Saturday, August 23, 2014

ISU KHALID IBRAHIM : AHLI PKR BAKAR BENDERA PKR..PROTES SEPERTI INI PERLU DIPERLUASKAN. INI HAK ASASI DAN DEMOKRASI.

AIDCNews – 23/8/14 – PKR memecat seorang anggota parti yang juga Ketua Angkatan Muda (AMK) Cabang Kuantan, Aidil Haryman Mat Nor kerana beliau secara terbuka memaparkan gambarnya sedang membakar bendera parti melalui laman sosial facebook.
“Beliau yang juga merupakan Ketua AMK Cabang Kuantan secara terbuka melalui laman sosial Facebook memaparkan gambar beliau membakar bendera parti, yang memberi implikasi buruk kepada imej dan kredibiliti parti kepada masyarakat umum.
“Beliau turut mengakui tindakan membakar bendera parti dan mencabar agar beliau dipecat dari parti.
“Sdr AIDIL HARYMAN MAT NOR dengan ini dipecat dari Parti Keadilan Rakyat,”kata Pengerusi Lembaga Disiplin KEADILAN, Dr Tan Kee Kwong dalam kenyataan medianya hari ini.
Aidil Haryman merupakan penyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
“Alhamdulillah, malam ini dapat tidur lena. Saya kini tidak lagi menganggotai PKR.
“Saya baru saja diberitakan yang mesyuarat MPP PKR telah membuat keputusan memecat saya serta merta.
“Terima kasih kerana membebaskan saya. Terima kasih semua atas sumbangan dan bantuan,” kata Aidil Haryman dalam facebook, rakyat.bangkit.98.
Pahang Daily Online melaporkan Aidil Haryman lebih dikenali sebagai Alang merupakan aktivis PKR di Kuantan.

“Alang yang merupakan salah seorang pejuang tegar KEADILAN akhirnya menerima nasib yang sama seperti Blogger Cucumatkilau yang juga merupakan ahli PKR Cabang Kuantan.
“Untuk makluman, Ketua Cabang PKR Kuantan, Fuziah Salleh juga tertewas bagi merebut jawatan Naib Presiden pada pemilihan parti baru-baru ini.
“Dengan kehilangan Alang, sudah pasti ia merupakan tamparan hebat buat Fuziah, kerana Alang adalah orang kanan beliau yang dekat dihati ahli akar umbi parti itu di sini sebenarnya,” lapornya.
Selain Alang, empat ahli PKR lagi anggota diberikan surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan serta-merta sehingga siasatan selesai.
Mereka adalah Dr Wan Suhaimi Wan Daud dari Cabang Pasir Mas, Nasiruddin Mohamad dari Cabang Sepang, Abdul Rahim Abdul Wahab dari Cabang Selayang dan Rosmah Suly dari Cabang Batu.
Semua mereka telah didakwa terlibat dalam satu sidang media Pakatan Anak-Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb) bersama NGO lain yang mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor pada 20 Ogos lalu.

22 comments:

  1. Jangan lepas ni Alang buat U-Turn macam PAS-pisss-pussyyy tu udahlah......

    ReplyDelete
  2. Patut lg awal.lagi tak perlu jadi ahli PKR ..Parti Kencing Rakyat

    ReplyDelete
  3. Sebagai seorang maknusia yg mempunyai akal fikiran yg waras aku tabik ko bro, bukan senang nak membebaskan fikiran dr perhambaan minda toghut Pakatan Roboh. Semoga lebih ramai lg yg akan membebaskan belenggu pasung yg hanya membutakan minda ini. Amin!

    ReplyDelete
  4. pada aidil herryman dan seangakatan mereka kelian yang dah bakooo bendera PKR teruskan pada semua orang melayu perlu pandai dan bijak undi kali ini:

    TOLAK PARTI PKR ISLAM SELAMAT
    ISLAM SELAMAT ...KUASA ELAYU SELAMAT ....RAJA MELAYU SELAMAT

    TOLAK PARTI PKR ISLAM SELAMAT

    INSYALLAH

    ReplyDelete
  5. Orang Pakatan Rabak (PR) memang semua samdol!!!

    Kenapa nak kena pecat ?? Kalau dah tak suka keluar Parti jer lah BONGOK!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko paham ke apa yg ko tulis? Jgn main nk bongokkan org je. Kuasa siapa nk pecat dan kuasa apa yg ahli ada. Kira dh betul la tu. Xde bongok apa benda dh tu....

