Wednesday, June 12, 2013

BAGAIMANA PULA DENGAN MELAYU YANG SUSAH ?


Saya adalah rakyat Malaysia yang berpendapatan sederhana berasal dari Kelantan. Rata-rata ahli keluarga serta sanak saudara saya berpendapatan rendah dan sederhana.


Kami tergolong dalam golongan masyarakat luar bandar. Rata-rata ahli keluarga kami dan sanak saudara kami adalah pengundi BN. Keterujaan dan kesetiaan kami kepada BN tidak perlu dipertikaikan lagi. Kami menghargai dan kami menyanjungi kerajaan yang ada kerana ianya banyak membantu kami golongan luar bandar.





Tujuan saya menulis surat ini bukan untuk menyalahkan Perdana Menteri , Timbalan Perdana Menteri , Menteri berkenaan atau BN. Saya hanya ingin memberitahu dan meminta kerajaan memperbetulkan masalah yang berlarutan sejak sekian lama dan seolah-olah tiada jalan penyelesaiannya.



Pada tanggal 4.Jun.2013, pakcik saya telah dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian (HUSM). Beliau dimasukkan kerana melalui satu surat rujukan daripada sebuah klinik swasta kerana sakit dalam bahagian perut.



Pakcik saya ditempatkan di Wad 2 Intan. Doktor telah melakukan X Ray keatas beliau. Setelah ditanya oleh ahli keluarga doktor menjelaskan bahawa terdapat bubble di bahagian usus pakcik saya. Semasa di dalam wad ada masanya pakcik saya sakit dengan kuat, ada masa sakit sederhana dan ada masa sakitnya hilang. Tetapi tiap-tiap hari beliau akan sakit.



Selepas dua hari di hospital ahli keluarga masih belum mengetahui apa penyakit pakcik saya. Adakah ianya kanser, ada ketumbuhan atau penyakit lain ? Doktor hanya berkata tidak dapat dipastikan lagi, melainkan jika dilakukan CT Scan. Kami memohon kepada doktor agar dilakukan CT Scan. Doktor menjawab tidak boleh kerana mereka perlu mengutamakan pesakit lain. Tak mengapalah, kami menunggu.



Hari demi hari berlalu tiada apa-apa perubahan yang berlaku. Setiap hari pakcik saya sakit. Perutnya makin membuncit. Akhirnya pada tanggal 10.Jun.2013 kami ahli keluarga sepakat untuk discaj pakcik saya dari HUSM dengan risiko sendiri.



Dari HUSM kami membawa pakcik saya ke sebuah hospital pakar swasta di Kota Bharu. Tujuannya untuk melakukan ujian CT Scan supaya kami dapat tahu apa penyakitnya. Setelah dibawa ke hospital swasta dalam masa 2 jam sahaja kami telah mengetahui penyakitnya. Doktor mengatakan ada satu benda seolah-olah ketumbuhan yang wujud berhampiran ususnya. Jika mahu dilakukan pembedahan ianya boleh dilakukan keesokkan harinya iaitu pada 11.Jun.2013. Kosnya lebih kurang RM 20,000.00. Kami tiada pilihan melainkan setuju. Soal kos kami sanak saudara sumbang sedikit seorang.



Hasil pembedahan yang dilakukan pada pagi 11.Jun.2013 doktor berjaya mengeluarkan hampir 1 liter nanah dibahagian usus pakcik saya. Dalam masa beberapa jam sahaja pakcik saya stabil dan kini telah ditempatkan di wad biasa.



Enam hari di HUSM tiada apa-apa perubahan yang berlaku. Dalam masa 24 jam dipindahkan ke hospital swasta segalanya berubah.



Apakah nasib yang akan menimpa pakcik saya jika beliau terus berada di HUSM ? Tidak mustahil beliau akan kehilangan nyawa.



Kami bernasib baik kerana kami dapat kumpulkan wang sumbangan dari sanak saudara untuk membiayai rawatan pakcik saya. 



