Sunday, April 4, 2010

PRK-P94 : ULANGI STRATEGI INI !



mesej rakyat hulu selangor cukup jelas, mereka mahu meneruskan momentum kejayaan bagan pinang di parlimen hulu selangor. letak umno, insyaallah menang ! inilah suara kebangkitan rakyat.

19 comments:

yat said...

mat taib? tolong la...jgn jadi bodoh!!!

Melayu Pasir Gudang said...

Inilah masalah UMNO dari dulu sampai sekarang dan mungkin sampai kiamat pun. TERLALU BANYAK MENGALAH. Kita minta calon dari UMNO bukan kerana tamak ,kita minta kerana inilah kehendak pengundi tegar di Hulu Selangor.
Buka lah minda sedikit kaji kenapa arwah datuk zainal dulu menang dengan majoriti yang kecil,orang Hulu selangor tak mahu Ahli Parlimennya dari kalangan bukan melayu,mereka masih mahu sokong kerajaan tapi kerajaan tak mahu ikut cakap mereka,inilah natijahnya menang di semua DUN kalah di parlimen dengan hanya majoriti kecil,pengundi sebenarnya tak hendak pembangkang tetapi pembangkang menyediakan calon melayu jadi semua melayu di parlimen Hulu selangor mengundi arwah datuk zainal.

Apa maknanya rakyat di dahulukan, denyut nadi mereka di dengari kalau pemimpin UMNO masih PEKAK DAN BUTA. Cuba Ahmad Mazlan dalam masa sehari dua nie buat survey- turun padang dengar sendiri (kalau tak nak denganr cakap GAP dan DET yang seharian suntuk di hulu selangor tempohari)pendapat pengundi kemudian report kat bos (Najib) apa kehendak pengundi Hulu Selangor. Aku penat dengar alasan 53%melayu berpecah 3,38%undi cina tak solid utk BN,undi India 19% jadi penentuan.Penatlah hipoteses nie. Patutnya fikirkan dan cari ubat supaya 53% tak pecah tiga biar 53% solid pada BN.Satu sebab ialah Orang Hulu Selangor dah muak dengan MIC yang tak buat kerja.Sepatutnya sekaranglah masa terbaik untuk pujuk 53% ini untuk bersatu,pengundi Hulu Selangor sememangnya tidak mahu pembangkang,mereka dah buka mata dan serik dengan pembangkang yang hanya berpolitik sepanjang masa tiada perubahan dan pembaharuan pada kawasan mereka,mereka mahu pembangunan mereka mahu kemajuan dan lebih penting MEREKA TIDAK MAHU WAKIL RAKYAT PEMBANGKANG tapi dengan syarat letak calon dari UMNO "U"ntuk "M"embela "N"asib "O"rang.

Aku pelik yang pemimpin UMNO beriya-iya nak kekalkan kerusi pada MIC nie apa hal....kerana konsep 1 Malaysia kah?,kerana UMNO tak de calon kah?,kerana tradisi kah?, kerana setiakawan kah?....atau UMNO rasa terlalu terhutang budi dengan MIC kah?...nak tahu siapa yang terhutang budi baca melayupasirgudang.blogspot tajuk "1Malaysia yang sebenar".

BN menang di Hulu Selangor pembangunan mega pasti akan wujud,kampus UITM akan kembali ke Hulu Selangor,tanah milik YBK akan dapat balik, selangor akan kembali kepangkuan BN.Dengan syarat ikut kehendak pengundi,bukan ikut cakap MIC.

Anonymous said...

Aku dan keluarga aku pengundi di Hulu Selangor tetapi aku tidak selera untuk keluar mengundi sekiranya calonnya bukan daripada UMNO.

Orang melayu terlampau sangat tolak ansur sampai mengelunsur, terlalu sangat beralah jadi kalah.

Jadikan Bagan Pinang sebagai iktibar. Pilih calon yang disukai oleh pengundi2. Jangan paksa pengundi memilih orang yang mereka tidak suka. Zaman itu sudah berakhir.

Sudah sampai masanya kawasan Hulu Selangor dikembalikan kepada calon UMNO. FULLSTOP.

Anonymous said...

Kekalahan calon MIC di Parlimen Hulu Selangor jelas menunjukkan bahawa pengundi2 di situ mahukan perubahan.

Pilihlah calon yang boleh membawa kemenangan bukan kekalahan.

Dengar dulu suara rakyat di Hulu Selangor. Jangan tersalah pilih. Nanti menyesal tak sudah.

Anonymous said...

Kenapa semua DUN di kawasan Parlimen Hulu Selangor boleh menang tetapi Parlimennya kalah.

Kaji dan kaji, fikir dan fikir.

