Tuesday, September 11, 2012

BERTEMU DENGAN 'ORANG' PAS.


hingga ke malam tadi, pertemuan biasa kami dengan rakan lama dalam pas masih terus membincangkan perihal arah tuju nasa.

kata  member pas aku, nasa dah diberi lesen oleh majlis syura.

aku tanya lesen yang macamana ?

dia jawap mudah, lesen untuk terus mempelopori perpaduan melayu dan yang penting meletakkan pas pada jalan politik yang asal.

asal ? aku tanya balik yang sekarang ni bukan asal ke sahabat ?

dia jawap mudah, yang sekarang ni bukan asal tapi sebaliknya dilihat merapik ( merepek).

aku tanya balik apa asas perjuangan yang asal tu ?

kemudian member pas aku ni bercerita.

beberapa tahun lepas, pimpinan ulamak pas telah berkumpul di kota london. pertemuan itu sekadar melaksanakan tugasan tempelan dalam menyertai persidangan ulamak islam dari serata dunia.

dalam pertemuan itu kata rakan pas aku ni, pimpinan pas telah bertemu dengan yusof qardhawi.

mudahkan cerita tujuan asal pertemuan ini nak minta garis panduan oleh yusof qardhawi bagaimana pas nak mendepani isu perjuangan dalam pakatan ( selepas pru 2008).

yusof qardhawi membariskan 2 ciri penting dalam pas hendak bermuafakat dengan parti dalam pakatan.

pertama boleh bergabung dalam gabungan.
kedua hendaklah tarik diri dari gabungan sekiranya maruah islam dihina dan dicerca.

ini adalah asas yang dipegang kuat oleh nasarudin mat isa.

hakikat politik pakatan pada hari ini yang pertama mereka pegang namun asas kedua pas tidak dan enggan turuti.

ini yang buat nasa pulangkan paku buah keras kepada pimpinan pas dan pakatan.

selama ini dap yang paling lantang menyerang pas.
selama ini dap yang paling lantang menyerang asas pas.

ditambah burukkan lagi bilamana ada dikalangan pimpinan pas yang beria-ia menjadi jurucakap kepada dap hingga melupakan garis panduan ke 2 yang telah dirungkaikan oleh yusof ardhawi.

kerana itulah nasarudin bertindak mengetuk beberapa kepala dalam pas.
lebih laju bilamana nasa secara jantan memberikan pukulan kepada karpal singh dan menggelarnya pemimpin yang anti islam,

hari ini nasa dah diberi lesen, kata rakan gap yang dah lama dalam pas.

lesen perpaduan.
lesen balun dap.
lesen hapuskan anasir anwarista.
dan pelbagai lagi lesen yang akan dinyatakan kemudian.

hakikatnya kumpulan pembaharuan dalam pas akan runsing dengan perkembangan terbaru ini.

aku sengaja jolok siapa yang akan sakit hati ?
dia jawap kamarudin jaafar dan erdogan.

mat sabu akan akan merasai kehangatan kehadiran nasa sekali lagi.

harapan rakan pas aku nih satu. harapnya perjalanan nasa akan terus konsisten dan harap dia tidak akan dipancung awal dalam pas.

ps ; doakanlah agar kita dapat 'satu peluru politik' yang luar biasa nanti. doakanlah. doakanlah.. aminkan lah.


25 comments:

  1. aku betul2 berdoa semoga nasa berjaya memmatlamatkan perjuangan asal pas..dan keluar dari pakatan dan bersatu dengan umno untuk agama dan bangse melayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku setuju!!

      Mudah2 penyatuan ummst menjadi kenyataan.

      InsyaAllah Amiiiin.

      Delete
  2. Hasan Ali mencegah murtad dipecat..kerana PAS TAKUT DAP..
    & Hasan Ali dikatakan pengkhianat Islam??