Bagaimana pula dengan nasib orang-orang yang tidak berkemampuan ? Adakah mereka terpaksa menggadaikan nyawa di hospital kerajaan kerana mereka tidak punyai wang ?


Saya pun buntu dalam hal ini. Untuk salahkan kerajaan tidak boleh kerana kerajaan telah berusaha sedaya mungkin menolong rakyat dalam urusan kesihatan.



Nak salahkan pihak hospital juga tidak boleh kerana mereka juga menghadapi banyak masalah , seperti kekurangan doktor, kekurangan peralatan , bilangan pesakit yang terlalu ramai dan sebagainya. 



Akhirnya nyawa rakyat yang menjadi mangsa.



Perkara ini bukan perkara baru. Ianya telah berlarutan sejak zaman berzaman. Satu kaedah atau satu jalan penyelesaian baru harus dicari untuk menyelesaikan masalah ini.

24 comments:

Anonymous said...

apabila birokrasi mengatasi segala-galanya, maka garis pemisah antara perkara wajib didahulukan dan dikemudiankan jadi semakin kabur.

Anonymous said...

ada baiknya pakcik ko tu tak kena operate kat hospital kerajaan. aku operate sebab patah kaki & tangan, accident. operate kat htar, klang. tangan ok, tapi kaki salah operate, dah lama tulang masih tak ok. gi kpj shah alam (masa tu smc shah alam). repair balik & doktor kesan retak kat tulang muka sedangkan kat htar klang doktor kata muka aku ok.

nasib baik la htar klang tak operate muka aku. kalau tak mesti kena operate repair balik. ada la parut kecik bawah mata. apa pun, still laku lagi, kawen dah aku ada yang sudi masuk minang aku hahaa

Anonymous said...

kelewatan bukanlah sinonim dengan institusi awam saja malah ia juga berlaku di institusi swasta.

baru-baru ini, seorang pesakit warga emas telah pergi sebuah pusat rawatan swasta untuk mendapatkan rawatan susulan kena menghabiskan masa dari 9.00 pagi hingga 1.00 petang. jumlah masa yang di peruntukkan adalah seperti berikut

1. tunggu giliran pendaftaran 1 jam

2. tunggu giliran konsultasi 1-1/2 jam

3. konsultasi pakar 10 minit

4. tunggu perskripsi dan pengebilan - 40 minit

5. pembayaran dan farmasi - 40 minit.

abangpi said...

Adakah pesakit demam semasa di HUSM dan adakah demam di hospital swastaSaAhttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130603/dn_12/Ketua-jabatan-UM-tegur-teater-berunsur-perkauman-dilucut-jawatandakah pesakit demam semasa di HUSM dan adakah demam di hospital swastaam Tuan Tanah dan penyunjung semua.

Saya adalah seorang pegawai perubatan di hospital kerajaan. Saya akan cuba menganalisis kejadian diatas dan menerangkan kepada semua kenapa hal seperti ini boleh berlaku.

Walaupun hospital kerajaan adalah berlainan dari segi pengurusan dari hospital universiti tetapi protokol yang digunakan adalah hampir sama.

Saya cuma perlu bertanya balik pengadu tersebut beberapa soalan sebelum cuba menganalisis.

1. Apakah diagnosis diberi oleh doktor di HUSM dan apakah diagnosis hospital swasta sebelum dan selepas ct scan serta apa diagnosis akhir selepas pembedahan.

2. Adakah pesakit demam semasa di HUSM dan adakah demam di hospital swasta.

Semua doktor telah mengambil sumpah dimana perkara paling utama adalah primum non nocere.

Terima kasih.

Anonymous said...

aku lebih percayakan hospital kerajaan dpd hospital swasta...kebanyakakn doktor yg ada di hospital swasta adalah doktor dpd hospital kerajaan juga...cuma hospital swasta ni lebih pentingkan duit..kat hospital kerajaan kau baru bayar rm1 kalau jumpa doktor pakar baru bayar rm5 tapi di hospital swasta berapa rm???? yang kau kena bayar...dan kebanyakkan equpment di hospital kerajaan lebih bagus dpd hospital swasta....

