Monday, March 29, 2010

AMARAN GAP KEPADA PAS: JANGAN BUANG NIK AJIS !

jumaat lepas aku dapat tahu bekas ketua dewan ulamak malaysia, ustaz ahmad awang telah disingkirkan daripada menganggotai jawatankuasa dewan ulamak pas.

ada sumber aku bagitahu ustaz ahmad awang terlupa bayar yuran tahunan dewan ulamak pas, tu pasal dia disingkirkan daripada majlis tersebut.

entahlah..apa sebab penyingkiran aku tak tahu.namun yang pasti waktu pengumuman tersingkirnya ahmad awang daripada barisan pimpinan..ada kedengaran bunyi piano dan lagu ala-ala peserta AF yang kena terajang keluar..ahmad awang sempatlah berpeluk dengan cekgu-cekgu yang telah banyak memberikan tunjuk ajar semasa berada dalam pimpinan dewan tersebut..

daud iraqi nampak macam gembira pasal peserta bernama ahmad awang ni dah tersingkir keluar.bukan apa, dulu dauq iraqi pernah digertak oleh kumpulan erdogan pasal dakwaan ada politik wang dalam pemilihan pimpinan pas tahun lepas.suara ahmad awang dari kumpulan erdogan yang paling lantang mengkritik beliau.

aku bukan nak cerita pasal ahmad awang. aku nak khususkan artikel ni tentang wali selipar. dah 2 hari aku tengok wali selipar tersipu-sipu malu bila ditanya kau nak lagi tak jawatan mursidul am pas.

tersengih-sengih wali selipar bagi jawapan.kejap kata dia setuju orang lain ambil alih,kejap kata kalau nak kekal apa salahnya. namun yang pasti wali selipar ni punyai rekod buruk dalam soal kedatangan mesyuarat. dia mengaku dia salah.yang kelakor masa di mengaku tu muka dia sengih-sengih macam kerang busuk..

entahlah, sejak 2-3 hari ni aku tengok muka wali selipar asyik tersengih je..mungkin pasal dia syok sangat konsert jom heboh yang akhirnya dia luluskan sementelahan selama ini dialah antara yang melaknat konsert tersebut.

tu lah, cakap pasal haram dan halal, last-last aku tengok konsert sure heboh secara live dari kota baru malam tadi bercampur gaul jugak laki dan pompuan kat stadium kota baru .klik sini bab wali selipar tiba-tiba buang tebiat ni aku risau sikit...manalah tau ? kan kan...

aku sebenarnya nak buat artikel ni ala-ala serius. ada ayat katastrophi,ada ayat ketelusan,ada ayat yang serius-serius la..tapi takleh lah...aduhh..

aku dapat tahu isnin ini keputusan dewan ulamak pas akan diwartakan.samada mengekalkan wali selipar atau dilantik mursidul am yang baru..

macamnilah..biar aku terus terang. aku sebenarnya sayang sangat kat pas ni.bukan apa,pasal selagi pas ada selagi itulah aku bisa berbloging..

orang pas adalah melayu mudah lupa.siapa yang dibelakang tabir mahu menyingkirkan wali selipar pun aku dah boleh bau...jika wali selipar kena terajang dari jawatan mursidul am, tak mustahil dia bakal kena tendang daripada menjawat jawatan menteri besar kelantan..

husam mungkin tengah tersenyum simpul pabila membaca perenggan tadi..tersengih sengih macam kerang busuk..

apa pun dalam konteks politik berbloging, wali selipar adalah anugerah tuhan yang ternilai harganya kepada aku..ya benar ..aku tahu kamu terkejut..wali selipar cukup penting buat aku.

wali selipar umpama mentari yang menyinari bumi, dikala malam memberikan sedikit cahaya kepada rembulan..

wali selipar umpama rintik-rintik hujan yang menyuburkan tumbuh-tumbuhan, menyuburkan akar lalu tertunjanglah pokok. dari pokok tumbuhlah rimbunan daun-daunan dan tumbuh-tumbuhan..dari tumbuhan dan buah-buahan inilah akan menjadi makan kepada serangga dan mergastua.

kalau tiada ayat wali yang berkata tuhan itu pun mencarut,maka tiada serilah hidup kami berbloging.

kalau tiada ayat wali selipar yang mendoakan pecah perut najib al memanda menteri,maka tiada serilah hidup kami berbloging.

jika tiada ayat wali selipar yang berkata sorga itu milik pas dan neraka itu milik ahli umno,maka tiada serilah hidup kami ini..

jika tiada wali selipar, maka siapakah lagi yang mampu menjual agama demi politik ?

jika tiada wali selipar, siapakah lagi yang akan mengiktiraf peliwat sebagai ulum amri ?

jadi kepada seluruh pimpinan dan ahli pas, kami bloger jalanan ingin memberikan ultimatum atau peringatan paling keras kepada kamu. kekalkan nik ajis , kekalkan dia menjawat jawatan mursidul am sehingga akhir hayatnya.jangan pecat wali selipar !

kami membantah sekeras-kerasnya perangai seluruh pimpinan dan ahli pas yang melayan wali selipar di akhir hayatnya sebegini..takde peri kemanusiaan..umpama habis madu sepah dibuang. jangan kerana alasan dia sudah tua,maka jasanya selama ini memberikan modal kepada bloger seperti kami diketepikan !

jika masih berdegil,maka kami tiada pilihan lain. jebat pasti mengamok !