    Betoi Ka PAS sekarang??
    PAS sokong KOMUNIS yg membunuh beribu2 orang tak berdosa..
    (sapa masuk komunis dulu/pewaris anggaplah ini kesilapan memilih jalan hidup)
    -kepala Komunis sepatutnya dibicara JENAYAH PERANG-membunuh orang awam.

    LGE &LKS terang2 otak bawah longkang pijak gambar ADUN..

    mcm ni low-class mabok todi PAS jadikan IMAM???
    Orang bermaruah tak buat mcm ni..

    ReplyDelete
  3. Dato kj,khalid samad,drzul,drhatta,
    drmariah,drmujahid,mahfuz,salahudin,husam,matsabu & tuan ibrahim...ahli2 pas pasti akan hukum kamu dlm pru13 ini

    ReplyDelete
  4. sian umno..dh xde tokoh sgt dh ka?smpai duk berharap sgt nasya keluar pas masuk umno...hahhaha..umno kan ada hasan akidah jati n ibrahim ali...hahaha, ezam kotak katik n umi hafilda yg disanjung umno..

    ReplyDelete
  5. Sudah lah!! Wahai Parti the so-called "Parti Islam" Hentikan lah memperbodohkan diri sendiri dan memperbodohkan orang2 Melayu Islam.

    Kalau nak kembali ka asal tu kembalilah ka jalan Kalimah Allah dan Rasul bukan kalimah N.ajis dan Pas.

    Jgn asyik main wayang sampai ka London. Kembalilah bersama orang Melayu yg memperjuangkan Bangsa dan Agama (UMNO) dan bangun dari mimpi di siang hari dan berpelukkan bersama Cina DAP Kafir Harbi Bangsat yg terang2 anti Melayu dan Islam.

    Kami dah cukop meluat dgn kelakuan PAS so-called "Parti Islam" yang amat meloyakan.

    ReplyDelete
  6. Aku nampak bomo siam kat blog MIK dan RBF. Jom ramai2 kita gempur bomo siam kat semua blog pro BN.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulilah. Perpaduna Melayu masih ade harapan demi masa bangsa agama dan negara. Hidup Nasa. Tkabir ..ALLAHU AKBAR. Hidup ULAMAK.

    ReplyDelete
  8. blog2 p.dap xberani nk siar crita nasa

    crita pistol pun senyap

    ReplyDelete
  9. ...siapakah yg sebenarnya menjadi penghalang sebenar PERPADUAN umat Islam di Malaysia ????? Apakah peranan Tuan Guru Dato Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS dalam gerakan PERPADUAN ini ????

    Dia sebagai penyokong atau batu penghalang ?????????

    ReplyDelete
  10. Yes..akhirnya ada juga JIWA ISLAM sejati dalam PAS..yang lain lain tu kulit aje..kalau PAS dilandasan betul waa ikut aje.. silap silap UMNO/BN yang ikut PAS (tiada yang mustahil..)masalah utamanya sekarang yang menongkat langit tak kador kediri tu yang payah nak dicabut ..ikut suka dia aje nak meletakkan islam dibawah tapak kaki PAKATAN..bakteria ni memang payah nak hapus kena rebus banyak kali dok gi gi lagi..tu lah faedahnya kalu pakat dengan DAP kafir lahanatullah... Go NASA go ..

    ReplyDelete
  11. Aku sebenarnya pelik,kenapa PAS ini masih perlu diberi peluang utk trus bertapak di arena politik msia.

    Pada aku,hru hara yg ada skrg ini sperti bangsa asing mula berani mempersoalakan islam dan melayu adalah hasil dari sokongan secara langsung PAS dlm pakatan. Skrg baru nak sedar?!! Selepas PRU12,byk isu2 agama yg diperlecehkan oleh dap dan pkr...apa punya buta kayu PAS masih lalok menyokong waktu tu.

    Sudah2lah melayu ditipu dgn elemen2 islam yg hanya kosmetik.Islam itu bukan milik PAS.Melayu kena sedar.