Akazi is HERE said...

salam hormat bro

aura bagan pinang masih menyala sampai skrg broo

aku rasa aura tu boleh bakar ego fakatan kat hulu selangor sampai rentung broo..kira pukul TKO!

tp sebelum tu pastikan calon yg di pilih benar2 pilihan pengundi kat situ

insyallah bro

kawie2020 said...

salam bro,

ini adalah komen saya di laman NOBISHA tentang calun BN di PRK HULU SELANGOR.

saya, sebagai pengundi Parlimen Hulu Selangor, kurang bersetuju dengan tuan.

1. BN sepatutnya mengutamakan kehendak rakyat dan bukannya kesepakatan atau formula yg sudah lama diamalkan. apa gunanya kesepakatan itu sekiranya rakyat menolak mana2 calon bukan melayu BN.

2. saya faham konsep kesepakatan BN didalam mengagihkan kerusi2 dikalangan kaum minoriti, tetapi MIC Hulu Selangor amat mengecewakan. Bila rakyat melayu mempunyai masalah, maka wakil rakyat meminta supaya merujuk kepada UMNO. Sedangkan wakil2 rakyat UMNO ditempat lain banyak menyelesaikan masalah pelbagai kaum lain selain org melayu.

3. saya sudah bosan dengan sikap wakil MIC selama ini dan saya percaya ramai lagi yang sependapat dengan saya.

4. kami sudah lama diajar tentang perkongsian kuasa yang diamalkan oleh BN. Justeru itu sudah sekian lama BN menerima undi kami.

5. Akan tetapi situasi yang berlaku sejak akhir2 ini membuatkan kami terfikir kenapa kami masih perlu faham tentang perkongsian kuasa ini sedang selama ini wakil rakyat MIC ini hanya merasakan bahawa dia hanya wakil rakyat kepada rakyat keturunan India di hulu selangor sahaja.

6. BN boleh teruskan dengan kesepakatannya itu. BN boleh teruskan agendanya tetapi kami hanyalah rakyat biasa dan mungkin kehendak kami tidak diambil tahu sangat.

7.kalau BN meletakkan calon bukan melayu di parlimen Hulu Selangor, maka BN kehilangan 1 undi dari saya, rakyat marhean yg lemah ini.

8. 1 undi dari saya x akan boleh mengubah keputusan pilihanraya tetapi itulah tekad serta niat saya walaupun pakatan rakyat begitu kotor dan penuh dengan prejudis perkauman.

9. mungkin itu juga cara saya supaya suara rakyat didengari oleh pucuk pimpinan BN.

Anonymous said...

Salam,

Dalam organisasi sekiranya kita gagal, transformasi perlu dilaksanakan. Sekiranya cara lama masih diamalkan, sesuatu organisasi itu akan menuju kegagalan ataupun kehancuran.

Kami berharap pihak tertinggi BN, khususnya DS Najib perlu melihat ini sebagai satu kaedah mengembalikan kejayaan BN. MIC pulak perlu melihat ini secara positif untuk kejayaan organisasi, bukan terlalu memikirkan peribadi atau organisasi kecil.

MIC akan lebih dipandang tinggi sekiranya prinsip BN secara menyeluruh dilaksanakan.

Calun Melayu/UMNO perlu diletakkan di Hulu Selangor. Kalau tidak, kekalahan pasti menjelma kepada BN.

-Art-

noormalaysia said...

Salam GAP.

Saya amat setuju Mat Taib daripada Zainal Sakom.

Mat Taib ni boleh 'tembus' hati orang2 Melayu di HS.

Kesilapan Besar PRU-12 yang di 'sengajakan' memilih calun yang TIDAK serasi dengan Melayu UMNO khasnya, adalah untuk 'menghilangkan' kekuatan UMNO dalam Parlimen khasnya.

Tahulah siapa yg mencaturkan dengan memperkudakan PM Malaysia yg paling bebal....Abdullah Badawi.

Jika diulangi saperti PRU-12, insyAllah BN boleh kalah.

DSN JANGAN JADI BODOH MACAM ABDULLAH BADAWI !

yat said...

alahai pengundi2 ulu selangor yg nak merajuk…..boikot, biar la kalah BN, sebab UMNO x dapat kerusi, orang nak BN kembali mendapat kepercayaan rakyat, mereka ini pulak yg lebih…

bagan pinang dah tunjuk india klembali menyokong MIC, cuma jgn letak G. Palanivel jek, bagi kerusi ni kat MIC bukan bermakna kita beranggapan bagi can kat MIC atau kalah pada india, jgn la jadi otak dangkal sgt…

ok la, boikot la kalo UMNO bukanya calon nyer, boikot lagi pru-13 nanti, biar PR perintah…masa tu baru la tau langiot tinggi rendah…teruk2 MIC ngan MCA, xdr la teruk cam DAP atau PKR….

Anonymous said...

Kata rakyat didahulukan. Kenapa dalam soal pemilihan calon tak mahu dengar kemahuan rakyat terbanyak.

DS Najib tentu dah tahu. Jadi jangan pilih calon yang tidak disukai pengundi terbanyak.

