Monday, March 1, 2010

CERAMAH EZAM DI SELURUH NEGARA BUAT ANWAR PANAS PUNGGONG !






terima kasih aku ucapkan saudara ghani haron(rakan seISA ezam) kerana telah mengirimkan beberapa gambar penting siri ceramah ezam.

siri penjelajahan ceramah ezam ke seluruh negara ini bermula di UITM jengka pahang, bersama ustaz ridhuan tee abdullah. lebih hebat apabila tetamu kehormat yang turut hadir dalam ceramah ezam adalah ke bawah duli yang maha mulia sultan haji ahmad shah beserta tengku abdullah

kemudian ezam ke melaka. disusuli dengan trengganu,lenggong perak,kuala kangsar dan yang terbaru di bachok kelantan, menyampaikan ceramah mengenai royalti minyak bersama tok pa dan awang adek.

sudah aku katakan bahawa sudah ada gerakan cukup teratur daripada beberapa pemimpin melayu melanyak anwar,dap dan pakatan haram.

umno selangor sudah memanaskan enjin menyerang pakatan. dimulakan dengan umno bahagian shah alam,klang,subang dan insyaallah disusuli dengan kuala selangor,umno kota raja dan gombak dalam masa terdekat...3 bahagian umno ini akan meneruskan siri ceramah jelajah ke seluruh negara oleh ezam dan rakan-rakan.gerakan PERKASA terbesar juga akan berlaku pada bulan mac.

aku sempat tanyan ghani haron, sampai takat mana ezam akan buat road show ni ? ghani kata ezam akan pastikan anwar dan kuncu-kuncu munafik melayu pakatan tumbang ,terlingkup dan ditalkinkan secara rasminya oleh seluruh umat bangsa melayu dalam masa terdekat ! ini janji ezam, sms ghani kat aku..

nampak tak puzzle gerakan ini ? ezam..umno..perkasa..bloger...dll (buat masa ini dirahsiakan). TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMIMPIN MELAYU..

kepada bahagian-bahagian umno di seluruh negara sila email dan hubungi gap jika ada program ceramah besar di tempat kamu..gap dan rakan-rakan bloger lain sedia membantu promosikan program anda.kerjasama bloger dan seluruh bahagian-babgian umno amat dialukan !
gapkembali@yahoo.com

15 comments:

Anonymous said...

Bagus!! cukup bagus . Tapi kat Kedah mcm dah x der je ahli UMNO ?? Err ada lagi ke ?? Mana moto BN Menang Kedah senang ni ?? Tolong.... UMNO / BN Kedah...hari dah siang...bangun...keja wei keja

Generasi Pejuang Bangsa said...

betul tu ...rakan2 GAP di seluruh negara akan membuat liputan live ceramah2 Ezam ini untuk melanyak munafik2 Melayu dlm PKR ini .

Anonymous said...

Kedah susah sikit la... Melayu still berkuasa sbb PAS. LEpas tu MB dia tak kacau UMNO. ORang Kedah pulak suka relax, tak berapa suka negeri maju. Nanti semak mata. Sekarang ni mmg aman damai sbb tak moden sangat.

GANDI DBUNUH BANGSA SENDIRI said...

HARAP INILA MASA TRBAIK REFORM UMNO SKALI GUS !! umno jgn kecewakan aku bila TANAH MELAYU dpt dselamatkan kelak.. aku minta KJ brsumpah dgn nama ALLAH, Bahwa dia akan berhenti GILA KUASA,SUKA POTONG Q..GUNA ORG DGN GILANYA..DGN MUKA TAKMALUNYA.. lihat la Kuli, Anua Akibat gila dunia TABIAT BURUK bawak sampai ke tua. KITA boleh sj bertaubat. KPENTINGAN AGAMA BANGSA mesti lebih tinggi dari KPENTINGAN DUNIAWI.. aku panggil CODE 8 . setiap kali '8' kuar.. Melayu Gaduh, Depa Ontong Besat punya..

Anonymous said...

BAGUIH SUNGGOH NOOOO.

