Friday, October 12, 2012

HARI NI AKU NAK KRITIK !!


dah lama aku pendam cite ni.
tak sampai 2 minggu lagi raya korban akan menjelang tiba.

2 bulan lepas kita baru sambut raya aidilfitri.
sebulan sebelum tu kita sambut ramadhan.

aku perhatikan sejak beberapa tahun kebelakangan ni sudah ada menampakkan satu trend luar biasa masyarakat kita tatkala menjelang ramadhan.

anak yatim disambut, dilambung, dijulang, dipakai,dihias macam personalitas agung lagi agung.

masa ramadhan, tak bukak puasa sama anak yatim macam tak sah.

diatur lah anak yatim tu dengan pakaian baru.
diangkutlah anak yatim itu dengan bas dan kenderaan besar.
disumbatlah anak yatim itu ke dalam hotel 5 star.

selagi boleh sumbat perut anak yatim tu, selagi tu kita akan sumbat.

ya aku bukan nak kritik pasal pemberian korang ( kita) terhadap anak yatim tu.

itu bukan persoalan utama yang aku nak cakap.

cuma aku betul tak puas hati dengan perangai kita yang jadikan anak yatim tu instant selebriti hanya untuk masa sebulan.

lagi 11 bulan macam mana pulak hidup dorang ?
lagi 11 bulan macam mana pulak pembelajaran dorang ?

kenapa dalam akhbar dan web takde lagi kelibat foto anak yatim tu dibantu sepertimana yang kerap kita lihat waktu bulan ramadhan.

adakala aku rasa kita layan mereka ni macam 2nd class citizen. jangan marah aku bila aku cakap macam ni. ni blog aku, suka ati aku nak cakap apa pun.

aku kritik pada trend memualkan masyarakat kita.
aku kritik pada stail kita layan mereka.
aku kritik pada semua lah...

aku betul rasa hangin satu badan, ati ada panas, darah ada naik, mood rasa tak bagus.

why why why ?

satu bulan layan mereka macam raja, 11 bulan layan mereka nak tak nak ?!

lagi 10 bulan lagi, kita sambut ramadhan. benda ni akan berulang lagi sekali, untuk kesekian tahun, untuk kesekian abad.

aku kritik pada stail masyarakat kita la dalam melayan anak yatim !

aku kritik bukan pada politician.. aku kritik perangai masyarakat melayu kita ni !

fjnjkgrejkngrejg;ekrjnejkrngeg;k^^&&*vkfgjrtg43tu4uh39t43ht43ituurge !!!!!

SICK MAN !
MELAYU NI SICK !

44 comments:

  1. Adakah dengan melihat mereka tidak 'dilayan' seperti dibulan Ramadhan maka aktiviti membantu mereka terhenti? GAP nak menyindir siapa sebenarnya? Aktiviti yang berjalan dalam kontek 'anak yatim' dikendalikan oleh kebanyakannya NGO dan Badan2 koprat yang menjadikannya sebagai rutin tahunan dibulan ramadhan. Pastinya peruntukan yang mereka sediakan bersifat setahun sekali. Jadi apa masaalahnya?

    Adakah selepas Ramadhan Kerajaan juga telah menghentikan segala bantuan yang diberikan kepada anak2 yatim ini melalui saluran2 yang dipertanggugjawabkan? Kalau ini berlaku bermakna Kerajaan adalah zalim.

    Untuk memaksa NGO dan badan2 koperat untuk 'melayan' anak2 yatim ini setiap bulan seperti mana pada bulan Ramadhan adalah sesuatu yang hampir mustahil kecuali diadakah undang2 mewajibkan mereka berbuat demikian.

