Monday, November 29, 2010

PKR SUDAH BERSEDIA MENGKUBURKAN PAS ?

wan azizah mencetuskan polemik sekali lagi. polemik ini lebih ganteng daripada makna katastrophi.

jijah mahu hapuskan ketuanan melayu. tampak ia beralas pedang bermata dua. 

pertama mahu menjilat terus saki baki sokongan  antai melayu yang sedia ada. mengekalkan penghinaan ke atas bangsa  melayu penting untuk survival PKR. menganjingkan nama melayu merupakan laba politik besar untuk mereka.

jelas mainan politik sebegini pernah menguntungkan mereka tanggal 8 mac 2008.

namun dicelah-celoh sorakan menghina melayu, secara halusnya PKR bakal menghancurkan masa depan pas semasa pru ke 13 nanti.

perkiraan politik punyai 2 acara. pertama mengekalkan momentum perjuangan dan kedua menang pada hari pengundian.

bobrok mungkin parti pas ini. di akhir pertembungan penentuan kerusi pru ke 13 nanti, pas akan bertembung dengan partai umno di kerusi majoriti pengundinya melayu.

di saat pkr begitu taksub menghina bangsa, pas terlupa implikasinya pas juga bakal terbabit sama.

lihat betapa ketinggalannya pemikir pas dalam menjana survival politik mereka. dalam ketawa ia bisa mendatangkan duka nestapa.


15 comments:

Anonymous said...

Tuan,
Inilah contoh manusia yang telah lupa diri. Baru sedikit berada diatas dah cuba hendak menghapuskan keistimewaan yang pernah dinikmati bersama. Lupakah beliau disebabkan ketuanan itulah dia dapat belajar dengan sempurna sehingga mendapat darjah doktor. Betullah sikitol ini telah dipergunakan oleh parti anti melayu dan Islam iaitu DAPig. Kepada melayu yang sayangkan melayu, apa ditunggu lagi tinggalkanlah parti yang mempunyai agenda agar melayu merempat di tanah melayu sendiri. Fikirkan dan renungkan.

Hamdan said...

SILAP BANYAKLAH KALU ITU SIKAP DAN PERJUANGAN MU.

SALIN TAK TUMPAH MACAM LKS, KP DAN ORANG-ORANG LAIN YANG TIDAK SETIA KEPADA NEGARA.

DERHAKALAH TU.

Anonymous said...

Mengapa PAS perlu risau dengan "gagasan patriotik rakyat nasional tanpa rasis" PKR diatas..?

Apakah PAS berjuang atas dasar "Ketuanan Melayu" atau "Kepimpinan Islam" ?

Apakah PAS parti dokongan "Keanggotaan Melayu" saja atau sebuah "Keanggotaan Ummah"?

Itulah PAS parti Muslim & ummah .. PAS untuk semua.. Muslim Melayu, Muslim Cina, Muslim India, Muslim Kadazan, Muslim Iban, Muslim Bajau, Muslim Melanau, dll... tidak disempitkan dengan ideologi & budaya kepuakan UMNO/BN .. yang merosakan pemikiran "divide & rule" rakyat malaysia hari ini.

Identiti PAS adalah bermula dengan ayat "Muslim" kemudian disusuli dengan keturunannya/ asalnya jika perlu. Jika tidak perlu, sebut saja "saya Muslim"... iitulah bezanya perkataan "Muslim Melayu" dengan "Melayu Muslim" atau "India Muslim" atau "Cina Muslim" .... awalkan semangat ukhwah Muslim ... dari kesempitan rasis.

To Live Again said...

Mmg DAP dgn PKR pndai..Kerusi yg majority 60% keats melayu diaorg akn suruh pas pis pus bertndg..Dgn gelombang org melayu yg semakin hari semakin hilg kepercayaan dgn pas pis pus yg melacorkan agama diaorg sush nk mng byk kerusi..

Dn dap dn pkr plak akn bertndg di kwsn yg majority non-malay/bumi spt d kl,sgor,penang..Dn mampu mencapai 50-60% kemenangan di kala pas hanya mampu sekitar 20%..

Nah ketika itu kalau takdir Allah membenarkan PR memrintah jwtn PM dn TPM akan disandang cina DAP dn jwtn2 kanan kabinet spt Menteri kewangan, menteri pengangkutan,menteri perdaganagn dll PASTI akn disandg cina..