Anonymous said...

baguih sunggoh nooooooooooooooo

Anonymous said...

bang,

saya rasa lebih baik jgn dilanyak si anwar tu habis-habisan.

tinggalkan sikit sisanya. boleh la kita tengok cam ne dia nak beronggeng sensorang

Anonymous said...

Bukan x nak sokong. Tapi cuba jelaskan dulu, apa yang nak disokong? Nak ajak orang melayu sokong UMNO dan bersatu tu , dah kira cantek, tapi explain dulu, kearah mana yang UMNO nak bawa, apa dan apa dan apa yang UMNO nak perjuangkan, Pemimpin UMNO pula apa agenda perjuangan nya, sama ke perjuangan UMNO degan Pemimpin nya ?

Yang jelas sekarang, baik Zambry dan Najib, yang di layan nya ialah kaum Cina dan India. Melayu dipinggirkan, itu yang kita nampak laaa. Zambry sampai buat majlis rumah terbuka tahun baru cina, bagi hak milik tanah pada peneroka haram lagi, itu ke yang perlu melayu sokong ????? Pemimpin Cina dan India ada buat apa kat Melayu ??????

Melayu punyalah bodoh, di negara sendiri terpaksa tubuh gabungan NGO pasal nak tuntut hak ???? apa ni... dah jadi macam taraf pendatang lak Melayu ni, patutnya kita yang berhak bukan menuntut ??? ini semua kerja UMNO hingga kita hancur. Salah ke kenyataan ni ????

Tolong betul kan.............

Tapi !!!!!!! okey lah , langkah awal ni aku juga sokong dan menyokong usaha anda semua menyatukan Melayu atas platform UMNO.

Doaku muga usaha ini diberkati dan berjaya. Syabas.

sri mersing said...

salambro, aku cadangkan bloggers ada youtube channel untuk upload program2 ceramah hentam pembangkang satu negara..senang sikit yg jauh2 nak dgr ceramah2 mcm ni

Anonymous said...

bagus,satu permulaan gerak yg baik.kita perlu bersatu utk pertahan hak kedaulatan raja dan rakyat.Jika lalai ada yg pijak kapla nanti.Tapi,satu je....umno pun kena la cuci baju yg dia pakai.Banyak sangat kitol jadian.

Sultan Berdiri Diatas Politik, kita yg bijak pun jua said...

yg sebenor2nya ada PR memang baguih..Tapi anua konar ikut lain. nak kata konar belakang..marah lak penyokong tegar tu. Anuar main politik merugikan bangsa sndri. ITU YG JAHATNYA ANUA TU. kalau la dia amik kesempatan baiki ISLAMIK THINKING kat mesia ni.. AKU sokong dia.. contoh mudah paksa kerajaan filter porno intenet. nak broadband dlm handset kena ada lesen 18 mcm biker.Main politik smpai saham2 islam semua zakat automatik.NAJIB naik TAkut.Dia pun pekuatkan Melayu Islam.Barula aku RESPECT..brother2 pkr

TebuHitam said...

cantek GAP!!!
Apa kata bekas2 PKR pun turut buat ceramah mcm Fairuz,Tee Beng dll.Jgn kata panas punggong si Anuwar tu maunya heart attact dibuatnyer...
cubalahh...

Anonymous said...

ALHAMDULILLAH. DENGAN IRINGAN DOA SEMOGA ALLAH MEMBERKATI USAHA ANDA DALAM MEMPERTAHANKAN DAN MEMARTABATKAN AGAMA, BANGSA DAN TANAH AIR KITA YANG TERCINTA. SESUNGGUHNYA USAHA ANDA ITU ADALAH SEBAHGIAN DARIPADA IMAN..... AMIN

Anonymous said...

salam, boleh tak sapa2 bagi link ke ceramah ezam ni, minat jugak aku nak dengar.. aku ni dok kat UK, tak dapat info yg mendalam..

Anonymous said...

APA PUNYA BLOG LA!
DASAR UMNO/BN MEMANG X BETOI!
ANWAR IBRAHIM THE BEST POLITICAL PERSON IN THE WORLD!
HIDUP PAKATAN RAKYAT!!!