    Mungkin GAP dan jaringan bloggers boleh mencari idea untuk membolehkan anak2 yatim ini dilayan sepanjang tahun seperti seliberiti. Wallahualam.

    mtk

    ReplyDelete
  2. tak betoi bro...yang sebenarnya, masa time ramadahan lah kita buat sumbangan untuk anak2 yatim nie, kita tak bantu depa hari2, cuma pasa masa hari raya kita tak mau depa nie sedih2, baju tak dak, seluaq lama, duit raya tak dak, jadi kita memeriahkan hari raya dengan bersedekah, time tak dak raya kita sedekah juga, tapi sedekah kat tabung masjid jaaa lah bro... biasa laa tu, bukan semua orang jujur.........biar lah ank2 yatim tu belajar betoi2 selama 11 bulan, masuk jaaa bulan posa, anak2 ni pasti depa akan ternanti2.... jangan lupa undi pakatan naaa bro naaa...

    ReplyDelete
  3. Setujuuu betull. Admin, ana mau pinjam ayat2 ente. Boleh kaa?

    ReplyDelete
  4. di tempat aku ni sentiasa saja ada lelaki bersongkok berdiri depan pintu bank atau pasasaraya dengan membawa kotak derma kononnya untuk keperluan anak2 yatim..dah lama begitu..lelaki2 yang bertugas bertukar2..tidak pasti betul atau tidak sebab tiada apa2 tindakan dikenakan..dan memang ramai yg menghulurkan derma ( sepatut boleh rebat tax tu...hehehe)
    jika mereka benar dan jujur, nampaknya rakyat masih menyokong dan masih ingin menghulurkan bantuan serba sedikit utk anak2 yatim..

    ReplyDelete
  5. jadi pada pendapat aku, melayu tidak sick sebenarnya..majoriti ada rasa tanggungjawab nak mengasihani anak yatim..tapi ye laa, nak hulur banyak macam yang dibuat oleh syarikat2 korporat memang mustahil..sedekah serba sedikit sahajalah.. aku yakin masyarakat melayu islam negara ini masih belum sick..hehe

    ReplyDelete
  6. bende ni dah lama ada dlm kepala aku...tu yg aku heran tu....berebut2 nak makan ngan anak yatim....mcm nak kejo pahala besar aje....pahala bulan lain tak mau....adakah pahala sebualan tu cukup utk menampung 11 bulan lagi ......tak tau laaa...

    ReplyDelete
  7. bende ni dah lama ada dlm kepala aku...tu yg aku heran tu....berebut2 nak makan ngan anak yatim....mcm nak kejo pahala besar aje....pahala bulan lain tak mau....adakah pahala sebualan tu cukup utk menampung 11 bulan lagi ......tak tau laaa...

    ReplyDelete
  8. Salam... dalam banyak pendapat Abang GAP, pendapat ini munkin perlu pada penditilan. Saya antara komiti anak yatim UMNO yang begerak aktif, hari ini saya dan keluarga baru selesai cuci asrama anak yatim, rasanya sama saja dari tahun-tahun lalu, cuma tiada media yang terlibat seperti dalam bulan Ramadhan.... Kami penuh dengan aktiviti. Mohd Rosli http://anakyatimchebema.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. Sebenarnya kita haruslah bersangka baik. Kalau anak yatim dan miskin ada dirai pada bulan Ramadhan baguslah. Sebenarnya ramai juga yang membantu hampir setiap waktu , contohnya sumbangan derma di tabung anak yatim di masjid , cuma dilakukan secara berhemah dan sembunyi. Itu yang kita mahu. Kita lakukan sendiri , jangan tanya orang lain.

    ReplyDelete
  10. aku setuju pendapat ko gap..
    tapi...ko ade buat ape yg ko hanginkan nih..
    jangan ko naik hangin tapi ko sendiri pon sama...wtf

    ReplyDelete
  11. Baru aku tau rupa2nya GAP ni sensitif orangnya terutamanya bila menyentuh soal anak yatim. Patutlah Bomoh Siam kena halau ngan GAP pasal isu anak yatim.

    Walau apapun, aku setuju gak ngan GAP. Selama sebulan di bulan Ramadhan, kita 'gemukkan' anak2 yatim ngan makanan mewah kat hotel 5 star. 11 bulan lepas tu, jarang kita dengar mereka diberi layanan yang sama. Mungkin ada, tapi kurang dipublisitikan di media.

