Friday, July 20, 2012

PAKATAN SELANGOR :URUS SAMPAH PUN KELAM KABUT.



urus sampah pun kelam kabut.
inikan pulak nak urus air di selangor.
KLIK SINI

19 comments:

  1. .

    Merokok merbahayakan kesihatan ... kurangkan merokok .

    .

    ReplyDelete
  2. Salam Ramadhan Al Mubarak!

    Kepada semua yng beragama islam,jadikanlah ramadhan kali ini sebagai bulan yng akan menyatukan kita.Buang yng keruh ambil yng jernih.

    Bersatu kita teguh bercerai kita roboh!

    ReplyDelete
  3. Pra 2008:

    "esok sebelum ayam berkokok semua beres"

    2012:

    ""sebelom habis ayam berkokok, masalah sampah akan selesai""

    2017:

    """esok sebelum ayam berkokok semua beres"""

    2020:

    dot, dot, dot

    ReplyDelete
  4. 2008:

    Dapster kata: "pengurusan sampah lemah, kalau beri kami peluang...semua kami bikin"

    2012:

    Dapster kata: "bukan salah kami makan gaji buta tetapi PBT yang berikan makan gaji buta...kami cilok aje"

    Pulak Dah!

    ReplyDelete
  5. Bukan saja sampah material dipandang sebelah mata malah sampah sosial (rumah urut dan racy) sengaja dibiarkan bertimbun-timbun? Untuk buat baja kompos ke? kik kik

    ReplyDelete
  6. urus dulu diri sendiri

    ReplyDelete
  7. Anonymous said...
    Pra 2008:

    "esok sebelum ayam berkokok semua beres"

    2012:

    ""sebelom habis ayam berkokok, masalah sampah akan selesai""

    2017:

    """esok sebelum ayam berkokok semua beres"""

    2020:

    dot, dot, dot

    July 20, 2012 11:43 AM
    ----------------------------------

    MACAMANA NAK SELESAI SBB AYAM DEPA LO NIH DAH XSEMPAT BRKOKOK LAGI , WAKTU DINIHARI MASIH BZ DGN BUSSINESS.....KEH KEH KEH

    ReplyDelete
  8. 12:11,

    "kami tak kata ayam kampung. kami maksudkan "ayam pokan"...sampai kucing bertanduk tak berkokok!"

    Harap Maklum

    ReplyDelete
  9. 12:44 PM

    'Ayam pokan' PAS pakai mini skirt n majoriti 'gebu2' sbb tuh xbole brkokok.....keh keh keh..

    ReplyDelete
  10. KHALID DAH BUAT SELANGOR JADI SELANGOR DARUL SAMPAH...LALAT, TIKUS,LIPAS & GAGAK DAH BERTAMBAH..BALIK CUCI BONTOT SENDIRI DULU LA LO KHALID ...SEBELUM PIKIR NAK URUS AIR PULAK..MENYESAL AKU DENGAN PAKATAN BAHLOL NI..

    ReplyDelete
  11. mereka pun pakatan sampah jadi tak kenal le macam mana sampah tu

    ReplyDelete
  12. Krisis air Selangor di musim hujan?

    -, 20 Jul 2012

    Dengan musim hujan mutakhir ini, sukar bagi kerajaan Pusat untuk meyakinkan rakyat bahawa negeri Selangor akan bakal berdepan dengan krisis bekalan air. Cukup ironis, namun itulah sajian media BN saban hari kepada rakyat.

    Memang benar. Yang dibicara bukannya air mentah atau air dipermukaan bumi yang dianugerahkan Allah melimpah ruah dalam bentuk hujan. Simpanan lebih besar lagi dari 7 empangan Selangor adalah air bawah tanah (ground water) yang jauh lebih lumayan yang juga belum dimanafaatkan.

    Mengapa kerajaan Pusat menganggu dan mencabar kedamaian hidup pengguna dan rakyat di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya dengan isu ini? Mengapa mereka mahu cetus rasa takut, gundah-gulana serta keluh kesah rakyat? Mengapa mereka berhajat bagi menerbitkan rasa krisis di negeri di bawah Pakatan Rakyat ini?

