuk bertelagah, orang bukan Islam mengambil kesempatan menyebarkan ajaran mereka hingga terdapat golongan murtad dan kekuasan politik di negara itu dikuasai oleh bukan Islam. Jangan ingat dengan ceramah dan berpolitik boleh meneruskan survival bangsa, tapi bangsa kita akan menjadi mangsa akibat kebodohan pimpinan yang berlagak pandai, tapi bangang seperti pimpinan PAS dan Melayu PKR yang sibuk berpolitik kedengkian hingga tidak peduli bangsa sendiri sedang dimusnahkan oleh mereka. Sedarlah rakyat sekalian, PRU 13 kelak, kerajaan sedia ada di Malaysia sekarang ini iaitu Barisan Nasional adalah kerajaan yang berkualiti, kalau kerajaan ini zalim, sudah tentu kita semua tidak akan dapat hidup aman damai seperti sekarang ini, malahan apakah kita dapat mengecapi nikmat pembangunan yang diusahakan oleh pimpinan Barisan Nasional selama ini jika kerajaan Barisan Nasional adalah zalim? Kerajaan yang zalim adalah seperti Kerajaan PAS Kelantan yang sibuk berpolitik siang dan malam tapi mengabaikan pembangunan negeri hingga rakyat Kelantan merempat mencari rezeki di negeri lain, begitu juga di Kedah di mana kerajaan PAS Kedah sanggup merobohkan madrasah yang juga sebuah surau untuk dijadikan shopping complex, selain itu pentadbiran Kedah tunggang langgang hinggakan kakitangan Kolej Universiti Insanian (KUIN) dipotong gaji mereka kerana pimpinan PAS tidak tahu menambahkan dana negeri, lihatalah di peringkat persekutuan kakitangan awam diberikan bonus raya, diberikan kenaikan gaji, diberikan kenaikan imbuhan itu dan ini, tapi di Kedah, di KUIN, dipotong gaji pula, apa dah jadi? Begitu juga dengan kekejaman kerajaan DAP Pulau Pinang yang sibuk menghancurkan perniagaan kecil milik bumiputera dan India yang menjalankan perniagaan makanan dan barangan keperluan harian, tetapi pusat hiburan tak berlesen dan pusat maksiat dibiarkan berleluasa, inilah kezaliman yang sebenarnya. Begitu juga dengan Kerajaan PKR Selangor yang banyak beretorik dalam menifesto, tapi tidak melaksanakan apa yang dijanjikan, malahan sewa rumah milik kerajaan negeri yang disewa oleh orang miskin dinaikkan 100%, tidak cukup dengan itu, loji air untuk kepentingan rakyat sanggup dipolitikkan hinggakan rakyat terpaksa mengalami catuan air disebabkan kedengkian politik kerana loji air yang hendak dibina adalah usaha Barisan Nasional, oleh kerana tidak mahu Barisan Nasional mendapat kredit dari usaha ini, Kerajaan PKR Selangor sanggup menggadaikan kepentingan rakyat yang berhadapan risiko masalah bekalan air yang begitu serius di masa hadapan. Inilah kezaliman yang diamalkan oleh Penipu Rakyat di negeri-negeri tadbiran mereka, sedarlah semua, selama kita ditadbir oleh Barisan Nasional, kita tidak diainaya sebagaimana pengainayaan yang dibuat oleh Penipu Rakyat di negeri-negeri tadbiran mereka. Oleh itu PRU 13 kelak, undilah Barisan Nasional demi agama, bangsa, dan tanah air. Takbir! Allahuakbar.
ReplyDeleteTahniah kepada penyokong Pas!!
ReplyDeleteNampaknya bekas bekas artis dan pak lawak dah mula mengambilalih jadi penceramah Pas. Maklumlah... golonngan agamawan dah terpinggir dalam Pas sebab tak menepati citarasa puak Anwarinas...
Kalau dapat tarik artis macam Inul Darasista masuk Pas pun bagus jugak.
Taklah sakit kepala mendengar penceramah Pas memekik atas pentas...sekali-kali bolehlah ngebor...goyang gerudi pulak!
muahahahahaaa..
Org Islam sekarang jahil dan tidak lagi memberi kepercayaan kepada ulama khususnya dalam hal yang berkaitan dengan agama.
ReplyDeleteUlama adalah orang yang paling layak menyelesaikan apa sahaja masalah berkaitan agama tetapi senario hari ini mereka hanya diletakkan dalam sudut tertentu dalam suatu majlis kebesaran negara.
