Thursday, July 26, 2012

LAJIM UKIM STIM DENGAN SKRIP BOHONG 16 SEPTEMBER.



Tika ini banyak khabar berita menyentuh secara langsung perkembangan terkini perihal Ahli Parlimen Beaufort, Lajim Ukim yang kini sedang berura-ura untuk menyertai PKR setelah beberapa kali tertangguh sebelumnya.

Dalam satu pertemuan dengan Nik Aziz Nik Mat di Kelantan sebelum ini, Lajim Ukim dikatakan telah melahirkan hasrat untuk menyertai PKR dan memohon restu daripada Mursyidul Am PAS itu agar penyertaannya itu dapat membantu pakatan pembangkang.

Pelik bunyinya. Mahu menyertai PKR kemudian tiba-tiba mohon restu daripada Muryidul Am PAS. Samada berita itu tersalah lapor, songsang atau sebaliknya, sukar dipastikan.

Apa yang pasti, jika Lajim Ukim sudah nekad untuk melompat menyertai PKR atau masuk apa sahaja parti pembangkang, kita doakan sahaja mudah-mudahan itulah yang terbaik untuknya. 

Sementelah lagi cita-cita beliau untuk menjadi orang nombor satu di Sabah melalui UMNO barangkali sukar digapai kerana banyak persaingannya, mana tahu mungkin dengan menyertai PKR maka masa depan peribadinya akan lebih gemilang.

Kira-kira setahun lalu semasa kempen Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak Ke-10, seorang pemimpin tempatan juga pernah dapat mengecap kegemilangan selepas mengambil keputusan menyertai PKR. 

Para pembaca tentu kenal bila disebut nama Baru Bian. Khabarnya kerana terpesona dengan janji mulus yang ditawarkan oleh Anwar Ibrahim untuk melantiknya sebagai Ketua Menteri Sarawak telah menyebabkannya angau berminggu-minggu.

Memang betul selepas menyertai PKR namanya gemilang kerana dijaja ke sana ke mari sebagai bakal Ketua Menteri namun gemilangnya hanya seketika bila keputusan rasmi pilihanraya negeri mengesahkan PKR kalah teruk, malunya pula tak terkata.

Jadilah Baru Bian sekadar 'Ketua Menteri' yang angkat sumpah depan gambar dan cermin saling tak ubah seperti gaya Anwar Ibrahim sewaktu dirinya meroyan mahu menjadi PM 16 Sept tidak berapa lama dulu.

Selepas pilihanraya negeri tamat, kemudiannya Baru Bian dijanjikan oleh Anwar Ibrahim untuk mengisi kekosongan jawatan Timbalan Menteri andainya Kerajaan Pusat dapat dikuasai oleh pembangkang dalam PRU 13.

Malangnya menjelang beberapa ketika sahaja lagi PRU 13 bakal menjelma, hingga kini nama Baru Bian tidak tersenaraipun di mana-mana kerusi parlimen sekaligus mengesahkan beberapa khabar angin sebelum ini yang dirinya sudah tiada nilai lagi di hati Anwar.

Kita harap nasib Lajim Ukim tidaklah seburuk itu kelak, saat diperlukan oleh PKR, namanya dijulang-julang. Bila gagal menghasilkan kemenangan yang diharapkan oleh Anwar Ibrahim, akhir kemudiannya ibarat habis madu sepah dibuang. 

Tapi tengok pada gayanya, tak mustahil orang yang mudah kelabu mata dengan janji dan tawaran kuasa, mudah sangat terpedaya dan Lajim Ukim memenuhi ciri-ciri untuk mengulangi nasib sama seperti Baru Bian yang akhirnya akan terbiar sendirian dan tidak lagi dipeduli.

19 comments:

  1. Kakakakaahh...gali lubang kubur ke lajim??

    ReplyDelete
  2. Lajim nak cantas Musa Aman, dah jadi Timbalan Menteri pun tak bersyukur lagi ke? Ko tamaklah sangat, nanti tak pasal-pasal tak dapat jadi Ketua Menteri, malahan kerusi Parlimen Beaufort pun boleh terlepas ke calon yang wakili Barisan Nasional.