    Sekali lagi AIR cuba dijadi modal politik dan isu untuk menjatuhkan kredibiliti dan wibawa kepimpinan Pakatan Rakyat di bawah menteri besarnya. Berdepan dengan pelbagai kebejatan urus-tadbir yang serba dipertikaikan, khasnya pendedahan pelbagai kes rasuah dan salahguna kuasa elit pemerintah, kerajaan BN sememang mahu mengalehkan pandangan rakyat.

    Apakah pemimin Umno-BN terlupa bahawa air dan penswastaannya di seluruh negara, khasnya di Selangor, adalah ‘jenayah’ dan ‘dosa’ yang belum lagi mereka tebus dan bertaubat? Ceritanya terlalu panjang untuk diziarahi kembali.

    Tegasnya, umum sedar bahawa penswastaan air yang dilakukan dalam zaman Tun Mahathir gagal. Seperti mana gagalnya kebanyakan penswastaan utiliti dan perkhidmatan awam yang dulunya dikendali oleh kerajaan, kegagalan penswastaan air, cuba dirungkaikan ‘selamatkan’ dengan satu dasar bernama “Penstrukturan Semula Industri Air”. Terlalu banyak yang diselamatkan atau ‘bailout’.

    ReplyDelete
  13. Setelah hampir enam tahun selepas penubuhan Suruhanjaya Perkihdmatan Air Negara (SPAN, 2006) dan Akta Perkhidmatan Industri Air (WSIA, 2006) diperkenalkan bersama dengan pengenalan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB, 2006) bagi melaksanakan matlamat ‘penstrukturan’ dan ‘migrasi’ dari ‘regim konsesi’ ke ‘regim pajakan’, kerajaan Persekutuan masih gagal untuk menyempurnakan dasar ini untuk negeri Selangor. Mengapa?

    Negeri-negeri lain termasuk negeri Pakatan seperti Pulau Pinang dan Kedah turut berjaya dilakukan ‘migrasi’ dan pemindahan asset-aset negeri kepada PAAB dan berakhir dengan Kementerian Pusat memberi hak pajakan bagi ‘merawat dan mengurus pengedaran’ air samada kepada kerajaan negeri atau pihak swasta. Contohnya, Johor pihak swasta yang dapat. Melaka dan Negeri Sembilan diberikan kepada kerajaan negeri.

    Isunya ialah mengapa dalam kes negeri Selangor, kerajaan Persekutuan mengambil sikap yang berbeza? Mengapa kerajaan Persekutuan tidak mahu membuat keputusan untuk memberikan lesen pajakan kepada salah satu entiti ini: Kerajaan Negeri atau Pihak Swasta?

    Nah, inilah isu besarnya yang kerajaan Pusat cuba mengelak untuk buat keputusan! Ia sekaligus membayangkan kedudukan serba–salah kerajaan Pusat dan khasnya Menteri KTTHA itu. Tidak sukar untuk membuat telahan mengapa sedemikian jadinya. Nak bagi kat swasta akan dituduh memberi kepada kroni yang telah jelas gagal, antara lainya; mengurangkan NRW atau “Air Tak Berfaedah” hasil kebocoran paip dan sebagainya serta juga gagal memenuhi beberapa terma konsesi tentang perolehan atau ‘procurement’.

    Untuk diberikan kepada kerajaan negeri pula, jelas bertentangan dengan kepentingan membela kroni yang sememang hidup dengan ‘pemberian kontrak dan konsesi’ seperti ini.

    ReplyDelete
  14. Umum juga tahu bahawa sudah hampir 4 tahun kerajaan negeri mengemukakan pelbagai cadangan yang terbaik bagi menangani kemelut air di Selangor akibat air penswastaan air yang ‘menswastakan sektor yang untung’ yakni ‘rawatan air’ dan ‘merakyatkan’ sektor yang rugi yakni ‘pengedaran’.

    Umum masih ingat tabiat ‘kecurangan dan pengkhianatan’ ini yang menyaksikan bagaimana Jabatan Bekalan Air Selangor (JBAS) pertama-tama diswasta aspek rawatan kepada Puncak Niaga, Abbas dan Splash. Sementara itu ‘aspek pengedaran’ yang ‘tak menguntungkan’ dikekalkan dengan JBAS yang kemudian dikorporatkan menjadi Perkhidmatan Uruan Air Selangor (PUAS) dan akhirnya juga diswastakan menjadi SYABAS (2005).