Umat Islam hari ini bukan sahaja menolak ulama tetapi lebih berani menghina mereka dan itu merupakan salah satu tanda kiamat semakin hampir!
Silap ari bulan....takdan nak pilihanraya!
Padan muka melayu!!!
Parti mana?pas
DeleteApalah pas nak gebang lagi. Dlm banyak kemudahan utk orang Islam, orang pas kalau nak pergi haji, daftar dgn tabung haji jugak. Bukankah tabung haji tu umno yang usahakan. Nanti ada yg kata, eh kami ambil pakej swasta. Hahaha...habis pergi naik MAS tu, siapa yang usahakan sistem penerbangan tu? Bukankah orang umno hahaha....
ReplyDeletePas boleh bangga bab nikah ramai dan kutip derma hahaha...
UMNU nak tubuh sayap ulama'!
ReplyDeleteUTK APA TUU...???
Nak tanya sikit nih! Antara 'kepentingan parti' & 'hukum Tuhan', mana yg......perlu diutamakan???
PADAN MUKA MELAYU!
Dlm hal perlu adanya sayap ulama dlm parti....
ReplyDeleteKenapa kedua-dua PAS/UMNU saling berbalah???
PADAN MUKA MELAYU!
Maka berpesanlah akan Si Tuah itu ditepi sungai Melaka....
ReplyDelete'Takkan Hilang Melayu Di dunia'
...hallo Hang Tuah! Org melayu la ni, nak dok dekat ulamak pun, terketaq-ketaq!
PADAN MUKA MELAYU!
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteIslam dan Melayu masih berpaut rapat sehinggalah ada ulama tempatan cuba mengubahnya.
ReplyDeleteAdakah dia ikhlas menyatakan bahawa dia tidak lagi berminat kepada Melayu? Seolah Melayu itu tiada kaitan dengan Islam. Dia membuat fatwa sendiri untuk memisahkan Melayu dan Islam sebagaimana hajat British dahulu.
Penjajah gagal, tetapi bangsa sendiri telah berjaya lakukannya!
PADAN MUKA MELAYU!
Taksub sangat dgn Nik Aziz sedangkan orang kelantan mundur sebab 22 tahun mentadbir kelantan Nik Aziz tak pandai nak tabir segi ekonomi dok asyik bertakbir je. Padahal di KL ni ramai orang kelantan yg berjaya di lapangan korporat bermacam bidang, pembuatan, banking dan lain-lain.
ReplyDeleteIni melabelkan orang Melayu lemah, malas,tak apa attitude dan bodoh oleh kaum lain.
Dalam politik dgn PAS punyai orang macam Mat Sabu lagi hampas jadinya. Akhirnya sekarang ini boleh terima kafir harbi jadi brothers dan menolak sesama islam. Anwar lah punca nya semua ni.
Umat Islam sudah lama ketiadaan 2 bentuk kepimpinan ini untuk memimpin umat Islam melalui sebuah Daulah Islam. Kuasa untuk memerintah kerajaan dan mentadbir agama telah dirampas oleh Yahudi dan kuncu-kuncunya.
ReplyDeleteJatuhnya kuasa daulah, negara dikuasai oleh kuasa asing. Kuasa itu kemudiannya diserahkan kepada umat Islam yang sanggup meletakkan perintah manusia (demokrasi) terlebih atas dari perintah Tuhan. Lalu sistem ini dipertahankan pula oleh ‘ulama mereka’ yang berbai’at dengan mereka dengan janji setia yang berlandas perlembagaan mereka.
Maka dengan itu tamatlah hak Khalifah dan Ulama Pewaris Nabi tanpa disedari oleh umat Islam. Wallaualam!
PADAN MUKA MELAYU!
PAS ludah pd UMNU, UMNU tunjuk punggung pd PAS!
ReplyDeleteUlama tersipu malu....
Yahudi/Nasrani ketawa berdekah-dekah!
PADAN MUKA MELAYU!
Mcm kau r..parasit melayu.
DeletePadan muke melayu!!
ketinggalan lah kau GAP...dewan ulamak PAS dah lama bubar...mana ada suara dah!!!
