Monday, September 10, 2012

GAGAL..PAKATAN MAKIN GAGAL !


Laporan kewangan Universiti Selangor (Unisel) mencatatkan kerugian sejak 2008, kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar semalam, selepas Kerajaan Negeri masih mendiamkan diri.

Beliau berkata, pihaknya mempunyai bukti laporan audit kewangan Unisel yang sudah ditandatangani Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 27 Ogos 2011 lalu mencatatkan kerugian selepas cukai berjumlah kira-kira RM 54.8 juta sejak Pakatan Rakyat (PR) memerintah Selangor.

"Disebabkan Abdul Khalid masih berdiam diri berhubung isu kewangan Unisel, saya tampil membuat pendedahan berdasarkan pada salinan laporan audit bagi 2009-2010 menunjukkan kerugian selepas cukai sebanyak RM 1.63 juta pada 2008, RM 13.55 juta (2009) dan 39.68 juta pada 2010.

"Universiti ditadbir Kerajaan Negeri Selangor itu mencatatkan jumlah pendapatan RM 90.40 juta pada 2008, RM 93.51 juta (2009) dan jumlah itu menurun kepada RM 75.48 juta bagi 2010.

"Bagi 2008, jumlah perbelanjaan adalah sebanyak RM 93.97 juta dan jumlah itu meningkat kepada RM 106.13 juta pada 2009 dan RM 113.11 pada 2010.

"Mana hebatnya Menteri Besar yang dikatakan Tokoh korporat itu menyelesaikan krisis kerugian Unisel ini? Macam mana ekonomi negeri mahu ditingkatkan sedangkan ekonomi Unisel sendiri merudum," katanya pada sidang media yang turut dihadiri Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Dewan Datuk Hormat disini semalam.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsudin Lias dan Adun Permatang, Sulaiman Abdul Razak.

Mengulas lanjut, Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, kegagalan Abdul Khalid menunaikan janjinya untuk mendedahkan laporan audit sebelum berakhir Ogos lalu menunjukkan sikap yang tidak boleh menepati janji.

"Apabila saya timbulkan isu kewangan Unisel dalam keadaan nazak dalam Sinar Harian Julai lalu, masa itu Meteri Besar begitu ego dan sombong sehingga meminta saya belajar akaun dengan dia.

"Sekarang sudah selesai Ogos, saya mahu tanya Menteri Besar adakah audit Unisel masih belum selesai? Sebenarnya audit itu sudah lama selesai," katanya yang turut meminta agar Menteri Besar dan PKR itu berhenti daripada terus menipu rakyat negeri itu.

Noh turut meminta menteri besar jangan cuba menyembunyikan fakta isu kewangan Unisel dan mencabar Abdul Khalid tampil dan menjawab dakwaan ini. 


18 comments:

  1. Selalu sangat menipu rakyat, bercakap bohong, menutup kebenaran dengan berbagai dalih,...sebab tu tergagap-gagap !!

    Sekilas ikan di air, dah tahu Khalid ni jantan ke betina.

    hehehehe...

    ReplyDelete
  2. khalid g mapuh!..ptuihh

    ReplyDelete
  3. Pendapatan RM90 Juta.

    Belanja RM93 Juta. Belanja sebenar RM3 Juta. RM90 Juta kena sakau Wahkaukaukaukau...

    Kesian Bumuh " Lambai" Sial, Zat dan Langsai tak dapat komen Wahahahahaha.....

    ReplyDelete
  4. salam. mb ingat nk sorok kerugian unisel serupa sorok bijik kacang hijau dlm poket dia. sepatutnya untung rugi wajib diakui, selari dgn selcat sebagaimana yg dicanang diawal pemerintahan pakatan di s'gor dulu. mana ketelusan kerajaan negeri? kenapa malu nk mengaku gagal sedangkan sebenarnya memang gagal? kepada rakyat s'gor, percubaan anda ke atas kebolehan pakatan memerintah telah gagal, maka menjadi kewajiban anda utk membetulkan kesilapan memangkah pd pru13. anda mampu mengubahnya...

    ReplyDelete
  5. Bomo siam. . Dunia mu yg dah gila talak. . PKR buat kerusakkan. . !!!! Xcatit ke dlm sejarah hari ini. seorang menteri beso dahlah banggang, kuat mengampu, kuat menipu. . . Apakah itu salah UMNO. . Dey pirah bomo. . Kalau kawan dgn penipu dengan ko sekali penipu. .

    ReplyDelete
  6. dulu sek 7 meriahhh dgn student skrg kosong lengang.... mcm tu pun rakyat slgor masih tak sedar....

    negeri dan masa depan tergadai semata2 tak mampu nak pikir pakai otak sbb teruk kene doktrin dgn harakah...

    ReplyDelete
  7. mcm berok dapat bunga.. hancor bro.. nak tutup malu salahkan kerajaan dulu..

    hampehh punya PR..

    ReplyDelete
  8. Itulah nasib mb boneka dap.. Malang.. Harap kalah pru13..

    Pkr ni parti paling sial di malaysia sebab dh terlampau banyak makan duit sponsor yahudi...

    ReplyDelete
  9. bomo siam dah tak keruan dah... habis semua blog dia pi jual kacang puteh menglembu mari... hahahha...

    ReplyDelete
  10. pada pandangan pengundi cina, pakatan tidak gagal kerana mereka dapat apa yang mereka mahukan.

    melayu macam mana? apakah yang melayu dapat dari pakatan? siapa boleh senaraikan?

    ReplyDelete
  11. Pemimpin Pkr memang tak cerdik tadbir negeri. Unisel pun lintang pukang. Otak miskin. Tokoh koporat pebende! Rambut MB pun serabut sebiji macam pentadbirannya.Rakyat hilang konpiden.

    ReplyDelete
  12. Calling pencacai,calling pencacai Over! Calling pencacai,calling pencacai over!. Pncacai come in please.Over. Agaknya pencacai pakatan dah mampos semuanya.

    ReplyDelete
  13. cehh ada gmbo keldai tu bersmngt tu

    ReplyDelete
  14. Aku baru je blk dari Jakarta. . Hari2 puak tu berdemo. .Tak kena kat mata hati. . demo. !!!!. . Macam2 slogan dok pasang. . Dari jakarta kearah bandung. .Sampai ke jogjak. .Sampai kesukabumi. . Langkau malang dan surabaya. . .Parti toksah kira berbelas berpuluh. . .Tapi perangai takde mcm parti anuar. .Bukan saja bela ganster bahkan dgr cerita nak calun anak kedua Nurul Huda jd MP Nibong Tebal.

    Jadi DAP and famili. . ANUAR and famili. . Jadi parti dan negara hak famili depa. . .taklama lagi bomo pun sakau sekali. . Itu yg jadi cybertrooper pembanggang. .Hari2 dok post akal fikiran dia yg best. . .Tapi xcerita kalau bomo dapat jadi one of MP adakah dia ikhlas mcm dia dok sembang. .?????

    ReplyDelete
  15. Bila nak kencing ingat PKR.

    ReplyDelete
  16. Angan angan nak bagi pendidikan percuma. Kalau PR nak beri pendidikan percuma mulakan di UNIsel, tapi bagaimana nak bagi kalau dah rugi. Bukti jelas PR tak mampu bagi pendidikan percuma.

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.