Monday, August 18, 2014

TERKINI.. PRO HADI BALUN BALIK TROJAN HORSE ANWAR DALAM PIMPINAN PAS...HANCOR HANCOR


Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Zuhdi Marzuki meneruskan kontroversi apabila kali ini dipercayai mengkritik Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu kerana bersetuju dengan keputusan Pakatan Rakyat (PR) untuk hanya mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, walaupun parti Islam itu turut menamakan Mohamed Azmin Ali.

Zuhdi sebelum ini terkenal dengan mesej WhatsApp kumpulan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang terbocor dilihat mengkritik timbalan presiden PAS itu yang dikenali dengan gelaran "ayam sabung PAS."

"Ayam sabung PAS sudah menjadi ayam daging (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng," tulis Zuhdi melalui akaun Facebooknya hari ini. "PAS Pusat sudah sebulat suara mencalonkan dua pimpinan PKR.

Keputusan sebulat suara ini pun tak boleh dipertahankan bila berdepan dengan PKR dan DAP

. "Paling tidak beritahu pada PKR dan DAP, kami perlu bawa balik kepada PAS Pusat keputusan PR hari ini yang hanya mencalonkan DSWA.

Tak akan perkara itu pun tak boleh buat?" tulisnya di Facebook hari ini.

Semalam PR berkata hanya akan menghantar satu nama iaitu Dr Wan Azizah yang juga presiden PKR sebagai calon menteri besar Selangor baharu untuk menggantikan Khalid yang sudah dipecat partinya. Keputusan itu dibuat selepas calon kedua yang dicadangkan PAS, Azmin menolak dirinya dicalonkan, memandangkan terikat dengan PKR yang mencalonkan Dr Wan Azizah.

PAS sebelum itu memutuskan untuk kekal dalam PR dan bersetuju dengan pilihan PKR melantik Dr Wan Azizah menggantikan Khalid dalam satu mesyuarat yang dikatakan sebagai penentu kepada masa depan gabungan pembangkang.

Sebelum ini kontroversi timbul dalam PR apabila tersebar mesej WhatsApp Zuhdi yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Mesej itu berbunyi:

"Kalau kita keluar PR kita boleh retain Selangor malah untuk seterusnya. Kita 15 kerusi+TSKI+seorang lagi Adun PKR+12 Umno, dah bentuk simple majoriti. Umno dalam kenyataannya mutakhir ini boleh terima TSKI jadi MB.

"Lepas ini kalau DAP, gereja dan non Muslim melalak isu serbuan, kalimah Allah, kita boleh jentik saja mereka. Hujung tahun ini ubah sempadan kembalikan semula kuasa politik Melayu Islam. So mana-mana suara non-muslim, gereja, kita boleh sergah macam sebelum ini."

Mesej tersebut menimbulkan kemarahan pimpinan PKR dan DAP yang mendesak parti Islam itu memecatnya kerana lari daripada landasan perjuangan PR.

9 comments:

  1. Baik kita DIAM je...perhatikan je DRAMA ini..

    ReplyDelete
  2. Parti Anjings Semalaysia...

    ReplyDelete
  3. Pas confirm parti yang flip flop. Parti biskut. Kejap ada kejap tak ada.
    Walaupun sebelum nu kata nak ikut islam.

    ReplyDelete
  4. Last2 umno bn jugak yg akan disalahkan..

    ReplyDelete
  5. Parti biskut kena air lembut sebelum kena air Hebat keras

    ReplyDelete
  6. Bala dah menimpa .. Tak juga sedar diri Tak tau la...sebelum parah harap dapat petunjuk Allah... Balik kpd perjuangan asal... Cukuplah jgn asyik salahkan Umno...akhirbya termakan sumpah...tidak hairan selepas ni ade part i serpihan pas

    ReplyDelete
  7. PAS Pakat angguk sudah

    ReplyDelete
  8. Berapa hari nak balun, lepas tu main baleklah wayang Gurkha macam yang lepas2. pundek lah PAS.

    ReplyDelete
  9. Biar beribu yg balun PasMa..Tapi hakikatnya...Dalan Ajk Pusat ahli PasMa punyai majority yg bolih dan punyai cukup undi untuk membuat apa saja kepada Parti Pas..Nak Singkir Presiden ke..nak kecil atau hilangkan peranan Majlis Syura ke..atau nak jadikan Pas parti Dangdut ke..terpulang kat mreka..
    hadi perlu bertidak cepat dan tegas.. suspend kesemua ..yg terlibat dalam menubuhkan Parti dalam parti dgn tujuan menggugut atau merencanakan penyikiran Presiden..sabelum terlambat..

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.