    Sikap Lajim dan Bumburing telah menunjukkan mereka sudah tidak setia sama Barisan Nasional, tidak ada guna calonkan mereka lagi dalam PRU 13 akan datang kerana mereka kalau menang atas tiket Barisan Nasional pun, mereka akan khianati Barisan Nasional dengan menyertai PKR atau parti Penipu Rakyat yang lain.

    Lajim sama Bumburing sibuk nak rebut kerusi Ketua Menteri dari Musa Aman, siapa yang Anwar nak lantik jadi Ketua Menteri, Lajim atau Bumburing? Korang tamak sangat, nanti rasakanlah macam beberapa pimpinan Barisan Nasional yang mengkhianati parti dengan menyokong Penipu Rakyat, akhirnya terpinggir seperti sampah, lihat saja Zaid Ibrahim, tak ada tempat dalam PKR, kemudian ubah AKIM jadi KITA, itu pun ahli KITA sudah tak mau sama Zaid, terus terpinggir Zaid seperti sampah, inilah akibatnya kalau terpedaya dengan Penipu Rakyat, tapi apa pun, Lajim sama Bumburing sudah kasi curiga sama Datuk Najib, susahlah korang lepas ni, itulah tamak sangat, nanti PRU 13 berkemungkinan besar mereka berdua kalau tak sertai PKR pun, mereka tidak akan dicalonkan dalam PRU 13 di Beaufort sama Tuaran, kasi orang lain yang lebih setia sama parti bertanding, tak guna kasi orang yang khianat sama parti bertanding ibarat memberi bunga kepada berok sajalah.

    Perdana Menteri mungkin melihat situasi ini, berkemungkinan besar dalam PRU 13, kerusi parlimen Beaufort sama Tuaran akan diisi oleh orang lain pula, Lajim sama Bumburing boleh terus bersara kerana korang kalau kekal dalam Barisan Nasional pun, korang sudah tidak boleh dipercayai, korang sekadar kaduk naik jungjung yang tak sadar diri. PRU 13 undilah Barisan Nasional demi agama, bangsa dan tanah air.

    ReplyDelete
  3. Lajim ni kalau nak lompat ke PKR pegi je laa.. tak payah la nak buat gimik sana sini.. rakyat pun dah naik menyampah.. boleh la cium molot dengan nuar tuu.. hehehehe!

    ReplyDelete
  4. Lajim sama Bumburing pasti susah hati sekarang ni, sebab sudah tersebar dan berkemungkinan Perdana Menteri pun sudah tau perkara ini, peluang mareka untuk bertanding di Beaufort sama Tuaran sudah jadi kelabu, mungkin lepas ini terus kelam jika Perdana Menteri sudah tidak percaya sama dua orang yang tidak setia sama parti.

    Lajim sama Bumburing, korang berdua boleh belah, boleh blah bah kalau kau berdua. Lajim sama Bumburing akan senasib dengan Zaid Ibrahim sama Baru Bian, terpinggir dan jadi diperlakukan seperti sampah sesudah tidak diperlukan oleh Anwar dan Penipu Rakyat. Lihat Zaid sama Baru Bian, apa sudah jadi, sudah tenggelam, sudah tidak ada harapan, sudah dipinggirkan sudah diabaikan kerana sudah tidak berguna kepada Anwar sama Penipu Rakyat, sekarang Lajim sama Bumburing pula nak test market, silap testlah korang berdua boleh berkira-kira sama terus menyertai PKR, bertanding sebagai calon bebas, atau bersara terus dari politik bila PRU 13 berlangsung kelak, kerana korang sudah tiada tempat dalam Barisan Nasional kerana Barisan Nasional tidak perlukan pengkhianat seperti korang berdua, mencalonkan korang mewakili Barisan Nasional di Tuaran sama Beaufort ibarat memberikan kemenangan percuma kepada PKR sajalah, oleh itu saya percaya, Datuk Perdana Menteri pun sudah curiga dan akan menyenarai hitamkan mereka berdua dari jadi calon dalam PRU 13 kelak, itulah terlajak perahu boleh diundur, terlajak cakap, sendiri tanggunglah. Barisan Nasional diyakini dapati menguasai Sabah dan Sarawak serta menguasai seluruh negri di Semenanjung, berkemungkinan Pulau Pinang sajalah yang agak kelabu sikit, negri-negri lain semuanya kawasan putih untuk Barisan Nasional.

