Thursday, October 4, 2012

ISLAM DEMOKRAT, AGAMA BARU PAS LEPAS GADAI KALIMAH ALLAH !


“Kami bukan lagi Islamis, tetapi Islamis Demokrat,” begitulah kenyataan Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Penyelidikan PAS Pusat seperti dilaporkan Mkini dotcom yang turut disalinkan ke laman peribadi beliau, drdzul.com dan dipetik oleh AIDC.

Dengan menyebut ‘kami’, maka Dr. Dzul semestinya merujuk kepada PAS, iaitu parti yang diwakilinya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli forum “A Rising Economic Tide that Lifts All Boats” anjuran REFSA (Research For Social Advancement) pada 17 September di Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.   Turut sama berforum bersama Dzulkefly adalah Nurul Izzah Anwar (PKR) dan dua wakil DAP, Liew Chin Tong dan Dr Ong Kian Ming.

Menjelaskan istilah Islamis Demokrat, Dr. Dzul berkata ia adalah sealiran dengan pendirian gerakan Islam seluruh dunia yang berubah-ubah di mana kini telah beralih dari “doktrin Negara Islam” kepada doktrin lain yang lebih mudah difahami oleh masyarakat umum.

Kenyataan Dr. Dzul tersebut telah ditempelak oleh sebuah laman web pro-PAS, tranungkite, tetapi selain dari itu, tiada langsung kenyataan rasmi dari kepimpinan tertinggi PAS mengenainya.

Justeru, tidak salah rasanya jika kita mengandaikan yang Nik Aziz serta Hadi Awang juga merestui fahaman atau pendekatan Islamis Demokrat ini?

Ingatkah lagi tentang bagaimana istilah Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Tun Abdullah Badawi telah dipertikai dan digoblokkan oleh PAS sebagai agama baru yang menyalahi ajaran Islam...?

Sedangkan, Islam Hadhari hanyalah satu konsep yang membawa masyarakat Islam kembali kepada asas Al-Quran dan Sunnah dalam kehidupan seharian dan bukannya agama baru, serta tidak pula bertentangan dengan ajaran Islam.

Tetapi, bagaimana pula dengan Islamis Demokrat?

Demokrat atau demokrasi, mengikut pandangan barat yang juga dipegang oleh Anwar Ibrahim sepertimana yang terbukti dalam ucapan-ucapannya, adalah termasuk di dalamnya kebebasan (freedom/liberty), hak asasi manusia (human rights), ekonomi pasaran bebas (free market economy), ketelusan dan kebertanggungjawaban (Governance and Accountability).

Tentu sekali, demokrasi yang didokong oleh Anwar ini adalah tidak sama dengan demokrasi yang diamalkan di Malaysia kerana itu Anwar sering melaungkan memperjuangkan demokrasi walaupun negara ini telah termaktub sebagai mengamalkan demokrasi.

Demokrasi yang diperjuangkan Anwar mengikut perspektif barat adalah melampaui batas-batas ketamadunan yang dibawa oleh Islam.  Kebebasan bagi Barat membawa makna yang manusia tidak perlu terikat kepada peraturan dalam mengekspresi diri walaupun ia membawa keburukan kepada orang lain dan diri sendiri.

Contohnya, menyebar bahan lucah dan hasutan juga termasuk dalam kebebasan bersuara.

Begitu juga dengan ‘hak asasi’ bagi Barat, di mana ia merangkumi hak untuk tinggal serumah tanpa nikah atau mengamalkan seks bebas, malahan luar tabie asalkan ianya berdasarkan suka-sama-suka.

Oleh itu, di manakah PAS meletakkan partinya dalam Demokrasi ini?   Lebih-lebih lagi apabila Dr. Dzul sendiri menyatakan yang PAS bukan lagi ‘Islamis’ tetapi perlu disebut sebagai ‘Islamis Demokrat’?

Bagaimana Islam boleh digabungkan dengan demokrasi ala barat atau Anwar Ibrahim, sedangkan kedua-duanya amat bertentangan sepertimana bertentangannya prinsip PAS dengan DAP....?

Tentu sekali, seperti juga kerjasama antara PAS dengan DAP, salah satu pihak perlu beralah bagi membolehkan kerjasama tersebut direalisasi.  Untuk itu, PAS telah mengalah dengan menggadaikan prinsip Negara Islam.

