Friday, June 13, 2014

LAPORAN POLIS TERHADAP SIAPA NI ?


KLIK SINI

MAKIN MEREPEK .....


mahkamah syariah YANG PERTAMA memberikan hak penjagaan kepada saudara kita .

kemudiannya diikuti oleh keputusan mahkamah tinggi .

HARI INI SAUDARA KITA TERPAKSA SERAHKAN ANAKNYA KEPADA BEKAS ISTERI YANG HINDU.

persoalan ?

mengapa mahkamah sivil boleh mengenepikan keputusan mahkamah syariah.

bukankah hak mengenai islam itu dilayakkan keputusannya di mahkamah syariah.

PEMIMPIN DAH HILANG MINAT UNTUK MENJAGA KEPENTINGAN ISLAM DAN MELAYU ?


priority itu keutamaan.
dalam masyarakat, keutamaan itu berbeza mengikut individu.

dalam politik keutamaan bergantung pada dasar dan latar belakang parti.

dap keutamaannya  mahu menghapuskan hak islam dan melayu. ini tak boleh disangkal.

pkr keutamaannya adalah senantiasa berdoa agar negara dalam keadaan chaos. hanya dengan kaedah chaos sahaja yang memungkinkan anwar menjadi perdana menteri, setelah diiktiraf oleh penaja-penaja yahudinya yang lama idamkan tanah melayu, kawasan hujung paling asia yang menguntungkan dari sektor laluan perdagangan.

pas, prioritiynya adalah... mereka tiada priority.
mereka berubah mengikut bidalan adat.
jika masuk kandang kambing, maka jadi kambinglah mereka.
jika masuk kandang kerbau, maka kerbaulah mereka.
maka dek kerana itulah mereka keliru dan mengelirukan.

kerajaan kita ini berubah mengikut situasi. kerajaan yang ditunjangi umno.

pasca 1946, momentum kebangkitan melayu adalah mempertahankan maruah . maruah disebut dalam 3 konteks utama, islam melayu dan tanah melayu.

selepas merdeka, kita mula fokus pada nation building. dr mahathir pada tahun 1946 sewaktu menjadi ahli saberkas telah mengesyorkan agar orang melayu mesti menghapuskan orang tengah dalam menjalankan aktiviti pertanian perniagaan.

...huuuhhh... sampai sekarang masalah ni tak selesai. 

saranan dr mahathir pada waktu itu bertujuan mengumpulkan orang melayu untuk mengusai bandar. mengusai kawasan bandar dan priority utamanya adalah mengkehendaki melayu mengusai ekonomi, dari menjadi pelopor pertanian ke perniagaan.

aziz ishak merupakan ketua perhubungan umno selangor yang pertama. dia dipecat oleh tunku dalam kabinet kerana tidak sependapat mengenai ide perlunya monopoli melayu dalam kilang baja urea.. sewaktu itu ekonomi pertanian di malaysia bidang nya dikuasai british.

aziz ishak mengambil keputusan keluar parti. pada waktu itu dia dilihat salah, namun setelah 2014 public mendapati pandangan nya itu adalah benar jika mengikutkan situasi sekarang.

onn jaafar keluar umno dan menubuhkan IMP kerana priority nya adalah cuba menubuhkan parti berbilang kaum yang pada hakikatnya pada waktu itu tidak amat sesuai mengikut zaman.

keadaan bergerak maju. negara semakin mengalami perubahan mengikut zaman pemerintahan.

tun razak terpaksa melakukan pembinaan nation building selepas 13 may berlaku.

DEB dijadikan landasan , ianya selaras dengan kehendak perlembagaan.

dato haron menteri besar selangor merupakan antara arkitel membina melayu di selangor pasca 13 may.

pkns ditubuhkan bagi merealisasikan agenda dr mahathir pada tahun 1946, iaitu mengumpul pusatkan melayu dalam bandar dan sektor ekonomi.

kawasan penempatan baru ditubuhkan oleh dato haron di selangor. subang jaya, petaling jaya ,cheras dan akhirnya shah alam menjadi pemangkin kepada kebangkitan monopoli melayu dalam perbandaran.

itulah bijaknya keutamaan pemimpin terdahulu. MELETAKKAN PRIORITY KEPENTINGAN SEMASA yang melangkaui masa.

hussein onn sekadar meneruskan kerja pentadbiran yang tun razak legasikan.hussein onn akhiri karier politiknya menyokong S46 yang menentang umno . 

zaman dr mahathir ternyata memberikan impak dan fenomena besar kepada kerajaan dan parti umno.

zaman pertanian ditukar kepada zaman industri. dasar pandang ke timur merupakan indikasi haluan yang perlu rakyat lakukan demi membangunkan negara. 

terlalu banyak listing yang dr mahathir lakukan. dasar ekonomi tak terkira. dasar politik yang menguntungkan melayu apatahlagi.