    ReplyDelete
  5. Lajim = Zaid Ibrahim

    Bumburing = Baru Bian

    Masa diperlu PKR dan Anwar mereka akan dipuji melambung, bila sudah tiada guna sama Anwar, mereka akan dihumban seperti sampah, inilah akibatnya kalau tamak sangat.

    PRU 13 Undilah Barisan Nasional demi agama, bangsa dan tanah air.

    ReplyDelete
  6. DIA TEST POWER TU...

    MARKET TEST...


    ...

    PADA YG NAK BUAH TGN 'ANWAR'

    KO SEBUT JE ANGKA...

    KALAU MELEPAS ANGKA SUDAH DAPAT...

    KO DAH TAHU PERANGAI DIA ..
    SAPU DULU...MENANG KALAH LAIN CRITA..

    ReplyDelete
  7. dah lama Lajim jadi wakil rakyat, bagi peluang pada timbalan ketua bahagian pulak jadi calon.... jangan calon nanti orang kerabat Ketua Menteri, memang sahlah akan kena tendang.... kalau itu yang berlaku, memang sahlah BN akan hilang satu kerusi, harap-harap formula calon boleh menang digunapakai....

    ReplyDelete
  8. dia perasan di masih laku lagi.. byk lagi berbakat, dia da kaya pun apa dia nak lagi ha ha Kuasa ..itu RM RM RM itu aja

    ReplyDelete
  9. Lajim mungkin tengah gelabah sekarang ini, mungkin kedudukannya dalam jemaah menteri juga akan tergugat, mungkin Lajim akan disingkirkan dari jawatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Lajim silap banyaklah kau mau test Perdana Menteri, ko tengah ada jawatan, nak ugut Perdana Menteri, akhirnya ko mungkin akan senasib dengan Zaid Ibrahim yang sebelum ini adalah Menteri dalam Jemaah Menteri, bila tamak sangat nak jawatan yang lebih besar kerana terpengaruh dengan Anwar, sekarang apa sudah jadi sama Zaid? Sudah jadi sampah sarap bila dibuang dan disekat oleh Anwar dari naik dalam PKR, akhirnya dia terpaksa keluar dari PKR dan sertai AKIM dan tukarkan AKIM kepada KITA, tapi akhirnya ahli parti KITA pun tak suka sama dia dan dia sekarang ini sudah tersingkir, sudah tenggelam, sudah tidak ada harapan dalam politik, itulah masa diberi peluang khianat terhadap parti, akhirnya kerugian semua perkara.

    Lajim berkemungkinan besar akan menjadi mangsa seperti Zaid, cuma Zaid keluar dari Barisan Nasional, tapi Lajim, belum keluar dari parti pun sudah kena senarai hitam sama Perdana Menteri, jawatan Timbalan Menteri yang ko pegang tu mungkin akan diberikan kepada orang lain yang lebih menghargai parti, ramai lagi calon dari Sabah yang boleh gantikan tempat Lajim di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Ahli Parlimen Sipitang, Ahli Parlimen Tenom, Ahli Parlimen Ranau, Ahli Parlimen Silam, pun boleh ganti tempat Lajim. Sekarang ni Lajim, ko nak test market, ko silap tempatlah, ko hanya mengundang bencana kepada diri sendiri sajalah, ko akan jadi mangsa seperti Zaid Ibrahim dan Baru Bian kerana terpedaya dengan Anwar, bukti sudah ada, cuma ko saja yang masih tidak sadar diri.