    Saya rasa dah sampai masanya kita ubah pendekatan dalam meraikan anak2 yatim. Bukan sekadar makanan dan pakaian baru. Tapi apa jua yang sesuai dan bermanfaat untuk mereka. Kalau boleh saya beri satu perumpamaan, jangan kita kasi ikan kepada mereka, tapi kasilah joran dan umpan supaya mereka boleh berdikari kelak sehingga akhirnya mereka pula yang mampu memberikan ikan kepada orang lain.

    ReplyDelete

  12. bro gap ni BEKAS ANAK YATIM KOT..

    ReplyDelete
  13. Jangan salah sangka bro....tiap2 bulan ader org bantu anak2 yatim ni cuma bila time ramadhan saja yang mereka ketengahkan sket maklum la nak sambut raya nanti...nak kasi anak2 yatim tu sronok sket :)

    ReplyDelete
  14. YAP, INSTANT SELEBRITI.
    TEPAT HANG CAKAP GAP.

    RUJUKAN GAP BUKAN SEKADAR PADA KORPORAT, BUT TO THE COMMUNITY ACTUALLY.

    INI TEGURAN MASYARAKAT.

    CUKUP CANTIK SEKIRANYA PERKARA INI DIBINCANGKAN DI KALANGAN SOCIETY.

    PENDENGAR RADIO, PENDEDAHAHAN KHAS DALAM BERITA DAN SEMUA CABANG KOMUNITI.

    11 BULAN KENAPA MEREKA DIBIAR SEPI ?

    ReplyDelete
  15. Di kala kita sedap makan dan membeli untuk anak sendiri, apa rasa perasaan anak yatim tu ya bila melihatkan nasibnya yang berbeda ?

    Masyarakat secara keseluruhan wajar memikirkan semula asas perkara ini.

    Anak yatim bukan sekadar mahu makan, tapi belaian.

    Adakah komuniti kita se agresif komuniti barat yang cukup aktif dalam memartabatkan nasib anak yatim.

    Betul kata gap.

    Komuniti kita memang ada sickness kelakuan plastik.

    ReplyDelete
  16. AKU HENSEM

    Untuk pengetahuan semua pembaca golongan anak yatim adalah benteng terakhir orang Melayu di Nusantara ini.

    Mereka terlindung daripada kerosakan kesan politik kotor PAS melalui PASTI,kesan ideologi Syiah melalui ibubapa yg mnjadi pengikut Syiah dan kesan gejala sosial melalui aktiviti hiburan yg keterlaluan.

    Perlu ada program anak yatim jangka panjang untuk membangunkan potensi yg ada pada mereka disamping menjadikan mereka sebahagian daripada pertahanan agenda Melayu di Nusantara ini.

    Sepatutnya anak yatim dilihat sebagai satu aset jangka panjang, bukan sebagai satu peluang untuk menaikkan imej diri atau korporat.

    ReplyDelete
  17. DAP TAK KACAU PAS
    KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hairan dengan sikap sesetengah pihak termasuk ahli Pas yang mengkritik kerjasama parti itu dengan DAP.

    Nik Aziz berkata, sebagai sebuah rakan Pakatan Rakyat (PR), DAP tidak pernah mengacau perjuangan Pas, malah menegaskan kerjasama antara dua parti itu perlu untuk mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

    “Saya pun tidak tahu mengapa tersasar, orang berkenaan tidak sebut mengapa kita beralah dengan DAP, jadi tidak tahu kenapa, yang keduanya saya tidak nampak DAP ganggu kita.
    ‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’
    NI JAWAPANNYA
    TERBARU DARI KARPAL MENGENAI HUDUD
    KUALA LUMPUR - Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh melahirkan rasa kesal dengan sikap Pas yang masih mahu melaksanakan hudud.

    Beliau berkata, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali telah menyebut hudud mungkin tidak menjadi sebahagian Buku Jingga pakatan pembangkang tetapi tidak bermakna Pas akan menggugurkan idea tersebut.

    "Hudud hanya boleh diguna pakai dalam negara Islam. Ia tidak boleh dilaksana di negara sekular seperti Malaysia. Negara sekular seperti Malaysia mesti mempunyai undang-undang sekular.