1987 merupakan tahun gawat paling teruk dalam sejarah negara.

perlu diakui zaman emas ekonomi negara berlaku pada zaman dr mahathir.

1997 argentina negara pertama diserang penyangak matawang george soros. diikuti thailand,indonesia dll.

malaysia tak terlepas dari serangan. ada pada satu tahap nilaian RM dibanding dengan USD hampir kepada nisbah yang boleh membawa ke arah bankrap.

anwar , anak emas yahudi mencadangkan agar malaysia mengikut kehendak IMF. nasib baiklah dr mahathir tidak terkasima dengan pujukan lahabau ni.

RM ditambat yang akhirnya selepas beberapa tahun ramai mengakui priority tindakan dr mahathir menambat matawang RM merupakan satu langkah brilliant yang sungguh extraordinary.

dari pertanian, rusuhan,nation building yang akhirnya kepada menjadi naga ekonomi asia, priority pemimpin mula berubah.

anwar memasang lingkaran kuasa nya sewaktu menjadi menteri kewangan. penguasaan media , korporat dan pendidik antara yang menjadi jurubicara dan lidah anwar.

anwar mengambil kesempatan di atas krisis raja-raja. pada 15 jan 1993 anwar telah MENGGERTAK RAJA-RAJA MELAYU DENGAN UGUTAN MENGADAKAN PUNGUTAN SUARA dan mengeluarkan kenyataan jika raja-raja melayu tidak bersetuju dengan kehendaknya, maka segala keistimewaan dan hak raja-raja melayu akan ditarik balik.

kerana ugutan anwar inilah, pada sidang majlis raja-raja melayu ke 150 telah menurunkan tandatangan menyetujui pindaan perlembagaan untuk menghapuskan imuniti.

SELEPAS INSIDEN INI, ANWAR YANG SEBELUM ITU MENGELUARKAN KENYATAAN TIDAK AKAN LAWAN GHAFAR PADA PADA KERUSI TIMBALAN PRESIDEN, TELAH PUSING DAN UMUM LAWAN.

hasilnya, ghafar baba dikabarkan hanya bawak beg plastik je waktu dia dilihat di lapangan terbang.

paklah juga ada keutamaan . keutamaannya adalah memperkenalkan menantu dan menantunya pula tanpa berselindung bercita-cita menjadi PM dalam usia muda.

liberalisme dan keterbukaan zaman paklah pada hakikatnya telah banyak menghuru harakan sepertimana yang sedang berlaku sekarang.

paklah memperkenalkan islam hadhari, satu konsep yang ditertawakan oleh pak ghafar bila ditanya mengenai ide hadhari ini.

ahh lupa, jambatan bengkok antara cerita hebat paklah yang menuruti priority menantunya yang taksub kepada bisikan kalimullah.

umno bernasib baik pasal pas dah tersilap banyak.
pengundi melayu mengundi umno kerana pas dah terlajak jauh.
silap pas adalah dia menghina islam.
silap pas adalah dia menghina melayu.
melayu adalah sensitif jika disentuh 2 perkara ini.

pasca pru ke 13, umno jika dibandingkan kerusi parlimennya dengan pas telah menang besar sekali.

nazir razak adalah anak kepada orang yang memperkenal DEB kepada melayu. 

kerana zaman ini dikira cool jika otak bersetuju dengan pandangan anti status quo islam dan melayu, maka nazir razak pernah menggampangkan dasar DEB yang bapanya pernah perkenalkan.

najib cukup terkenal dengan ide transform sana ,transform sini.. 

memang ada yang baik mengenai najib, ini harus diakui. tetapi selepas pru 13, selepas melayu bagi undi pada umno najib dilihat lebih menjaga kelompok ide pemikiran yang terlalu membahayakan.

