Sunday, May 12, 2013

SYAIR PENGKOMEN BLOG GAP YANG MENARIK.. ROYAN ROYANAN ANVAR KUTI !


SYAIR GILA MEROYAN

Rumah siap, berbunyilah pahat,
Fikiran rosak agenda yang jahat,
Kalah PRU yang adil dan sihat,
Susah nak terima pahit dan kelat,

Semua pihak dituduh salah,
Fakta yang betul semua disanggah,
Rakyat yang bengong semua dipunggah,
Di jalan, di stadium nak tunjuk gagah.

Letrik terputus jadikan alasan,
TNB sendiri tak dapat kesan,
Rakyat dah muak bercampur bosan,
Meroyan penipu sampai nak pengsan.

Alasan lapuk pengundi hantu,
Konon polis pakat membantu,
Bas pengundi dibaling batu,
Indon dan Bangla habis dilutu.

Undi popular jadikan modal,
Electoral votes semua disangkal,
Pemimpin, pengikut berotak dangkal,
Tak mau kaji hujung dan pangkal.

Harga barang cuba dibangkit,
Roti dan petrol semua diungkit,
Hati jahat otakpun sakit,
Seluruh Pakatan sudah terjangkit.

Cincin Rosmah timbulkan benci,
Rambut kawan tu turut dicaci,
Cuba tunjukkan diri tu suci,
Video China Doll kata tak aci.

Kaki pembelit lidah bercabang,
Di medan PRU tak ngaku tumbang,
Di luar negara besarnya sembang,
Terkantoi di katil tengah berkubang.

Dengan Shamsidar cerita misteri,
Hanyalah awek bukannya isteri,
DNA Afifah tak nak diberi,
Nalla cabar kenapa lari?

Masa berkempen macam selebriti,
Pengikut dengar apapun tak reti,
Gelak ketawa setengah mati,
Duit kutipan berpeti-peti.

Dulu mengaku diracun arsenik,
Berlakon nak kojol di depan Pok Nik,
Timbulkan kecoh dan juga panik,
Malaysia nak karam macam Titanic!

DAP ditipu, PAS dikelentong,
16 September babitkan Agong,
Gila pangkat sebab terdorong,
Hairan semuanya terikut bengong.

Sudah-sudahlah Anwar meroyan,
Usia meningkat dosa berkoyan,
Rakyat dan bosan tak mahu layan,
Syoklah sendiri bercampur gian!

29 comments:

  1. Dengan Azmin sudah tak ngam,
    Selangor tiada menteri besar,
    Lahad Datu dh nak terkam,
    Dan dirinya terus terketar-ketar.

    ReplyDelete
  2. jangan lupa seko lagi Hishamuddin Rais..

    beritau raayat yang muda siapa dia sebenar.
    tak payah nak sembunyi lagi perkara ini.


    ReplyDelete
  3. anwar dah giler nak jadi perdana menteri
    habis rakyat diheret nye sekali,
    nasihat kekasih di twitter pun dia tak peduli
    asalkan tercapai hajat di hati.

    ReplyDelete
  4. dah dasar dajjal, riak dan takbur. berbohong dah jadi darah dagingnya.

    ReplyDelete
  5. 2ke 3 negeri yg tinggal mana sama putra jaya 1 negeri sudah lah hilang Anuar meroyan tahap gila babi

    ReplyDelete
  6. Terbaik pulak syair gurindam GAP kali ini.. Amik kau Nuar!!!

    ReplyDelete
  7. Sesuai sgt dgn kelulusan nuar...hrp dia dpt fhm..

    ReplyDelete
  8. Pengkianat negara harus di hapuskan .

    ReplyDelete
  9. Satu saja harap hakim-hakim mahkamah rayuan dapat bantu pendakwaraya yang kurang pandai lawan dengan peguam-peguam pakar pusing supaya kote bengkok dilenyapkan terus dari peta politik Malaysia dalam kes jenayah liwat dia. Sama jugak kalau dia didapati merupakan dalang dalam insiden pencerobohan Lahad Datu, melalui Suruhanjaya Diraja yang harap dapat cepat dibuat, dia patut dihukum dengan setimpal kerana memerangi DYMMMYDPA dan negara.

    ReplyDelete
  10. pihak pdrm dan kerajaan tak berani ambil tindakan ke atas Anuar dan konco konco nya ada kah Anuar kebal dari undang undang negara dari 2008 sehingga 2013 Anuar masih membuat ona dalam negara adakah kerajaan mahu melihat rakyat bangkit dan membuat demo besar besaran lebeh besar dari apa yg Anuar buat sekarang kalau kerajaan tidak bolih ambil tindakan biar rakyat yang ambil tindakan ke atas Anuar dan konco konco kami mahu hidup aman dan negara ini Aman bukan tiap hari ada demontrasi yg di buat Anuar.