    Syabas dalam pada itu menanggung kerugian sebanyak hampir RM1 bilion atas kos pembanguan (Capex dan juga Opex) sementara pihak pemilik konsesi mengaut keuntungan tetapi masih juga memerlukan hutang bagi kegiatan kos pembangunan atau Capex mereka.

    Cerita untung dan rugi dan banyak mana dividen yang telah diagihkan serta hutang yang ditanggung oleh pemilik konsesi air Selangor ini, sarat di bawa dalam media, hal tentang gaji pengerusi, pengarah-penagarah dan kemewahan pejabat dan kereta dan sebagainya. Berita tentang dakwa-dakwi mahkamah satu yang cukup lumrah. Majalah ‘The Edge’ yang terkemuka itu sahaja telah banyak menjadikan isu ‘Air Selangor’ ‘lead story’ mereka beberapa kali. Jenuh dan bosan rakyat membacanya.

    Bagi menggemparkan rakyat dan pengguna terkini, Syabas dan sekutu-sekutu NGOnya mendedahkan bahawa keperluan terkini rakyat Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur sudah meningkat ke paras 4329 MLD (juta liter sehari) sementara keupayaan kesemua pihak konsesi rawatan air hanya mampu membekalkan maksimum sebanyak 4371 MLD termasuk, kononnya, loji di empangan Sungai Labu yang baru.

    ReplyDelete
  15. Ini macam pendekatan “Shock Doctrine’ buku karangan Naomi Klien bagi mengejutkan lawan dan seteru politik. Cumanya, Menteri Besar Selangor ini bukan calang-calang lawan yang boleh dijatuhkan begitu sahaja. Bukankah beliau yang merancang strategi menggunakan ‘shock doctrine’ melalukan ‘morning raid’ di Bursa ‘London Stock Exchange’ bagi mendapatkan 51% saham untuk PNB ke atas syarikat gergasi British Kumpulan Guthrie dalam tahun 1981?

    Lalu belum sempat kejutan tentang krisis air itu dapat dirasakan oleh rakyat Selangor, MB ini telah menghendap balas dengan ‘pengistiharan mengambilan pengurusan Syabas’. Mengikut perjanjian konsesi penswataan air, kerajaan negeri melalui peruntukan klausa 32, berhak mengambil balik pengurusan pengedaran air sekiranya pihak konsesi gagal memenuhi dan komplian kepada terma-terma perjanjian.

    Persoalan samada kerajaan negeri mampu mengambil alih secara teknikal pengurusan pengedaran air yang selama hari ini dikendalikan oleh Syabas menjadi isu kedua. Ramai kakitanagn Syabas dengarnya bersedia berkhidmat dengan kerajaan negeri. Pokoknya, kerajaan negeri punya kuasa yang termeterai dalam peruntukan perjanjian konsesi.

    Nah, masakan tak gelabah pihak Syabas. Hampir nak terkencing pengerusinya agaknya. Penulisan ringkas ini tidak berupaya menyenaraikan pelbagai aspek polemik dan pertikaian isu air ini. Ini bukan pentas dan forumnya. Cumanya nak dikatakan bahawa pihak kerajaan Umno-BN tersasar dalam membuat congakan dan percaturannya meleset.

    ReplyDelete
  16. Kini kerajaan negeri mencabar Syabas bahawa mereka akan menghantar satu kumpulan profesional untuk meneliti operasi harian Syarikat Bekalan Air Selangor itu, bagi mengenalpasti keadaan semasa air terawat di negeri ini.

    Putar-belit isu Langat 2 dalam menggarap isu ‘krisis kerkurangan air’ di Selangor ini, lebih menampakkan kebobrokan dan pengkhianatan Umno-BN kepad rakyat. Projek yang menelan RM8.65 bilion seluruhnya itu, pada asasnya adalah untuk menangani bekalan air mentah (dan juga rawatan kemudiannya), sebagai projek perpindahan antara negeri yakni bekalan dari Pahang. Isu di sini bukan bekalan air mentah! Kenapa nak belanja sampai RM8 bilion?!

    Tentunya lebih banyak tandatanya dan persoalan yang menerjah pemikiran rakyat. Bingung rakyat. Kenapa kerajaan Persekutuan mahu menambah statistik hutang yang sudah mencecah RM456.3 bilion itu? Lebih penting lagi, apakah itu prioritinya?