ISA dimansuhkan.
EO dimansuhkan.
akta perhimpunan aman diperkenalkan.
sosma nampak macam singa yang rongak gigi .
kini akta hasutan 1948 bakal terhapus.

majlis konsultansi anjuran najib merupakan satu tindakan yang tak bawa manafaat kepada masa depan islam dan melayu..

setelah beberapa NGO islam membidas 3 dasar RUU yang menggantikan akta hasutan, kini giliran BAPA NEGARA TUN M membidas ide ini.

pembentukan dan rombakan kabinet yang bakal berlaku sebenarnya tak memberikan apa-apa signifikan kepada perubahan undi.

kelakar sungguh bila ada terdengar cerita kononnya muhyidin akan berundur selepas pilihanraya negeri sarawak. tukang canang dah buat kerja.lebih kelakar ada nama lain pulak disebut bakal jadi tpm. eh, kalau betul ada rombakan kabinet, patutnya muhyidin lah yang layak jadi menteri kewangan kerana dia layak mengikut merit parti. priority kedudukan leluhur nampaknya lebih penting daripada nak setttlekan hal PEMANSUHAN AKTA HASUTAN ini.

RUU adalah ulangan ide malayan union.

dah masuk 10 hari, suara pemimpin umno langsung tak kedengaran dalam membantah . 

RUU jelas cubaannya menghapuskan hak islam,melayu dan raja-raja melayu.

BUKANKAH 3 PERKARA INI YANG MENJADI ASAS PENUBUHAN UMNO ?
KENAPA TAK PERTAHANKAN ?
MANA SUARA BANTAHAN ?

APA LAGI YANG NAJIB MAHU HAPUSKAN SELEPAS INI ?

GAP...RINDU TUN M.

Thursday, June 12, 2014

KE MANA HILANGNYA SUARA PEMIMPIN UMNO BILA DRAF RUU TERNYATA MACAM ULANGAN DRAF MALAYAN UNION YANG MENGHAPUSKAN HAK ISLAM,RAJA-RAJA DAN HAK MELAYU ?


PETIKAN ARTIKEL TUN M. TUN M PUN BANTAH DRAF RUU YANG MENGGANTIKAN AKTA HASUTAN 1948.
MANA PERGI HILANG SUARA PEMIMPIN UMNO ?