Jangan nak kelentong tentang setiakawan dan sebagainya. Janganlah beri andaian kenapa perlu pilih calon dari MIC. Aku tak mahu terima.

Nasib pengundi siapa yang nak bela. Biasanya calon dari MIC bila dah menang nanti, batang hidung pun tak nampak. Orang Melayu juga yang kena tipu.

Pada pendapat aku Dato Zainal Abidin Sakom sesuai untuk jadi calon P94 Hulu Selangor.

Walau bagaimana pun aku tak kisah asalkan calonnya dari UMNO. Itu sahaja.

Anonymous said...

Kenapa dok kenang calon BN dari MIC kalah hanya 198 undi. Kenapa tak tanya kemana pergi majoriti lebih 5000 undi dari DUN di kawasan Parlimen HS.

PRO UMNO said...

UMNO harus berhati hati memilih calun jangan tersalah pilih kecudang akhir nya calun mesti bersih jangan apabila kempen nanti puak haram jadah tu dapat lubang yg mana calun dari BN ada masalah kewangan,isteri sampai 3 dan lain lain masalah calun mesti di percayai olih pengundi H/selangor dan kenal terlalu rapat dengan calun macam Isa Samad semua kenal dari org muda sampai org tua semua tahu prihal Isa Samad sebab itu dia menang bergaya kalau bolih di H/selangor kena buat macam B/Pinang tanya pengundi siapa calun mereka yg mereka mahu baru senang buat kerja kepada TPM Mayudin Yassin ulangi lah perkara yg sama di H/Selangor Inysaallah UBN meperolihi kejayaan yg lebeh besar muking lebeh 198 undi.

menculit hangit said...

Blogger Melayu Pasir Gudang,

Saya sependapat dgn anda..saya pengundi disana..saya mmg penyokong umno tetapi pd pr12 lalu undi saya tetap kpd melayu walau pun dia bukan dari umno..itulah undi protes saya dan ramai lagi..mmg betul, itulah sbbnya PKR menang dgn undi yg kecil sahaja..umno jika tidak mahu mendengar dan memahami perasaan akar umbi disini, maka terimalah akibatnya nanti!Jgn salahkan Melayu selepas itu nanti..tetapi kalau nk letak calun pun, tolong jgn bekas ketua penerangan umno yg lalu..kita tidak mahu saki baki penyokong tegar penjahanam umno..

Anonymous said...

Relex.. Bang
Relex..

UMNO sebagai kura-kura suruhan MIC.
Lagi cantik,
Melayu menjadi alat menjahanamkam Melayu.

Tu.. baru betoi.
Baru sempoi.

Sapa lagi hendak londeh Melayu.
Tentulah Melayu.

Berani MIC nak londeh Melayu.
Bubuh penerajang baru tau.

Ceritanya JENIS MAKAN MELAYU..
Namanya PEMIMPIN MELAYU.

-Anak Utara-
Menetap di Hulu Selangor

BUAT ABANG ZULKEFLI NORDIN said...

BUAT kekanda ZUL..(TETUAN ZULKEFLI NORDIN)


Adinda nak komen tak boleh kat blog Kekanda..tapi INGATLAH pesan adinda ni..

PADA YANG RACIST..KEKANDA LAH YANG SANGGUP PERTAHAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA..

PADA YANG PENAKUT MAHKAMAH LAH YANG AKAN TERUS JUAI AGAMA, BANGSA DAN NEGARANYA SENDIRI...

ps: adinda means adik, bukan aweks..
pd mereka yang da lupa prosa klasik lama ataupun agen2 penyamar melayu kat sini..

Local Fighter said...

Jika di Bagan Pinang dulu, calonnya sangat jelas.

Masa nak umumkan tu, bila di tanya kpd audien,hanya ada 1 jawapan! Isa Samad!

Sekarang calonnya tak jelas,kabur.. tidak kisah le sama ada MIC, UMNO ataupun Makkal Sakti, calon favourite belum ada lagi!!

Anonymous said...

semua komen2 di atas jelas membuktikan GAP = UMNO

ckp tak serupa bikin.

woi MELAYU pasir gudang lu kecoh la mat..muka dah la tak hensem cakap mcm org hulu selangor. Pui!

tak fhm ke ape org hulu selangor nak?

pemimpin yang jujur. Itu saja.

Tak kesah melayu cina india.

yang kami tak nak janji kosong sebelum mengundi. Buat masjid la, sekolah la..kalo kalah terus kemana haram jadah pergi janji2 kosong. Meluat aku wei...

p/s: MELAYU haram jadah = MELAYU pasir Gudang

oi pkr said...

agen pkr cukup takut umno tanding .dgr mic tanding bukan main suka lg. dulu nuar ada jumpa so lek. skrg ni dia dah insaf ke belum. takut la kan..helo samy value ada.. apa kabar..