      Delete
  6. Ada berita yang mengatakan bahawa PKR TIADA JENTERA PARTI.ia[pkr]hanya MENUMPANG pada parti DAP dan PAS.ini bermakna PKR hanya berada DI-AWANG AWANGAN[tanpa pegangan apa2].

    ReplyDelete
  7. Ahli PKR yang bakar bendera parti, dikenakan hukuman di pecat dari parti.

    Agak2nya bagi orang yang membakar @ memijak bendera Negara Malaysia (Jalur Gemilang) apa tindakkan yang wajar dikenakan?

    Kalau saya yang berkuasa membuat keputusan, TENDANG DARI BUMI MALAYSIA INI (LUCUT KERAKYATAN)

    ReplyDelete
  8. bendera zionist tuuu...memang elok dibakar....orang pkr tak pernah tanya ke kenapa anwar ibrahim guna logo zionist..

    ReplyDelete
  9. Setuju...pkr zalim...
    tapi dok kata org lain zalim...
    parti kencing rakyat...

    ReplyDelete
  10. Tolak najib Malaysia. Takut istri xleh JD .....

    ReplyDelete
  11. Tolak najib Malaysia. Takut istri xleh JD .....

    ReplyDelete
  12. Kesian dan lama tongeng. Ingatkan kena main rupanya kena tendang. Anwar kat "Not my taste' tak steam pun"

    ReplyDelete
  13. KALAU BAKAR BENDERA PKR... KENA BUANG DARI PARTI...

    YANG DIORANG BAKAR BENDERA MALAYSIA TAK BOLEH LUCUT KERAKYATAN KER?

    MMG PM KITA HEBAT BOLEH BERUNDING DGN PENGANAS UKRAIN YANG JAHAT TU..

    TAPI PM KITA LUPA ORG MELAYU NI BUSUK HATI.. MCM DSAI TU.. MANA BOLEH RUNDING..

    ReplyDelete
  14. Insyallah, lambat lauang orang yang berakal Dan mengunakan akal akan memperbetulkan yang salah. Cuma mass sahaja yang akan mengadili.

    ReplyDelete
  15. Ini semua salah UMNO dan Najib...

    ReplyDelete
  16. Bendera dibakar sebab apa ye.... Kalau setakat sebab kecik, tak mungkin ahli tegar mcm aidil herryman sanggup bakar bendera parti. Sebabnya pasti amat besar dan ahli tegar sanggup berpatah arang berkerat rotan. Hahaha...carilah akal utk sangkal dakwaan pkr parti paling huru hara, paling penipu dan paling takde moral. Orang akan ketawa dan diam. Diam bukan sebab percaya, sebab malas nk layan cerita parti paling gila kt malaysia.

    ReplyDelete
  17. Sokong 11.32 lucut kerakyatan mereka yg bakar dan pijak jalur gemilang.PKR parti yg naik melalui fitnah dan pembohongan dan sedikit demi sedikit kepincangannya telah kelihatan.

    ReplyDelete
  18. ...apa lagi nak ditunggu. Keluar sahaja dari PKR beramai ramai. Tinggalkan mereka bertiga sahaja. Bapak (bermasaalah), Emak (berkipas) dan anak (tanya Raja Nongchik). Hidup Melayu, JAHANAM PKR....

    ReplyDelete
  19. Ish...jgn komen banyak2...nnt anwar saman
    anwar ibrahim buat semua betul...betul dimata seten dia lah ..

    ReplyDelete
  20. Mentaliti BUSUK ! seorang Bekas Laksamana TLDM tentang acara Menyambut Jenazah mangsa MH 17...sebenarnya beliau masih meraih sokongan dari anggota TLDM lumut yang memenangkan beliau PRU 13 yg lalu...jika benar beliau mahu berkhidmat untuk masyarakat di Parlimen Lumut dgn lebih efisyen..Hj Imran sepatut nya bertanding atas tiket BN bukan nya PKR....kenapa harus orang Melayu kita jadi pembangkang..AMAT MERUGIKAN !

    ReplyDelete
  21. Kalau saya berkuasa di ROS saya haramkan mana mana parti yang tidak berdaftar termasuk PAKATAN RAKYAT..nak meniaga pun ada permit ooi..nak merempit pun ada lesen..apa barang nak berpolitik tapi tak berdaftar..sendiri langgar undang undang macamana pengikut nak ikut undang undang..

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.