1. Kerajaan Malaysia akan membentang tiga rang undang-undang (Bill) bagi mengganti Akta Hasutan 1948, demikian janji Perdana Menteri. Akta Hasutan dianggap tidak sesuai dengan keadaan zaman dan dasar keterbukaan Malaysia.
2. Apakah rang undang-undang yang akan dijadikan pengganti kepada Akta Hasutan? Dibawah diperturunkan nama-nama akta berkenaan:-
1) National Harmony Bill
2) National Unity Bill
3) National Unity and Integration Commission Bill
3. National Unity Bill dan National Harmony Bill bertujuan menghapuskan dasar pemilihan berasas kepada agama, bangsa, keturunan, tempat lahir, jantina atau ketidakupayaan dan lain-lain yang berkenaan.
4. Malaysia adalah negara berbilang kaum dan bangsa.
5. Di Malaysia kita kekalkan bangsa asal kita, bahasa dan budaya kita, sekolah kita, bahkan universiti kita. Susulan dari itu kita tinggal di tempat-tempat berasingan, amalan cara hidup dan kegiatan kita juga berbeza dan berasingan. Dalam bidang perniagaan masing-masing mempunyai network sendiri berasas kepada kaum/bangsa, bahasa dan budaya. Sistem “guild” atau kesatuan jenis perniagaan tertutup kepada orang lain.
6. Pencapaian masing-masing kaum/bangsa juga berbeza dengan kaum Cina mendahului kaum India dan Melayu dan kaum India sedikit sebanyak mendahului kaum Melayu.
7. Keadaan terpisahnya kaum/bangsa dan pencapaian kaum/bangsa yang tidak sama tidak membolehkan penyatuan dan harmoni di kalangan mereka dengan mudah. Kerana kaum/bangsa tidak boleh dihapuskan percubaan dibuat melalui DEB untuk mengurangkan jarak pemisahan antara mereka dalam bidang ekonomi.
8. Dasar Ekonomi Baru dibentuk bertujuan untuk mengurangkan jarak perpisahan antara kaum ini. Untuk ini perlu ada diskriminasi untuk satu kaum yang ketinggalan mengejar kaum lain. Apabila National Harmony Bill dilulus maka DEB tidak boleh dilaksanakan lagi. Ini bermakna negara akan amal meritokrasi – iaitu mereka yang mempunyai merit atau kebolehan tertinggi akan dapat segala-galanya. Biasiswa, tempat dalam universiti Kerajaan, kontrak, peluang kerja dan bermacam lagi akan diperolehi berasas merit. Di luar Kerajaan segala-galanya sudah pun didapati oleh mereka yang memiliki merit.
9. Memanglah ini amat adil. Tetapi besar kemungkinan kaum yang miskin, yang kerananya tidak berpeluang atau tidak memiliki persekitaran untuk belajar, pergi ke sekolah swasta yang baik dengan yuran tinggi, tidak cukup makan, kurang sihat, terlantar di rumah sekejap-sekejap, kaum ini tidak dapat memenuhi syarat, tidak memiliki merit untuk mendapat apa-apa. Mungkin mereka tidak pun dipanggil untuk ditemuduga.
10. Kerana keadilan sistem merit yang miskin (bumi) akan terus miskin dan yang kaya akan lebih kaya.
11. Di Eropah di zaman industri, yang kaya memiliki semua perusahaan dan yang miskin bekerja sebagai kuli. Tidak ada peluang sama sekali bagi kuli yang miskin menjadi kaya, kerana tidak ada pelajaran dan tidak ada modal, tidak memiliki merit.
12. Ini bukan kerana diskriminasi. Kuli sebenarnya tidak ada merit, justeru itu mereka tetap tinggal sebagai kuli. Yang kaya memperolehi merit maka mereka tetap kaya dan menjadi lebih kaya.
13. Akhirnya kuli mengadakan kesatuan sekerja, mengadakan mogok dan bermacam tindakan perusahaan, Kedudukan mereka menjadi lebih baik dan mereka berpeluang untuk mengejar ilmu dan kecekapan, kekayaan dan kejayaan. Wah! Rupa-rupanya mereka ada kebolehan, mereka yang tidak ada merit dahulu, apabila berpeluang jelas mereka ada merit dan mampu menjadi pengusaha dan majikan.
14. Kalau tidak kerana kuasa kesatuan sekerja dan mogok, potensi dan merit yang ada pada kuli tidak akan menjadi nyata.
15. Jika kita ambil iktibar, maka jelaslah yang kurang merit pun jika diberi peluang akan memiliki merit dan berjaya. Jika kita hapuskan diskriminasi yang memihak kepada yang tidak ada merit dan terus utamakan yang sudah ada merit maka tidak adalah yang kurang merit yang akan berjaya.
16. Memusnahkan diskriminasi berasas kaum atau bangsa akan menjadikan kita semua sama – sama sebagai warganegara. Tetapi ia akan kekalkan ketidaksamaan dan ketidakadilan yang sedia ada.
17. Baru-baru ini ada tokoh yang mendakwa keadaan di Malaysia amat buruk kerana amalan kronisma dan pilihkasih iaitu diskriminasi yang memihak kepada satu pihak. Oleh itu ia tidak ingin berniaga di sini. Apakah dia dilahir cukup kaya untuk pergi berniaga di negara yang tidak ada kronisma atau apakah dianya mengumpul modal yang banyak dari Negara ini dahulu sebelum dapat pergi ke luar negara untuk menikmati meperintahan tanpa diskriminasi. Kita tahu Negara ini yang begitu buruklah yang memberi peluang kepadanya mengumpul modal yang banyak untuk ke Negara lain. Jika dia dapat peluang, salahkah jika orang lain juga diberi peluang di negara yang kurang baik ini supaya dapat sedikit nikmat dari yang banyak yang sudah dinikmati oleh tokoh ini?
18. Peluang ini bagi kaum/bangsa yang ketinggalan tidak mungkin datang melainkan ada diskriminasi berasas kaum. Cadangan untuk rang undang-undang yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri bukan akan menghasilkan persamaan (equality) atau keadilan. Ia akan mengekalkan ketidaksamaan dan ketidakadilan yang terdapat sekarang.
19. Sesungguhnya rang undang-undang ini akan hapuskan saki-baki dari usaha mengimbangkan ekonomi antara kaum.