Yg tnggal pd pas hanyalah kerusi menteri sukan,penerangan,pertanian dn kebudayaan..

Ms 2 terlopong la pas pis pus dgn semua dasar kerajaan ditentukan dap,pkr..dn ketika itu hnya KUASA DYMM RAJA-RAJA MELAYU je yg mampu kita tagih untuk menyekat puak2 lahanat ni suma!

Megat Alam Gempita said...

Anwar, Azizah dan Melayu PKR semakin hari semakin sesat dan menyesatkan. Ayat Al-Quran dipermain-mainkan. Ya Allah aku dan rakan-rakan isytiharkan perang jihad fisabilillah terhadap mereka!
Ketuanan Melayu = Kedaulatan Institusi Kesultanan + Kemuliaan Agama Islam + Hak Istimewa Orang-Orang Melayu + Bahasa Melayu + Rezab Melayu + Keadilan kepada Bukan Melayu!!!

Anonymous said...

Bunyi GAP macam Pendekar menghunus keris taming sari kepada mush durjana.PADAT, BERISI dan ADA SINIS. I LIKE.

Anonymous said...

Nak undi orang Melayu tapi cita2 nak hapuskan ketuanan orang Melayu ahlul PAS nak undi orang Melayu tapi kafirkan orang Melayu islam... semua nak UNDI MELAYU tapi tak sokong Melayu Islam....Anwar jadi PM lantik TPM orang Cina abis Melayu PAS dapat jawatan apa pula..??Kah kah anugerah dari satu sendiwara kah kah...Tok Nik dapat anugerah apa pula????

Pokok said...

jika tuan perhatikan.. logo PKR semasa kongres berlangsung.. ada iras-iras dengan lambang israel.. star david.. dengan warnanya pun turut mempunyai iras dengan yahudi laknat tu..

assaad said...

Salam 1 Malaysia.

Cara Yang Wan Azizah lakukan adalah sama seperti DS Anuar Ibrahim. Reverse saikologi.

Kalau teknik ini sentiasa di guna pakai nampaknya PKR akan terkubur. Reverse Saikologi hanya boleh di gunakan dalam waktu yang tertentu sahaja. Tidak Sentiasa di lakukan.

Apa masalah yang berlaku dalam PKR, semua kerja UMNO/BN. Ketua -ketua , YB-YB PKR lari atau keluar parti semua kerja UMNO/BN. Sampai bila sentiasa untok selalu menuding jari.

Bersatulah Melayu, jangan kucar-kacir. Ingat banyak yang akan menangguk di air yang keruh. Jangan nanti menangis tak berlagu. Nasi sudah menjadi doktor.Tak berguna lagi.

Fikir-fikirkanlah.

"Betulkanlah Yang Biasa
dan Biasakanlah Yang Betul."

Saat Jais
www.treat-cure.com
www.velocity4u.com/tcure
http://saatjais.wordpress.com

usin said...

anon 9:25 am. anda nampak mcm bijak membuat tafsiran hubungan agama & bangsa. pada anda agama tiada signifikan langsung dengan bangsa keturunan. anda masih hidup di dunia ke dah berada di akhirat? anda kena lihat hakikat. lihatlah serata dunia, jelajahlah muka bumi Allah yg luas ini. selidiklah. mana ada bangsa yg tidak langsung tidak bangga dengan bangsanya? di eropah? di afrika? hatta di asia. untuk menambah sedikit pengetahuan anda, kita sama sahaja di sisi Allah walaupun apa bangsa kita. tetapi bagaimana pandangan sesama manusia? adakah pemimpin dap akan mempunyai tafsiran sama dgn tafsiran anda? bangsa yg tidak bangga dengan bangsanya sendiri adalah BANGSAT di bumi sendiri.. jgn kerana kepentingan survival politik maka harta peninggalan nenek moyang kita yg perlu kita pertahankan di tanahair inipun kita gadaikan. berbanggalah kita menjadi melayu beragama islam!!!!

Wanredone said...