    Paling memalukan terkini adalah penubuhan sebuah jawatankuasa Kabinet bagi menangani ‘krisis air’ ini. Lebih ‘aib lagi adalah keanggotaannya! Sudahlah TPM yang mempengerusikannya, anggota macam Menteri Pertanian itu takpayahlah. Menteri Wilayah itu menasabah juga sebab menyangkut kepentingan rakyatnya. Tetapi Menteri Senator di JPM itu buat apa dimasukkan juga kerana kalaulah untuk ‘power’ penyampaian power-pointnya itu, boleh di koop kemudian sahaja.

    Umum terus bertanya perwakilan kerajaan negeri Selangor dan pakar-akar air dari pihak NGO yang bi-partisan dan juga pihak profesional kenapa tak ada?

    Kesilapan-kesilapan maha besar kerajaan Umno-BN dihujung-hujung parlimen ke-12 ini semakin terdedah dan terserlah. Apakah begitu nasibnya di saat nazak pemerintahan ini, yang telah terlalu lama berkuasa – lebih 5 dekad!. Cukuplah!


    ----------------------------------------------------------------
    Penulis adalah Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat yang juga anggota Parlimen Kuala Selangor.

    ReplyDelete
  17. permintaan melebihi pengeluaran,kapasiti logi dah full production,sewajarnya kerajaan negeri kene percepatkan kelulusan logi langat2,itu yang penting bukan tangguh!rakyat nak kerajaan negeri percepatkan bukan melengahkan..rakyat pula yang menjadi mangsa..

    ReplyDelete
  18. pas citer pasal hudud, kafir dan bn rasuah je udah la.... bukan standad pas la nak citer teknikal....bukan pengikut pas paham pon.. Diorang air kotor pon takper....

    ReplyDelete
  19. Beberapa HARI lepas ada SESI DEBAT di antara Ketua PEMUDA PAS dengan salah seorang ULAMA MUDA UMNO iaitu Dr. Fathul BARI.. DiFAHAMkan, ada 'REMARK' daripada Ketua PEMUDA PAS sendiri berhubung ISU penolakkan HUDUD oleh Pengerusi DAP yang jugak meRUPAkan 'GOD-Father' PARTI itu.. Menurut LAPORan NST,

    "I would like to ask my friend Fathul Bari to update me about Karpal Singh... he (Fathul) said Karpal Singh had said, "...over my dead body" when the idea to implement hudud came about 10 years ago... However, like Fathul said, it was 10 years ago. Now, after a recent Pakatan Rakyat convention in Penang, Karpal said after he had befriended Pas, the issue of hudud can be discussed again. This means that there is some sort of understanding (between Pas and DAP) about the law. I am not surprised if a non-Muslim does not accept hudud but it is shocking when Muslims detest it",

    MALANGnya, apabila dihubungi oleh NST, 'GOD-Father' DAP ini berTEGAS,

    "I will never compromise. I have always been very public and absolute on my stand to never have hudud implemented in the country... how then can he (Nasrudin) claim such a thing?" ->KLIK<-

    ADUSS!!.. MeMALUkan sungguh.. Agak-agaklah, di mana Ketua PEMUDA PAS ini hendak LETAKkan MUKAnya? MALU weh..!! MALU!! Nyata sekali DAP La'anatullah langsung TIDAK pernah berganjak penDIRIan pasal isu HUDUD..

    Jelas sekali Ketua PEMUDA PAS telah pun mengGALI KUBUR untuk KARIER POLITIKnya sendiri.. Dia jugak secara TIDAK SENGAJA telah memBUKTIkan bahawa Lebai-Lebai DUNGU PAS selama ini hanyalah UMPAMA tisu TANDAS sahaja pada para PEMIMPIN DAP La'anatullah.. Sekali lagi kita TANYA, apakah kenyataan 'GOD-Father' DAP tersebut adalah PUJIan atau SELOROH untuk Ketua PEMUDA PAS itu? Rasanya lebih kurang aje kalau diKATAkan bahawa 'GOD-Father' tersebut berMAKSUD Ketua PEMUDA PAS itu telah berBOHONG? Bukan begitu? KAH!KAH!KAH!

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.