GAP SAHKAN JENAMA DAN PRODUK INI 100% MILIK MELAYU ! KASI SEBAR INFO INI..





Wednesday, June 11, 2014

DS NAJIB PRESIDEN UMNO YANG GAP KASIHI : DENGARKANLAH SUARA RESAH UMAT ISLAM .( SIDANG MEDIA NGO ISLAM )


Sidang akhbar ini diadakan setelah satu kata sepakat dipersetujui dan dicapai antara NGO-NGO Islam di dalam persidangan meja bulat yang telah diadakan sebentar tadi. Tujuan sidang akhbar ini ialah bagi menyatakan pendirian NGO-NGO Islam yang telah bersepakat berkumpul pada hari ini sebagai satu suara berkongsi keprihatinan terhadap perkembangan terkini susulan pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Nancy Shukri pada 30 Mei 2014 berkenaan hasrat kerajaan memperkenalkan akta baharu yang akan menggantikan Akta Hasutan 1948 [Akta no. 15].

YB Nancy mengesahkan telah menerima tiga deraf rang undang-undang berkaitan iaitu Rang Undang-undang Harmoni Nasional (National Harmony Bill), Rang Undang-undang Perpaduan Nasional (National Unity Bill) dan Rang undang-undang Suruhanjaya Perpaduan dan Integrasi Nasional (National Unity and Integration Commission Bill) dan kini sedang dalam penelitian Pejabat Peguam Negara.




Pihak kami telah berpeluang meneliti ketiga-tiga deraf rang undang-undang yang dimaksudkan dan membawanya kepada perbincangan lebih mendalam. Melalui hasil perbincangan yang dijalankan, pihak kami mendapati terdapat dua bentuk perkara yang menimbulkan perasaan resah kami terhadap soal Kedaulatan Undang-Undang Negara.


Pertama, cara bagaimana deraf undang-undang ini dibuat dan dicadangkan.

Kedua, isikandungan yang terdapat di dalam deraf undang-undang yang dibuat serta dicadangkan.

Untuk yang pertama, pihak kami mendapati kaedah penggubalan ketiga-tiga rang undang-undang ini bertentangan dengan norma penggubalan undang-undang Negara. Kami mendapati bahawa penggubal yang terlibat adalah Majlis Peguam yang telah mencadangkan kepada satu kelompok kecil Jawatankuasa Kerja di dalam Majlis Konsultansi Perpaduan Negara. Kami difahamkan hanya 3 orang pemain utama terlibat di dalam penggubalan deraf rang undang-undang tersebut dan kesemua ahli-ahli lain di dalam MPKN telah tidak dirujuk secara sepenuhnya sebelum diserahkan kepada YB Nancy.

Kami melihat fungsi serta kewujudan peranan MPKN telah dijadikan sebagai alat tunggangan oleh sekumpulan kecil pihak-pihak yang berkepentingan di dalam cadangan-cadangan ini. Seolah-olah MPKN telah dianggap sebagai satu lesen besar untuk pihak-pihak ini melakukan perubahan yang bakal mengganggu gugat asas-asas pembinaan negara ini sesuka hati mereka. Lebih membingungkan ialah tindakan sekumpulan kecil ini terus menyerahkan rang undang-undang tersebut tanpa melalui proses rujukan dan perbincangan teliti dengan pihak-pihak berkepentingan terlebih dahulu. Seolah-olah, ia satu tindakan bersifat diktatorial dengan hanya mementingkan kehendak satuhala pihak mereka. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan prinsip demokrasi, perlakuan songsang kumpulan ini wajar disangsikan.

Selain itu, rang undang-undang tersebut telah diserahkan terus kepada Jemaah Menteri, lantas mengenepikan institusi-institusi yang bakal terjejas oleh penguatkuasaannya kelak. Ini jelas merupakan langkah provokasi yang boleh mencetuskan keresahan serta kebimbangan ramai pihak.

Kebimbangan Kedua pula ialah mengenai isikandungan ketiga-tiga deraf undang-undang seperti yang telah dinyatakan tadi bagi menggantikan Akta Hasutan 1948.

Pihak kami ingin menyatakan kebimbangan dan memberikan amaran dari pihak kami berkenaan kesan jangka pendek dan panjang hasil cadangan pemansuhan Akta Hasutan 1948, cadangan isikandungan deraf rang undang-undang menggantikan Akta Hasutan tersebut serta tujuan dan fungsi “Unfair Discrimination Tribunal” yang dinyatakan di dalam salah satu rang undang-undang tersebut.

