Friday, November 12, 2010

BLOG SEMAKIN MENDAPAT TEMPAT. TAHNIAH !

 Ketua Pegawai Eksekutif Intelectasia, Manminder Kaur Dhillon berkata, hasil kaji selidik bersama Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu mendapati blog menjadi pilihan popular pengamal media sebagai alternatif bagi memperoleh pandangan berbeza mengenai sesuatu isu.

Beliau berkata, penggunaan blog terserlah apabila 68 peratus daripada 442 wartawan dan editor daripada 27 agensi berita yang ditemubual menyatakan mereka membaca lebih tiga kali atau secara kerap berita-berita dalam laman blog bagi mendapatkan pandangan alternatif mengenai sesuatu isu yang dilaporkan.

“Biarpun laman sosial seperti YouTube dan Facebook meningkat penggunaannya namun pengaplikasiannya dalam tugasan profesional di kalangan pengamal media (wartawan dan editor) di Malaysia masih rendah.

“Hanya 37.8 peratus daripada 442 wartawan dan editor yang menyertai kaji selidik menyatakan mereka menggunakan laman sosial Facebook untuk tujuan profesional manakala separuh daripada responden iaitu 50.4 peratus memberitahu mereka tidak kerap menggunakan YouTube,” katanya ketika membentangkan hasil kajiannya bertajuk ”Kaji Selidik Amalan Perhubungan Media 2010 di sini, hari ini.

sumber utusan.

4 comments:

Anonymous said...

ini semua analisa tertinggal bas. lambat dan ketinggalan trend ...

Anonymous said...

Zaid tak perlu parti baru atau keluar dari PKR Zaid must stay...Biarkan Azmin jadi Timbalan nanti dia berganding dgan Azizah...Semua orang tahu kedua-dua monyet ni tak baik...makin bertambah meriah lagi le drama dalam parti PKR...Zaid boleh jadi nasi tambah bagi drama PKR bertambah kronik...masa tu kita tngok macamana Anwar nak selesaikan masalah dalaman PKR....tunggguuuuu

Panglima Perang Cyber said...

syabas semua bloggers...

Anonymous said...

GAP
aku setuju 101%
ada correlation dengan keputusan PU12
ikhlas
donchinchai