Maka dalam soal Islamis Demokrat juga, salah satu fahaman perlu dilonggarkan atau digadaikan terus bagi membolehkan ia dipraktikkan.  Justeru, apakah PAS bersedia melonggarkan fahaman Islam dan menerima kebebasan dan hak asasi ala barat?

Ini adalah persoalan besar dan kepimpinan PAS tidak boleh hanya berdiam diri dan membisu mengenainya.  Pemimpin PAS punya tanggungjawab terhadap agama dan penyokong mereka untuk menjelaskan perkara ini serta mengambil pendirian yang pasti.

PAS tidak boleh bersekongkol dan merelakan Anwar menjadi pemimpin tertinggi tetapi menafikan yang turut mendokong fahaman demokrat. PAS perlu memilih menjadi Islamis atau Demokrat tetapi tidak mungkin dapat menjadi kedua-duanya sekali. 

13 comments:

  1. hahahahhahaa... lawak la gambo pelawok2 yg tgh menari tu bro... terkekeh kekeh aku ketawa.... hahahhahahahaha

    ReplyDelete
  2. Bacalah tulisan JEBAT BERKOKOK ..'Tunggu sampai kiamat..'dan fahamkan..persoalan umat Islam sekarang nie.Pehak2 berwajib dan bertanggungjawab menjaga Kesucian Agama Islam TERLALU LAMA BERPELUK TUBOH DAN MUNGKIN ada yang tertidur sehingga penghinaan dan perlecehan Agama yang di sucikan umat itu semakin rendah martabatnya.Apa diorang buat, dah dibutakan ke hati mereka sehingga kuasa yang diamanahkan dililit di pinggang dan dada mengharap bintang2 mahupun darjah sahaja SEHINGGA lupa tanggongjawab mereka kepada Allah membasmi KEMUNGKARAN..

    ReplyDelete
  3. ISLAM DEMOKRAT is an Innovation
    It is BIDAAH


    ReplyDelete
  4. PELAWAK PELAWAK YANG NAK TADBIR NEGARA. !!!
    Ha ha a KESIAN , TONGGANG LANGGANGLAH NEGARA NANTI.

    ReplyDelete
  5. Islam Demokrat atau Islam sekerat-sekerat?

    ReplyDelete
  6. islam demokrat adalah secularist...
    mengasingkan islam dan demokrasi....

    ReplyDelete
  7. itu dinamakan demokarasi..demokrasi ape?..demokrasi terpimpin..demokrasi terpimpin kepla hotak kaoo...

    ReplyDelete
  8. RAMAI NYA PROF MANGKUK MR BEAN LCE........
    PROF TU AJAR KU.....INILAH "MULTIPLIER EFFECT".
    TAK TAHU DIA FAHAM KE. ?

    ReplyDelete
  9. GAP,
    Pas dah confirm keldai DAP. Nak tukar nama parti tak boleh jadi apa yg buat ialah gunakan term 'Islamik Demokrat'. Kenapa? Sebab nak seiring dengan nama parti bos DEMOKRATIC Action Party (DAP). Selepas diganti perjuangan negara islam dgn negara berkebajikan sekarang berubah kpd 'islam demokrat'. Gara2 nak menghalalkan perselingkohan dgn sosialis,komunis dan yahudi.

    Pas sedang mengalami krisis identiti akibat taksub pada Anwar. Kesian ahli2 Pas diakar umbi. Jadi mangsa nafsu rakus pemimpin mereka.

    ReplyDelete
  10. Dalam Video Fuckatan Dancesi N.ajis paling hapenning wahkahkahkahkah...

    ReplyDelete
  11. Tanya Dr MAZA psl Islam Demokrat ni. Sapo2 boleh tweet dia x?

    ReplyDelete
  12. lacurkan islam yg dibawa nabi muhammad dgn mrntfsirkn semula dgn kepada kehendak semasa...islamis demokrat berbeza dgn pejuang islam membimbing demokrasi terpimpin

    ReplyDelete


  13. buat bajet dalam jet..

    bajet bodoh tak leh pakai

    pembangkang jangan terjerit jerit

    satu apa pun tak leh pakai..

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.