    ReplyDelete
  10. Lajim sama Bumburing sengaja cari pasal, sekarang mungkin sudah gelabah, kalau kau berdua rasa kau berdua sangat disayangi oleh Anwar dan kau berdua akan dilantik jadi Ketua Menteri Sabah, kau pergilah sertai PKR malam ini juga, tak payah berteka teki, malahan kau berdua pun sudah kena senarai hitam sama Datuk Perdana Menteri, malahan Lajim pula tempat kau di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sudah goyah, mungkin kau akan disingkirkan walaupun sebelum PRU, itulah tamak sangat, akhirnya jadi anjing dengan bayang-bayang, rugi semuanya.

    PRU 13 undilah Barisan Nasional demi agama, bangsa dan tanah air.

    ReplyDelete
  11. Tika ini banyak khabar berita menyentuh secara langsung perkembangan terkini perihal Ahli Parlimen Beaufort, Lajim Ukim yang kini sedang berura-ura untuk menyertai PKR setelah beberapa kali tertangguh sebelumnya.Dalam satu pertemuan dengan Nik Aziz Nik Mat di Kelantan sebelum ini, Lajim Ukim dikatakan telah melahirkan hasrat untuk menyertai PKR dan memohon restu daripada Mursyidul Am PAS itu agar penyertaannya itu dapat membantu pakatan pembangkang.
    Pelik bunyinya. Mahu menyertai PKR kemudian tiba-tiba mohon restu daripada Muryidul Am PAS. Samada berita itu tersalah lapor, songsang atau sebaliknya, sukar dipastikan.Apa yang pasti, jika Lajim Ukim sudah nekad untuk melompat menyertai PKR atau masuk apa sahaja parti pembangkang, kita doakan sahaja mudah-mudahan itulah yang terbaik untuknya.
    .......................Semasa pembentukan Malaysia dahulu, Parti Islam SeTanah Melayu (PAS) telah menghantar Petisyen ke Mahkamah Tinggi Di Kuala Lumpur untuk menghalang negeri Sabah menyertai pembentukan negara Malaysia. Bagi PAS, negeri Sabah tidak patut dipanggil untuk menyertai Malaysia. PAS tidak bersetuju malah menentang kemasukan Sabah di dalam pembentukan Malaysia.
    TATAPAN UNTUK ORANG SABAH
    Selepas hampir 50 tahun, sebilangan rakyat Sabah mula mempersoalkan keikhlasan lidah manis pemimpin-pemimpin PAS. Mereka yang masih hidup memberitahu Mymassa, betapa malunya mereka dihina oleh PAS, betapa sakitnya hati mereka dihina oleh PAS, dengan pelbagai kata-kata yang mengguris jiwa dan kalbu pemimpin-pemimpin Kadazan Dusun Murut pada tahun 1960an dahulu.
    "Mereka hina kami waktu kami mahu gabung bikin itu Malaysia!"

    ReplyDelete
  12. UNTUK ORANG SABAH KAUORANG BACALAH RINTIHAN ORANG TUA INI, JANGAN SAMPAI KAUORANG KENA KENCING DENGAN ITU PR
    Sambung mereka lagi, kalau Pakatan Rakyat memerintah, ada PAS di dalamnya, "aauk inilah masa kita keluar Malaysia, itu PAS dulu itu mau halau kami jua" (ya inilah masa kita keluar Malaysia, parti PAS dahulu mahu halau kami juga).
    "PAS itu endak (tidak) tau maluk (malu), dulu halau kami macam kami ini anjung kurap, sekarang mau undi kami, ...ppptttuih (ludah)" ludah orang tua itu...
    "Di Sabah ini endak da bah orang mau undi PAS, itu pendatang saja bah yang undi dorang tu"
    Bagi kami urang (orang) Sabah, kalau Pakatan memerintah ada itu PAS, bagus kita orang keluar Malaysia, jadi nagara (negara) sendiri!

    *Krew Mymassa, Kota Kinabalu, 25/7/2012.

    ReplyDelete
  13. Angan2 tinggi nak jadi KM Sabah. Ramai lagi manusia bahlul yg makan tipu muslihat Anwar. Anwar ambil kesempatan menjubo siapa yg pusing belakang. Manusia bangkai tu sampai mampus tak boleh percaya..