Anonymous said...

Betul gap...
Hospital ptt di beri penekanan serius utk keluarga yg kurng mampu..
Ramai lg.keluarga kurang mampu..tgk saja kapasiti hspital swasta dgn gov..mana ramai..
Dan ramai lg yg kt luar sana tu bermasalah mcm di atas dan lebih teruk lg...
Drpd.sibuk melayan pembangkang dgn bodoh sombong mereka..

Anonymous said...

Sape yg bangkang gomen xyah pg spital gomen..pg ddk jauh2
Kutuk gomen tp pg spital gomen..bodo pnya pembangkang

Anonymous said...

KEPADA SESAPA DISINI AKU TELAH LALU JUGA BENDA2 Ni

1. JUMPA WAKILRAKYAT Yg kuat

2. jumpa pm terus

BYK PERTOLONGAN DIBERIKAN

INGAT PERKARA LUAR BIASA MESTI JALAN

Anonymous said...

Kadang2 tu persepsi jerk sume tu....sebut jerk hoptl kerajaan..sume buruk...takde yang baik...tapi tak dinafikan memang ada berlaku..segelintir sahaja mcm tuh...kira la berapa bilangan hospital kerajaan...dengan aduan/kes2 mcm ni....aku dulu mcm tuh gak...tapi lama2 duk fikir rasional tuh...memang skrg hospital kerajaan semakin baik... kadang tuh...mindset kita sendiri...belum pun sampai hospital dah pikir mcm2...sume tak puas ati...tu yang jadik tention tuh...Bg aku kalau nak gi hospital kerajaan...aku dah set dlm kepala..nak gi makan angin jerk..he3..alhamdulillah stakat ni errmm..sekejab la pulak..tgk2 dah selesai...budget kul 3... kul sebelas dah settle...slalu mcm tuh...he3...ada satu kes..anak aku berkudis & demam..aku gi la klinik 1Malaysia...slesai amik ubat..aku Tanya la..nurse...antibiotic takde ke..nurse tu ckp...kalau nak kena jumpa doctor...masalahnya situ mana de doctor kan....jadi takpe la...aku follow up la ngan klinik Swasta pastu...aku pun cerita la kat doctor cina tuh....dia bantai gelak kat aku...pe dia cakap...Lu Bayar 1 Ringgit Lu mau itu antibiotok...ha3..itu antibiotic mahal loo....so...terbang la RM80 (charge- consultancy,antibiotik,ubat deman,ubat sapu)kesimpulannya........ RM1 vs RM80....berapa peratus beza dia yerk...aku tak pandai kira...SPM Math aku fail....he3

Abangpi said...

Salam Tuan Blog dan penyunjung semua.

Entry saya diatas kurang kemas jadi saya ulang.

Saya adalah seorang pegawai perubatan di hospital kerajaan. Saya akan cuba menganalisis kejadian diatas dan menerangkan kepada semua kenapa hal seperti ini boleh berlaku.

Walaupun hospital kerajaan adalah berlainan dari segi pengurusan dari hospital universiti tetapi protokol yang digunakan adalah hampir sama.

Saya cuma perlu bertanya balik pengadu tersebut beberapa soalan sebelum cuba menganalisis.

1. Apakah diagnosis diberi oleh doktor di HUSM dan apakah diagnosis hospital swasta sebelum dan selepas ct scan serta apa diagnosis akhir selepas pembedahan.

2. Adakah pesakit demam semasa di HUSM dan adakah demam di hospital swasta.

Semua doktor telah mengambil sumpah dimana perkara paling utama adalah primum non nocere.

Terima kasih.

