Wednesday, April 24, 2013

AGENDA MENJAYAKAN PEMBANGUNAN EKONOMI JOHOR .


Penyandang kerusi Parlimen Pasir Gudang Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berazam untuk menggunakan pengalamannya selama tiga penggal di peringkat persekutuan sebelum ini untuk membantu menjayakan pembangunan negeri Johor.

Beliau yang bakal bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas berkata, segala pengalaman itu amat berguna untuk beliau menyambung transformasi yang telah dialami oleh negeri Johor terutama dari segi pembangunan dan ekonomi.

"Pembangunan di Johor kini berada di landasan yang terbaik dengan projek pembangunan Iskandar Malaysia yang perlu diteruskan untuk memakmurkan lagi negara ini.

"Dengan pengumuman ini (bertanding di DUN Permas), saya tidak lagi menjadi menteri persekutuan, namun saya harap dengan pengalaman yang ada selama tiga penggal di persekutuan sebelum ini dapat saya gunakan untuk membangunkan Johor," katanya.

Ketika diminta mengulas keputusan beliau bertanding di Permas yang sebelum ini merupakan kerusi milik MIC, Mohamed Khaled berkata, masih banyak misi yang ingin beliau jayakan di kawasan itu.

"Sebelum ini saya di Pasir Gudang dan biarlah kali ini, saya masih tetap berkhidmat di situ kerana Permas merupakan salah satu daripada dua kerusi DU Nyang berada di Parlimen itu.

"Ada banyak kerja lagi yang masih perlu dilakukan," katanya.

Mohamed Khaled, 55, disebut-sebut sebagai bakal Menteri Besar Johor menggantikan Datuk Abdul Ghani Othman yang meninggalkan DUN Serom dan bertanding di Parlimen Gelang Patah untuk menentang Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Beliau pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya (1999-2004)Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2004-2008), dan dilantik menjadi Menteri Pengajian Tinggi pada 2008 sehingga kini. 

2 comments:

Anonymous said...

Selamat berkhidmat YB dato seri . Kami menyokongmu untuk kerusi MB Johor .

(suara anak muda Johor anti pakatan Rakus )

Anonymous said...

Perancangan sulit DAP.
Samada saudara sedar atau tidak DAP telah merancang sejak dari penubuhannya untuk menjadikan negara ini sebagai ketuanan CINA. DAP telah mengambil alih peranan KOMUNIS yang telah digagalkan dalam usaha memerintah negara ini. DAP tidak pernah berterima kasih kepada kerajaan yang telah memakmurkan orang CINA di negeri majoriti orang Melayu. Apa sahaja dasar untuk memakmurkan Melayu telah DITENTANG habis habisan sejak puluhan tahun lalu. Mereka tetap menganggap MELAYU BODOH bahawa kemajuan yang dinikmati oleh orang Melayu adalah hasil dari cukai orang Cina. Mereka mengatakan Melayu boleh dibeli/rasuah dengan hanya secawan kopi dan paling tinggi bernilai RM50 kerana mereka tahu orang Melayu mudah lembut hati dan mudah terpedaya jika ada orang yang berbuat baik terhadapnya.
Kini mereka telah merancang untuk menguasai Gelang Patah, Pulai, Johor Bahru dan Kulai kerana kawasan ini lubuk emas untuk orang Cina. Siapa yang membangunkan kawasan ini jika bukan atas jasa dan keringat kepimpinan Melayu Johor. Jika matlamat DAP ini berjaya sudah pasti mereka akan membawa masuk ribuan Cina Singapura yang kelaparan tanah dan rumah ke lubuk emas ini. Akhirnya melayu akan dihalau keluar secara rahsia ke pinggir kampung. Ini telah berlaku di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. DAP telah memaksa PAS bertanding di Nusajaya untuk memecahkan undi Melayu Gelang Patah. Melayu pengkhianat dari PAS yang hanya bernilai secawan kopi
ini telah dengan bangga sanggup menggadaikan maruah bangsa. Dalam masa yang sama dihadapan orang cina DAP Bercakap dalam bahasa mereka mengatakan bahawa : MELAYU SAMPAH KITA TELAH BERSIHKAN DI PULAU PINANG DAN SEKARANG KITA MAHU BERSIHKAN SAMPAH MELAYU DI JOHOR. Saudara saudaru ku yang ada baki sedikit IMAN dalam dada...renung renungkanlah. Jangan sampai kita dihina dan diludah. Sayangilah diri kita..keluarga kita..agama kita...bangsa kita dan negara kita yang dirahmati ini. Sebarkanlah kepada keluarga kita...saudara kita...jiran jiran kita dan rakan rakan kita. Jika saudara sebarkan kepada 10 orang dalam tempoh satu jam ia boleh sampai kepada 1 juta umat Melayu.