Untuk peringatan semua, Negara ini telah dibina dengan tiang-tiang asas yang merupakan tulangbelakang kepada kekuatan struktur negara ini. Goncangkan tiang-tiang ini, maka bergoncanglah negara nanti. Atas sebab itu, arkitek-arkitek pembina negara ini telah menetapkan bahawa tiang-tiang asas negara ini tidak boleh dirombak, dihapuskan, disentuh mahupun digoncangkan dengan sesuka hati.

Akta Hasutan 1948 adalah sebuah akta yang telah berada di negara ini untuk melindungi tiang-tiang asas ini. Akta ini melindungi asas-asas Negara khususnya Perkara 153, Perkara 152, Perkara 181 dan Bahagian Ketiga Perlembagaan Persekutuan yang tidak boleh dipersoalkan sama sekali termasuk oleh ahli-ahli Parlimen. Pada waktu akta tersebut digubal, kesemua kaum di Negara ini telah bersepakat. Perkara-perkara yang dilindungi Akta tersebut tidak boleh dipinda tanpa persetujuan Majlis Raja-raja.

Perkara 153, 152, 181 dan Bahagian Ketiga Perlembagaan Persekutuan adalah merupakan mahar yang dibayar oleh golongan bukan warganegara pada masa itu untuk mendapatkan peluang kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu. Menuntut mahar yang telah lama dipersetujui kembali ianya boleh ditafsirkan sebagai satu tindakan sengaja mahu membubarkan perjanjian yang telah sedia termeterai dan dihormati sejak sekian lama.

Cadangan pemansuhan Akta Hasutan 1948 bakal menyebabkan asas-asas yang menjadi tiang perpaduan dan keharmonian yang selama ini dikecapi negara menjadi satu sasaran terbuka oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Tidak hanya cadangan pemansuhan Akta Hasutan 1948 menimbulkan keresahan di dalam serahan deraf undang-undang tersebut, malah beberapa cadangan di dalamnya menuntut perhatian serius untuk dikaji motif dan kesan cadangan yang dikemukakan.

Berikut kami gariskan beberapa keprihatinan awal tentang kandungan ketiga-tiga deraf rang undang-undang tersebut:

i.            Pihak kami mendapati, Undang-undang yang cuba digambarkan sebagai usaha perpaduan ini dilihat tidak lebih daripada satu percubaan pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja untuk mengeruhkan hubungan antara kaum dan agama di negara ini. Pencadang telah secara semborono cuba mengangkat hak kesamarataan menurut Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan secara mutlak tanpa mempedulikan prinsip “positive discrimination” yang merupakan kekecualian dalam Perkara 8 itu sendiri dan turut tidak mempedulikan asas-asas pembinaan negara yang harmoni yang turut sama termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan seperti Perkara 3(1), Perkara 37 (1).

ii.            Kedaulatan Raja-Raja Melayu dalam memelihara hak keistimewaan orang Melayu yang hanya boleh dipinda dengan perkenan Majlis Raja-Raja di bawah Perkara 153 dan 38 Perlembagaan Persekutuan turut disentuh oleh penggubal deraf undang-undang ini. Penggubal seolah-olah cuba menyerlahkan sifat kebencian serta perasaan anti orang-orang Melayu dengan menggelarkan peruntukan-peruntukan Perlembagaan seperti ini dengan istilah-istilah seperti ‘discrimination’ dan ‘racial superiority’. Ini jelas merupakan satu sikap yang sangat tidak sensitif dipamerkan penggubal-penggubal tersebut yang mahu mengenepikan semua peruntukan terbabit.

iii.            Ketiga-tiga deraf rang undang-undang tersebut juga mengenepikan kedaulatan Negeri-negeri dalam perbagai aspek hanya kerana terpaksa tunduk kepada prinsip kesamarataan yang terlalu umum yang dipegang oleh penggubal. Mereka yang telah menggubal deraf tersebut ternyata hanya menjunjung secara melulu konvensyen-konvensyen hak asasi manusia berkerangka liberal-sekular termasuklah International Convention of Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD). Malaysia tidak meratifikasi ICERD dan tidak perlu tunduk pada konvensyen seumpama ini yang belum tentu merupakan model terbaik perpaduan dan keharmonian Negara.