Setuju 100% saranan Wan Azizah, supaya KETUANAN MELAYU DIHAPUSKAN DARI BUMI MALAYSIA INI....Ada apa pada KETUANAN MELAYU? Satu sen pun TAK berfaedah! Tengok ANWAR AL JUBURI BIN IBRAHIM, dan WAN AZIZAH sekeluarga, mereka TIDAK mengharap KETUANAN MELAYU untuk menjadi KAYA RAYA seperti sekarang!

Apalah ADA pada Keluarga IBRAHIM... miskin macam rakyat Malaysia biasa, tapi berkat ketekunan, mereka NAIK MENDADAK menjadi KAYA RAYA, tanpa sokongan KETUANAN MELAYU.

Begitu juga perjuangan ANWAR ALJUBURI dalam politik umno, beliau TIDAK mengharap orang Melayu umno nak menaikkan beliau sehingga menjadi TPM satu ketika dulu.... Inilah usaha beliau sendiri menjadi talibarut YAHUDI dan mereka yang seangkatan dengan nya!

matjeng said...

Anom 9:25,

DAP itu Islam ker? Cina2 dalam DAP itu Islam ker? Cina berkebaya yang berceramah dalam Masjid tu Islam Ker?India AMK baca quran tu Islam ker?
Ridzuan Tee Abdullah, itu Cina Islam!

Dalam konteks Malaysia, ketuanan Melayu itu adalah ketuanan Islam..Melayu kuat Islam teguh di Malaysia! Mengapakah kita nak hancurkan kelebihan yang ALLAH berikan ke atas umat Islam Malaysia dengan ketuanan Melayu? kita tidak menindas kaum lain..mereka bebas di sini..mereka lebih kaya daripada Melayu..mereka bebas mengamalkan ajaran agama dan menyambut perayaan mereka.. kuil dan tokong mereka lebih banyak daripada masjid! kita dah adil kepada mereka.. Melayu Islam dah menguruskan kafir di Malaysia dengan baik..ramai dah kafir Malaysia memeluk Islam termasuklah datuk aku!

Mengapakah PKR dan PAS nak rosakkan itu semua..PAS dan PKR menakutkan bukan Islam terhadap UMNO/BN! Mampukah PR mentadbir negara dan adil seperti BN?..tengoklah double standard mereka di Penang dan Selangor! apa jadi dengan melayu kita? diketepikan.... suara PAS di Penang mereka tak nak dengar! di Selangor, pemimpin PAS pun dah malas nak bercakap! Islam akan dijamin oleh mereka? Dalam BN mereka dengar suara MCA dan MIC dan suara komponen di Sabah dan Sarawak!

Anuar dan PKR bangsa HINA.. sebab tu tak hairanlah mereka anak beranak memburukkan negara sendiri di luar negara.. Anuar anak beranak dah nyanyuk.. mereka lupa mereka ni Melayu! bukan Mat Salleh/Cina/India @!!!!! HINA sungguh kamu..termasuk penjilat Azmin Ali!

Anonymous said...

PAS mendabik dada dengan perjuangan Islam mereka. Tak hairan konon dengan ketuanan Melayu. Sedar atau tidak, jika melayu lemah, kemana perjuangan agama ini nak pergi? Contohi Singapura dan Thailand lah wahai penyokong ketegaq PAS.
Selama berpuluh tahun PAS wujud di Semenanjung Tanah melayu, ramai sangat kah bukan muslim tertarik dengan perjuangan PAS? atau bukan melayu Islam yang menyokong PAS hingga ketegaq macam hangpa? Semua tu tak dak lah wahai PAS!
yang ada hanya Melayu PAS yang pandang orang lain sebagai ahli neraka dan tak tau agama, rasa bersih dan berkelas.

Anonymous said...

"Ketuanan Melayu" Vs "Kepimpinan Islam"

"Ketuanan Melayu" = "konsep & idea taksub keangkuhan kepuakan/ assobiyyah merupakan amalan jahiliyyah" dimana pada zaman rasulullah puak2 ni didokong oleh pemimpin status quo Abu Jahal, Abu Lahab dan Abu Sufian (sebelum Islamnya). Sebelum ini keangkuhan Raja Firaun dan Raja Namrud menolak kebenaran, keadilan dan hak asasi kemanusiaan sejagat juga dikaitan dengan semangat kepuakan melampaui..... Kisah-kisah manusia yang zalim & fasik memegang kuasa atau harta amat trajis dalam kontek tauhid dan kemanusiaan .. Kita tak sepatutnya masih terkongkong dalam skema kehidupan jahiliyyah yang sama yang dikutuk Allah itu.... Kita perlu merdeka dari jahiliyyah dan tunduk kepada perintah Allah yang murni dan syumul.