Anonymous said...

senang kan hidup jadi anak menteri...
rakyat susah, mampusla ko...

http://my.entertainment.yahoo.com/news/nina-jovian-mandagie-pilih-tarikh-perkahwinan-pada-11-12-13--044400548.html

Anonymous said...

kerajaan diharap dpt perbaiki masalah ini. nampaknya ds najib ni prihatin dgn masalah rakyat. insyallah aku percaya dalam masa panjang rakyat akan senang dgn najib klu nak dilihatkan dgn usaha beliau skang. nak menguruskan negara ni bukan senang dan bukan satu dua perkara je nak dilihatkan, tambahan pulak puak pengacau dalam politik semakin ramai dan tak tentu arah. macam mana kerajaan nak tumpu pada rakyat? harap pembangkang jgn kacau kerajaan nak buat kerja untuk rakyat. dah lepas pru ni sama2 lah menyumbang pada kebaikan negara dan rakyat. perangai anwar jgn ikut sgt sebab dah kemaruk nak jadi PM. dia tu akan jadi penacau sampai bila2 selagi tak jadi PM.

Anonymous said...

membenarkan pesakit yang dirawat di wad selama 6 hari tanpa pesakit mengetahui diagnosis kerana mesin yang memungkinkan diagnosis dibuat hanya dioperasikan pada waktu pejabat (lalu bilangan kes yang mampu dibantu adalah terhad), justeru, langkah logikal mengatasinya ialah dengan membenarkan mesin berkenaan beroperasi di luar waktu pejabat!

Anonymous said...

Bila permintaan terhadap sesuatu perkhidmatan meningkat, keupayaan penyedia perkhidmatan harus meningkat seiring.

Apabila permintaan mengatasi penyediaan sesuatu perkhidmatan, tentunya akan timbul ketidakseimbangan yang menjurus kepada peningkatan caj atau penurunan Q.

Makanya untuk mengekalkan kualiti atau caj, pembekalan perkhidmatan harus bergerak seiring dengan kadar permintaan semasa.

Anonymous said...

Bukan hendak mengata yang buruk tentang servis rawatan dari Hospital kerajaan.

Kerana kita sedar akan betapa murahnya bayaran(Bergantung pada pemeriksaan) untuk diperiksa oleh doktor dari hospital kerajaan.

Namun seringkali dengar akan benda yang tidak enak dari layanan etc doktor hospital kerajaan.

Begitu juga dengan ayah saya dahulu - punyai sakit kencing manis, dikatakan mampu diselamatkan kaki sebelahnya dengan memotong isi tertentu - namun akibat penukaran doktor di saat akhir rawatan, kaki ayah saya dipotong.

Tiada penjelasan, dan akibat masalah tertentu, ianya tidak menjadi keutamaan family saya untuk minta penjelasan, kerna redha dan mula fokus dalam menstabilkan kesihatan ayah saya.

Setiap kali jika ada dari kalangan keluarga saya masuk ke hopsital kerajaan, saya berdoa agar mereka tidak diberikan rawatan yang sambil lewa sahaja dengan tidak dapat mengetahui akan sakit yang sebenar.


Mungkin tanggapan ini dapat di-buang jika terdapat cara/penyelesaian.

Mungkin isu ini lebih kecil dari isu kenaikan harga mintak etc, namun ianya akan menjadi besar, jika tidak dibendung.

Anonymous said...

Sama la ngan kes arwah mak aku...dari hari mula2 masuk sampai hari arwah mak aku meninggal doktor2 dan pakar2 husm xleh diognosis apa penyakit arwah mak aku...ada ckp kanser paru-paru,ada ckp kanser payudara,ada ckp kanser tulang...last2 form declaration tu tulis kanser paru-paru...aku malas nk pjg2 hal ni...buat aku n adik-beradik aku bertambah sedih...kami redha je...

Anonymous said...

tumpang mencelah....melalui pengalaman saya sbg kakitangan makmal di hsptl kerajaan, mendapati banyak lab test yg ditawarkan di hsptl2 swasta tidak dijalankn oleh mereka sendiri. spesimen2 akan dihantar ke makmal2 hosptl kerajaan kerana memiliki peralatan yg lengkap dan harga yg murah. bila keputusan kembali ke hosptl swasta, pesakit akan di kenakan bayaran berganda2 dan buat untung atas angin...

