Saya minta maaf mama, saya minta maaf."
Luahan pilu sambil diiringi tangisan itu berulang kali diucapkan Yusriman Roslan, 22, anak kepada Noor Hayati Wook, 50, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 256, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, di sini hari ini.
Yusriman yang memandu kereta Proton Saga BLM untuk pulang berhari raya di Kampung Chain, Lenggong berkata, sebelum ibunya menghembuskan nafas terakhir, wanita tersebut yang dalam keadaan nazak sempat bercakap dengannya dan dua lagi adik-beradik lain.
Kemalangan yang melibatkan enam buah kereta dan dua buah treler itu bukan sahaja menyebabkan dia dan dua lagi adik beradiknya kehilangan ibu tersayang, malah turut mengorbankan seorang adik perempuannya, Siti Yuslianis, 20.
"Mama tersepit, saya cuma mampu pegang kepalanya sahaja. Dia sempat meminta maaf dan memaafkan kami sebelum menghembuskan nafas terakhir. Ketika itu, Yuslianis sudah tidak bergerak," katanya ketika ditemui di Unit Kecemasan, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.
Dua lagi anak mangsa, Yusrizal, 25, dan Siti Yusliana, 12, bagaimanapun hanya cedera ringan.
Menceritakan mengenai kejadian malang itu, Yusriman berkata, dia yang ketika itu memandu di lorong kanan jalan melihat sebuah treler yang dipandu laju melanggar sebuah treler lain sehingga terbalik di sisi kiri jalan.
Katanya, dia yang melihat melalui cermin pandang belakang bagaimanapun terkejut apabila treler tersebut menuju ke arah keretanya pula sebelum mengheret kenderaan tersebut.
"Kejadian berlaku sangat pantas dan saya tidak sempat buat apa-apa. Saya hanya mendengar bunyi dentuman yang sangat kuat dan cermin kereta pula pecah. Kami hanya mampu menjerit," katanya sambil mengesat air mata.
No comments:
Post a Comment
KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.
APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.
JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.