    "Ini diputuskan pada 1988 apabila bekas Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan (kemudiannya Mahkamah Agung) Tun Salleh Abas membuat keputusan negara ini ditadbir melalui undang-undang sekular yang bermakna Malaysia merupakan negara sekular," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Karpal Singh berkata, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri tahun lepas berkata bahawa al-Quran tidak memperuntuk sebuah negara Islam tetapi negara kebajikan.

    "Kenyataan ini perlu menghentikan objektif jangka panjang Pas untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam," katanya.


    ReplyDelete
  18. Aku faham maksud kau sdr GAP. Ia abstrak. Terpulanglah kepada pembaca menilainya, apa yang ada pada pemikiran mereka. Kan begitu GAP? Tapi nak tanya sikit. Adakah selain dari bulan Ramandhan "memanda" tidor jer? Jawabannya tentu tidak. Ini bukan soal pahala dosa tapi tetapi itu soal komitment dan tanggongjawab. Orang Melayu SEKARANG INI bukan lagi dalam keadaan SICK tapi jugak dalam keadaan KRITIS, satu langkah kesilapan kita (orang Melayu) buat maka hancurlah genarasi yang akan datang nanti. Kan begitu GAP? OLEH KERANA KO TULIS DALAM BENTUK ABSTRAK MAKA AKU BERI KOMEN DALAM ABSTRAK JUGA.

    ReplyDelete
  19. TAKNAK MINTA BOMO SIAM KOMENKE?
    """""ALA BOMO GUNA NAMA LAINLAH!!!!

    ReplyDelete
  20. Aku setuju komen GAP tentang isu ni, memang betul pun mereka mambantu pada musim perayaan saja, sebab nak jaja sana sini kononya itulah khidmat masyarakat. Apa pun aku suka dengan komen" jangan marah aku bila aku cakap macam ni. ni blog aku, suka ati aku nak cakap apa pun." atau dengan lain perkataan," kok dek den la".



    ReplyDelete
  21. Persoalannya sekarang, adakah Lajim mampu memberi daya tujah tambahan kepada usaha PR? Ikuti wawancara khas Sinar Harian, MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN dan jurugambar, SAFWAN MANSOR menyingkap tindakan Lajim.

    Kenapa Datuk memilih keluar Umno dan Barisan Nasional (BN) sekarang?

    Saya keluar kerana Umno terutamanya di Sabah bukan lagi seperti Umno dahulu. Umno Sabah sudah dikuasai oleh Pengerusi Perhubungan Umno Negeri sendiri, Datuk Seri Musa Aman. Apa sahaja yang beliau lakukan adalah monopoli dan tiada orang lain boleh menegur. Selain itu, tiada dasar konkrit Umno di Sabah untuk mengatasi masalah yang dihadapi rakyat termasuklah di kawasan saya.
    ;;;;;;;;;;;;
    Ada masalah dengan ketua menteri rakyat yang jadi pertaruhan

    ReplyDelete
  22. GAP macam mana kalau saya sarankan blog GAP buka tabung untuk anak-anak yatim. Setiap pembaca yang sudi menderma dan yang mampu menderma secara tetap setiap bulan pun bagus. Tak perlu banyak setiap bulan RM10 seorang. Pembaca blog GAP ni ramai jadi rasanya setakat RM10/RM5 atau ikut kemampuan dan keikhlasan masing-masing tak menjadi masaalah. Sambil berblog kita beramal jariah :)

    ReplyDelete
  23. Aduh...tersentuh hati dibuatnya. Maklumlah, setakat ini tak tahu sangat hal ehwal berkaitan urusan anak yatim, walaupun ada juga hulur di tabung masjid.

    ReplyDelete
  24. Tanya pemblog sendiri dulu apa kah bantuan yang dia pernah beri pada anak-anak yatim sepanjang tahun ni?

    Ni, cerita saje nak jadi hero anak yatim macam ahli-ahli politik semasa perayaan jugak ler.

    Cerita lah dulu apa yang pemblog sendiri ada sumbangkan sebelum keluar cerita nak kritik orang lain.