"Ketuanan Melayu" juga menghampiri sifat Ketuanan Bangsa Aryan (German) yang dipelupori oleh parti NAZI-Hitler, atau Ketuanan Yahudi Zionis yang menzalimi prinsip kemanusiaan itu demi bangsa mereka yang dianggap bangsa pilihan tuhan.... NAZI dan ZIONIS sekarang menjadikan ketuanan mereka bagi menzalimi, menindas dan membunuh serta memperkosa/rogol sewenang-wenangnya bangsa atau puak2 lain dari bukan kelompoknya.

Slogan "Ketuanan Melayu" yang di garapkan oleh UMNO juga mengakibatkan bangsa Melayu menjadi "lembik" kerana berada didalam zon selesa..... Melayu.. kurang daya saing, daya juang dan kurang produktif. Melayu dimanjakan dengan mentaliti subsidi dan hiburan melampau. Melayu menjadi semakin leka dengan budaya hedonisme dan jahiliyyah moden. Melayu yang rosak akhlak, kaki rasuah, pemalas berangan2 mat jenin, khayal dengan dadah, tanpa agama dan "over politiking"- manipulasi & konspirasi . Mereka ini hidup TANPA MARUAH demi kepentingan diri. Mereka inilah perosak, pengkhianat bangsa!

Melayu/rakyat berpegang kepada "Politik Islam" dan "Kepimpinan Islam" adalah sangat relevan bagi kehidupan kita didunia dan diakhirat.

Mantapkan politik Islam, melalui PAS dan Era tanpa UMNO ... Umat & rakyat selamat!

Anonymous said...

Anon 9.37, seorang penyokong PAS yang sangat percaya bahawa hanya PAS yang boleh membaiki segalanya. Percaya bahawa dengan adanya PAS semua sifat dan sikap buruk akan terhapus. Percaya pulak ketuanan Melayu sama dengan sikap berpuak.
Tetapi anda lupa bahawa manusia mana pun tak pernah lari dari naluri berpuak, kroni, bongkak dan sombong. Contoh, lihat saja sikap bangsa Arab dengan perjuangan menentang Yahudi. Sikap dan layanan Arab terhadap bangsa lain ketika mengerjakan haji di Mekah. Percaya atau tidak bangsa Arab sangat mengagungkan Amerika/ Barat.
PAS tidak pernah berjaya dalam pentadbiran. Tidak pernah berjaya membawa pandangan baik terhadap Islam. Hanya kerana menanggung nama Islam, kita semua umat Islam dan berbangsa Melayu harus mengkeramatkan PAS?
Pemimpin PAS bukan malaikat dan ramai yang tidak mencerminkan ketokohan yang bersih. Sikap, tingkah laku mereka menncermikan mereka hanya manusia biasa yang kadang kala hanyut dengan hasutan iblis.
Sikap tunjuk pandai agama memang telah menjadi darah daging PAS. Mengapa mereka ini tidak membandingkan cara hidup umat Islam di luar Malaysia dengan cara hidup Melayu Islam?
Hasil didikan siapa , orang Melayu terkenal di luar negara sebagai orang yang berdisiplin dan dipuji?
Arab Saudi memuji ketertipan Melayu ketika di Mekah, ok, semua itu hasil ajaran PAS kah? Atau yang pergi ke Mekah itu semua penyokong PAS?
Orang Melayu bangsa yang tertib dan lembut, sabar, sanggup berkongsi dentga bangsa lain. Kita tek pernah berperang menghalau China/ India dari tempat kita.
Apa yang kita mahu hanya negara ini, negara yang diterokai oleh nenek moyang kita, sambil meneruskan cara hidup kita. Bila kita berkuasa kita tidak melampau, kita tidak menjerit-jerit di parlemen merperlekehkan bangsa lain. Itulah melayu. Kita perlu kuat demi agama dan keturunan kita.