HIDUP WALI
HIDUP LAKSAMANA
HIDUP WALI
HIDUP LAKSAMANA

11 comments:

  1. makin best la tulisan GAP. Akupun sependapat dengan nko. Ini pengalaman aku dlm blog:

    Kalau aku boring takde idea pagi2, aku akan buka HarakhDaily. Paling aku seronok ialah jika ada kenyataan Pok Nik Ajis. Phehh.. dalam masa 4-5 minit je aku dah boleh buat posting. Sebab, sekali Pok Nik Ajis bercakap, 10 kelemahan baru PAS terdedah. Tu belum dikira bab pribadi Pok Nik yg ikut terlondeh!

    Rasa rindu pulak klu dia tak de nanti.

    ReplyDelete
  2. LORRR KESIAN NYAAA..NGAPE DI BUAT GITU PADA TOK AJIS...KESIAN LAA LAH DIA TU DAH LAA TUA ..NYANYOK PULAK TU..TAPI KAN ..TAK PAYAH LAA SAMPAI NAK PECAT DIA...BAIK TERUS HUMBAN JE KELAUT UNTUK DIJADIKAN TUKUN IKAN..ORANG KATA RUMAH DAH KATA PEGI...KUBUR DAH KATA MALIIII....KAH KAH KAH...

    ReplyDelete
  3. salam hormat bro

    wa stuju pendapat lu. wali selipar ker wali terompah ker wali dilwali lag ja ho kahuna ker dia tetap seorang wali cabok!

    tanpa wali cabok maka blogger takde keje. takde keje soru miss.

    pas harus kekalkan wali cabok sampai akhir hayat!

    ReplyDelete
  4. Salam GAP,

    he he he... Jom Heboh!

    wassalam.

    ReplyDelete
  5. Salam..

    Uih kome !..janganlah singkirkan Benitez dari liverpool..biorler dia pimpin sampai bile2..

    Kang kalau dia kena singkir..buatnya Jose Maurinho jadi pengurus Liverpool tu, susah team2 lain ..kan kan kan? ekekeke

    Idup Rafa Benitez !..Idup Liverpool ! tak abis2 dgn 'Istoreee'/History mereka..

    keh keh keh..

    -MamatChelsea-

    ReplyDelete
  6. ""wa stuju pendapat lu. wali selipar ker wali terompah ker wali dilwali lag ja ho kahuna ker dia tetap seorang wali cabok!
    tanpa wali cabok maka blogger takde keje. takde keje soru miss."

    lu cari la keje lain kalo nak cari makan... cari keje yang halal dan berkat.. sapu sampah ke.. jual air tebu ke...

    ReplyDelete
  7. DOA AKU MAKBUL

    WALI SELIPAR SAMBUNG KONTRAK 5 TAHUN LAGI !

    YAHOOO ! yahuuuu..gap cayunk tok garu !

    ReplyDelete
  8. Aku tak kisah sangat pasal GAP yg aku kesian sekali kt Lim Guan Eng dan kepala bapak dia LKS. Dia orangni tiga serangkai. Jentik telor kiri telor kanan terasa juga. Begitulah akrabnya mereka bertiga. Amaran GAP tu aku tompang sekakilah. PAS JANGAN PANDAI2 NAK TUKAR SELIPER TANPA MERUJUK PADA GAP!!!

    Aku akan antar surat sokongan tapi lain kali NA jangan ponteng mesyuarat tau. Bukan senang kita orang nak sokong tuan MB.

    Bila kekal jadi MA buat statement
    yg boleh buat kita orang suka.
    Buat macam biasa. Kita sesama muslim bersaudara. Blogger dgn blogger tetap fight punya.

    ReplyDelete
  9. salam GAP,katun2 PAS dah sambung kontrak n.ajis.Baru best buat keje.tengok muka n.ajis sok mesti macam kerang busuk punya la....hehehehe.......

    ReplyDelete
  10. Salam;

    Memang pelantikan semula N.Ajis beri peluang kpd blogger2 membalun PASpisPUS & N.Ajis. Cuma klu tak dibalun pun X pa kerana kata2 & tindakan N.Ajis & Co akan membuktikan pada semua bagaimana mereka nih sanggup menjual agama sendiri demi sidikit keuntungan duniawi.

    Dikhuatiri lepas nih
    PASpisPUS & N.Ajis mungkin akan berpendirian lebih kapir dari kapir2 harbi yg mereka bersekongkolan dlm Peliwatan Rakyat.

    Selagi N.Ajis tak memohon maaf secara terbuka mengenai isu:
    "Allah mencarut dlm Al-Quran"
    selagi itulah balak akan terus menimpa PASpisPUS & N.Ajis!

    ReplyDelete
  11. hahaha.. GAP ni lwk lar.. nk sainnn =p. guling2 aku gelak! aku dgr ade gak sek2 demo mabuk2 todi cap thai song time nengok konsert, hahaha.. bare sedak! blum lg lg beyonce dtg klate, kalo beyonce dtg, silap2 ade parti seks lak, wakakaka =p sek2 ore darak!

    husam senyum2, aku pon ade trfikir gak.. hahaha.

    ape2 pon, N.ajis tetap mantain lg, ok la tuh, bleh ko jdkn bahan karangan.. hahaha XD

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.