    ReplyDelete
  11. salam tuan rumah
    salam 1 malaysia
    salam seluruh umat

    Tuan empunya blog beri saya pencerahan berkaitan laporan polis yang dibuat oleh seorang pengundi.Ia mendakwa bahawa dia hampir bole mengundi 2x

    Saya terbaca dalam sebuah blog

    BERIKUT ADALH ALAMAT BLOG TERSEBUT

    tAIP JER "hijbul crewz"

    Geram betul ngan peppuak ini. Tiada kerja lain asyik mepertikaikan SPR jer

    ReplyDelete
  12. Hapuskan SRJK(C)...mohon kak Rosmah pakailah tudung...mesti nampak lg cantik..

    ReplyDelete
  13. Semua melayu rasa kena demonstrasi jugak..najib ke pemuda ke tolong uruskan..cina dh dua kali demontrasi ni..lembab la

    ReplyDelete
  14. Aku dh memang menyampah tahap. MAKSIMUM degnan mamt ni, sejak dia keluar dari penjara kehidupan di Malaysia ni tk pernah aman hari2 saja perkara yg dia buat untuk kecoh kan negara, kerajaan patut bertegas simpan dia balek dalam mail once and for all

    ReplyDelete
  15. Anwar sangat2 takut skrg ni...dia akan berhadapan dgn Saiful di mahkamah Julai nanti..

    ReplyDelete
  16. Woiii! Anon 737am.

    Asyik2 rambut aku yg kau nak kerjakan. Berlakulah adil sikit. Pantun tu pun dah confirm pr yg suka burukkan aku...

    Janganlah kau sorok surah An Nur ayat 60 tu. Bacalah Alquran dgn sepenuhnya sebelum menghukum org.

    Tapi betul ke aku ni yg dah tua akan nampak cantik bila pakai tudung kepala? Hehehe...

    ReplyDelete
  17. Asyik sangat nak jadi PM....one single obsession...to be PM - PM, Perdana Menteri....oh TIDAK, PM, Prime Minister.....oh NO, PM, Pergi Mampos.....Oh YE...oh YES...PM, Puki Mak lu ANUwar!

    ReplyDelete
  18. Ya,anwar akan berdepan dengan Saiful tidak lama lagi.
    Selepas tu mungkin anwar juga akan ditarik lagi ke mahkamah bersabit dengan Lahad Datu.
    Mungkin sebab itulah dia buat demo gila ni untuk persediaan mengiringnya ke mahkamah seperti dulu.
    Kepala demo ini sebenarnya seorang penakut. Dia tak berani berdepan dengan mahkamah sendirian. Seperti biasa dia akan tarik rakyat untuk mengiringinya.

    ReplyDelete
  19. terbaeekkk bro...

    ReplyDelete
  20. UBAH...
    Usah Kita Bagi Anuar Harapan..
    Itulah tema yg kita pegang..
    Biarlah dia meroyan sorang sorang..
    Sampai waktu dan ketika pasti dia tumbang..

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  22. macam saya tapi bukan saya,
    video cuma saksi besi,
    macamana saya tak meroyan macam nak gila,
    ingatkan dah dapat jadi PM rupanya x jadi lagi

    ReplyDelete
  23. Anwar Brahim..Perdana Menteri negara pasir 2 butir...kahkahkah.
    Klau nak juga..Perdana Menteri Sulu pu boleh...ada kekosongan jawatan..

    ReplyDelete
  24. GAP, Boleh buat satu permanent artikel pasal jadinya anwar untuk resign.... kalau boleh biar yg klip2 so semua org tak akan lupa.

    ReplyDelete
  25. anwar ni seorang pemdohong di siang hari. dah terlalu byk membohong. apa lagi yg perlu dipercaya pada anwar?

    ReplyDelete
  26. cantekkkk stair ni
    aku suka sangat. memang kena sangat dengan si nuar dan puak2 tak tau bersyukur cam depa and the gang

    ReplyDelete
  27. Ds Najib ketua negara,
    Anwar pula ketua pembangkang,
    Malaysia negara tercinta,
    Musuh negara perlu di tentang.

    ReplyDelete
  28. Ds Najib ketua negara,
    Anwar pula ketua pembangkang,
    Malaysia negara tercinta,
    Musuh negara perlu di tentang.

    ReplyDelete
  29. I have more respect towards a man who practice what he preaches, even if he is wrong. Anwar Ibrahim is the kind who comes out like an angel, but actually is nothing but a devil.

    The game is over for him!

    Ex Son of Spura

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.