iv.            Tidak cukup dengan rencah yang seolah-olah bersifat Anti Melayu, ketiga-tiga deraf undang-undang yang dicadangkan turut berisi nada yang menunjukkan sikap pelampau golongan Ekstremis Islamufobia apabila cuba melakukan suatu perkara yang mana penjajah British sendiri tidak pernah melakukannya. Kedudukan serta Kedaulatan Agama Negeri turut sama cuba diketepikan oleh penggubal deraf undang-undang tersebut. Kedudukan ini tidak pernah diganggu oleh British dan Kerajaan Persekutuan. Malah Agama Islam telah dimartabatkan sebagai Agama Negara dengan diberikan berbagai kedudukan terhormat dan perlindungan Perlembagaan seperti Perkara 3(1),(2), 11(4), 12(2), 37(1), 74(2) Jadual Kesembilan, 121(1A) dan Perkara 150(6A) .

v.            Pihak kami turut melihat cadangan penubuhan “Unfair Discrimination Tribunal” tidak lebih daripada satu percubaan untuk menghidupkan kembali hasrat menubuhkan Interfaith Commmision yang pernah ditentang dan berkubur satu ketika dahulu. Dengan pelabelan baru, “Unfair Discrimination Tribunal” dilihat akan merampas kuasa institusi kehakiman dalam memutuskan isu-isu berkaitan perlembagaan, serta peranan Raja-raja Melayu sebagai ketua bagi agama Islam di negeri-negeri tanah Melayu. Kedaulatan Islam dilihat bakal dihempaskan ke bawah melaluinya dan bidang perundangan Islam akan sentiasa berada di bawah skrutini sebuah tribunal yang turut sama dianggotai oleh golongan bukan Islam.

Melihat semua kemungkinan serta kerosakan yang bakal timbul ini,  Harus pihak kami tegaskan di sini bahawa Perkara-Perkara yang telah termaktub dan dipersetujui di dalam Perlembagaan Persekutuan bukanlah satu perkara yang boleh dicampak keluar sesuka hati hanya kerana sifat dendam dan membenci sesetengah golongan kecil dalam masyarakat terhadap Kedaulatan Islam dan Melayu di negara ini.

Sikap-sikap tidak rasional yang terdorong dengan sifat ekstremis Islamufobia melampau sehingga gagal mengenalpasti sumber kekuatan tiang-tiang asas negara sepertimana yang terdapat di dalam deraf-deraf yang dikemukakan amatlah pihak kami kesalkan.

Pihak Kami ingin menegaskan bahawa peranan dan tanggungjawab memelihara kedaulatan Negara meliputi tugas-tugas melindungi institusi Raja-Raja Melayu, Hak Keistimewaan Melayu, Agama Negara dan Kenegaraan dan hal ini merupakan asas utama yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Perkara-perkara ini tidak wajar sama sekali disentuh atas sebarang sebab sekalipun, memandangkan perkara-perkara asas ini terbukti berjaya memelihara keharmonian Negara dan kemajuan kepada semua bangsa selama ini.

Pihak kami juga ingin menangkis sikap yang cuba dibawakan oleh penggubal yang berusaha mempotretkan institusi-institusi kehakiman negara sebagai tidak cukup berwibawa untuk menangani isu-isu sensitif berkaitan agama dan bangsa di dalam negara. Cadangan penubuhan ‘Unfair Discrimination Tribunal’ menunjukkan bahawa penggubal mempunyai dasar kefahaman yang rigid, keras dan kaku dalam menyantuni mana-mana isu melibatkan pertikaian antara agama dan bangsa di dalam negara yang majmuk ini. Negara ini telah aman sejak berkurun lamanya melalui penghormatan serta dasar toleransi antara agama yang telah wujud sejak sekian lama. Kerap kalinya apabila berlaku apa-apa perkara yang merosakkan keamanan tersebut, puncanya adalah kerana sentiasa ada pihak cuba menggganggu gugat apa yang telah disepakati sebelum ini. Tidak semua perkara harus ditangani melalui jalan perundangan semata-mata.

Pihak kami, NGO-NGO Islam, memilih lokasi ini di persekitaran Hotel Cititel ini untuk kembali mengingatkan kepada pihak pemerintah tentang apa yang telah berlaku 8 tahun dahulu.