    PAS tak lebih dari PEMECAH UNDI melayu yg realitinya mereka juga memerlukan gabungan dan PAS bukanlah nakhoda ddlmnya,tetapi hanya balaci.

    Org melayu perlu bergabung dan bersatu padu dalm jemaah UMNO.PAS bukan juga pembangkang yg membina utk kerajaan.

    Aliran liberal dan syiah dlm PAS hanya memusnahkan org melayu.Parti yg mempunyai lesen utk memomok2kan org melayu dgn islam acuan sendiri perlu dikuburkan.

    ReplyDelete
  12. mcmana dengan lesen hapuskan syiah??

    ReplyDelete
  13. Semoga umat Islam /org Melayu di Malaysia bersatu di bawah payung Islam....

    InsyaAllah....

    ReplyDelete
  14. PAS akan pecah dengan PR lepas tu rujuk balik lepas PR13 dah berapa x dah buat macam ni

    ReplyDelete
  15. PAS berbohong mengenai penubuhan Negara Islam sejak dari dahulu sehingga sekarang. Mereka yang menyokong PAS juga bersubahat dengan pembohongan PAS. Alasannya, dalam sebuah negara demokrasi undi majoriti adalah penentu sebagai pemerintah. Cuba fikir jika hanya bertanding 60 kerusi parlimen dari 222 layakkah PAS untuk dilantik sebagai pemerintah. Tambahan pula sekarang bersekongkol pula dengan parti yang memang menentang penubuhan negara Islam. Bolehkah diberi kepercayaan kepada PAS? Cuma sekarang yang pasti adalah PAS hanya memperalatkan Islam untuk kepentingan politik mereka. Oleh itu mereka yang menyokong dan mengundi PAS sama-sama berdosa. Oh... mereka berkata mereka mempunyai niat untuk menegakkan negara Islam. Tetapi cukupkah hanya dengan niat sejak dari dulu hingga sekarang dengan tidak ada tindakan yang kearah itu. Samalah jika hanya berniat untuk bersembahyang tetapi tidak pun menunaikan sembahyang. Allah terima niat tetapi tidak menerima ibadat mereka. Jika tersilap langkah boleh ditafsirkan sebagai hipokrik, cakap tidak serupa bikin. Fikirkanlah, jika PAS masih seperti sekarang eloklah ditinggalkan sahaja parti PAS. Islam wajib dipertahankan bukan diperalatkan ///.

    ReplyDelete
  16. Anuwar yg rosakkan PAS. Dah lama dia letak org dia dlm PAS.

    ReplyDelete
  17. off topic jap...bomo sial aka bomo bomo siam dah meroyan kat blog MIK pulak!

    ReplyDelete
  18. Pru 12 aku undi pas........tp kali ni jiwa aku tertekan.Tarbiah didalam Pas sudah tidak macam dulu2 lagi.....minta maaf aku terpaksa bercakap mcm ni........aku doakan semoga perjuangan islam tidak terpedaya dgn kilauan dunia.

    ReplyDelete
  19. Jarum Umno nampaknya tk menjadi...!

    Ahli akar umbi yg berhasrat nk angkat kaki pd PRU 13 nanti berasa lega dgn tindakan ini ...

    tit for tat...

    ReplyDelete
  20. "Jarum UMNO?"
    Dalam banyak blog2 yang saya lawati, tak ada pun saru kisah / cerita yang kata UMNO mengajak Saudara Nasa ni join UMNO. Jadi jarum apa pulak yang jadi masalah ni?

    ReplyDelete
  21. Menyediakan pekhidmatan printing T shirt, woven bag, topi, bottle air, payung,
    kipas tangan, KHAS untuk pilihan raya ke 13 Malaysia.

    Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut di : labclothing7@gmail.com
    atau hubungi kami di 012-2777914 (Linna) / 012-3677794 (Bard)


    Price: RM 9

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.