ReplyDeleteRUJUK 1.03- BERSIH TIDAK HARAM, TAPI HARAMJADAHJH.... AMBIGAR PUN TUMPANG KALDAIKAN PAS, BOLEH KE TAHAN PINGANG KAU TU WAHAI PAS DIKALDAIKAN
ReplyDeleteCuba lihat sekiranya dahulu dipentas ceramah PAS akan ada para Ulamak saperti Taib Azamuddin, Ismail Kamus, Harun Din dan lain2 tapi sekarang ni dipentas ceramah PAS dah dipenuhi dengan golongan artis yang tak berapa laku..bukan free pulak tu tapi dibayar..oleh itu wahai orang melayu islam..lapangkan dada dan renung kembali secara mendalam apa yang telah dilakukan oleh Pemimpin PAS selama ini.
ReplyDeleteNasruddin Tantawi MENIPU ketika Debat PRU13 : Orang Muda Pilih Siapa...???
ReplyDeleteTajuk Debat anjuran Sinar Harian melalui siaran Astro Awani dengan tajuk "PRU13: Orang Muda Pilih Siapa" telah mempertemukan Ustaz Fathul Bari (Ulama Muda UMNO) dengan Ustaz Nasaruddin Tantawi (Ketua Pemuda PAS Pusat). Bila terbaca NST, selaku umat Islam, kita rasa kecewa kerana ada TIGA sebab:
1. Karpal Singh (Pengerusi DAP Pusat) masih keras kepala tentang isu penubuhan negara Islam. Tapi pemimpin seperti inilah juga yang menjadi kawan PAS untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia hari ini dipimpin oleh PMnya orang Melayu/Islam.
2. PAS masih gagal menjalankan dakwahnya mengislamisasikan pemimpin DAP dan sebahagian pemimpin PKR yang bukan beragama Islam. Masih ingatkah kita, suatu masa TGNA pernah mengatakan bahawa pemimpin DAP lebih tahu Islam daripada pemimpin UMNO.
3. Ustaz Nasaruddin Tantawi telah berbohong kepada penonton dalam dewan dan juga siaran Astro Awani bagi mematahkan hujah Ustaz Fathul Bari tentang pendirian Karpal Singh terhadap isu negara Islam
Kenyataan Nasruddin :
"Saya mintak...saya mintak jasa baik kawan saya Ust. Fathul Bari update maklumat dia berkait dgn Karpal Singh. Karpal Singh dia kata...dia kata langkah mayat saya tu hok 20 tahun dulu dan dia pun beritahu itu ucapan saya 20 tahun dulu. Skrg, dlm Konvensyen PR di Pulau Pinang baru2 ni..saya (dia?) kata, setelah saya berkawan dengan PAS, saya tengok HUDUD, masalah HUDUD ialah kita boleh bincang semula...." [di sambut dgn sorakan dr penonton fanatik]
NST telah tolong 'UPDATE' kan untuk kita semua menerusi perbualan telefon bersama Karpal Singh semalam...
Yesterday, DAP chairman Karpal Singh expressed extreme displeasure upon learning that Pas Youth chief Nasrudin Hassan Tantawi had suggested that he had been willing to consider such laws for the country during a political debate.
“I will NEVER compromise,” said Karpal in a telephone interview with the New Straits Times.
“I have always been very public and absolute on my stand to never have hudud implemented in the country... how then can he (Nasrudin) claim such a thing?” said the DAP stalwart, who is well known for his strong opposition to any attempt to introduce Islamic laws in this country.
Bomo 208,
ReplyDeletekalau ikut akai harus kiamat sebelumm PRU 13 atau sat lagi sekalipun!
Tp kata ostad, oleh krn kiamat ini hukum syara', maka kite ikut sumber syara' lah!
Kata Ostad lagi, tiada kiamat selagi ada penduduk dunia mengucap kalimah Allah.
... tak termasuk yg 4shared krna depa dah diislamkan oleh 'Isa 'alihissalam serta dimusnahkan salib2 dan dunia free of khinzir ....termasuklah babi goreng celup tepung...ungkapan Ostad Azhar ygtu!
cuba hg beri spotlight skit.
Bomo,marilah kita sama2 perbetulkan kesilapan yg telah dilakukan oleh pemimpin kita terutama ulamak2 yg mengeluarkan fatwa ikut sedap mereka saja dlm usaha memecah belahkan umat Islam/Melayu.Akibat dari perbuatan tersebutlah maka kita umat Islam/Melayu mudah diperlekeh oleh bangsa lain.Kalau ada kesedaran di akar umbi seperti kita mungkin dapat meyedarkan pemimpin kita yg telah hanyut kerana mengejar sokongan kapir harbi.
ReplyDeleteKepada ulama,tolong lah keluar dari pas.
ReplyDeletepetunjuk allah,,,
ReplyDeleteTAU TAKPA
ReplyDelete