Sunday, September 25, 2011

PROGRAM PEMUTIHAN : KDN PERLU BERTEGAS



perhatikan kepada 2 print screen di atas yang dipetik daripada laman rasmi ahli parlimen pkr ampang.

skrin pertama, zuraidah mendedahkan akan bukti pendatang asing diwajibkan membaca akuan bersumpah menyokong umno dan barisan nasional dalam program pemutihan.

skrin kedua, zuraidah sekali lagi mencabar ketua setiausaha KDN dalam dakwaannya memang berlaku perlakuan angkat sumpah menyokong BN dalam siri proses pemutihan pendatang asing.

2 insiden ini berlaku pada bulan ogos. berdasarkan survey kami di selangor,akhbar suara keldaian kerap memainkan fitnah ini di muka surat depan keluaran .

KDN perlu bertegas.

WEB PAKATAN SAHKAN PAS PENGKHIANAT RAKAN !

cuba anda klik pada foto di atas.

terserlah kekecewaan luar biasa web pakatan yang bagitau pas punca utama keretakan dalam pakatan.

permulaan untuk pengakhiran pakatan rakyat.
sedih benor tajuk tu..

MAT SABU


Saturday, September 24, 2011

SIAPA SEBENARNYA YANG TERDESAK ?

lihat print screen di atas. kenyataan pesuruhjaya pas selangor dr rani yang mengatakan bahawa pemukiman BN di selangor adalah tindakan terdesak.

terdesak ?
serius ?

lihat foto kat bawah. dr rani ( baju merah ) BERSAMA pimpinan umno dalam salah satu majlis pemukiman BN.
sekarang siapa sebenarnya yang terdesak ?

SEJAK BILA PULAK, PKR NI PRO ISLAM ?

kalid gagap kata kerajaan selangor takkan implemen hudud.

kalau kalid tak cakap bab nak implemen hudud pun ok sebab  rakyat dah tahu pkr ni mana capable/layak untuk bercakap bab islam.

pkr nak cakap bab hudud ?

cett..kalau satu botol arak nak kena alih kat 7eleven pun pkr terpaksa dengar cakap dap, apatahlagi hudud.


BAR COUNCIL KURANGKAN MELALAK, KASI IDE LAH !

ISA dah mansuh.

dahulu bar council antara player utama mendesak kerajaan untuk memansuhkan dasar ISA. kata mereka tatacara penahanan ISA ketinggalan zaman.

hari ini semuanya dah menjadi sejarah. ISA dah mansuh. 2 undang-undang yang lebih analatikal sedang dikaji bagi menggantikan ISA. 2 undang-undang ini lebih efisen dan bersesuaian dengan kehendak dan pola kajian semasa.

semalam bar council mohon kerajaan agar tidak mengikuti gaya patriot act dalam menggantikan undang-undang ISA.

kata orang, bar council ni lebih banyak cakap daripada bertindak.

sepatutnya bar council meyelaras/menyelarikan usaha penggantian ISA ini dengan cadangan penambahbaikan.

nanti bila kerajaan dah implemen kamu kata itu dan ini salah.

pada waktu inilah sewajarnya bar council mencari dan mengerah ide bagi menyokong dasar penahanan dengan gaya yang lebih demokrasi, bukan dok melalak memanjang.

CARA KITA DEPANI KAFIR HARBI (DAP)

Friday, September 23, 2011

HUDUD :NIK AJIS PEMBOHONG, HUSAM SAHKAN PAS TIDAK MAHU HUDUD !

tiba-tiba nik ajis mahu laksanakan hudud di kelantan.

ide hudud ini akan senantiasa diutarakan oleh nik ajis bila menjelang pilihanraya kecil dan pilihanraya umum. game politik seperti ini telah lama rakyat faham.

pas kata mahu laksana hudud.
anwar kata dia sokong hudud.
seperti biasa kit siang akan bantah hudud.

ini skrip drama minggu ini, yang masih menggunakan fahaman analog dalam penyampaikan propaganda.

SIAPA PEMBOHONG BESAR, NIK AJIS ATAU HUSAM ?

pada tarikh 22hb disember 2008 husam musa telah mengeluarkan kenyataan dalam berita bernama yang mengesahkan akan persetujuan pas bahawasanya hukum hudud bukanlah polisi politik pakatan.

kenyataan husam ini pula telah disiarkan di dalam blog rasmi lim kit siang yang gembira dengan pengesahan husam musa.KLIK SINI.

3 hari lepas, secara tiba-tiba nik ajis mengulangi kenyataan mahu melaksanakan hudud di kelantan.

seperti biasa, kegagalan pengimplementasian hudud di kelantan diletakkan salahnya di atas bahu dr mahathir.

bagaimana dr mahathir yang telah bersara pada tahun 2001 disalahkan oleh nik ajis sementelahan husam musa  secara jelas pada 22 disember 2008 telah mengeluarkan kenyataan rasmi hudud tidak akan dilaksanakan pas.

SIAPA PEMBOHONG BESAR ?
NIK AJIS ATAU HUSAM MUSA.

pas, hentikanlah melacorkan nama islam demi politik sempit kamu.

BENARKAH DR MAHATHIR TOLAK HUDUD PAS ?

nik ajis mendakwa dr mahathir punca utama kenapa pas gagal dalam melaksanakan hudud di kelantan.

benarkah dakwaan itu ?

nantikan pembongkaran siapa dalang yang menolak implementasi hudud dalam blog gap jam 2.30 petang ini .