Anonymous said...

masa aku kena cancer payudara kat hospital kerajaan beberapa tahun dulu,aku pergi operation buang barah tu dan buat reconstruction. chargenya hanyalah lebih kurang rm800 termasuk tinggal dalam wad lebih kurang seminggu. Ayahku kena keracunan makanan semasa dia di Switzerland bulan lepas.Dia masuk hospital kerajaan di Switzerland selama seminggu.Chargenya ialah rm32,000!Kami bayar sendiri kerana tak ada medical insurance.Disana semuanya pakai medical insurance macam kat US gak. Kat UK, hospital stay free tapi prescription mahal dan cukai pendapatan tinggi.Kalau pergi hospital di UK pun kena tunggu berjamjam untuk jumpa doktor. 3-4 jam tu biasa saja di UK.

Anonymous said...

Betul kata abangpi... Saya male nurse kat general ot husm...

CJay said...

haspital swasta? ada wang semua boleh. wang habis hantar hospital kerajaan. satu lagi bila pesakit tiada harapan tolak ke hospital kerajaan. kerana apa? semuanya kerana WANG. walau bersumpah primum non nocere tapi tetap nak jadi ber uwang..

Anonymous said...

Setahu saya, department general surgery di husm xpenah delay case... Mungkin ada sebab lain yg menyebabkan perkara ni berlaku... -male nurse general ot husm-

Anonymous said...

saya sebelum ni amat takut nak pergi hosp kerajaan, sebab macam2 feedback yang negative. tetapi pada dec 2012, anak saya 2 bulan mengalami masalah demam panas. saya hantar ke hosp swasta, tetapi doktor pakar tiada masa tu. so mereka tolak ke hosp serdang. di serdang saya tengok semua doktor amat komited. berusaha menyelamatkan anak saya. tetapi Allah lebih menyayanginya kerana ajal telah tiba. tetapi ape yang saya dapat simpulkan di sini, hosp kerajaan sebenarnya bagus dari segi servisnya. dah banyak improve. pastu saya tidak perlu membayar sesen pun. Doktor begitu mengambil berat dengan keadaan anak saya semasa di wad. seolah2 macam satu keluarga.

Ada seorang ibu dari perak di beri penginapan di situ kerana terpaksa menjaga anaknya yang perlu menyusu badan kerana tiada tempat tinggal..Ini menunjukkan pihak hospital begitu menjaga kebajikan pesakitnya.

Anonymous said...

Jika ada peluang cuba tonton filem dokumentari brtajuk Sicko arahan Michael Moore...
Di UK..Kpi para doktor diukur dari jumlah kes yg beliau berjaya rawat dan pesakit yg sembuh..
Di negara kita pesakit..akan terus jadi pesakit. Panjang umur dapat giliran utk rawatan lanjut/pembedahan...kalau ada duit...insyaAllah boleh terus dpt rawatan..

RH said...

Saya balik kelantan baru2 ini. Mak bapak saudara banyak totok kpd PAS. Di kereta pun ada gambar nik ajis & hj hadi. Bila ditanya bab politik global - dia orang kata kita tak tahu tu, tapi tak nak tanya lebih. Mereka ni betul2 berfikiran tertutup. Kata orang katak bawah tempu.. Pengetahuan mereka hanyalah di sekeliling mereka shj. Amat menyedihkan. Bapak sedara kata "kesiaaan anuar". Bininya kata "dah kerajaan menipu". Bila kita tanya tentang spring2 ni, dia kata tak tau pun. Padahal dua-2 bekas guru. Dok 3 hari sudah cukuplah. Tak sanggup lagi dengar orang mengutuk umno.
Kat sana lebih baiklah kita sedar diri, jangan nak memandai.