    Ni kan tabiat Melayu yang paling dikeji ramai kalau asyik buat cerita air liuh saje.

    ReplyDelete
  25. sokong ko GAP.. aku pun kadang-kadang penat tengok politician, artis, org kaya ni tlong anak yatim time bulan puasa, raya je. lepas dari tu siapa yang nak hulur sumbangan kat dorang? Melayu memang langsi... aku pun nak buat artikel sambungan gak... tungguuuu....

    ReplyDelete
  26. Sebenarnya ramai yng menderma berdasarkan pemerhatian saya di kawasan2 elit.Namun mereka tidak perlukan milage seperti politician.
    Mereka ini bergerak atas inasiatif sendiri.Alasan mereka untuk menderma krana salah satu perkara yng mereka bawa bila mati nanti adalah amal jariah.

    Pun begitu rumah2 anak yatim sebenarnya banyak. Kos penyelenggaraan mereka boleh dikatakn besar.Sewaan bangunan, makan minum, pendidikan, pakaian,eletrik dan air,upah tenaga pengajar, alat tulis, buku dll.

    Oleh itu penyertaan masyarakat keseluruhan boleh membantu sedikit sebanyak.Untuk membantu anak yatim bukan setakat memberi makanan dan pakaian ttp yng utama adalah pendidikan.

    Assalammuailakum.

    ReplyDelete
  27. pertama

    akan aku usahakan beberapa nama rumah anak yatim yang perlukan bantuan yang pelbagai.

    kedua

    hehe aku bukan anak yatim la. aku kesian tengok nasib mereka. makan kita mewah, makan mereka macamana ?

    ketiga

    aku gembira kalau penglibatan menyeluruh komuniti islam dalam membantu anak yatim ini dilakukan bukan saja pada bulan ramadhan.

    apa tak boleh kah kita MEMBUDAYAKAN gerakan komuniti islam membantu anak yatim ?

    apa kata jadikan ia BUDAYA.

    keempat

    cadangan komentar suruh aku tuliskan senarai bantuan aku kepada anak yatim . katanya jangan nak memekak.

    aku ada bantu anak yatim dan ianya konsisten selama 5 tahun, alhamdulillah.


    ReplyDelete
  28. sahabat, rujukan bantuan aku tu bukan terhad pada anak yatim aje .

    ianya meliputi anak orang susah jugak.

    ReplyDelete
  29. Saudara, mana tahu orang tak layan budak2 tu. Jangan naik angin satu badan nanti kena angin akmar. hahahaha, lu sapa mau cakap sama orang lu ada buat kah lagi 11 bulan.

    ReplyDelete
  30. Moleklah kalau macam GAP. Amal yang baik akan dapat pahala.

    ReplyDelete
  31. sori bro, tumpang blog ko boleh? kritik je cukup ke bro? apa kata bg idea apa yg patut. lgpun blog ko ni dah establish seantero dunia. apa yg ko post satu dunia akan tau. kritik2 jugak, nk lg nampak murni sertakan dgn idea2nya sekali. maklum la, selebriti segera ni kebanyakannya bukan cerdik mana. aku cadang lg 10 bulan (tolak ramadhan dan syawal) blog ko anjur sesuatu. kutip dana contohnya...

    ReplyDelete
  32. Setuju bro. Kita ni anggap ramadhanlah nak buat semuanya. Semua bekejar kononnya nak pahala double troble. Sedangkan ramadhan tu hanya sedikit sahaja dari 11 bulan lagi. Sepatutnya semangat ramadhan tu terusan sampai bila2. Jika makin kurang apa yg kita buat semasa ramadhan maknanya...tak ada apa makna lah puasa kita tu...

    ReplyDelete
  33. Bersempena dengan keluhan hati saudara GAP, kami di Perak Today telah membuat satu video khas untuk anak-anak yatim. Kami mendapat ilham ini setelah saudara GAP meluahkan disini. Terima Kasih

    ReplyDelete
  34. Awat takut dgn Bomoh Siam....?