PAKAR DNA ANWAR JADI BAHAN LAWAK DALAM MAHKAMAH !


AIDCNews -22/09/11 – Pada mulanya, Dr Brian Leslie McDonald dari Australia mahu dijadikan senjata utama untuk ‘melumpuhkan isu Lelaki Y dan air mani Anwar’, namun akhirnya, saksi keempat pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi liabiliti dan bahan lawak dalam mahkamah.
Semasa prosiding pagi ini, Dr McDonald dilaporkan terpaksa menunjukkan sijil-sijilnya kepada mahkamah untuk menunjukkan beliau merupakan seorang saksi yang berkredibiliti.
Usaha terdesak menunjukkan sijil-sijil itu terpaksa dilakukan kerana pihak pendakwa berjaya membuktikan McDonald bukan seorang pakar yang melakukan uji kajinya sendiri, sebaliknya beliau hanya seorang perunding yang hanya melakukan analisis berdasarkan teori.
Nampak remeh, tetapi jika sampai peringkat terpaksa bawa beg besar semata-mata untuk tunjuk sijil-sijil di mahkamah dan bukannya bukti analisis untuk mematikan hujah pendakwa, itu sudah termasuk dalam kes lawak jenaka.
Namun, hakikat yang belum dapat disangkal hingga kini, McDonald bukan seorangspecialist(pakar) tetapi beliau hanya seorangconsultant(perunding).
Pendakwa turut berjaya membuktikan di Brunei dan negaranya sendiri, Australia, di mana dalam mahkamah di kedua-dua negara itu telah menolak keterangan McDonald kerana beliau didapati tidak pakar dalam bidang yang diperkatakan.

PAK LATIF BONGKAR SIAPA MAT INDERA !


Thursday, September 22, 2011

UNDI PKR MELAYU KUAT, KATA MANSOR !

wahai orang penang

dr mansor dah keluarkan patwa, undi pkr maka arakaiannya bangsa melayu bertambah kuat di penang !

hallo orang penang
pkr dah mula cakap bab MELAYU

hallo orang penang
pkr dah mula cakap bab rasis

hallo orang penang
betul ke melayu kuat kalau sokong pkr penang ?

PAP DAN DAP : MEREKA TAHU KEBANGKITAN PROTES MELAYU !

2 minggu lepas dap melalui kenyataan  anthony loke sedia untuk memberikan dana kepada orang melayu yang sudi bekerjasama dengan mereka dalam menyalurkan propaganda dap dikalangan orang melayu.

senang cerita, blogers melayu diperlukan sangat oleh dap bagi memperbaiki imej mereka yang teruk dilanyak oleh blogers pro umno.

2 hari lepas, perdana menteri singapura sedia untuk mengkaji balik beberapa dasar untuk membantu golongan melayu di singapura.

bukan setakat itu, lee hsien loong juga telah menyediakan platform berbentuk laman web untuk memudahkan orang melayu berkomunikasi dengan kerajaan singapura.

pada pilihanraya singapura, penentangan secara terbuka golongan pertengahan dan melayu telah menyentak benak otak pimpinan singapura. 

dap pula secara tak langsung mengakui kegusaran mereka terhadap protes luar biasa pengundi melayu yang bisa merencatkan perencanaan mereka menguasai parlimen pada pru ke 13 nanti.

jika dap  yakin pada solidariti rakan sepasukan, sewajarnyalah mereka membiarkan sahaja tugas menjaga melayu itu  pada parti pas dan pkr.

ketidakpercayaan dikalangan pakatan mula menunjukkan kebenaran.

jika benar mereka berpakat dan bersolidariti di atas nama pakatan, pas takkan memandai untuk mewujudkan sayap kelab penyokong pas dan dewan perhimpunan penyokong pas yang keahliannya terdiri dikalangan bukan melayu.

60 RIBU IC PALSU..ELOK MAFREL TANYA ANWAR.


mafrel sebuah NGO pilihanraya mendedahkan kononnya berlaku pemberian 60 ribu kad pengenalan kepada warga luar di sabah pada pilihanraya sekitar 1990 an.

pemberian 60 ribu kad pengenalan itu dilakukan pada saat PBS dilihat cukup berkuasa dan mampu menumpaskan BN.

kepada mafrel, elok kamu tanya pada anwar. 
dia tahu banyak cerita pasal kes ni.

KENAPA PAS SELANGOR KALUT DENGAN PEMUKIMAN BN ?

pemukiman parti ni amalan biasa mana-mana jugak parti yang mahu menang pada pru nanti.

semalam pas selangor kata pemukiman BN di selangor satu tindakan terdesak.lucu sungguh bila membaca corak pemikiran pas selangor.

pas pernah buat pemukiman parti di port dickson selepas kalah pada prk bagan pinang.

pkr pernah buat pemukiman parti di shah alam beberapa bulan lepas.

BN tak kata pun tindakan pemukiman pas/pkr ni tanda tindakan terdesak.

oh lupa, pas selangor yang diketuai oleh dr rani marah sangat pasal pemukiman BN ni kerana pada majlis penutupnya nanti, lokasi terakhir pemukiman adalah di kawasan dun meru, tempat dr rani.

mmmmmm.. patutlah dr rani marah. dr rani nampak tak cool lah.