Thursday, July 29, 2010

RAHSIA NOTA TEOH BENG HOCK DISOROK OLEH TAN HOCK CHUAN !

Perlu jelas kewujudan nota Beng Hock - Ezam

KUALA LUMPUR 27 Julai - Seorang senator hari ini menggesa pihak berkuasa supaya memberi penjelasan sama ada wujud nota ditulis oleh mendiang Teoh Beng Hock sebelum beliau meninggal dunia.

Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor berkata, penjelasan itu perlu dibuat oleh polis, Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terbabit dalam inkues kematian pembantu politik kepada Exco kerajaan Selangor itu.

''Saya menganggap dakwaan yang disiar di dalam blog dan akhbar mengenai kewujudan nota ini adalah sangat serius kerana ia tidak pernah dikemukakan sebagai bahan bukti di mahkamah.

''Kewujudan nota ini juga akan memberi kesan besar dalam proses inkues kematian beliau yang berlangsung sekarang," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beng Hock, 30, ditemui mati pada 16 Julai tahun lalu di tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, selepas memberi keterangan dalam siasatan berhubung penyalahgunaan wang kerajaan Selangor kepada SPRM negeri itu, yang pejabatnya terletak di bangunan berkenaan.

Mohamad Ezam yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, penjelasan itu adalah penting bagi mengelak pihak berkuasa dituduh cuba menyembunyikan kewujudan nota berkenaan.

''Pihak yang terlibat dalam inkues mendiang perlu menjawab sama ada betul atau tidak dakwaan ini kerana sekiranya tidak dijawab ia akan memberi gambaran yang tidak baik kepada pihak berkuasa kelak," katanya.

KLIK SINI UNTUK BACA ARTIKEL AKU TENTANG NOTA TBH !

2 comments:

Mr. K said...

GAP kenapa artikel anda berkenaan hubungan Sinar Harian dan ANwar tidak dapat ditemu lagi?

Takut kene saman ke?

Anonymous said...

Klu betul mmg nota itu dirahsiakan oleh THC, maka kepada umat islam, orang melayu, lihatlah bagaimana kaum kafir memainkan peranan mereka dalam penyatuan demi merampas Malaysiaku tercinta ini.

Anda menilai...