8 Tahun yang lalu, disinilah bermulanya gelombang permulaan penentangan besar-besaran kepada percubaan kumpulan Artikel 11 untuk merobek serta mengubah dasar-dasar asas yang terdapat di dalam Perlembagaan Persekutuan mengikut acuan yang dimahukan kumpulan kecil mereka. Antara yang turut ditentang pada masa itu ialah percubaan menubuhkan Interfaith Commission yang mempunyai sifat yang hampir sama dengan ‘Unfair Discrimination Tribunal’ seperti yang dicadangkan di dalam deraf-deraf undang-undang tersebut. Penentangan yang kemudiannya menyaksikan puluhan ribu umat Islam berkumpul di Masjid Wilayah Persekutuan pada Oktober 2006 sebagai kemuncak kepada gelombang penentangan. 

Oleh yang demikian kami menggesa supaya pihak Kerajaan Pusat mendengar kegusaran kami berhubung perkembangan ini, termasuk melihat semula secara serius keputusan memansuhkan Akta Hasutan 1948 berdasarkan perkembangan mutakhir yang berlaku. Jika kerajaan meneruskan hasrat untuk memperkenalkan ketiga-tiga akta baharu tersebut, maka kami menggesa penelitian yang lebih mendalam supaya usaha menghakis asas-asas kenegaraan tidak berlaku atas nama menjulang hasrat perpaduan dan keharmonian nasional.

Generasi terdahulu yang menjadi arkitek pembinaan negara ini telah mengenalpasti tentang asas-asas yang menjadi struktur kekuatan kepada pembinaan negara ini. Mereka melindunginya dan berjaya mewariskan sebuah Malaysia yang berjaya untuk dihuni secara bersama oleh kita pada hari ini. Kita mewarisi sebuah Malaysia yang aman, makmur dan berjaya hasil kebijaksanaan mereka-mereka yang terdahulu.

Persoalannya, apakah kita mahu merobek semua kebijaksaan tersebut hanya kerana satu segmen di dalam masyarakat mempunyai penyakit dendam dan membenci asas-asas pembinaan negara ini? Apa pula bentuk negara yang bakal kita wariskan nanti sekiranya semua kebijaksanaan ini dirobek dan menghancurkan segala bentuk keamanan dan kemakmuran yang sedang kita nikmati pada hari ini?

Justeru itu, pihak kami NGO-NGO Islam ingin merakamkan perasaan resah dan kegusaran kami mengenai percubaan-percubaan tidak sensitif seperti ini. Pihak kami ingin mendesak pihak Kerajaan Pusat supaya melakukan penelitian yang lebih jitu dengan merujuk serta memastikan keterlibatan pihak-pihak yang mempunyai kepentingan secara langsung dan tidak langsung di dalam ketiga-tiga deraf undang-undang yang dimaksudkan.

Kita sedang mewarisi Malaysia yang aman hasil kebijaksanaan pemimpin-pemimpin terdahulu, jangan pula kita wariskan Malaysia yang hilang keamanan kepada generasi akan datang hanya kerana kesombongan dan kegopohan pihak-pihak tertentu.

Pihak kami tidak akan berhenti di sini. Apa yang berlaku di sini hanyalah satu permulaan. Pihak kami akan terus bergabung dan memperjuangkan perkara ini secara bersama dengan pihak-pihak berkepentingan yang lain.

Harapan kami, pihak Kerajaan Pusat memberi perhatian serius kepada suara-suara kebimbangan dan resah yang sedang dikemukakan ini.

Berikutan kebimbangan yang mendesak ini, saya,Mohamed Hafiz Mohamed Nordin, selaku Pengerusi PEMBELA yang memayungi lebih dari 70 NGO-NGO Islam di tanahair dan suara  NGO-NGO Islam Wilayah Utara Semenanjung Malaysia yang hadir pada hari ini, ingin  menyatakan BANTAHAN KERAS dari pihak kami terhadap mana-mana percubaan untuk menghapuskan Kedaulatan Islam di tanahair, Kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu dan hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu di bumi Malaysia ini.

Pendirian kami adalah jelas dan tegas tentang perkara-perkara ini.

Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh



Pertubuhan Pembela-Pembela Islam (PEMBELA)
Cititel, Georgetown, Pulau Pinang

10 Jun 2014 bersamaan 12 Syaaban 1435