    ReplyDelete
  35. aku teramat ingin nak tgok saudara gap buat tiap2 bulan raikan anak2 yatim..macam dorang buat pada bulan ramadan..
    ok bos sahut cabaran nih..

    ReplyDelete
  36. Tembakan peluru penabur tu.. ramai yg tak bersalah pun kena. Kita kena ingat ada ramai unsung heroes yg 12 bulan membantu & mengurus hal2 anak yatim berkorban tenaga & harta. Kita yg jaga anak2 sendiri pun kadang2 boleh mengeluh.. Cabaran & tanggungjawab cukup berat. Calang2 org yg boleh menjaga ramai anak2 yatim & susah ni. kena respect kat diorg ni.

    Yg patut kena tembak tepat adalah org2 korporat & keparat yg menggunakan anak2 yatim didlm bulan puasa untuk menonjolkan diri & syarikat yg kononnye mereka ni prihatin & meraikan anak2 yatim.
    Adakah mereka lebih baik dari golongan pertama yg aku sebut mula2?... walhalnye;
    Golongan pertama pergi kerumah anak2 yatim untuk membantu. Golongan keparat bawak budak2 ke tempat2 exclusive (pasal nak jaga imej CEO, boss & syarikat diorg!) Budak2 ni terpaksa dibawa awal2 sebelum buka puasa sbb utk mengelakkan jem. Setelah menunggu VIP dll sampai waktu berbuka lepas tu kena dengar ucapan2 yg budak2 tu pun tak paham.. kebanyakan kanak2 ini dah keletihan. Lepas tu kena naik transport lagi untuk sampai di rumah, ntah pukul berapa... Esok ada lagi jemputan berbuka. Ada rumah anak yatim yg fully book dlm bulan ramadhan.
    So kena respect golongan pertama.

    ReplyDelete
  37. Tapi satu perangai org kita ni bila nak sedekah balik2 beras.. Sampai ada rumah anak yatim yg terlebih beras tapi keperluan lain kurang. Mcm bekalan lauk2, pinggan mangkuk, pakaian, mandian dll.

    Golongan Ketiga.

    ReplyDelete
  38. masuk jadi jadi calonla....... mana tahu mung boleh adi perdana menteri.... boleh ambik anak yatim jadi anak angkat mung blaka.... sembang la....

    ReplyDelete
  39. samada betul atau tak apa yg GAP ckp nih aku x tahu. kalau betul mmg da sakit org2 melayu kita. tp aku sebagai org ISLAM kena dan wajib berprasangka baek bahawa anak2 yatim kat Malaysia nih sentiasa terjaga oleh kerajaan, NGO2 ataupun individu2. Mungkin '11 bulan' itu tiada media massa yg mahu mengambil gambar untuk dimasukkan dalam berita atau surat khabar. Jika ada tp tidak seperti pd musim perayaan.

    ReplyDelete
  40. Jika bro GAP anak yatim sekalipun.. yang pasti kita juga akan jadi anak yatim suatu hari nanti...klu tak pun ibubapa kita yang jadi ibubapa yatim....renung2 kan la.... hina org memang jadi santapan org yang tak bersyukur.... BR1M 2.0....!! Korang dah apply ker..?? Adakah anda benar2 layak menerimanya?? aku sendiripun tau aku ini tak layak...sbb aku ni masih mampu bekerja dengan tulang pat kerat yang Allah SWT anugerahkan... Bukannya pemimpin anugerah tau...? Apa2 pun kepada bro GAP terus usaha yang murni ni...promo NGO2 yang memerlukan bantuan untuk anak yatim.

    ReplyDelete
  41. cadangan kpd bro GAP
    1. Publish NGO2 penempatan anak2 yatim setiap bulan diblog ni...
    2. Serta no.akaun bank NGO tersebut, senang org ramai nak beri sumbangan berbentuk wang ringgit.
    3. Menggalakkan badan korporat memberi sumbangan kpd NGO tersebut. Kerajaan menggalakkan badan Korporat membuat kerja2 amal dan mendapat potongan tax syarikat dari kerajaan.

    Antara cadangan yang boleh diketengahkan...insyallah..

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.