    ReplyDelete
  14. KAMI DI SABAH NI TIDAK MAHU LAGI MP ATAU ADUN YANG SUDAH TERLALU LAMA MENYANDANG JAWATAN. SILA KEMUKAKAN MUKA BARU.

    ReplyDelete
  15. Jgn main-main dgn borneo...borneo lebih besar dari semenanjung tau....brp kerusi parlimen borneo ada...cuba kira....kalau mau menang federal jgn abaikan kami urang borneo. Memang kami bangga jd 1 Malaysia dan kami sukung sama Dato seri Najib dan BN yg adil dan saksama macam lambang dacing tu...tp PM mau hati-hati jg pilih calon yg winable jgn smp pilih calon yg suka lompat mcm katak...siapa kah katak puru itu....buleh bah tinguk sejarah...ndak kira muka baru atau lama yg penting dia setia dan bukan dari spesis katak....

    ReplyDelete
  16. Dalam pilihanraya Negeri Sabah kalau tak silap tahun 1995 PBS menang mengalahkan BN dengan majoriti 2 kerusi. Bagaimanapun tersebar berita ketika itu bahawa Anwar ketika itu TPM telah membeli Datuk Lajim Ukin dan Datuk Rubin Balang dari PBS dengan bayaran jutaan ringgit untuk melompat katak ke kem BN. Maka Datuk Lajim dan Datuk Rubin pun melompatlah, hasilnya maka tumbanglah Kerajaan PBS.

    Pada hari ini kisah Lajim melompat katak bergema lagi. Mungkin kisah Anwar membeli Lajim pada tahun 1995 bakal berulang lagi. Anwar mungkin telah menjanjikan kalau PKR menang Lajim jadi Ketua Menteri Sabah. Atau Lajim memang bercita cita menjadi Ketua Menteri Sabah yang hanya dapat direalisasikan menerusi PKR. Mungkin juga Anwar menjanjikan kalau PKR menang Lajim jadi TPM. Orang gila pangkat dan pengkhianat seperti Lajim lebih baik masuk saja PKR kalau tidak dalam PRU akan datang jadi calon bebas kerana BN sudah tidak memerlukan pengkhianat dalam parti jadi calon.

    ReplyDelete
  17. Lajim Ukin kalau nak jadi orang nombor satu senang jer.

    Buat Video Lucah!!

    Al-Jubs ada video lucah membedal Chinadoll.

    Assmin ada video lucah makan Aiskrim dalam Jamban.

    Jijah ibu segala Lucah sebab bersubahat dgn Jin Jin Lucah.

    So Lajim apalagi?? peluang sudah terbuka masok jer PKR. PKR/ PAS memang tempat naungan Politician yang kecewa dan bermasaalah moral.

    ReplyDelete
  18. LEPAS ALJUBS NAIK KUDA BERKAKI EMPAT DIA NAK KUDA BERKAKI DUA PULAK. Hehehehehehe...

    ReplyDelete
  19. dalam keadaan rakyat sabah terutamanya bumiputra yg sudah agak selesa setelah bn memerintah.ramai sdh yg telah berjaya dlm bidang ekonomi dan pendidikan.ekonomi negeri pun telah berkembang pesat.tapi tiba2 ada plk pemimpin yg tamak kuasa hendak membawa kami berundur kebelakang semula.pemimpin yg tak pandai bersyukur dgn nikmat tuhan yg telah diberikan kpdnya.so sebagai rakyat yg pndai mengenang jasa dan tahu menilai nikmat tuhan yg telah diberikan.dengan pangkat dan kekayaan lah yg telah dinikmatinya yg membolehkan beliau berkhidmat kpd rakyat di kawasannya.mana mungkin tnpa kedua2nya tu beliau boleh berkhidmat dgn baik dan juga mana mungkin beliau dpt berubat ke cina.semuanya tu jasa bn yg begitu mudah dilupakan beliau.so untuk terpengaruh dgn pemimpin jenis begini adalah jauh skali,lagipun pilihan adalah parti bn bukannya individu.

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.